Pelakon berpengalaman, Ashraf Muslim, menyeru orang ramai untuk sama-sama menyertai dunia ketenteraan dengan menjadi askar sukarela.
Perkara tersebut dikongsikan aktor yang kini Askar Wataniah berpangkat Leftenan itu menerusi sebuah video yang dimuat naiknya di aplikasi TikTok miliknya.
Selain itu, dia juga menggalakkan orang awam untuk terbabit sama memandangkan banyak kelebihan dan kebaikan bukan sahaja untuk mereka yang menyertai, tetapi juga kepada orang sekeliling dan negara.
“Saya nak beritahu kepada mereka di luar sana yang berminat dengan dunia ketenteraan, askar, senjata dan ‘survival’, ada ilmu-ilmu itu dan rugi kalau kita tak belajar.
“Bukan suruh jadi askar sepenuh masa, tapi sukarela. Askar sukarela adalah askar simpanan dan ada banyak kelebihan dan kebaikan untuk diri kita, keluarga kita, orang di sekeliling kita, tempat tinggal kita dan akhir sekali, negara kita.
“Jadi, mungkin ada yang di luar sana nak menjadi sebahagian dalam ketenteraan, boleh bersama-sama dengan saya, bersama-sama kami askar wataniah dan sesiapa yang berada di Lembah Klang nak masuk ke 515 (Rejimen 515), saya syorkan datang sebab kita ada latihan,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, pelakon drama popular Dia Menantu Rahsia itu memaklumkan kini sedang berlangsung beberapa sesi latihan antaranya Latihan Aplikasi Peperangan Konvensional (CW) dan Peperangan Melawan Insurgensi (CIW).
“Contohnya, sekarang kita ada latihan APMS, kita ada buat latihan medan di Bentong. Jadi, sedang dilakukan CIW dan CW. Sangat menarik.
Ads
“Jadi, kepada yang berminat, asyik tengok cerita atau main permainan di telefon, apa kata cuba rasa bagaimana. Kalau berani dan rasa anak jantan. Mari sertai askar wataniah,” katanya.
Terdahulu, aktor berusia 43 tahun itu telah ditauliahkan dengan pangkat Leftenan pada Mac lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Ashraf Muslim
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pandemik Covid-19 yang melanda negara menyebabkan ramai yang kehilangan pekerjaan sekaligus membantutkan mata pencarian mereka. Dalam kemalapan ekonomi ini, semakin ramai yang memerlukan bantuan.
Cakna dengan keadaan sekeliling, usahawan fesyen di sebalik jenama Petra, Ammar Hazwan dan Anwar mengambil inisiatif memulakan Petra Food Bank sebagai program kerja amal mereka dengan menyediakan bahan makanan asas untuk golongan yang memerlukan.
Menurut mereka, “Idea untuk melakukan Petra Food Bank ini tercetus selepas kami melihat satu ciapan viral di Twitter tentang sebuah keluarga dari Seksyen 19, Shah Alam yang menyediakan barang keperluan asas kepada penduduk sekitar yang memerlukan. Perkara itu memberikan inspirasi, tambahan pula kami sedar terlampau ramai orang yang terkesan akibat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan. Dengan bantuan ini kami berharap dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.”
Antara bantuan bahan makanan asas yang diberikan seperti sekampit beras, minyak masak, telur, ikan bilis, bawang merah, kicap dan biskut. Pemberian bahan makanan ini terbuka kepada semua yang memerlukan bermula dari pukul 11.00 pagi sehingga 6.00 petang pada 1 Februari 2021 bertempat di 20A, Jalan Plumbum P7/P, 40000, Seksyen 7, Shah Alam.
Mensasarkan satu bantuan kepada satu keluarga, pada masa akan datang mereka merancang untuk mempelbagaikan lagi bahan asas seperti lampin pakai buang untuk kanak-kanak dan bayi serta tuala wanita.
Sumber gambar: Petra
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hujung minggu ini bertambah hangat berbanding biasa apabila dua pasukan gergasi Premier League (PL), Manchester United dan Arsenal membuka tirai musim 2025/2026 menerusi perlawanan ‘Super Sunday’.
Untuk meraikan adrenalin yang dirasai oleh peminat bola sepak, Astro sebagai penyiar rasmi PL di Malaysia mengajak korang semua untuk sama-sama berkumpul di Ground Floor, Strand Mall, Kota Damansara pada 17 Ogos ini mulai jam 8 malam untuk menyaksikan tayangan langsung berbentuk watch party.
We got your back kerana masuk adalah percuma!
Tambah menarik, ia bukan sekadar tayangan di skrin gergasi sahaja. Turut dilangsungkan adalah program kendalian Adam Carruthers ‘Super Sunday Live’ bersama dua pundit bola sepak, Gary Stevens dan Carlton Palmer mengenai ulasan perlawanan yang berlangsung.
And get this! Astro tidak main-main apabila mengumumkan kehadiran bekas penyerang Arsenal, Nicklas Bendtner sebagai jemputan khas sempena ‘Super Sunday’ berkenaan.
Nicklas Bendtner
Sambil berpeluang menemui Bendtner face-to-face dan berinteraksi dengan beliau, peminat pasukan Arsenal terutamanya tentu tidak mahu melepaskan peluang dengan fan cam masing-masing.
Tambahan pula, Arsenal sudah lama menantikan kejuaraan liga dan tentunya, Gooners termasuklah Bendtner sendiri mengharapkan agar pasukan bola sepak kegemaran mereka itu berjaya mencapai ekspektasi yang diletakkan.
Selain Bendtner, turut hadir pada malam Ahad ini ialah dua penyanyi tempatan, SonaOne dan Nadeera Zaini yang akan melakukan persembahan untuk menghiburkan hadirin yang ada.
Adakah Manchester United mampu bangkit pada musim PL 2025/2026 setelah merundum pada musim lepas sehingga menamatkan saingan di tangga ke-15. Dan mampukah Arsenal menetapkan benchmark positif dengan memenangi saingan pertama kali ini menentang Manchester United?
Sama-sama kita nantikan di PL Watch Party pada 17 Ogos ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malah, Anugerah Creator of the Year ini turut disampaikan oleh Khairul Aming kepada Che Sayang Kitchen, yang berjaya menewaskan beberapa pempengaruh terkenal lain seperti Ryan Bakery, Sofyank, Shi Qi, Daddy Hood dan Sofea Shra yang dicalonkan bagi kategori sama.
Tapi siapakah sebenarnya lelaki di sebalik nama Che Sayang Kitchen yang terkenal dengan siri video masakan “2 Minit 1 Resepi” itu?
Abdul Qayyum Halid, yang lebih dikenali sebagai Che Sayang, merupakan alumni Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Beliau mula mendapat perhatian apabila aktif berkongsi video-video bertemakan masakan di TikTok.
Mulakan Perniagaan
Beliau memulakan perniagaan sambilan pada tahun 2013, ketika menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun 2014, beliau menerima tawaran melanjutkan pengajian ke universiti. Atas nasihat bapanya, beliau berhenti berniaga sambilan dan menumpukan perhatian kepada pengajiannya di UTP.
Zaman Universiti
Semasa di universiti, Abdul Qayyum, yang kini berusia 28 tahun, mencuba pelbagai jenis perniagaan, antaranya menjual roti RM1 pada tahun 2015, KamiDelivery pada tahun 2016, dan Solvypro pada tahun 2017, namun kesemuanya menemui kegagalan.
Kerjaya sebagai jurutera di sebuah syarikat minyak dan gas
Pada tahun 2018, beliau bergraduasi dengan ijazah kelas pertama serta menerima Anugerah Pelajar Terbaik dan Anugerah Canselor Emas. Selepas tamat pengajian, beliau memulakan kerjaya sebagai jurutera di sebuah syarikat minyak dan gas pada tahun 2019, namun minatnya dalam bidang perniagaan tidak pernah pudar.
Pada tahun 2020, beliau mencuba nasib sekali lagi dalam bidang perniagaan bersama adik-adiknya dengan menjalankan perniagaan Choco Flakes, dan pada tahun 2023, beliau bersama keluarganya mengasaskan perniagaan acar ikan masin Che Sayang. Namun, kedua-dua perniagaan tersebut gagal.
Tidak berputus asa
Walaupun mengalami kegagalan, Abdul Qayyum tidak berputus asa. Pada 2 Mac 2023, beliau memulakan langkah baharu dengan memuat naik video masakan pertamanya di TikTok melalui akaun Che Sayang Kitchen. Video tersebut pada asalnya tidak bertujuan untuk berniaga, tetapi untuk memberi manfaat kepada orang lain. Tidak disangka-sangka, akaun tersebut semakin dikenali dan kini mempunyai lebih daripada 2 juta pengikut.
Ramai generasi muda kini bercita-cita untuk menjadi content creator, namun ada yang terpengaruh dengan pemikiran yang salah seperti “pendidikan tidak penting” atau “bad marketing is good marketing”, yang boleh merosakkan minda generasi muda. Pendidikan dan ilmu pengetahuan tetap memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan.
Content creator berdepan dengan pelbagai cabaran, termasuk tekanan untuk menghasilkan kandungan yang bukan sahaja menarik tetapi juga bermanfaat. Meskipun ada yang beranggapan platform seperti TikTok hanya untuk hiburan, ia juga telah menjadi medium utama dalam penyampaian maklumat, termasuk dalam bidang agama. Oleh itu, content creator perlu bertanggungjawab untuk menerapkan nilai-nilai positif dalam setiap kandungan yang mereka hasilkan.
Tahniah buat ‘Che Sayang Kitchen’, suka lihat content masakan dia yang simple tapi menjadi!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengarah Bollywood terkenal Karan Johar dikatakan merancang sekuel Kabhi Khushi Kabhie Gham menerusi filem baharu berskala epik yang bakal mengembalikan kegemilangan drama kekeluargaan Bollywood.