Menikmati minuman manis (sejuk pula) saat berbuka puasa sememangnya memberi kepuasan tatkala seharian menahan haus. Jika ke bazar Ramadan, jualan minuman pastinya ‘menangkap’ perhatian pengunjung kerana warnanya yang menarik disertai dengan ketulan ais.
Kali ini, kami nak kongsikan dengan korang antara minuman yang boleh dibuat sendiri untuk berbuka puasa nanti. Paling penting, resipinya mudah dan senang untuk disediakan.
Jom kita lihat resipi minuman susu strawberi Korea dengan jeli yang telah dikongsi oleh @cookingwithel
– Minuman ini lebih sedap sekiranya korang simpan di dalam peti ais semalaman kerana ia akan jadi lebih creamy dengan gabungan strawberi dan susu itu. Jika korang sejukkan di dalam peti ais, sewaktu nak minum barulah minuman ini diletakkan ais
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilakukan hampir di seluruh negara membuatkan ramai yang terpaksa bekerja dari rumah dan melakukan pembelajaran secara online. Namun begitu, bukan semua individu mampu untuk mendapatkan capaian internet yang tinggi bagi memudahkan urusan belajar mahu pun bekerja.
Oleh yang demikian, ada diantara wakil rakyat yang bertanggungjawab melihat situasi ini dan memberi bantuan kepada penduduk sekitar.
Menurut laman Facebook Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa pihaknya telah menghubungi beberapa agensi untuk memohon bantuan wifi percuma di beberapa lokasi di Lembah Pantai. Ini ekoran pada PKP 1.0 yang lalu, ramai pelajar yang menghadapi masalah untuk mengakses internet.
Justeru itu, beliau memaklumkan setakat ini terdapat 7 lokasi yang disediakan perkhidmatan wifi percuma, khusus untuk para pelajar yang perlu mengikuti kelas secara online. Lokasi-lokasi tersebut termasuklah;
• Dewan Orang Ramai, Flat Sri Pahang
• PPR Kerinchi, PREPKOM Blok A
• Perumahan Pantai Permai
• PPR Pantai Ria, PREPKOM Blok C
• PPR Kg Limau, PREPKOM Blok 94
• PPR Sri Pantai, bilik Persatuan Penduduk
• Perumahan Awam Kg Kerinchi 1A
*PREPKOM terdahulunya dikenali sebagai Dewan MINTS
Difahamkan, wifi percuma ini disediakan sehingga hujung April nanti, namun YB Fahmi akan cuba berbincang dengan pihak berwajib bagi mempertimbangkan untuk melanjutkan perkhidmatan percuma ini terutama sekiranya kelas online masih diteruskan.
Warga setempat yang ingin mengetahui maklumat lanjut termasuk terma dan syarat, password wifi serta waktu operasi, bolehlah berhubung dengan PIC seperti yang terdapat dalam gambar.
Diharap inisiatif sebegini dapat dilakukan diseluruh kawasan negara, khususnya kawasan luar bandar bagi memudahkan masyarakat menjalani aktiviti pembelajaran dengan mudah tanpa halangan.
Kasih sayang seorang bapa tiada batasnya, dan ini jelas terbukti melalui dedikasi seorang bapa yang telah bekerja sebagai penjaja selama lebih 26 tahun untuk memastikan anaknya dapat mengejar impian melanjutkan pengajian ke peringkat PhD.
Uncle An, yang mengendali sebuah kopitiam sederhana di PJ Old Town, menjalani rutinnya dengan bekerja tanpa henti setiap hari dalam usaha mengumpul wang untuk yuran pengajian anaknya.
Menerusi perkongsian di platform Facebook Uncle Kentang, anak Uncle An kini sedang dalam pengajian sarjana dan bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke PhD dalam bidang matematik dan bahasa Inggeris.
“Anaknya mempunyai hasrat yang mendalam untuk terus belajar dan mencapai kejayaan dalam bidang akademik,” kata Uncle Kentang.
Walaupun menjalani kehidupan yang sukar sebagai peniaga, Uncle An terus berusaha keras dan tidak pernah berfikir untuk berhenti, kerana dia amat berbangga dengan matlamat dan kejayaan anaknya.
Sebagai tanda penghargaan atas kerja keras Uncle An, Uncle Kentang menyarungkan jubah dan papan mortar PhD kepada bapa tersebut.
“Berapa ramai penjaja yang berusaha tanpa mengenal penat lelah demi masa depan anak-anak mereka? Pengorbanan mereka pasti akan membuahkan hasil apabila melihat anak-anak mereka berjaya,” coretnya lagi.
Uncle An menerima anugerah tersebut dengan senyuman lebar, malah menunjukkan betapa bersyukurnya dia atas penghargaan tersebut.
Dalam pada itu, Uncle Kentang turut menyeru orang ramai untuk menghargai dan menyokong penjaja mahupun peniaga tempatan.
“Kita tidak tahu betapa banyak usaha yang telah mereka curahkan untuk membesarkan anak-anak mereka. Melalui usaha mereka, ramai profesional telah berjaya dalam bidang masing-masing,” tambahnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Personaliti dan pempengaruh media sosial, Azfar Heri sekali lagi telah membuktikan kejayaan apabila berjaya melangkah setapak ke hadapan dengan membuka sebuah kedai jualan lilinnya yang berjenama ‘Nyala’.
Bermula secara kecil-kecilan dan hanya menjual dari rumah, kini Azfar boleh menarik nafas lega apabila salah satu impiannya telah tercapai. Sebelum ini, kami pernah menemu bual Azfar ketika sesi penggambaran cover pertamanya bersama Remaja tahun lalu dan anak muda berusia 24 tahun ini ada berkongsi dengan kami harapan untuk menggembangkan lagi perniagaan lilin beraroma itu.
“Semuanya bermula apabila rakan saya mencadangkan untuk melakukan perniagaan menjual lilin terapi. Sebelum ini saya memang seorang yang sukakan candle. Sewaktu PKP dulu, setiap malam saya akan menyalakan lilin terapi dan daripada situ rakan memberi idea untuk saya menghasilkan lilin terapi dengan jenama sendiri,”
“Kalau boleh saya nak target untuk ada concept store sendiri kerana bila kita jual candle, rasanya pelanggan lebih suka untuk menghidu bauan candle tersebut. Kalau jual secara online, mereka tidak dapat ‘feel’ bauan yang kami sediakan. Doa-doakanlah agar impian saya tercapai, insyaAllah,” jelasnya satu ketika dahulu.
Jelas Azfar, sebagai ketua keluarga dia sudah berjanji dengan ibunya untuk bekerja keras demi mencari rezeki untuk keluarga.
“I tak percaya Nyala dah ada kedai sendiri, before this orang purchase online je dan feedback pun memuaskan. Mama must be so proud of me.”
Nyala physical store ini berkonsepkan industrial luxury dan mengekalkan raw material untuk memberi vibe aesthetic. Semua jenis bauan lilin tersedia untuk pelanggan menghidu baunya dan pekerja di sana akan memberi keterangan untuk setiap lilin tersebut.
Apa yang menariknya lagi, Nyala turut berkolaborasi dengan Ijo Matcha yang menyediakan minuman di dalam physical store itu. Menurut Azfar lagi, pemilik kedai itu adalah kawan baiknya yang menjadi antara tunggak utama memberi semangat dan tunjuk ajar buat dirinya memulakan perniagaan Nyala ini.
Nyala akan beroperasi mulai 11 Jun 2022 dari pukul 11 pagi hingga 6 petang. So guys, bagi yang tertanya-tanya bagaimana agaknya bau lilin-lilin yang dijual oleh Azfar Heri ini, korang bolehlah datang sendiri ke Nyala Candle ini ok?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan...