Tangisan yang mengalir pada pipi peserta The Hardest Singing Show, Aisha Retno sewaktu konsert minggu suku akhir malam tadi tidak dibuat-buat setelah diumumkan sebagai peserta dengan kutipan markah tercorot daripada enam peserta.
Aisha, 23 yang membawakan lagu Run The World nyanyian asal Beyonce sekadar memperolehi 63.78 peratus berbanding peserta yang menduduki tangga kelima, Zizi Kirana dengan 67.33 peratus. Aisha sekaligus diumumkan sebagai peserta tercorot pada minggu ini sebelum pengacaranya, Nabil Ahmad dan Rina Nose memberitahu tiada penyingkiran berlaku pada minggu suku akhir berkenaan.
Aisha ketika ditemui REMAJA selepas program berakhir tidak dapat menahan sebaknya apabila terpaksa menerima keputusan juri yang meletakkannya di kedudukan tercorot. Bukan ingin mendabik dada sudah memberikan persembahan terbaik, namun Aisha lebih takut jika dia telah mengecewakan ibunya sendiri.
“Saya akur persembahan saya bukanlah yang terbaik pada minggu ini. Jika saya betul-betul terkeluar pun pada minggu ini, saya anggap ia sebagai pengajaran terbaik untuk karier muzik saya kerana kata-kata juri itu ’emas’ bagi saya.
“Yang buat saya paling sedih malam ini, (saya) takut sudah kecewakan mama saya. Sebenarnya ini adalah kali pertama saya merasa berada di kedudukan bottom 2 di mana-mana pertandingan. Perasaannya… memang tidak best apabila diumumkan tersingkir,” katanya dalam nada sebak.
Ads
Aisha Retno Bukan Lagi Peserta Big Stage
Tambah Aisha lagi, dia tidak terasa hati dengan komen juri jemputan, Ajai yang berpendapat sudah tiba masanya untuk Aisha sedar dirinya perlu keluar daripada pemikiran sebagai peserta Big Stage yang sekadar memperlukannya untuk menyanyikan semula lagu penyanyi lain.
Ads
“Saya kini dikenali sebagai Aisha Retno yang mempunyai trademark tersendiri. Itu mungkin apa yang juri ingin lihat. InsyaAllah untuk minggu hadapan, saya akan cuba ketengahkan lagi originaliti sebenar saya sebagai penyanyi dan tidak terikut-ikut dengan cara nyanyian penyanyi asal.
“Saya sedar, hanya disebabkan saya terselamat lagi pada minggu ini tidak bermakna saya akan terselamat pada minggu hadapan. Apa yang saya boleh katakan, malam ini bukan malam saya,” ulasnya.
Konsert The Hardest Singing Show minggu suku akhir malam tadi diungguli oleh Putera Muhammad (93.20 peratus) yang membawakan lagu Hilang Naluri nyanyian Once diikuti Ayda Jebat (85.69 peratus), Aepul Roza (81.48 peratus), Stacy (77.30 peratus), Zizi Kirana (67.33 peratus) dan Aisha Retno (63.78 peratus).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi terkenal dari seberang, Afgan tampil memberi reaksi apabila ada segelintir netizen yang membandingkan nyanyian penyanyi jelita, Mahalini dengan penyanyi asal lagu Sampai Menutup Mata, Acha Septriasa.
Katanya kepada Remaja, pelantun lagu popular Sial itu tidak seharusnya mendengar komen-komen yang cuba membandingkan dia dengan Acha.
Menurut Afgan lagi, setiap penyanyi mempunyai cara mereka yang tersendiri dalam
mewarnai sesebuah lagu yang mereka sampaikan.
“Pasti ada yang akan cuba membandingkan kita dengan orang lain. Tapi saya yakin setiap penyanyi itu mempunya karakternya yang tersendiri, hanya ada satu Mahalini, hanya ada satu Acha. Semua orang ada cara mereka untuk mewarnakan sesebuah lagu itu.
“Kadang-kadang komen sebegini kita tak perlu dengar, sebab saya yakin setiap penyanyi
ini mempunyai tempat di hati peminat-peminatnya,” katanya ketika ditemui selepas sidang media konsert Afgan Live in Penang 2024.
Pada masa sama, penyanyi lagu Bukan Cinta Biasa itu turut mengakui tidak pernah berdepan dengan situasi berkenaan kerana dia sentiasa mengelak daripada membaca komen-komen di media sosial.
“Saya tak pernah baca komen, jadi saya cuba jauhi media sosial sebab saya tak nak baca
komen yang boleh mempengaruh minda saya dengan benda-benda yang negatif.
“Mungkin pernah ada yang membuat perbandingan cara saya menyanyi tapi saya tak
pernah baca, saya memang akan elak. Tapi kalau saya buat promosi lagu saya akan baca
sebab saya perlu dapatkan feed back dari peminat saya untuk karya baharu saya.
“Jadi saya memang elak untuk buka media sosial, saya hanya post sahaja dan ini baik
untuk kesihatan mental saya, dari saya asyik terfikir lebih baik saya tidak baca komenkomen itu,” ujarnya lagi.
Terdahulu Mahalini telah merakamkan kembali lagu Sampai Menutup Mata yang pernah
dipopularkan oleh penyanyi dan pelakon, Acha Septriasa bagi runut bunyi filem Heart.
Walaupun Mahalini berjaya membawakan lagu itu dengan caranya yang tersendiri,
peminat masih lagi memilih nyanyian Acha yang menurut mereka lebih menusuk ke dalam
hati.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai remaja tidak kisah menyarung apa saja pakaian ke tubuh. Asal selesa dan mudah, semuanya disarung tanpa mengambil kira kesesuaian dengan tubuh, lokasi berada, pertemuan dengan siapa dan sebagainya. Ada sesetengahnya pula gemar meniru fesyen orang lain tanpa mengambil kira situasi diri sendiri adakah mereka juga benar-benar sesuai mengenakan pakaian tersebut.
Menurut Perunding Imej, Wawa Idris, boleh layari blognya, Imej Patik.Wawa Idris.com menyenaraikan lima kesilapan yang biasa dilakukan remaja lelaki mahupun perempuan saat mengenakan pakaian ke satu-satu majlis. Jom baca apa 5 kesilapan yang biasa kita buat dalam soal menyarung pakaian sesuai!
Katanya sebelum mengenakan sebarang pakaian, kena tahu dulu beberapa aspek iaitu :
Lokasi: Sebelum menghadiri majlis, kenal pasti dulu lokasi hendak dituju. Contohnya, majlis kahwin. Lebih sopan jika lelaki mengenakan t-shirt berkolar berbanding round neck.
Boleh sesuaikan dengan jeans kerana nampak kemas. Tetapi hari ini ramai yang main sarung hanya kerana mereka rasa selesa. Kesilapan berpakaian ini diibaratkan kita pergi satu majlis rasmi dan kita hanya pakai seluar pendek dan t-shirt. Nampak janggalkan dan itulah kejanggalan yang terpaksa kita hadap semasa di sana.
Kita tak tahu siapa yang bakal kita jumpa– Berpenampilan kemas adalah dituntut dalam semua majlis. Lebih baik begitu dari terasa janggal. Ini kerana kadang kala kita tidak tahu dengan siapa kita akan bertemu. Contohnya, jika dia adalah prospek perniagaan kita, pekerjaan masa depan kita dan sebagainya.
Jika pada kali pertama pertemuan soal pakaian dipandang remeh, silap-silap kita akan kehilangan semuanya. Contoh dalam satu majlis rasmi, kita boleh pakai seluar khakis + kemeja, slack + tshirt kolar. Bagi perempuan, pakailah lipstik sekurang-kurangnya untuk elak muka pucat selain pakaian yang sesuai.
Jangan silap memilih pakaian kerana ada kalanya bukan semua sesuai disarung ke badan kita. Gambar hiasan.Remaja harus tampil dengan pakaian kasual kerana ia sesuai dengan penampilan mereka yang santai. Gambar hiasan.
Pakai baju lebih dari saiz badan –Ramai orang berisi biasanya akan mengenakan baju yang lebih besar untuk menutupi bentuk badan. Ini salah kerana baju besar akan lebih membuatkan seseorang kelihatan lebih besar. Jika saiz badan M, pakailah M. Jangan ambil L. Lelaki dan perempuan agak sama dalam hal ini kerana mereka mahu menutupi kekurangan diri itu.
Kata Wawa Idris, bila kita pakai pakaian lebih besar, ia akan menampakkan kita lebih gemuk ya, bukan dapat menutup kekurangan diri kita pun.Untuk pengetahuan adik, akak-akak dan abang-abang, bentuk badan manusia terbahagi kepada beberapa bentuk. Bentuk badan ini dikira dari bahu ke pinggang.
Antara lima bentuk ini ialah bentuk V (disebut sebagai pear), bentuk V (apple – atas besar, bawah kecil), bentuk H (statik iaitu lurus seperti pembaris), bentuk O (badan bulat) dan bentuk X (pinggang kecil @ ramping. Contoh paling mudah artis cantik Rozita Che Wan). Bayangkan buah-buahan itu dan kita dapat membayangkan bentuk badan kita bagaimana, jelasnya.
Suai dan padan – Ramai orang silap dalam aspek ini. Sebagai contoh, bagi perempuan, contohnya jika dia mengenakan kemeja plain tetapi dia pakai tudung satin. Kenapa nampak silap di sini? Kata Wawa Idris, satin dianggap kain yang mewah, berkilauan dan cantik tetapi kalau dipadankan dengan kemeja dari cotton, ada kesilapan di situ. Nampak kurang sesuai dengan pemilihan fabrik.
Masa yang sama, seperti contoh, baju kurung bunga-bunga. Jangan sesekali kenakan tudung berbunga-bunga juga. Sudahnya orang hanya nampak bunga bukan diri kita. Sepatutnya, kalau baju plain, pakailah tudung bunga. Itu baru sesuai. Satu lagi jangan gunakan terlalu banyak warna pada pakaian. Antara kesilapan dalam suai dan padan ini lagi ialah pemilihan warna. Sebagai contoh, kita mengenakan seluar coklat tetapi pakai kemeja hitam. Secara tak langsung ia menenggelamkan diri kita.
Pemilihan pakaian perlu disesuaikan dengan situasi yang kita hendak hadiri
Personaliti– Ini paling penting kerana orang harus kenal pasti personaliti dirinya. Kata Wawa Idris, jika sudah kenal, barulah seseorang individu itu tahu bagaimana mengenakan pakaian sesuai untuk dirinya. Namun untuk ujian personaliti diri ini, satu ujian berbentuk soalan harus dilalui terlebih dahulu. Dari situ pakar perunding imej akan mengenal pasti personaliti individu tersebut.Misalannya, kalau seorang itu natural sporty (suka pakai baju tanpa gosok, boleh pakai baju sama berulang kali, main sarung tanpa kisah), sebagai perunding imej saya sudah boleh nampak karektor individu itu semasa bertemunya.
Antara personaliti lain classic/ elegen (bagi individu ini dia suka menonjolkan dirinya lebih dari orang lain, kalau dia kenakan pakaian, dia akan pakai apa yang orang lain takut nak pakai), natural/ sporty, romantik dan dramatik.“Setiap satu orang berbeza personalitinya. Kalau dapat kenal pasti, lebih mudah untuknya hadir ke majlis-majlis,” katanya ketika ditemui.
Insya allah, kalau kita tahu tata cara berpakaian, lebih mudah untuk kita mengenakannya. Bukan apa, kita pun tak mahu malukan diri sendiri kalau main sarung saja baju sedangkan pakaian tersebut tak sesuai.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat francais Resident Evil, Sony Pictures bakal melancarkan sebuah lagi filem baharu Resident Evil: Welcome to Raccoon City yang dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Kaya Scodelario, Robbie Amell, Avan Jogia dan Hannah John-Kamen.
Kembali kepada asal usul francais Resident Evil yang sangat popular, pembikin filem, yang juga peminat Resident Evil, Johannes Roberts menghidupkan permainan itu untuk generasi baharu. Dalam filem ini, kawasan yang pernah menjadi tempat berkembang bagi syarikat farmaseutikal gergasi Umbrella Corporation, Raccoon City kini menjadi sebuah bandar Midwestern yang hampir mati.
Peninggalan syarikat itu telah menyebabkan Raccoon City menjadi tanah terbiar dengan kejahatan yang hebat. Apabila kejahatan itu dilepaskan, sekumpulan yang terselamat mesti bekerjasama untuk membongkar kebenaran di sebalik syarikat Umbrella dan memastikan mereka dapat menyelamatkan diri.
Filem arahan Johannes Roberts ini bakal ditayangakan di seluruh pawagam tanah air bermula 6 Januari depan dan berita baik buat pembaca Remaja, kami ingin memberikan hadiah istimewa berupa merchandise dan tiket tayangan perdana menonton Resident Evil: Welcome to Raccoon City.
Tarikh: 5 Januari 2022 Masa: 8.30 malam Lokasi: GSC The Starling Mall
Merchandise istimewa daripada Resident Evil: Welcome to Raccoon City
10 x Resident Evil: WTRC T-SHIRT
10 x Resident Evil: WTRC UMBRELLA
10 x Resident Evil: WTRC MASK HOLDER
10 pairs (20 tickets) x PREMIERE PASSES
Foto: Sony PicturesFoto: Sony Pictures
Penyertaan hanya dibuka kepada individu yang tinggal di Lembah Klang dan sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!