Tahniah Remaja ucapkan buat semua graduan yang berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya!
Bergelar seorang graduan pastinya anda sudah mula perlu melangkah ke alam dewasa terutama untuk menempuh alam pekerjaan.
Tidak dinafikan, pasti ramai di antara anda mempunyai rasa takut, gementar dan cemas apabila memikirkan tentang alam pekerjaan kan?
Selain, proses pencarian kerja pula boleh menjadi sangat mencabar. Jadi, Remaja kongsikan tip buat graduan di luar sana untuk mendapat pekerjaan pertama sebagai panduan:
Pembinaan rangkaian bermula sebaik sahaja anda mula mengenali orang. Pastikan anda mempunyai hubungan yang baik dengan rakan kolej, profesor atau mana-mana kenalan profesional yang lain. Sekiranya anda seorang introvert, cuba untuk keluar daripada zon selesa.
Anda juga boleh menyertai komuniti dalam talian di mana orang ramai berkongsi pengalaman kerja dalam bidang kerja tertentu. Ini akan memberitahu anda tentang perkara yang diharapkan sebaik sahaja anda mula mencari pekerjaan.
Ads
Antara platform media sosial yang sesuai untuk anda mula membina dan mencari rangkaian profesional ialah LinkedIn dan Twitter.
‘Jual’ diri
Jual diri di sini bukan bermaksud apa-apa yang negatif. Maksud jual diri ialah cari kekuatan kemahiran atau pengetahuan yang anda ada dan kukuhkannya. Sebagai contoh, kekuatan anda ialah mempunyai suara yang sedap.
Ads
Jadi, apa yang perlu dilakukan ialah berlatih membaca berita atau pengacaraan sekiranya anda mempunyai cita-cita ke arah itu.
Malangnya, kebanyakan graduan baharu kini mempunyai set kemahiran yang lemah. Masih belum terlambat untuk anda ubah nilai diri sendiri. Sertai program-program yang boleh meningkatkan mana-mana kemahiran yang anda ada.
Yakin dengan diri sendiri
Untuk menjual diri kepada majikan memerlukan keyakinan yang tinggi.
Ads
Sebelum majikan meletakkan kepercayaan mereka kepada kemahiran diri yang anda jual, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mesti percaya dan yakin bahawa diri anda berkualiti dan calon pekerja yang paling sesuai berbanding calon lain.
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa keyakinan tidak boleh mengatasi sifat rendah hati. Sentiasa tunjukkan kesediaan untuk berkembang dan belajar walaupun sebenarnya anda sudah yakin dengan kemahiran diri sendiri.
Semoga maju jaya!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Google
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal Shuib, Watie Hanifiah, tidak mampu menahan sebak sewaktu mendengar ucapan graduasi anak tirinya, Dzahira Talita Zahra Shahmira, baru-baru ini.
Momen penuh emosi itu dikongsikan oleh Watie menerusi Instagram, di mana beliau meluahkan rasa terharu apabila nama “mummy” turut disebut dalam ucapan tersebut.
“Tahniah, sangat bangga dengan awak. Hujung-hujung kamera dah goyang sebab mummy dah mula menitik air mata dengar ucapan awak.
“Terima kasih kerana dalam ibu dan daddy, sentiasa ada nama mummy di bibir dan hati awak,” katanya.
Dalam ucapan itu, Talita turut mengungkapkan rasa sayangnya kepada ibu kandung yang sudah tiada, serta memberikan penghargaan menyentuh hati buat Watie.
“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada daddy, ibu dan mummy.
“Ibu, walaupun ibu tidak berpeluang untuk melihat saya bergraduasi sekolah rendah, saya akan sentiasa menyayangimu,” coretnya.
Apa yang lebih meruntun jiwa ialah apabila Talita mengakui bahawa kasih sayang Watie tidak pernah berbeza meskipun mereka tidak mempunyai pertalian darah.
“Untuk mummy Watie, walaupun orang ramai akan sentiasa menganggap mummy ibu tiri, saya sentiasa melihat mummy sebagai ibu yang sebenar,” tambahnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Puasa hari putih dikenali sebagai puasa ayyamul bidh iaitu puasa pada hari ke-13, 14 dan 15 di pertengahan setiap bulan Islam (Hijriyyah). Pahala sunnah ini seumpama berpuasa sepanjang tahun.
Bagi bulan November ini, puasa ini boleh dilakukan bermula esok iaitu 15 hingga 17 November ini pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Puasa
“Ayyamul Bidh” bermaksud “hari-hari putih,”
Istilah “Ayyamul Bidh” bermaksud “hari-hari putih,” merujuk kepada waktu ketika bulan purnama bersinar terang. Antara kelebihan Puasa Ayyamul Bidh adalah mendapat ganjaran pahala sepanjang tahun.
Berdasarkan hadis, daripada Ibnu Milhan al-Qaisi daripada ayahnya, dia berkata:
Maksudnya: “Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa pada hari bidh (putih) iaitu pada 13, 14 dan 15. Baginda berkata: hari-hari tersebut umpama setahun.” (HR Abu Daud, hadis sahih)
NIAT PUASA HARI PUTIH (AYYAMUL BIDH)
نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ الْبَيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.”
Kelebihan berpuasa menurut sains
Kajian yang dilakukan oleh Profesor Valter Lango, Universiti Southern California mendapati sistem ketahanan badan yang berpuasa berada dalam keadaan bagus daripada sebelumnya.
Difahamkan juga risiko untuk mengalami penyakit berbahaya seperti kanser adalah lebih rendah kerana sistem imunisasi badan anda berada di tahap yang bagus berbanding biasa.
Jadi, jangan lupa untuk rebut peluang ini dan berpuasa pada 15,16 serta 17 November.
Sejak dari tahun lepas lagi, bakal pengantin yang ingin mendirikan rumah tangga menerima ujian ketika pandemik COVID-19 ini kerana ada yang terpaksa membatalkan pernikahan mereka. Sehingga kini, masih ramai lagi bakal pengantin yang terpaksa menghadapi situasi ini dan ada yang mengambil keputusan untuk melakukan majlis akad nikah sahaja.
Dengan keadaan situasi seperti sekarang, majlis perkahwinan tidak boleh dijalankan dan hanya beberapa orang sahaja yang dibenarkan berada semasa akad nikah.
Namun, ia tertakluk kepada kerajaan negeri tersebut sama ada ingin menetapkan syarat-syarat lain sebelum bakal pengantin dinikahkan.
Di Kedah, semua bakal pengantin dari mukim, daerah dan negeri yang diisytiharkan zon merah oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu menjalani saringan ujian COVID-19 sebelum majlis akad nikah bermula 1 Februari 2021.
Gambar hiasan
Menurut Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Mohd Yusri Md Daud, bakal pengantin perlu mengemukakan keputusan Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) COVID-19 kepada Pegawai Agama Daerah dalam tempoh tiga hari sebelum akad nikah berlangsung.
Ujian saringan tersebut boleh dilakukan dimana-mana fasiliti kesihatan yang diiktiraf KKM termasuk swasta dengan kos yang perlu ditanggung sendiri.
Bagi bakal pengantin yang berlainan daerah dan negeri pula perlu mendapatkan kebenaran merentas daripada pihak polis kerana JHEAIK dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) tidak akan mengeluarkan sebarang surat sokongan untuk merentas daerah atau negeri.
Akad nikah juga akan dilaksanakan di PAID dan hanya boleh dihadiri jurunikah, saksi, pengantin lelaki dan perempuan serta seorang wali dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Walau bagaimanapun, nampaknya keputusan ini menerima kritikan netizen yang menganggap ia hanyalah akan menyukarkan lagi untuk bakal pengantin dan memerlukan mereka mengeluarkan kos tambahan bagi melakukan ujian swab tersebut.
Namun begitu, ada juga yang memberi pandangan usaha ini salah satu jalan terbaik bagi membendung penularan wabak COVID-19.