Sekadar info, Intan mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon Hollywood, Zoe Saldaña kini mencipta sejarah baharu apabila dinobatkan sebagai pelakon dengan kutipan filem tertinggi sepanjang zaman, memintas rekod yang sebelum ini dipegang oleh Scarlett Johansson.
Pencapaian itu dicapai susulan kejayaan filem terbaharunya, Avatar: Fire and Ash, yang menyumbang lebih USD1.2 bilion kepada jumlah kutipan keseluruhan kerjayanya.
Menurut data pangkalan industri The Numbers, keseluruhan filem lakonan Saldaña kini mencatat kutipan melebihi USD15.46 bilion di seluruh dunia.
Laporan The Guardian turut mengesahkan kejayaan itu, sekali gus meletakkan Saldaña, 47, di puncak senarai pelakon paling laris dalam sejarah box office global.
Kejayaan luar biasa Saldaña banyak dipacu oleh penglibatannya dalam beberapa francais berskala mega. Antaranya termasuk siri Avatar arahan James Cameron, selain wataknya sebagai Gamora dalam Marvel Cinematic Universe menerusi trilogi Guardians of the Galaxy dan beberapa filem Avengers.
Selain Marvel dan Avatar, Saldaña turut mencatat kejayaan menerusi francais Star Trek serta filem pertama Pirates of the Caribbean, menjadikan beliau antara pelakon paling konsisten dalam filem berunsur komersial berskala besar.
Menurut The Guardian, walaupun Avatar: Fire and Ash mencatat prestasi sedikit rendah berbanding dua filem terdahulu, ia masih kekal sebagai filem nombor satu box office domestik sejak ditayangkan pada Disember lalu.
Rekod Baharu, Projek Masa Depan Menanti
Sebelum ini, Scarlett Johansson mendahului senarai selepas filem Jurassic World Rebirth mencatat kutipan global sekitar USD869 juta, dibantu oleh pelbagai penampilannya dalam filem Marvel.
Dalam perkembangan lain, Saldaña turut menyumbangkan suara dalam filem animasi Pixar, Elio, namun filem tersebut dilaporkan kurang memberangsangkan di box office.
Bagaimanapun, tahun lalu tetap menjadi detik manis buat beliau apabila memenangi Anugerah Akademi (Oscar) bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem muzikal jenayah Netflix, Emilia Pérez.
Ketika ini, Saldaña sedang terlibat dalam penggambaran musim terbaharu siri drama aksi Lioness.
Sementara itu, pengarah Avatar, James Cameron, memaklumkan dua lagi filem susulan telah dirancang, namun masih belum menerima pengesahan rasmi.
Menurut The Numbers, Saldaña diikuti oleh Scarlett Johansson, Samuel L. Jackson, Robert Downey Jr. dan Chris Pratt dalam senarai pelakon dengan kutipan tertinggi dunia.
Bagi pelakon yang tidak pernah membintangi filem Marvel, kedudukan teratas dikuasai oleh Tom Cruise, Dwayne Johnson dan Tom Hanks.
Sumber : The Guardian, Instagram Zoe Saldaña
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nak jadi solo traveller memang kena banyak akal. Kalau tak, macam mana nak capture momen-momen indah sepanjang bercuti? Takkan la semua gambar kita nak harapkan orang lain yang tolong snap kan?
Nah, tak payah pening-pening nak fikir, korang boleh cuba trik yang dikongsi oleh gadis yang berpengalaman menjadi solo traveller di Korea dan Australia ini, dalam merakamkan foto sepanjang pengembaraan solonya.
1. Gears
Semua jenis kamera okay. Tapi saya gunakan GoPro Hero 4 silver yang berusia 3 tahun. Bersama 3 way pole sebagai tripod.
Kelebihan GoPro ialah kecil, boleh setting wide/narrow/medium sesuaikan dengan suasana. Jika Japan dan Korea saya tak perlukan sangat tripod sebab banyak tiang/pokok/tembok rata yang senang nak letak gopro sahaja.
Tapi di Aussie memang perlukan tripod. Sebab Aussie tak banyak tiang/tembok rata. Aksesori tambahan lain, seperti gopro head strap dan body mount.
2. Setting
Banyak setting boleh guna. Tapi saya guna video+photo untuk rakam video dan capture photo dalam masa yang sama. Boleh setting capture photo setiap 5 seconds.
Pastikan setting tu buat as default supaya kita boleh guna setting yang sama dan jimat masa. Jika saya guna cameraphone, boleh guna timer/paling mudah guna remote (connect dengan bluetooth phone).
3. Tempat selamat untuk letak GoPro
Paling mudah kalau tempat tu tak ramai orang. Tapi kalau ramai, pilih spot yang tak ada siapa perasan.
Trick saya, saya letak atas tiang/tembok yang rata, klik dan act macam biasa. Jarang ada orang yang perasan kamera kecil di Aussie. Jika ada pun, dorang akan hanya puji.
Masa di Blue Mountains, ada foreigner perasan kamera kecil saya. Dia puji trick tu sebab dia sendiri tak kan perasan pun.
Di Great Ocean Rd, paling ramai tourist. Tapi, ada spot saya berjaya capture sebab tak ada siapa perasan.
4. Confident dan creative
Sepanjang saya rakam pengembaraan sendiri di Japan, Korea Selatan, Indonesia, Vietnam, Cambodia, Thailand dan Australia, apa yang penting ialah confident.
Jika tak confident dengan tempat tu, tak perlu ambil risikoa. Tapi, saya akan cuba alternatif lain dengan cuba spot lain yang lebih selamat.
Kadang-kadang spot lain lebih cantik dan rare dari gambar-gambar yang biasa diambil. Kita boleh creative mengambil gambar sambil explore satu-satu tempat dari sisi lain.
Seperti di Sydney Opera House dan Sydney Habour, anda boleh dapat spot yang kurang ramai orang seperti di Milson Point. Gambar yang lebih style yang berlatar belakangkan Luna Park dan Habour Bridge.
5. Jadi diri sendiri
Walaupun gambar-gambar saya ambil sendiri tu dirancang, tapi semua gambar-gambar itu ialah ‘real candid’ yang merakam perasaan, emosi, gerak tubuh yang sebenar secara spontan semasa mengembara.
Saya sangat berpuas hati dengan hasil ‘candid’ yang natural setiap kali pulang daripada pengembaraan.
Jadi, siapa kata bercuti seorang diri tak boleh capture gambar cantik-cantik kan?
Grasshopper Cup menjadi bukti jelas kebangkitan luar biasa pemain skuasy negara ini di pentas dunia apabila beliau melonjak ke ranking kelima dunia pencapaian terbaik dalam kariernya setakat ini.
Nama S Sivasangari terus mencipta momentum luar biasa di pentas antarabangsa apabila melonjak ke ranking kelima dunia, pencapaian terbaik dalam kariernya setakat ini. Lonjakan itu hadir selepas kejayaan penuh dramatik menjuarai Piala Grasshopper 2026 di Zurich, Switzerland.
Apa yang menjadikan kemenangan ini lebih ‘berat’ bukan sekadar trofi, tetapi cara dia mendapatkannya.
Dalam aksi final menentang pemain Jepun, Satomi Watanabe, Sivasangari mempamerkan mentaliti juara sebenar. Selepas mendahului set pertama, dia kemudian ketinggalan 1-2 sebelum bangkit semula untuk menutup perlawanan dengan kemenangan 3-2. Aksi selama 62 minit itu bukan sekadar pertarungan fizikal, tapi juga ujian mental yang jelas memihak kepada pemain Malaysia itu.
Lebih menarik, hubungan antara kedua-dua pemain bukan biasa-biasa. Mereka sudah saling mengenali sejak usia sembilan tahun, membesar dalam gelanggang yang sama dan kekal sebagai kawan baik di luar court. Jadi setiap pertemuan bukan sekadar perlawanan, tetapi penuh emosi dan sejarah tersendiri.
Rekod Dominasi Kukuh Dalam Grasshopper Cup
Menurut Sivasangari, perlawanan seperti ini sentiasa sukar, namun dalam masa sama cukup bermakna untuk melihat bagaimana kedua-duanya berkembang hingga ke tahap tertinggi dunia.
Kemenangan ini juga mengukuhkan dominasi beliau ke atas Satomi dengan rekod tujuh kemenangan daripada lapan pertemuan satu statistik yang jelas menunjukkan konsistensi dan kelebihan dari segi pengalaman serta composure di saat genting.
Apa yang ramai mungkin terlepas pandang, kejayaan ini datang hanya sehari selepas dia mengharungi satu lagi perlawanan epik di separuh akhir. Menentang pemain nombor tiga dunia dari Mesir, Amina Orfi, Sivasangari dipaksa bermain sehingga 81 minit sebelum akhirnya menang dalam lima set.
Daripada segi fizikal, dua perlawanan panjang dalam tempoh 24 jam boleh ‘hancurkan’ mana-mana atlet. Tapi Sivasangari bukan sekadar bertahan, dia menang kedua-duanya dengan gaya yang cukup meyakinkan.
Mentaliti Juara Jadi Kunci Kejayaan
Di Instagram, perkongsiannya ringkas tapi cukup menggambarkan perjalanan minggu tersebut di Zurich. Dia menyifatkan ia sebagai minggu yang istimewa, penuh perjuangan dalam setiap perlawanan, serta mengakui sokongan keluarga, pasukan dan penaja sebagai tulang belakang kejayaannya.
Apa yang jelas sekarang, Sivasangari bukan lagi sekadar wakil Malaysia di pentas dunia dia kini legit contender dalam skuasy wanita antarabangsa.
Dengan momentum, mentaliti dan prestasi seperti ini, bukan mustahil ranking lebih tinggi sedang menunggu. Kejayaanini bukan sekadar kemenangan, tetapi satu isyarat jelas bahawa beliau kini berada dalam kelompok elit dunia.
Sumber : Harian Metro, Instagram sivasangari_
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bunyi cengkerik yang bersahutan, kicauan burung dari celah kanopi hutan dan desiran dedaun yang ditiup angin menjadi ‘playlist’ pertama yang menyambut ketibaan Remaja sebaik...