Buat julung kalinya, salah seorang daripada dua peserta lelaki program realiti nyanyian The Hardest Singing Show telahpun menyambar kejuaraan mingguan pada konsert suku akhir, malam tadi.
Putera Muhammad tampil dengan persembahan impresif ketika membawakan lagu Hilang Naluri dengan elemen api bagi menyelesaikan cabaran minggu ini bertemakan Estetika Alam. Sekaligus, Putera berjaya mengutip markah tertinggi sebanyak 93.20 peratus dan membawa pulang Anugerah The Hardest of the Night.
Putera Muhammad.
Lebih manis lagi, Putera juga telah menerima skor tertinggi daripada salah seorang juri tetap program, Dato’ Seri Rossa atau lebih mesra dengan panggilan Teh Ocha seperti yang diumumkan oleh juri berkenaan sewaktu sesi penjurian.
Bercakap kepada REMAJA di belakang pentas, Putera berpendapat rezeki tersebut hadir secara mengejut pada minggu kelapan pertandingan memandangkan kejuaraan seringkali diperolehi oleh peserta-peserta wanita.
“Graf saya dalam program ini macam roller coaster, naik turun (ketawa). Alhamdulillah minggu dapat juga saya merasa menjadi juara mingguan. Sewaktu persembahan tadi pun, saya lihat juri-juri berikan standing ovation. Itu yang penting sebenarnya iaitu apabila penonton puas dan apa yang kita hendak sampaikan itu tercapai. Kedudukan pertama itu bonus,” katanya yang membawakan lagu Hilang Naluri nyanyian Once.
Sewaktu Putera menerima tugasan elemen api, idea asalnya adalah bagi menimbulkan kegerunan penonton dengan cara membakar yang ekstrem termasuklah idea untuk membakar tubuhnya sendiri. Namun hasrat Putera itu ‘lebih terkawal’ malam tadi setelah menerima nasihat pihak produksi dan pasukannya sendiri.
“Kau ni muka nak pakai lama, kaki nak pakai lama, badan nak pakai lama… Jadi jangan habiskan segala-galanya pada minggu ini…”
“Ya, idea asalnya termasuklah untuk membakar satu badan dan pijak api agar merecik. Itu belum lagi bermain dengan efek api pada badan. Tetapi apa yang berlaku malam ini adalah idea-idea yang telah diluluskan oleh produksi,” katanya.
Kongsi Putera lagi, sesi raptai bersama nyalaan api pada lengannya hanya boleh dimulakan pada hari Sabtu. Biarpun sedikit cemas ketika melakukannya, dengan bantuan pihak bertanggungjawab, Putera kekal tenang ketika cuba memadamkan api menggunakan sapu tangan khas serta air yang telahpun disediakan di atas pentas.
Konsert The Hardest Singing Show minggu suku akhir malam tadi diungguli oleh Putera Muhammad (93.20 peratus) yang membawakan lagu Hilang Naluri nyanyian Once diikuti Ayda Jebat (85.69 peratus), Aepul Roza (81.48 peratus), Stacy (77.30 peratus), Zizi Kirana (67.33 peratus) dan Aisha Retno (63.78 peratus).
Ads
Terdahulu, Putera Muhammad pernah menyertai sebuah lagi program realiti nyanyian terbitan Astro iaitu Big Stage 2023 dan menduduki tangga ketiga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas 12 tahun program realiti We Got Married berjaya mendapat tempat di hati penonton, kini muncul program kedengaran seakan sama, namun ternyata berbeza.
Khabarnya program berjudul We Got Divorced akan ditayangkan di TV Chosun.
We Got Married
Menurut laporan YTN, We Got Divorced akan menjadi variety show terbaru di TV Chosun dan akan diketuai oleh Lee Kook Yong penerbit sama bagi siri Taste Of Love. Program ini mendapat kerjasama penulis Jung Sun Young yang terlibat dalam rancangan realiti 2 Days 1 Night.
We Got Divorced menampilkan selebriti yang berkongsi kisah penceraian mereka dengan cara baru dan ‘fresh’. Tarikh tayangan episod pertamanya dan barisan selebriti yang terlibat masih dalam perbincangan dan sedang dalam rundingan.
*
Asalnya, program ini diberi judul Taste of X, sekali gus menjadi siri ketiga bagi program ‘Taste of’, selepas Taste of Love dan Taste of Wife.
Namun, di peringkat perbincangan produksi, mereka sepakat menukarnya menjadi We Got Divorced. Beritu itu telah disahkan oleh TV Chosun dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan.
Dengar cerita, dua selebriti yang telah disenaraikan untuk menyertai program ini ialah Lee Young Ha dan Sunwoo Eun Sook.
Lee Young Ha & Sunwoo Eun Sook
Kedua-dua pelakon ini berkahwin pada tahun 1981 dan malangnya bercerai pada tahun 2007 setelah 26 tahun berkahwin. Walaupun bercerai, baru-baru ini mereka muncul dalam sebuah program bersama anak lelaki dan menantu mereka.
Wah, tak sabar rasanya nak tengok selebriti Korea yang selalunya private ini berkongsi kisah hidup mereka. Sporting betul kan mereka.
Pada zaman sekarang boleh dikatakan semua orang mempunyai akaun Facebook. Jika dahulu ia kebiasaannya digunakan sebagai paltform mencari kenalan sahaja, kini Facebook mempunyai pelbagai fungsi untuk perniagaan, pengurusan serta pemasaran pelbagai jenama.
Dengan kini angka pengguna Facebook mencecah kira-kira 2.07 bilion, pelbagai ragam manusia dapat kita perhatikan dari semasa ke semasa. Kali ini Remaja ingin kongsi beberapa jenis manusia yang wujud di Facebook. Rasanya kamu tergolong dalam ketegori mana?
1. The Rooster
Pagi-pagi kamu buka Facebook tak sah kalau tak nampak ucapan selamat pagi dari mereka. Dengan ucapan ‘Good Morning’ penuh semangat, seakan itulah tugas harus dilakukannya setiap hari.
2. Laugh Machine
Golongan ini biasanya tak cakap banyak namun mereka ada di merata-rata posting rakan-rakan. Mereka hanya komen ‘LOL’, ‘LMAO’ atau hanya ketawa ‘Haha’ di semua posting. Memang jenis mudah terhibur barangkali.
3. The Observer
Posting di akauan sendiri? Jarang sekali. Nak LIKE posting kamu dan rakan-rakan lain? Itu hanya berlaku kadang-kadang sahaja. Tapi bila dia buat STATUS baru macam ada je dia nak komen pasal kamu atau orang lain. Ini macam ‘tembak’ dalam diam punya perangai.
4. Si Popular
Dia ada 4,376 orang rakan Facebook tanpa sebab munasabah. Mungkin disebabkan seflie-nya yang handsome atau cantik.
5. Game Addict
Setiap hari ada sahaja notification daripada mereka yang kamu dapat. Tapi hakikatnya ia adalah notification mereka yang meminta pelbagai jenis ‘token’ atau ‘nyawa’ bagi game seperti Candy Crush. Orang yang tergolong macam ini potensi untuk orang lain UNFRIEND memang sangat tinggi.
6. Kaki Mengeluh
Kadang-kadang kita hairan adakah hidup mereka ini sangat miserable? Sebab di semua STATUS mereka pun asyik ada sahaja yang tidak kena. Kita yang membacanya pun rasa penat tahu tak?
7. Promoter Tidak Bertauliah
Yes, kita akui dia seorang yang sangat suka dengan pelbagai event. Namun kalau sudah setiap hari ada sahaja invitation ke acara yang kadangkala bukan-bukan, serabut juga dibuatnya.
8. The Liker
Sama seperti ‘Laugh Machine’ cuma mereka ini lebih parah lagi. They never said anything. Tapi tidak pernah terlepas untuk tekan butang ‘Like‘.
9. Drama Queen
Ini satu lagi jenis orang yang ada sahaja benda yang tidak puas hati kemudian panjang berjela tulis di Facebbok. Kadangkala kita berasa mereka ini seolah-olah jadi wartawan yang tidak bertauliah dengan harapan kita akan memberikan respons. Tapi masalahnya benda yang dihebohkan itu hal kecil sahaja. Kaki drama sangat!
10. Pencuri Hati Status
Bila baca STATUS mereka, kamu rasa “macam pernah ku dengar sebelum ini”. Rupanya dia hanya plagiat atau copy paste dari orang lain tanpa sebarang kredit. Apa motif mereka buat begini? Mungkin untuk menambah jumlah rakan-rakan atau follower. Atau mungkin dia memang suka dapat LIKE yang banyak.
Kamu rasa kamu tergolong dalam salah satu golongan di atas? Tag rakan-rakan yang kamu berasa mereka ada dalam senarai di atas. This is just for fun. Hidup kalau serius sangat pun tak best juga. Hehehehe!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak lama dulu ramai orang beranggapan bermain permainan video hanyalah sebagai hobi untuk habiskan masa. Dan ramai juga ibu bapa yang sangat concern dengan aktiviti ini yang dikatakan boleh mengganggu pelajaran anak-anak mereka.
Mungkin masa sekarang sudah tiba masanya stigma tersebut dihakis dari minda. Ini kerana permainan video secara kompetitif bukan lagi dianggap hanya bidang picisan tetapi ia mampu memberi pulangan yang cukup lumayan. Jika baru-baru ini kita mendapat perkhabaran bahawa salah seorang pemain e-sport permainan bolo sepak Fifa Ultimate Teamtelah layak ke pusingan peringkat dunia dan bakal berentap dengan pemain-pemain handalan seluruh dunia di Barcelona, Sepanyol.
Dengan sokongan padu daripada kerajaan menerusi Kementerian Belia & Sukan (KBS) serta pelbagai penaja korporat dari dunia IT telah membuatkan e-sport sebagai antara bidang yang paling pantas berkembang. Di peringkat tempatan kita telah menyaksikan pertandingan seperti The Legends Cicuit, Malaysia Cyber Games, Selangor Cyber Games dan ESL Genting dianjurkan dengan penuh jaya.
Malah dengan liputan yang samkin baik dan menyeluruh daripada media bercetak dan elektronik telah membuatkan perkembangan pesat ini menjadi lebih hebat. Selain pertandingan tempatan, pemain-pemain e-sport kita juga telah berkelana ke luar negara bagi menyertai pelbagai pertandingan.
Terbaru, pasukan dari Malaysia iaitu Geek Fam telah menjuarai Asia Pacific Preadator League 2018 yang telah diadakan di Jakarta, Indonesia. Selepas tiga bulan bertarung, Geek Fam telah mengharungi pelbagai cabaran dan pihak lawan. Grup mereka yang dianggotai oleh Skemberlu, March, Chyuan, Oli dan Playhard telah menewaskan pasukan BOOB.ID dari Indonesia dengan kemenangan 2-1. Manakala tempat ketiga pula diraih oleh pasukan dari Filipina Quid Pro Quo.
Hasil kemenangan ini, Geek Fam membawa hadiah wang tunai bernilai USD50,000 (kira-kira RM197,000)! Asia Pacific Predator League 2018 menyaksikan pertandingan DOTA 2 yang menyaksikan penyertaan daripada 8 pasukan finalis daripada 8 buah negara bertanding. Dan Geek Fam merupakan juara pertama pertandingan ini.
Untuk kejohanan pada tahun hadapan, kotaraya Bangkok telah dipilih sebagai tuan rumah dan ia bakal menyaksikan lebih banyak pasukan yang akan bertanding.
Menurut Pengarah Pengurusan Acer Malaysia, Ricky Tan, pihaknya sangat berbangga dan bebesar hati dengan kejayaan pasukan Malaysia yang dinobatkan sebagai juara. Sebagai antara jenama yang sentiasa melihat e-sport sebagai sukan kompetitif masa hadapan, pihaknya berharap lebih banyak pasukan daripada Malaysia mengecap kejayaan sama.
Tahniah Remaja ucapkan buat pasukan Fam Geek yang telah berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Teruskan berusaha di masa akan datang agar Jalur Gemilang akan terus mengah berkibar walau di mana juga kita berada.
Malaysia Boleh!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa terharu selepas menyedari tunangnya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sentiasa memakai tali leher yang...