Jaap! Koleksi Terbaru IKEA Jamin Bilik Korang Nampak Effortless Seperti Set Drama Thai

Share

 

Jelas, sekarang adalah musim kegilaan terhadap drama keluaran Thailand.

Tak kiralah ke mana juga penulis pergi, pasti ramai yang akan bercakap mengenai drama Thai terbaru yang sedang mereka tonton secara online.

Bukan hanya disebabkan pelakonnya yang kacak serta cantik, ramai yang menonton kerana menggemari dialek percakapan orang Thai dan get this

, ramai juga yang menggemari set penggambaran drama Thai.

Kata mereka, ia mirip set drama Korea tetapi lebih kena dengan gaya orang Malaysia kita.

Babak drama bersiri Bad Genius.
Babak drama Bangkok Love Story di Netflix

Untuk pengetahuan korang, kini kita boleh cuba untuk mencipta dekor seakan sama dengan set drama Thai menggunakan koleksi terbaru daripada IKEA ini.

Koleksi yang dinamakan SAMMANKOPPLA ini dicipta oleh pereka fesyen Thai, Greyhound Original dan ia diinspirasikan daripada stail jalanan di Bangkok.

Kebanyakannya menggunakan bahan kitar semula secara kreatif. Serius tak nampak macam produk kitar semula langsung!

Jom lihat di antara produk kegemaran REMAJA di bawah.

 

Tikar

RM69

Rak Penggantung Pakaian

RM99

Carrier Bag (tote)

RM15.90

Alas Kerusi

RM95

Unit Rak

RM399

Tirai pembahagi bilik

RM299

Lampu LED

RM69/setiap satu

Kusyen

RM129

Rak Pakaian

RM349

Mangkuk

RM11.90

 

Beg Silang

RM15.90

 

Haa, cantik kan!

Lagi cantik kalau korang masukkan sedikit elemen ‘hijau’ dalam dekorasi rumah ataupun bilik tidu masing-masin dengan tanaman berpasu viral ini.

 

IKLAN