Sejak melangsungkan pernikahan pada pagi Jumaat lalu, ramai peminat menantikan perkembangan terbaru majlis resepsi pasangan sama cantik, sama padan iaitu MK K-Clique dan wanita pilihannya, Siti Hajaar.
Busana perkahwinan rekaan siapa yang bakal disarungkan, bagaimana rekaan pelamin yang menjadi pilihan mereka, di manakah lokasi majlis.. dan macam-macam lagi persoalan yang berada di minda peminat.
Cuma kali ini, REMAJA ingin memberi fokus kepada busana perkahwinan yang direka khas oleh pereka duo, AMAZEĢ buat merpati sejoli ini.
Menerusi hantaran di media sosial, AMAZEĢ yang diterajui oleh Zeed Jamil dan Ammar Madfie telah memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap persalinan klasik songket berona champagne untuk MK dan Siti Hajaar.
Jarang sekali kita dapat melihat MK dalam persalinan baju Melayu songket lengkap dengan tanjak dan bengkung.
Beralih kepada gaun yang turut direka khas oleh AMAZEĢ untuk Siti Hajaar, ia mempunyai potongan skirt A-line dengan perincian mantel daripada fabrik tulle pada bahagian lengan dan belakang untuk memberikan lebih ‘drama’.
Manakala sebahagian perincian renda pada bahagian dada dan bawah gaun pula disulam dalam rona senada agar ia lebih feminin. Selebihnya, seri pengantin Siti Hajaar bertambah jelas hasil riasan jurusolek, Nurul.
Ads
Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen memuji persalinan sopan lagi ayu yang direka untuk Siti Hajaar.
Apapun, rekaan AMAZEĢ buat raja sehari terutamanya dalam kalangan klien selebriti Malaysia mereka jarang sekali menghampakan. Malah, ia memberi lebih idea dan menginspirasikan bakal pengantin lain untuk hari bahagia mereka kelak.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa pernah kena demam denggi? Azabnya hanya Allah yang tahukan. Seluruh sendi dan badan sakit-sakit termasuk tak terdaya nak makan pun.
Kalau kena demam denggi pun dah sakit sangat-sangat, kalau korang terkena penyakit chikungunya yang simptomnya nampak seakan sama tetapi berbeza rasa sakitnya di mana sakitnya berkali-kali ganda.
Sejak semalam kerajaan membuat satu pengumuman penting bahawa mana-mana individu yang baru balik dari Hatyai, desitinasi pelancongan popular di kalangan rakyat Malaysia untuk membuat pemeriksaan di klinik atau hospital jika mempunyai tanda-tanda demam melebihi 3-7 hari.
Ini kerana di Hatyai sekarang, beratus-ratus penduduknya dimasukkan ke hospital selepas penularan penyakit chikungunya ini. Disebabkan mudah dimasuki sama ada melalui bas, keretapi, bawa kereta sendiri ditambah limpahan makanan mewah yang dijual pada harga murah, Hatyai menjadi destinasi pilihan orang Malaysia.
Floting market antara destinasi pilihan orang ramai membeli belah di Hatyai. Bukan saja enak tapi makanan juga sangat sedap serta murah
Mesti korang nak tahukan bagaimana chikungunya ini merebak?
Penyakit ini adalah bawaan dari nyawa aedes. Jika seorang individu itu dihinggapi nyawa yang sudah ada kuman chikungunya, maka individu lain boleh dijangkiti.
Jom baca lebih lanjut tentang penyakit chikungunya supaya korang lebih berhati-hati.
Penyakit Chikungunya adalah penyakit viral yang menjangkiti manusia melalui gigitan nyamuk yang telah dijangkiti.
Tanda dan Gejala
Masa inkubasi/peram demam chikungunya biasanya 3-7 hari. Gejalanya adalah amat serupa dengan demam denggi tetapi demam chikungunya jarang diikuti oleh pendarahan atau sindrom shock (shock syndrome).
Orang yang dijangkiti mungkin mengalami gejala berikut :
Demam melebihi 38 darjah celcius atau lebih
Kesejukan
Sakit kepala
) Letih
) Loya
) Muntah
) Sakit otot
) Ruam pada tangan, kaki dan tangan
) Sakit sendi terutama di hujung jari, pergelangan tangan, buku lali dan rasa ngilu pada tulang
Rawatan
Masa kini tiada ubat atau vaksin untuk rawatan demam chikungunya. Walau bagaimanapun dengan banyak berehat, memakan makanan berzat, banyak minum air dan mengambil ubat penahan sakit, boleh mengurangkan gejala demam dan sakit badan. Jika anda mempunyai gejala tersebut di atas, anda dinasihatkan berjumpa doktor dengan segera.
So pada yang baru balik dari Hatyai, adalah lebih baik korang disarankan membuat pemeriksaan di hospital atau klinik jika alami tanda-tanda ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Yes, penulis mengaku. Kadangkala bila sebut sahaja tentang kentut perasaan geli hati itu akan otomatik muncul dalam otak. Entah mengapa dan sejak bila, ia menjadi sumber ketawa buat kita semua terutama sekali bagi kaum lelaki.
Sebenarya semua orang kentut. Bagaimana ia dilaksanakan, itu perkara nombor dua. Ada yang kentutu secara senyap, ada yang kentut sambil menahan nafas dan ada yang kentut dengan bangga di depan kawan-kawan rapat.
Namun sejauh manakah dan apakah yang korang tahu tentang kentut? Percayalah ia bukan hanya sekadar ‘kejadian alam’ yang mengeluarkan bau busuk semata. Ia mempunyai fungsi lebih daripada itu.
1. Secara purata setiap orang akan membuang angin sebanyak 14 kali dalam sehari.
2. Jika jumlah ‘angin’ dikumpul ia mampu mengisi ruang sebiji belon saiz sederhana.
3. Makanan yang jadikan kentut ‘berkaliber’ ialah brokoli, telur, daging, produk tenusu, bawang putih dan makanan beryis.
4. Sesetengah makanan juga boleh menyumbang kepada bau kentut lebih busuk seperti telur dan daging kerana ia kaya dengan sulfur.
5. Secara purata kelajuan angin kentut adalah 10 kaki per saat atau kira-kira 9.5 km/j.
6. Tiada beza antara bau kentut lelaki dan wanita. Both are equally aweful! LOL
7. Percaya atau tak gas yang dikeluarkan boleh terbakar jika terdedah secara dekat dengan api.
8. Pada era Roman dan purba Jepun, buang angin di tempat awam merupakan amalan normal dan biasa.
9. Cara terbaik mengurangkan ‘industri pengeluaran angin’ ialah bersenam, makan kuantiti sedikit dan seimbang.
10. Menahan kentut tak membahayakan kesihatan tetapi boleh buat korang memberikan reaksi muka yang menjengkelkan. Hehe!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Solekan sudah menjadi satu kewajipan di dalam kehidupan seorang wanita, tidak kiralah sebagai orang terkenal ataupun tidak. Solekan sebenarnya membantu seseorang untuk tampil lebih yakin dan nampak menarik. Namun begitu, kalau solekan yang dikenakan terlalu tebal dan keterlaluan pun boleh menjadi satu perkara yang pelik kerana tidak lagi menonjolkan keaslian sebenar wajah.
Ketika ini pertandingan Miss Universe 2021 sedang dijalankan di Eilat, Israel. Menariknya dalam salah satu aktiviti yang dijalankan, lapan orang peserta telah dipilih untuk tampil dalam sebuah penggambaran wajah tanpa solekan. Bagi sesetengah orang mungkin perkara yang menakutkan, tidak bagi mereka. Apa pun setiap seorang dari mereka tetap cantik dan segar biarpun tanpa bantuan solekan.
Jom kita lihat wajah-wajah ratu cantik ini saat mereka dinobatkan sebagai wakil negara masing-masing dan juga foto mereka tanpa sebarang solekan.
Mereka semua tampil cantik walaupun tanpa sebarang solekan. Penggambaran ini membuktikan bahawa seseorang harus tetap yakin dengan diri sendiri dan kecantikan semula jadi merupakan satu perkara yang perlu dibanggakan.
Tahun ini menyaksikan seramai 80 peserta menyertai pertandingan Miss Universe 2021. Walaubagaimanapun Malaysia tidak menghantar wakil tahun ini atas alasan pandemik Covid-19.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...