Penyanyi, Iqbal Jamalulleil mohon maaf secara terbuka susulan kenyataan yang dimuat naiknya sebelum ini sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai, khususnya berkaitan isu sensitif melibatkan abangnya sendiri, pendakwah selebriti Da’i Syed.
Menerusi satu perkongsian di Instagram Story, Iqbal tampil mengakui bahawa hantaran terdahulu dibuat dalam keadaan emosi dan tanpa niat untuk melukakan hati mana-mana pihak.
Menurutnya, kenyataan tersebut ditulis ketika dirinya sedang berdepan tekanan besar sebagai ahli keluarga yang terkesan secara langsung dengan situasi berkenaan.
Kenyataan Dibuat Dalam Keadaan Emosi dan Tekanan Keluarga
Iqbal menjelaskan bahawa perkongsian tersebut dibuat ketika beliau berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil, khususnya sebagai adik kepada individu yang terlibat dalam kes berprofil tinggi.
Tekanan sebagai ahli keluarga, katanya, menyebabkan beliau gagal menilai sensitiviti isu secara menyeluruh sebelum berkongsi pandangan secara terbuka di media sosial.
“Susulan hantaran saya sebelum ini yang telah tersebar dan menimbulkan pelbagai reaksi di media sosial, saya ingin mengeluarkan kenyataan berikut,” tulisnya.
Beliau turut mengakui kesilapan tersebut dan menyedari bahawa perkongsian beremosi tanpa pertimbangan wajar boleh mencetuskan salah faham serta memberi kesan mendalam kepada pihak lain.
Ads
Akui Kenyataan Cetus Kemarahan dan Salah Faham
Dalam permohonan maaf itu, Iqbal Jamalulleil mohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung, marah atau berasa terluka akibat kenyataannya.
Beliau mengakui tulisannya telah menimbulkan kemarahan serta perdebatan hangat, khususnya dalam kalangan masyarakat yang peka terhadap isu keadilan dan empati terhadap mangsa.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kenyataannya sama sekali tidak bertujuan mempertahankan, menyebelahi atau meremehkan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang atau tidak bermoral.
“Saya ingin jelaskan dengan tegas bahawa saya tidak menyebelahi, tidak mempertahankan dan tidak meremehkan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang atau tidak bermoral,” katanya.
Ads
Sebelum ini, Iqbal berkongsi mengenai perubahan karakter abangnya, Da’i Syed, dengan mendakwa pendakwah tersebut kini lebih menjaga hubungan dengan Allah SWT sejak peristiwa yang berlaku pada Ogos 2024.
Antara perkara yang dikongsikan termasuk usaha menjaga solat di awal waktu, gemar bersedekah serta konsisten melakukan amalan harian sebagai usaha memohon keampunan daripada Allah SWT.
Namun begitu, perkongsian tersebut mengundang reaksi negatif dalam kalangan netizen yang berpendapat ia tidak wajar dikongsikan secara terbuka, memandangkan kes berkenaan masih memberi kesan mendalam kepada mangsa serta masyarakat secara keseluruhan.
Ads
Kes Mahkamah Kekal Sensitif dan Berprofil Tinggi
Untuk rekod, Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Da’i Syed atas kesalahan merogol seorang wanita lima tahun lalu.
Pendakwah itu kekal dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan, seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen.
Keputusan tersebut menjadikan sebarang kenyataan berkaitan kes ini sangat sensitif, lebih-lebih lagi apabila melibatkan ahli keluarga yang berkongsi pandangan secara terbuka di media sosial.
Isu ini sekali lagi mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat mengenai sensitiviti, empati terhadap mangsa serta batas perkongsian peribadi di media sosial, khususnya apabila melibatkan kes jenayah yang serius.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cuba tanya dengan ayah korang tentang filem Rambo, confirm mereka memang ‘layan’ filem aksi lakonan daripada pelakon legend Sylvester Stallone sejak tahun 1982 lagi menerusi Rambo First Blood.
Selepas empat buah filem dihasilkan, Rambo kini sudah pun sampai ke siri terakhirnya dan sudah tentu peminat filem ini mahu kan satu pengakhiran yang berbaloi.
Apa yang boleh kami katakan, filem Rambo: Last Blood ini memang awesome dan korang takkan menyesal keluarkan duit untuk membeli tiket filem ini.
Rambo: Last Blood mengisahkan tentang John Rambo, veteran Perang Vietnam yang perlu berhadapan dengan kartel dadah dari Mexico untuk menyelamatkan anak angkatnya, Gabriella yang lari dari John dan neneknya untuk mencari bapa kandungnya. Pertemuan terakhir bersama ayahnya bertukar menjadi tragedi selepas gadis itu diculik.
Filem aksi terbaik
Walaupun sudah berumur 73 tahun, Sylvester Stallone masih mampu mengekalkan aksi memukau dalam lakonannya ini. Babak-babak aksi dalam Rambo: Last Blood membuatkan penonton ‘resah’ di dalam panggung kerana setiap scene berdarah boleh dikatakan agak dasyhat dan kerana itu jugalah filem ini diklasifikasi sebagai 18 SG.
Adegan balas dendam yang cukup power, sehinggakan kami turut mendengar orang dibelakang menjerit dan boleh rasa la perasaan puas hati mereka bila melihat penjahat-penjahat tu dibunuh dengan kejam. Hiks!
Mungkin ada juga yang tertanya-tanya jika sebelum ini mereka tidak pernah menonton siri filem Rambo ini, adakah mereka akan lost bila menonton Rambo: Last Blood?
Nope.
Korang takkan blur kerana filem kali ini sangat mudah difahami dan tidak ada bersangkut paut sangat dengan filem-filem yang terdahulu.
Jadi, tak perlu risau korang boleh saja layan filem ini dan pastinya korang tidak akan menyesal kerana filem ini memang berbaloi untuk ditonton.
Rambo: Last Blood kini sudah pun boleh ditonton di panggung wayang di seluruh Malaysia dan korang jangan lepaskan peluang untuk menonton filem terakhir siri legend Rambo lakonan Sylvester Stallone ini.
Enjoy!
***
Hey Girls, We’re Back
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Untuk korang yang suka sangat pergi travel, mesti pernah berhadapan dengan situasi penerbangan yang panjang sehingga 14 jam atau mungkin lebih lama, tanpa transit pula tu.
Macam mana nak solat atas flight? Memang la kita dikira musafir dan ramai yang cakap dimaafkan sebab dalam keadaan yang susah nak solat.
Tapi korang kena ingat, Islam tu kan memudahkan umatnya. Kita sendiri dah diajar untuk solat tak kiralah dalam keadaan macam mana pun. Walaupun tengah sakit pun boleh solat, apa lagi yang tengah sihat walafiat tu kan.
Nah, kalau tak tahu kita boleh belajar. Ikuti perkongsian yang telah dibuat oleh @adibezymir ni tentang bagaimana nak solat di atas flight.
1. Cari kiblat
2. Cari ruang solat/solat secara duduk
3. Cara nak tahu waktu solat
4. Trick untuk tahu waktu subuh
5. Cara ambil wudhuk
6. Macam mana nak mandi wajib?
Penting untuk orang lelaki alert ya!
Tak pun korang boleh refer situasi ni pada ustaz atau individu-individu yang lebih arif.
7. Aplikasi tambahan
Kalau nak lebih mudah, korang boleh juga aplikasi waktu solat di flight ni. Nampak macam lagi senang.
Lepas ni dah tak ada alasan lagi tak dapat solat kalau jalan jauh kan? Kalau kita selalu jaga solat, insyaAllah Allah pun akan jaga kita. Wallahualam!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rancangan popular terbitan E! ini akan melabuhkan tirai selepas hampir 14 tahun dan lebih 20 musim bersiaran menemui peminat di kaca televisyen. Rancangan realiti yang menampilkan ahli keluarga Kardashian-Jenner menonjolkan menonjolkan sisi kehidupan sebuah keluarga yang tidak konvensional dan penuh dengan drama serta kontoversi. Mamun mungkin itulah yang disukai oleh para penonton.
Menerusi satu hantaran di laman Instagram Kim Kardashian West pada Rabu telah menyatakan bahawa keputusan untuk menamatkan rancangan tersebut adalah hasil perbincangan seluruh ahli keluarganya.
Kim bersama ibunya, Kris Jenner
Menurut isteri kepada Kanye West ini, “Terima kasih kepada ribuan insan dan juga klien yang telah menjadi sebahagian dari pengalaman kami dan paling penting, ucapan terima kasih yang sangat istimewa saya ucapkan kepada Ryan Seacrest kerana mempercayai kami, E! kerana menjadi partner kami dan juga kepada team produksi si Bunim/Murray yang banyak menghabiskan masa dalam proses penggambaran kehidupan kami. Musim akhir rancangan ini akan disiarkan awal tahun hadapan.”
Untuk pengetahuan pembaca, rancangan realiti yang menampilkan Kim Kardashian bersama Khloe Kardashian, Kourtney Kardashian, Kris Jenner, Rob Kardashian, Kendall Jenner dan Kylie Jenner ini pernah memenangi lebih dari 14 anugerah bagi kategori anugerah rancangan realiti TV/bintang realiti TV pilihan pilihan di Anugerah Teen Choice dan juga People Choice.
***P/S- Bapa tiri Kim, Bruce Jenner ataupun kini dikenali sebagai Caitlyn Jenner (selepas menukar jantina) hanya membintangi siri ini sehingga ke musim 13 sahaja.
Sumber & Foto: Instagram Kim Kardashian @kimkardashian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...