Ketua warden asrama, Azhari Abd Sagap mendedahkan di Mahkamah Koroner hari ini bahawa beliau adalah antara individu terawal yang menemui pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, terbaring di dalam longkang asrama pada awal pagi 16 Julai lalu.
Azhari, 31, berkata beliau menerima panggilan daripada pengawal keselamatan bertugas, Linah Mansoding @ Jaliha, 60, sekitar jam 3.04 pagi mengenai kejadian membabitkan Zara.
“Kira-kira jam 3.13 pagi, apabila saya tiba di bangunan asrama, saya melihat Zara (Qairina) terbaring tidak sedarkan diri di dalam longkang.
“Daripada pemerhatian saya, dia kelihatan bernafas seperti sedang tidur berdengkur,” katanya ketika membaca kenyataan saksi di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Beliau turut memaklumkan, ketika itu hanya terdapat dirinya, Linah serta empat pelajar lain di lokasi. Azhari kemudian mengarahkan mereka mengangkat Zara keluar dari longkang dan dipindahkan ke kawasan rata berbumbung di atas konkrit.
Ads
Tambahnya lagi, beliau ternampak kesan darah di tepi longkang serta kecederaan pada buku lali Zara sebelum segera menghubungi talian kecemasan 991 pada jam 3.17 pagi.
“Selepas itu, saya menghubungi penolong kanan hal ehwal murid, Cikgu Asnie.
“Saya kemudian pergi ke rumah pengetua, Ustazah Shaharoom Hashim, yang terletak berhampiran asrama, untuk memaklumkan mengenai kejadian itu.
Ads
“Saya juga cuba menghubungi ibu bapa Zara tetapi tidak berjaya,” katanya.
Azhari menjelaskan, beliau menghubungi semula talian 991 pada jam 3.47 pagi sebelum ambulans tiba dan membawa Zara ke hospital sebelum jam 4 pagi.
Laporan polis kemudiannya dibuat pada jam 8.16 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu.
Ads
Dalam keterangannya juga, Azhari menegaskan bahawa sepanjang bertugas sebagai ketua warden, beliau tidak pernah menerima sebarang aduan daripada Zara mengenai masalah di asrama.
“Sebagai guru Bahasa Arab untuk Tingkatan Satu dan sebagai Ketua Warden Asrama, saya tidak pernah menerima sebarang aduan daripada Zara mengenai sebarang masalah yang dihadapinya di asrama,” jelasnya.
Untuk rekod, Azhari mula mengajar Bahasa Arab dan Kemahiran al-Quran di sekolah berkenaan sejak Jun 2020. Pada Februari 2025, beliau turut dilantik sebagai ketua warden asrama yang bertanggungjawab ke atas bangunan tempat Zara ditempatkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perbicaraan inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner semalam membuka lagi sisi baharu kehidupan asrama.
Saksi kelima yang juga rakan sekolah mendedahkan bahawa tabiat pelajar senior memarahi atau menegur dengan keras dianggap budaya biasa di kalangan penghuni asrama.
“Saksi menyatakan bahawa tabiat pelajar senior memarahi atau menegur secara keras adalah budaya biasa dalam kalangan kawan-kawan pelajar asrama.
“Pelajar junior dianggap mesti melalui pengalaman tersebut kerana mereka sebagai pelajar senior sebelum ini juga mengalaminya,” jelas peguam keluarga arwah, Shahlan Jufri ketika prosiding di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan yang kini memasuki hari ke-16.
Ibu arwah, Noraidah Lamat diwakili barisan peguam termasuk Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.
Dalam prosiding itu, peguam memaklumkan bahawa saksi ke-13 turut mendedahkan hubungannya dengan kumpulan pelajar “Circle 19” iaitu sekumpulan 19 pelajar yang sering melakukan aktiviti bersama.
Menurutnya, Zara Qairina pernah menerima kata-kata kasar seperti “bodoh, sial” daripada salah seorang ahli kumpulan tersebut, walaupun ia dikatakan sebagai gurauan sesama kawan.
Selain itu, saksi berkenaan juga membantu pihak mahkamah dengan mengenal pasti guru yang merampas telefon bimbit seorang pelajar pada pagi kejadian, kerana penggunaan telefon memang tidak dibenarkan di dorm.
Menutup keterangannya, saksi menegaskan bahawa Zara Qairina dikenali sebagai pelajar ceria, peramah, serta tidak menunjukkan tanda tekanan emosi atau masalah mental sebelum kejadian berlaku.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Metro Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah wajah breakout bukan sahaja dialami oleh golongan perempuan, namun ia juga tidak terkecuali menyerang kaum lelaki.
Keadaan ini boleh menyebabkan rasa kurang keyakinan diri dan ia juga mendorang seseorang individu itu menjadi stress dan tidak bahagia menjalani kehidupan harian mereka.
Ya, memang benar sampai begitu kesannya terhadap mereka yang mengalami masalah wajah breakout teruk ini.
Namun begitu, jika korang mengalami masalah ini janganlah terlalu sedih kerana ia masih boleh dirawat. Seorang selebriti media sosial yang dikenali sebagai Syameel pernah berkongsi penjagaan kulit wajah kerana dia juga pernah mengalami masalah breakout.
Langkah pertama yang Syameel lakukan adalah berjumpa dengan dermatologist terlebih dahulu untuk mengetahui jenis kulit, punca breakout dan ubat yang sesuai. Anak muda ini mencadangkan untuk korang berjumpa dulu dengan doktor untuk jimatkan duit dan masa. Produk yang dia gunakan mungkin berkesan untuk dirinya tetapi belum tentu berkesan untuk orang lain.
Pesannya lagi, sebelum beli sesuatu produk itu juga korang kena semak kandungan bahan dan review (PENTING) supaya korang tahu kegunaan produk tersebut sama ada sesuai atau tidak dengan jenis kulit korang.
Waktu Syameel berjumpa dengan dermatologist, pakar menjelaskan bahawa bulan pertama mungkin tidak ada perbezaan kerana kulit nak sesuaikan dengan produk-produk tersebut. Namun, selepas dua atau tiga bulan akan nampak perubahan dan memang benar, ia memulihkan kulit wajahnya.
Jom kita lihat bagaimana rutin skincare yang telah dilakukan oleh Syameel ini.
Kulit jadi lembut dan soothing
Akan Datang
Tak wajib, tapi korang boleh try
Guna masker
Produk untuk rawat jerawat
Apa-apa pun, jika muka korang memang breakout teruk, teruslah berjumpa dengan pakar kulit sebelum menggunakan apa-apa produk. Takut pula kulit korang makin teruk pula nanti.
Jaguh skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow menampilkan persembahan sensasi apabila mengungguli gelaran juara kategori lelaki Piala Skuasy Malaysia 2024 pada Ahad.
Aksi final berlangsung di pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara, pemain berusia 26 tahun yang berada di ranking ke-14 dunia itu hanya mengambil masa 50 minit untuk menewaskan pemain ranking ke-11 dunia dari Mesir Youssef Soliman 3-0 (11-7,11-7,11-7), sekaligus dinobatkan selaku juara.
“Sangat baik untuk memenangi pertandingan ini dan secara peribadi ini mungkin salah satu persembahan terbaik, lebih baik daripada perlawanan akhir Sukan Asia”
“Jika anda melihat saya bermain di gelanggang, saya hanya cuba untuk mengawal segala-galanya di dalam diri, saya tidak membiarkan apa-apa pun menjejaskan saya, jadi hanya fokus pada apa yang perlu saya lakukan,” katanya.
“Satu mata pada satu masa dan jika saya mahu menjadi pemain yang baik, saya tidak boleh memikirkan mengenai orang yang pernah menewaskan saya sebelum ini,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, beliau turut gembira menambah koleksi kemenangan peribadi keduanya di laman sendiri selepas kali terakhir dilakukan pada Terbuka Malaysia 2019.
Sementara itu, pemain nombor 10 dunia dari Mesir, Amina Orfi muncul juara kategori wanita selepas menewaskan pemain negara S.Sivasangari dengan keputusan 3-2.
Amina memaksa Sivasangari yang menghuni ranking kesembilan dunia mengerah sepenuh tenaga dalam pertarungan lima set (8-11,11-9, 11-10, 8-11, 11-6) selama 88 minit.
“Saya telah memberitahu diri saya bahawa ini telah berlaku beberapa kali kepada saya. Saya telah bermain tahun lepas, jadi kurangkan tekanan pada tahun ini dengan bermain mata demi mata,” jelasnya.
“Ia sukar (cabaran dari Sivasangari). Beliau telah kalahkan pemain nombor satu dunia dalam acara emas tahun lepas, jadi saya tahu dia pemain yang berbahaya,” katanya.
Kemenangan itu menyaksikan Eain Yow dan Amina masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah AS$9,025 (RM40,378).
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...