Haid atau datang bulan adalah kitaran normal bagi seorang remaja. Ada di kalangan kawan-kawan yang mengalami period seawal usia 10 tahun lagi dan jika korang belum lagi mengalaminya, jangan risau kerana proses tumbesar dan hormon individu berbeza antara satu sama lain. Ada yang datang haid ketika memasuki sekolah menengah dan tak kurang juga mengalaminya pada usia 15 tahun.
Ada mitos mengatakan lagi lambat datang haid, lagi korang akan nampak muda? Kalau korang pernah dengar mitos ini tapi ia sebenarnya tidak disahkan langsung oleh Pakar Obstestrik & Ginekologi, Dr Noorashikin Maan dari KPJ Ipoh Specialist Hospital kerana belum ada kajian mengenainya.
Namun sebagai remaja, ada sesuatu yang patut korang sangat risaukan kalau pada usia 16 tahun, korang belum datang haid?
Apa risiko tidak datang haid pada usia ini?
Menurut Dr Noorashikin Maan, usia 16 tahun atau semasa dalam tingkatan empat, adalah tempoh paling akhir seorang remaja didatangi haid. Jika pada usia ini korang belum sekalipun mengalami haid, sila baca dengan teliti risiko yang bakal dihadapi apabila menempuh alam dewasa.
Ads
“Usia 16 tahun adalah tempoh akhir period dialami. Kalau belum juga datang period, segeralah berjumpa doktor pakar sakit puan dan perbidanan dengan kadar segera tanpa bertangguh. Sebabnya, jika ditangguh lebih lama, apabila meningkat usia dewasa, kita tak akan berpeluang untuk MENGANDUNG atau ada anak langsung.
Ditanya apakah masalah remaja yang tidak datang period, Dr Noorashikin menjelaskan ada lima sebab utama.
“Pertamanya tubuh TERLALU KURUS kerana masalah pemakanan. Masa yang sama terlalu AKTIF BERSUKAN. Bila keduanya bergabung, lemak yang kurang di dalam tubuh badan akan memberi masalah kepada hormon sehingga melewatkan masalah datang haid.
Ads
“Keduanya, remaja itu ada halangan seperti tisu atau SEPTUM di saluran reproduksi di mana (tisu seperti daging yang menutup saluran liang faraj) sehingga mengakibatkan darah haid tidak boleh mengalir keluar.
“Ketiganya, SELAPUT DARA TIADA BUKAAN. Untuk makluman, semua anak gadis mempunyai selaput dara tapi bukan semua dalam keadaan normal, Keadaan ini dipanggil imperforate hymen (selaput dara tertutup terus) dan menghalang darah haid keluar.
Tambah Dr Noorashikin lagi, masalah keempat melibatkan sistem reproduktif tidak berkembang. Ia disebut sebagai Mullerian Agenesis (ovari tidak berkembang) kerana kecacatan sejak lahir.
Ads
“Terakhir adalah terdapat kecacatan pada kromosom. Biasanya hal akhir ini berlaku apabila pemeriksaan teliti dilakukan. Kes yang paling kerap ditemui adalah Turner Syndromes dengan kromosom, 45 X0. Dalam kes begini, remaja ini biasanya tidak mempunyai tanda-tanda awal kewanitaan seperti tiada bulu di ari-ari (bulu kemaluan) serta bulu pada bahagian ketiak dan pertumbuhan payudaranya sangat kecil tidak sama seperti remaja perempuan lain. Kes lain adalah seperti Androgen Insensitivity disebut kecacatan sejak lahir iaitu seseorang yang dilahirkan mempunyai genetik lelaki (xy) namun luarannya seperti seorang perempuan malah mempunyai alat kelamin perempuan,” katanya ketika dihubungi.
Menjawap satu soalan lain, bagaimana jika datang period tapi agak jarang-jarang (bukan mengikut urutan berkala secara bulanan)?
Menjelaskan hal ini, jika seorang itu datang period tidak tetap dan bukan berkala, pemeriksaan juga wajib dilakukan.
“Memang ada kes di mana remaja datang period tapi bukan setiap bulan. Pemeriksaan perlu dilakukan dengan lebih lanjut, untuk mengetahui puncanta. Dalam keadaan biasa, doktor mungkin akan memberikan ubat-ubatan yang bersesuaian. Jangan pandang remah hal period kerana apabila berkahwin kelak, hal kesuburan inilah yang menentukan peluang sama ada seseorang itu mampu mengandung atau pun tidak,”katanya lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalah sekali bukan bermaksud untuk terus melupakan impian. Seperti wanita yang berasal dari Indonesia ini, dia membuktikan kekalahannya di peringkat kebangsaan tidak boleh memadamkan impiannya untuk menjadi juara pertandingan ratu cantik peringkat antarabangsa.
Kelmarin telah berlangsungnya pentas akhir Miss Face of Humanity 2022 yang menyaksikan pemilik nama penuh Nadia Inggridia Tjuatja dimahkotakan sebagai juara mengalahkan 16 peserta lain yang menyertai pertandingan itu.
Dari 17 peserta Nadia maju ke peringkat 10 terbaik dan kemudiannya diumumkan sebagai empat peserta akhir. Antara peserta lain yang berjaya bergelar top 4 adalah Rwanda, Hong Kong dan Amerika Syarikat.
Selain menjuarai pertandingan, wanita berusia 26 tahun ini yang tampil ranggi dengan potongan rambut pendek menerima anugerah khas cabaran Love of Humanity. Di pentas akhir, Nadia tampil mewah dalam balutan gaun petang rekaan Ivan Gunawan yang diberi nama, The Reminisence of Golden Pheonix.
Ketika berada di kedudukan empat terbaik, Nadia telah menerima soalan berkenaan perang yang terjadi di antara Rusia dan Ukraine. Ternyata dia mampu menjawab dengan baik dan faham akan isu tersebut.
Nadia merupakan sebuah bakat baru yang dinaungi oleh Yayasan Dunia Mega Bintang milik pereka fesyen dan personaliti terkenal Indonesia, Ivan Gunawan. Di bawah tunjuk ajarnya sebagai mentor, wanita anggun ini nampaknya berjaya membanggakan negara Indonesia.
Miss Face of Humanity 2022 merupakan satu pertandingan yang baru diadakan buat pertama kali. Pada awalnya lebih 27 peserta dikatakan bakal meyertai namun akibat kekangan dek Covid-19 dan juga karenah mendapatkan visa hanya 17 negara yang mengambil bahagian.
Malaysia sepatutnya diwakili oleh peragawati dan penyampai radio Era Sabah, Dewi Natasha. Namun atas sebab kekangan dan masalah untuk mendapatkan visa berserta pandemik Covid-19, dia terpaksa melepaskan hasratnya untuk mewakili negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jisoo BLACKPINK sekali lagi mengalahkan wanita-wanita cantik di dunia dan tampil sebagai wanita tercantik di dunia 2024.
Menurut laporan dari Nubia Magazine, Jisoo BLACKPINK dinobat sebagai wanita tercantik didunia selepas lima bulan, tinjauan dan undian global “Wanita Tercantik Di Dunia” edisi 2024 telah berakhir pada hujung Oktober lalu.
Lantas, hal ini mengalahkan kecantikkan Dilraba Dilmurat, Hande Erçel Dan Zendaya.
Acara yang dinanti-nantikan setiap tahun ini telah mengumpul lebih daripada 900 ribu undian daripada 126 negara di seluruh dunia termasuklah Mexico, China, Thailand, Brazil. Indonesia, Singapura, Malaysia, Korea Selatan dan banyak lagi.
Selepas undian ditutup, pemenang untuk acara ini tidak lain tidak bukan, dimenangi oleh selebriti Korea Selatan iaitu BLACKPINK Jisoo. Jisoo telah mengumpul lebih 300,000 undian daripada 106 negara. Pencapaian ini menjadikan Jisoo sebagai “Wanita Tercantik Di Dunia” pada tahun 2024.
Manakala untuk tempat kedua dimenangi oleh bekas ahli Momoland iaitu Nancy Jewel McDonie dan tempat ketiga pula diberikan kepada aktres Turkiye iaitu Hande Erçel.
Untuk senarai Top 10 bagi acara “Wanita Tercantik Di Dunia” bagi edisi 2024:
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada usia 18 tahun, Faron juga menjadi wakil ratu cantik remaja pertama dari Nebraska yang berjaya memenangi gelaran Miss Teen USA sejak tahun 1983.
Faron Medhi, 18 dari Omaha, Nebraska.
Melengkapkan senarai Top 5 pada malam tadi ialah naib juara Jenna Beckstrom (Idaho); pemenang tempat ketiga Cassidy Hill (California), pemenang tempat keempat Isabella Mosqueda (Michigan) dan pemenang tempat kelima McKinley Farese (Tennessee).
Faron dalam persalinan kostum kebangsaannya di Miss Teen USA 2022.Bersama ayahnya yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada semangatnya untuk bergiat aktif di luar bilik darjah.
Dalam segmen soal jawab semalam, Faron telah menerima soalan berkenaan telefobia yang merujuk kepada rasa takut untuk bercakap bersama orang lain menerusi telefon.
Jawab Faron, “Dalam generasi sekarang, kita mempunyai banyak akses kepada media sosial dan mesej. Kita akan kerap berhubung dengan cara itu. Dua insan boleh duduk bersebelahan tetapi masih menghantar mesej.
“Bagi saya, itu adalah pelik kerana anda seharusnya ketepikan telefon bimbit dan bercakap dengan dengan individu di sekeliling. Dalam hal panggilan telefon pula, ia boleh jadi menakutkan kerana seseorang mungkin kurang arif menyusun ayat atau merasa cemas.
“Saya percaya, sebagai generasi masa ini kita kadangkala perlu ketepikan telefon bimbit sebentar dan lebihkan percakapan ‘interpersonal’. Ini amat penting dalam dunia sekarang terutamanya dalam kalangan remaja,” ujarnya.
Selain persembahannya yang menyakinkan panel juri, Faron juga menjadi topik perbualan selepas reaksi wajahnya ketika pengumuman pemenang tular di media sosial.
Sebelum menyertai pertandingan di peringkat negeri Nebraska Mac lalu, Faron sebenarnya baru sahaja menamatkan persekolahannya dari Millard North High School di mana dia aktif menyertai pelbagai jenis kelab. Tidak cukup dengan itu, Faron juga merupakan seorang penari hip hop profesional dan bergelar guru tarian!
Fuh, memang tidak boleh duduk diam ya! Hehe..
Model remaja ini turut cemerlang dari segi pendidikan apabila dilaporkan menamatkan pengajian sekolah menengah dengan skor 4.1 GPA.
Kini setelah tamatnya pertandingan Miss Teen USA 2022 semalam, Faron berkata dia bakal mendaftar masuk ke Grand Canyon University di Phoenix, Arizona pada kemasukan musim luruh ini dengan mengambil jurusan Biologi yang diminatinya.
Kemenangan Faron Medhi ini juga seakan meneruskan kecemerlangan gadis berbangsa India di pentas ratu cantik pada tahun ini selepas kemenangan wakil India, Harnaaz Saandhu di Miss Universe 2021.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!