
Aktres jelita, Datin Intan Najuwa berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan bayi sulungnya, hari ini.
Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Intan menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi satu hantaran, Intan kelihatan tersenyum bahagia setelah selesai melahirkan bayi perempuan mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa ‘Tutup Mulut’ Netizen, Tak Selesa Dituduh Bermewah Guna Duit Suami -“Saya Boleh Berdikari Walaupun Dah Kahwin”

Ditemani suami tercinta, Datuk Ahmad Azraf Azman, pasangan ini dilihat sangat gembira menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.
“Welcome to the world, our precious baby girl,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Selain itu, Intan turut mendedahkan nama anak perempuan mereka, iaitu Imane Lunara.
ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa Hamil Cahaya Mata Pertama. Tahniah!

Menjengah di ruangan komen, rakan selebriti dan netizen turut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini atas kelahiran cahaya mata pertama mereka.
Terdahulu, Intan telah mendedahkan berita kehamilannya selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf Azman, yang disatukan pada Ogos tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Instagram Intan Najuwa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
#KL2017: “Jangan Terlalu Obses Nak Jadi Atlet” – Pesilat Negara, Jufferi Jamari

Penghormatan yang diberikan oleh pesilat negara senior ini sebagai salah seorang pembawa Jalur Gemilang semasa upacara pembukaan Sabtu lalu seakan-akan membuka mata pemerhati dan penonton dari kesemua 11 buah negara ASEAN.
Ramai yang tertanya-tanya, siapakah gerangan atlet lelaki yang mempunyai raut wajah macho dan kelakian ini.
Jom kenali Jufferi Jamari dengan lebih dekat lagi sebelum bermulanya acara yang disertainya pada Sukan SEA 2017 kali ini.
Bagaimana Jufferi sertai sukan silat?
Jufferi: Pada tahun 2007, saya telah menerima pelawaan untuk menyertai silat daripada ibu saudara saya. Sepanjang tahun 2007 dan 2008, saya hanya menjalani latihan saja tanpa menyertai pertandingan. Tak sangka, pada tahun 2009, saya telah dipanggil untuk mewakili skuad Pelapis Malaysia. Rasa takut tu memang ada kerana iyalah, saya kurang pengalaman tapi saya sahut juga cabaran itu dan cuba berikan yang terbaik.
Saya kemudiannya menyertai Sukan Asia Indoor Games di Vietnam dan berjaya meraih pingat emas. Itulah pingat emas pertama saya! Memasuki tahun 2010, saya diserap masuk mewakili pasukan Elit Malaysia dan bukan lagi Pelapis Malaysia.
Mengapa Jufferi menyertai silat dan bukannya sukan lain?
Jufferi: Dulu, saya melihat silat sebagai sukan yang tak terkenal sangat dan saya ingin mencabar diri saya untuk menaikkan nama sukan silat. Pada saya, silat mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih berdisplin. Tutur bahasa juga berubah menjadi sopan.
Bagaimanakah persedian untuk #KL2017?
Jufferi: Banyak juga pengorbanan yang perlu saya lakukan pada tahun ini kerana Malaysia bergelar tuan rumah. Saya terfikir sama ada saya mampu atau tidak untuk mempertahankan pingat emas pada kali ini, seperti yang pernah saya lakukan pada tahun 2015. Tertekan jugalah, sampai tidur pun kadang-kadang tak lena haha.
Seperti biasa, saya akan letakkan sepenuh tumpuan ketika menjalani latihan. Jurulatih saya juga selalu berpesan, “Ingat, orang yang nak kalahkan kita selalunya lebih bersemangat daripada kita.” Oleh itu, saya tak boleh berlatih sambil lewa.

Bagaimana Jufferi kekalkan stamina di dalam dan luar gelanggang?
Jufferi: Selain daripada latihan jurulatih, saya juga sukakan skipping! Selepas tamat latihan, saya akan lakukan skipping sebanyak seribu kali. Dengar macam penat tapi bila sudah terbiasa, saya seronok bila skipping.
Apakah nasihat kamu kepada REMAJA yang ingin menyertai sukan silat?
Jufferi: Jangan pernah berhenti untuk berlatih bersungguh-sungguh dan jangan terlalu obses mencari cara untuk menjadi atlet Malaysia. Tonjolkan bakat kamu terlebih dahulu dan biarkan PESAKA yang menilai bakat kamu. PESAKA sentiasa mencari bakat-bakat baru, jadi kamu tak perlu risau.
Jiwa perlu ada untuk sanggup berkorban segala-galanya demi negara. Paling penting, jangan pentingkan diri kamu jika mahu berjaya.

Candid With Jufferi Jamari
Mendapat sokongan penuh dari…
Tentunya ibu saya. Dalam apa jua situasi, dia akan sentiasa menyokong saya.
Kata-kata motivasi daripada emak
Bila saya rasa give up, emak akan cakap ‘Ingat dulu kenapa awak nak masuk silat. Jangan bila dah senang sikit, terus lupa semuanya.’
10 tahun akan datang, apa yang kamu mahu buktikan?
Saya mahu buktikan pada orang Malaysia yang sukan silat juga mampu menjadi sukan utama dalam setiap pertandingan sukan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
9 Kumpulan Kpop Terkaya Di Korea, Siapa Duduki Tangga Pertama?

Kpop merupakan industri yang sangat besar bukan sahaja di Korea, malah beberapa selebriti mereka juga turut mendapat perhatian di seluruh dunia.
Terdapat banyak kumpulan yang melakukan debut setiap tahun, namun tidak semuanya mencapai tahap 9 kumpulan Kpop berikut dalam menjana pendapatan.
Ha, korang tahu tak grup mana yang paling kaya di Korea?
Jom kita lihat..
1. BTS

Rasanya cukup jelas kenapa kumpulan popular BTS ini mendapat tempat pertama kerana kejayaan mereka yang memecahkan rekod muzik, tawaran endorsement dan kolaborasi bersama bintang terkenal dunia. Tidak keterlaluan jika kami katakan yang BTS miliki segalanya dalam industri muzik sama ada di Korea mahu pun peringkat antarabangsa.
2. Twice

Mereka adalah queen Kpop daripada aktiviti tour sehinggalah kepada endorsements jenama-jenama besar. Biasanya, kumpulan lelaki lebih banyak ‘dijual’ tetapi Twice membuktikan bahawa grup mereka juga mendapat perhatian daripada nama-nama besar di Korea.
3. Blackpink

Walaupun penjualan muzik mereka pada awalnya tidak begitu mengagumkan seperti kumpulan-kumpulan lain, namun mereka berjaya dengan konsert tour dan menjadi tumpuan antarabangsa. Kini, Blackpink antara selebriti yang sedang naik ke puncak carta penjualan dengan album penuh pertama mereka yang terjual lebih daripada 1 juta Salinan.
4. TVXQ

Mereka merupakan legenda, terutamanya di Jepun kerana mampu menjana lebih banyak wang untuk persembahan disana. Jepun merupakan industri muzik kedua terbesar selepas Amerika Syarikat dan mereka berjaya menakluk pasaran Jepun walaupun nama TVXQ tidak begitu besar di Korea. Namun, mereka mash merupakan kumpulan idola Korea yang popular di Jepun.
5. EXO

Penjualan muzik mereka sungguh luar biasa dan mereka melakukan konsert tour di merata tempat. Versatility yang ada pada grup ini memberi kelebihan kepada mereka kerana berjaya menakluk pasaran Korea dan China. Tidak terkecuali, debut solo ahli kumpulan mereka yang turut berjaya menambat hati peminat.
6. Seventeen

Kumpulan ini mempunyai pakej yang lengkap kerana berjaya menerusi konsert tour, endorsements dan meluaskan kerjaya mereka di Jepun. Baru-baru ini juga, mereka menerima pengiktirafan double-million sellers!
7. Mamamoo

Mereka dianggap sebagai salah satu kumpulan wanita Korea yang laris ketika penjualan muzik digital dan fizikal digabungan. Jika dikira segala aktiviti individu kumpulan ini dari segi projek dan endorsements, mereka memang membawa banyak keuntungan.
8. Red Velvet

Memperoleh tawaran endorsements serta mengekalkan permintaan tinggi dari pasaran luar negara dan menjadikan kumpulan ini baik daripada segi kewangan. Red Velvet juga merupakan salah sebuah kumpulan wanita Korea yang konsisten menghasilkan pendapatan atau menerima tawaran di dalam negara.
9. GOT7

Disebabkan konsert tour di merata lokasi, mereka memperoleh peminat dari seluruh dunia dan mempunyai barisan peminat antarabangsa. Bila digabungkan dengan penjualan dan endorsements yang dibuat, jelas sekali kumpulan ini menghasilkan pendapatan yang lumayan.
Perkongsian ini nampaknya tidak menjelaskan berapa jumlah pendapatan yang mereka perolehi. Rasanya kalau dikongsi, mesti ramai yang terkejut kan. Hiks!
Sumber: Koreaboo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nak Doa Dimakbulkan, Berdoalah Pada 14 Waktu Mustajab Ini

Setiap hambaNya pasti menginginkan doa yang dipohon dimakbulkan oleh Allah SWT. Namun ada ketika, biar saban hari kita berdoa kepada Allah taala, masih tidak nampak kebaikannya.
Jangan pernah mengalah, jangan pernah lelah kerana Allah tidak pernah tidur untuk mendengar doa hamba-hambaNya yang meminta. Dan untuk perkongsian, kalau nak doa dimakbulkan, doalah pada waktu-waktu mustajab berdoa ini seperti dikongsikan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri. Insya Allah, setiap doa akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
- Saat adzan berkumandang
Dari Sahl bin Saad bahwa Rasulullah SAW bersabda, ”Ada dua yang tidak tertolak atau jarang tertolak: Doa pada saat adzan dan doa tatkala perang berkecamuk.” (HR. Abu Daud, Baihaqi, dan Hakim)
- Doa di antara Adzan dan iqamah
Dari Anas bin Malik berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Doa antara adzan dan iqamah tidak ditolak, maka berdoalah kamu” (HR. Ahmad)
- Sebelum Salam pada saat Shalat Wajib
“Ada yang bertanya: Wahai Rasulullah, kapan doa kita didengar oleh Allah? Beliau bersabda: “Diakhir malam dan diakhir shalat wajib” (HR. Tirmidzi, 3499)
Ibnu Qayyim Al Jauziyyah dalam Zaadul Ma’ad (1/305) menjelaskan bahwa yang dimaksud ‘akhir shalat wajib’ adalah sebelum salam. Dan tidak terdapat riwayat bahwa Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam dan para sahabat merutinkan berdoa meminta sesuatu setelah salam.
- Di hari Rabu, antara Dzuhur dan Ashar
Sunnah ini belum diketahui oleh kebanyakan kaum muslimin, yaitu dikabulkannya doa di antara shalat Zhuhur dan Ashar dihari Rabu. Ini diceritakan oleh Jabir bin Abdillah Radhiallahu’anhu:
“Nabi shalallahu ‘alaihi wasalam berdoa di Masjid Al Fath 3 kali, yaitu hari Senin, Selasa dan Rabu. Pada hari Rabu lah doanya dikabulkan, yaitu diantara dua shalat. Ini diketahui dari kegembiraan di wajah beliau. Berkata Jabir : ‘Tidaklah suatu perkara penting yang berat pada saya kecuali saya memilih waktu ini untuk berdoa,dan saya mendapati dikabulkannya doa saya‘”
“Pada hari Rabu lah doanya dikabulkan, yaitu di antara shalat Zhuhur dan Ashar” (HR. Ahmad, no. 14603, Al Haitsami dalam Majma Az Zawaid, 4/15, berkata: “Semua perawinya tsiqah”, juga dishahihkan Al Albani di Shahih At Targhib, 1185)
- Saat bangun tidur pada malam hari bagi orang yang sebelum tidur dalam keadaan suci
Dari Amr bin Abasah bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya.” (HR. Ibnu Majah)
- Saat berbuka puasa bagi orang yang berpuasa
Dari Abdullah bin Amr Ash bahwa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda,”Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa pada saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR.Ibnu Majah dan Hakim)
- Doa pada waktu sujud dalam shalat
Doa di kala sujud yaitu sujud dalam shalat atau sujud-sujud lain yang diajarkan Islam seperti sujud syukur, sujud tilawah, dan sujud sahwi. Dari Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, ”Saat yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia sujud, maka perbanyaklah doa.” (HR. Muslim)
- Saat sedang kehujanan
Dari Sahl bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Dua doa yang tidak pernah ditolak, doa pada waktu adzan dan doa pada waktu kehujanan.” (HR. Hakim)
- Saat Melihat Sakratul Maut
Dari Ummu Salamah bahwa Rasulullah SAW mendatangi rumah Abu Salamah pada hari wafatnya, dan beliau mendapatkan kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau memejamkannya, kemudian berkata,
”Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan mengikutinya.” Semua keluarga histeris. Beliau lalu bersabda, ”Janganlah kamu berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, sebab para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan.”(HR. Muslim)
- Sesaat di Hari Jumat
“Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam menyebutkan tentang hari Jumat kemudian beliau bersabda: ‘Di dalamnya terdapat waktu. Jika seorang muslim berdoa ketika itu, pasti diberikan apa yang ia minta’. Lalu beliau mengisyaratkan dengan tangannya tentang sebentarnya waktu tersebut” (HR. Bukhari 935, Muslim 852 dari sahabat Abu Hurairah Radhiallahu’anhu)
- Pada malam Lailatul Qadar
Allah SWT berfirman, “Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Q.S Al-Qadr :3-5)
- Doa pada hari ‘Arafah
Dari Amr bin Syu’aib dari bapaknya dari kakeknya bahwa Rasulullah SAW bersabda,”sebaik-baik doa adalah pada hari ‘Arafah” (HR.Al-Tirmidzi)
- Sepertiga akhir malam
Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tuhan kita yang Maha Berkah dan Maha Tinggi turun ke langit dunia setiap malam pada sepertiga malam terakhir dan berfirman,“Barangsiapa berdoa kepada-Ku pasti Aku kabulkan, barangsiapa meminta kepada-Ku pasti Aku beri, dan barangsiapa yang memohon ampunan-Ku pasti Aku ampuni’” (HR.Bukhari)
Amr bin Abasah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Saat yang paling mendekatkan seorang hamba dengan Tuhannya adalah saat ia dalam sujudnya dan jika ia bangun melaksanakan shalat pada sepertiga malam yang terakhir. Karena itu, jika kamau mempu menjadi orang yang berzikir kepada Allah pada saat itu maka jadilah.” (HR. Tirmidzi dan Ahmad)
- Saat Minum Air Zamzam
“Khasiat Air Zam-zam itu sesuai niat peminumnya” (HR. Ibnu Majah, 2/1018. Dishahihkan Al Albani dalam Shahih Ibni Majah, 2502)
Sumber : MAJALAH ILMU
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

