
Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda Bustaman telah pun dilantik sebagai Pro-Canselor baharu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkuat kuasa 12 Julai 2021 hingga 11 Julai 2024.
Istiadat pemasyhuran Che’Puan Besar Khaleeda dijadual bakal berlangsung pada 23 Oktober ini sempena Majlis Konvokesyen ke-64 UTM.

“Pihak UTM merafak sembah tahniah dan menjunjung kasih di atas perkenan Yang Amat Mulia Che’Puan Besar Khaleeda untuk menerima lantikan sebagai Pro-Canselor UTM,”
“Dengan pelantikan ini, UTM yakin baginda akan dapat menyumbang dalam usaha kea rah merealisasikan misi UTM untuk menjadi peneraju dalam pembangunan modal insan dan teknologi inovatif demi pengkayaan khazanah negara selain meneruskan khidmat kepada masyarakat selaras dengan inisiatif ‘UTM Mensejahterakan Kehidupan’,” menurut UTM dalam kenyataannya.
Isteri kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim ini dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Hospital Besar Kuala Lumpur, seorang yang aktif dalam pelbagai aktiviti kemanusiaan selain menjadi Penaung DiRaja Persatuan Bola Jaring Negeri Johor dan Persatuan Badminton Negeri Johor.

Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak, Selangor pada 2001 hingga 2003, seterusnya melanjutkan pengajian di Sekolah St. George’s Hanover Square, London (2003 hingga 2004), Sekolah Menengah Westminster Academy, London (2004 hingga 2008) dan Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur (2010).
Tahniah Remaja ucapkan kepada YAM Che’ Puan Besar Khaleeda Bustaman atas pelantikan ini.
Sumber: (1)
Cabar Diri Dalam Sukan Permotoran, Zakirah Impi Jadi Rider Malaysia Yang Berjaya

Ketika remaja lain yang seusianya ralit dengan gadget teknologi terkini, lain pula pemilik nama Saidatul Zakirah yang mempunyai minatnya tersendiri.
Bermula hanya sekadar mengikuti ayahnya ke pertandingan sukan bermotor, menjadi asbab remaja berusia 14 tahun ini serius hingga berjaya meletakkan diri menjadi atlet untuk sukan bermotor.
Lebih manis lagi, Saidatul Zakirah yang minat dengan sukan permotoran sejak usia 11 tahun ini menunjukkan kesungguhannya dalam bidang itu menjadi titik tolak kepadanya untuk terus menggapai impian memenangi sukan-sukan permotoran yang berprestij.
“Ayah adalah pendorong utama saya selain ahli keluarga yang lain kerana saya selalu mengikut ayah apabila beliau menyertai aktiviti sukan lasak. Apabila saya memberitahu ayah saya akan mengikut jejak beliau, ayah tidak membantah. Bahkan ibu juga tiada halangan. Kedua-dua mereka memberikan semangat. Saya sangat gembira,” katanya.
Lebih mesra dipanggil Kirah, beliau berkata, tidak mudah untuk menyertai sukan yang dipelopori oleh golongan lelaki kerana pelbagai tanggapan negatif yang didengarnya, namun tidak mengendahkan perkara itu.
“Semua orang boleh melakukan apa yang disukai, kalau lelaki boleh buat kenapa perempuan tidak boleh melakukannya”
Sebelum ini Zakirah menyertai QMMF Children Academy kerana minatnya yang mendalam. Ujarnya fokus merupakan benda utama dan penting dalam suka lasak. Disebabkan itu, remaja ini akan memastikan dia mendapat rehat dan tidur secukupnya sebelum menyertai sesuatu pertandingan atau latihan.
Bijak mengatur waktu, Kirah tidak ketepikan soal pendidikan. Bagi mencapai cita-citanya, Zakirah membahagikan waktu belajar dan waktu latihan permotoran dengan sebaiknya. Berharap untuk menyertai lebih banyak lagi sukan lasak pemotoran ini di masa hadapan dan dia bercita-cita sukan ini akan menjadi kerjaya sepenuh masa beliau nanti.
Apa-apapun, good luck untuk masa akan datang. Moga Kirah terus maju dalam sukan permotoran ini dan gapai impian. You go girls!
Hadiah Sempena Hari Jadi, Rugi Tak ‘Claim’ Di 12 Kedai Favourite Korang Ini

Tiap kali birthday atau hari-hari istimewa, mesti kita gembira bila ada pemberian atau hadiah dari rakan-rakan atau keluarga walaupun sekecil mana pun hadiah itu.
Bukan nilai harga sebuah hadiah itu yang diharapkan namun rasa ‘dihargai’ atau ‘diingati’ itu yang penting.
ARTIKEL BERKAITAN : Jennie Blackpink Sambut Hari Jadi Dengan Membuka Akaun YouTube! Ini Mesej Pertamanya
Tapi, korang tahu tak sebenarnya kita boleh tebus hadiah atau tebus ganjaran sempena Hari Jadi daripada 12 restoran ini. Jom kita tengok apa yang menarik untuk ditebus sempena Hari Jadi!
1. Baskin Robbins

Sempena Hari Jadi, Baskin Robbins nak belanja anda aiskrim percuma yang anda gemari! Tapi, jangan lupa untuk daftar sebagai ahli Club 31 menerusi BR Apps. Bukan setakat ais krim percuma, malah pelbagai diskaun menarik menanti anda! Namun, baucar percuma tersebut hanya boleh ditebus pada tarikh hari lahir je tau.
Muat turun dan daftar sebagai ahli menerusi aplikasi Baskin-Robbins Malaysia di Google Play Store atau Apple App Store.
2. Llao llao

Dapatkan 1 Petitllao percuma, anda perlu muat turun myllaollaoclub. Ganjaran Hari Jadi akan muncul seminggu sebelum Hari Jadi.
Jangan berlengah untuk redeem tau, sebab tawaran E-baucar akan dimasukkan ke dalam akaun MyllaollaoClub pada hari lahir anda dan sah digunakan dalam tempoh 10 hari.
Muat turut dan daftar sebagai ahli llaollao menerusi aplikasi llaollao: myllaollaoclub di Google Play Store atau Apple App Store.
3. Starbucks

Antara ganjaran yang paling ramai suka tebus sempena Hari Jadi adalah kek percuma daripada Starbucks! Jangan lupa untuk dapatkan ganjaran ini menerusi aplikasi Starbucks Malaysia.
Macam biasa, anda perlu muat turun dan daftar di aplikasi mereka iaitu Starbucks Malaysia menerusi Google Play Store atau Apple App Store sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh lahir. Selepas itu, barulah boleh membuat penembusan sempena hari lahir.
4. FamilyMart
Untuk dapatkan Sofuto percuma daripada FamilyMart sempena Hari Jadi, pergi ke cawangan FamilyMart terdekat. Anda hanya perlu tunjukkan Birthday Rewards yang akan ditambah secara automatik pada bulan Hari Jadi anda.
Jangan lupa untuk muat turun aplikasi My FamilyMart di Google Play Store atau Apple App Store
5. ZUS Coffee

Jom tebus kek percuma dari Zus! Korang boleh tebus 1 kek percuma sempena Hari Jadi anda di ZUS Coffee. Cara untuk dapatkan ganjaran ini adalah dengan muat turun aplikasi ZUS Coffee. Kemudian, anda perlu add to cart mana-mana minuman untuk dapatkan kek percuma. Baucar untuk anda tebus ‘hadiah’ hari jadi daripada ZUS Coffee ini adalah untuk tempoh satu bulan sahaja ya!
Sama seperti kedai-kedai lain iaitu dengan mendaftarkan diri menerusi aplikasi mereka yang boleh dimuat naik di Google Play Store atau Apple App Store.
6. Tealive

Untuk penggemar Tealive, memang rugi kalau anda tak muat turun aplikasi mereka. Bukan saja dapat ganjaran Beli 1 Percuma 1, malah anda juga bakal nikmati minuman percuma sempena Hari Jadi anda!
7. Gong Cha
Ada satu lagi bubble tea yang anda boleh tebus secara percuma sempena Hari Jadi anda! Jangan lepaskan peluang untuk jadi ahli Royalty di Gong Cha dan dapatkan baucer minuman percuma bernilai sehingga RM 8.50! Ganjaran ini akan diberikan kepada anda pada bulan Hari Jadi, jadi jangan lupa untuk tebus!
8. KFC
Seriuslah boleh dapat 2-pc Combo percuma dari KFC? Untuk tebus ganjaran ini, anda hanya perlu muat turun aplikasi KFC Malaysia dan tawaran menarik ini sempena Hari Jadi!
9. Juice Works
Dapatkan minuman percuma pada Hari Jadi anda dan rebat istimewa sepanjang bulan yang sama. Tawaran ini hanya sah pada tarikh Hari Jadi anda saja, tau. Jadi, jangan lupa singgah ke Juice Works untuk tebus ganjaran ini.
10.The Coffee Bean & Tea Leaf
Wah, ni dah temasuk kek percuma ketiga yang anda boleh dapatkan sempena Hari Jadi! Kali ini, The Coffee Bean & Tea Leaf pula nak tawarkan anda kek percuma. Untuk tebus ganjaran ini, anda hanya perlu beli mana-mana handcrafted beverages.
Kalau tak nak kek percuma, anda juga boleh tebus 20% diskaun daripada bil (kecuali aksesori, mesin kopi, kapsil serta produk pihak ketiga)
11. Sushi King
Buat peminat tegar Sushi King, jangan lupa untuk daftar sebagai ahli untuk dapatkan ganjaran Hari Jadi ekslusif iaitu 200 Smile Points (bersamaan RM 10) dan pencuci mulut percuma! Jadi, tunggu apa lagi? Muat turun aplikasi Sushi King My hari ini!
12. Boost
Bagi anda yang sukakan jus yang segar, enak dan berkhasiat, jangan lupa untuk daftar sebagai ahli CLUB Boost Juice!
Ada ganjaran smoothie atau jus percuma sempena Hari Jadi menanti anda! Untuk tebus tawaran ini, singgahlah ke cawangan Boost anda pada Hari Jadi anda. Kalau nak datang satu atau dua hari sebelum atau selepas Hari Jadi pun boleh.
Namun apa yang penulis senaraikan ini perlulah disemak betul-betul sebelum ‘claim’ di kedai tersebut. Satu lagi, sesetengah kedai menawarkan ganjaran ini pada tarikh Hari Jadi, manakala tawaran lain sah sepanjang bulan yang sama. Ayuh…
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
5 Cara Kreatif Simpan Duit Ikut Kemampuan, Cukup Masa Hasilnya Lumayan

Isi Kandungan
ToggleRamai yang menganggap nak menyimpan duit ini bukan sesuatu yang senang, lebih-lebih lagi jika mereka tidak mempunyai pendapatan yang tinggi.
Nah, jangan jadikan alasan gaji kecil tidak boleh nak menyimpan duit kerana sebenarnya ada banyak cara yang korang boleh cuba, mengikut kemampuan masing-masing.
Macam mana nak buat? Jom kita ikut style simpanan duit seperti berikut:
1. Tabung auto deduction

Teknik ini sesuai untuk korang yang rasa susah sangat nak menyimpan atau tidak berdisiplin. Sejumlah wang akan ditolak menerusi arahan pemotongan automatik untuk simpanan. Korang juga boleh tetapkan tarikh untuk melakukan auto deduction. Digalakkan untuk terus auto deduct apabila gaji masuk ke dalam akaun.
Selain itu, korang juga boleh membuka dua akaun simpanan. Satu untuk menerima gaji dan satu lagi sebagai akaun simpanan. Jadi, bila gaji dah masuk bolehlah buat auto deduction daripada akaun gaji dan transfer ke akaun simpanan.
2. Tabung RM5

Ramai yang sudah mencuba teknik ini dan nyata ia memang berkesan. Setiap kali korang ada duit RM5, terus diasingkan dan dimasukkan ke dalam tabung. Teknik ini juga boleh dilakukan untuk menyimpan duit RM10, RM20 atau RM50.
Tapi kenapa RM5? Sebab ia satu jumlah yang kecil dan mudah untuk korang asingkan untuk membuat simpanan. Tidaklah rasa terbeban sangat.
3. Tabung duit ganjil

Korang juga boleh cuba menyimpan duit kertas seperti RM1, RM5 atau RM20. Apabila ada wang kertas seperti RM1, RM5 dan RM20, terus asingkan dan masuk ke dalam tabung. Tetapkan tempoh bulan untuk menyimpan. Boleh cuba untuk sebulan terlebih dulu.
4. Tabung duit syiling

Teknik ini telah digunakan oleh kebanyakan orang sejak mereka kecil lagi. Ada yang mengumpul syiling 50 sen, 20 sen, 10 sen, malah ada juga yang memang akan memasukkan terus syiling yang diterima ke dalam tabung.
Bayangkan jika konsisten menyimpan dalam tempoh masa yang lama, hasilnya juga lumayan tau!
5. Beri pada orang lain untuk simpanan
Kalau nak guna teknik ini, pastikan korang memilih individu yang boleh dipercayai seperti ahli keluarga atau suami/isteri. Setiap bulan, asingkan amaun yang ingin disimpan. Jika duit kita ada pada orang lain, tidaklah sewenangnya untuk dibelanjakan.
So, macam mana guys? Rasanya cara-cara yang dikongsi ini adalah yang paling mudah untuk dibuat. Kalau tak dapat simpan banyak, sikit pun jadilah buat duit waktu ‘kecemasan’. Jangan nanti sekiranya berlaku kecemasan, tiada langsung wang simpanan untuk digunakan.
Semoga bermanfaat!
Sumber: (1)