Astro terus maju ke hadapan menerajui tren penceritaan di Malaysia menerusi platform setelah ia melakar sejarah menang besar di acara Kancil Awards & Creative Festival 2025, baru-baru ini di Kuala Lumpur.
Untuk pengetahuan semua, Kancil Awards & Creative Festival merupakan sebuah acara anugerah kreatif berprestij di Malaysia yang memberi penghargaan kepada pencapaian pemain industri kreatif di Malaysia.
Sejak diperkenalkan pada tahun 1978, ia telahpun menjadi medan pemain-pemain industri kreatif tempatan untuk meraikan idea, kempen dan kerja kreatif terbaik dalam dunia pengiklanan negara.
Hanya pada tahun 1995, Kancil Awards diberikan nafas baharu dan menonjolkan karya-karya terbaik menerusi kategori seperti penulisan (copywriting), arahan seni, konten digital, inovasi kreatif dan macam-macam kategori yang lain.
Semestinya, tidak mudah untuk mana-mana entiti platform pengiklanan untuk diiktiraf pada aras tertinggi seperti di Kancil Awards & Creative Festival. Tambahan pula, penjurian dilakukan oleh barisan panel profesional yang diiktiraf dari dalam dan luar negara.
Edisi 2025 Bersinar Dengan Pembaharuan
Istimewanya pada tahun ini, Astro telah diangkat selaku rakan media rasmi Kancil Awards & Creative Festival 2025.
Lebih daripada sekadar menaja, Astro turut membawakan elemen hiburan sepanjang acara berlangsung di EX8, Subang menerusi persembahan pentas oleh Hael Husaini dan grup yang dicipta menerusi program realiti nyanyi terbitan Astro, ALPHA.
Hael Husaini.ALPHA.
Bersesuaian dengan tren kreatif terbaru dalam kalangan anak muda, dua penghibur dalam segmen bersama Astro ini membawakan esen yang segar, berkualiti dan tentunya, ‘Gen-Z coded’.
Bukan sekadar itu sahaja, Astro turut memperkenalkan showcase mini dengan mempersembahkan kandungan filem dan drama seperti Abah Saya Uncle Mike, Polis Evo dan drama Astro Originals Generasi: Perfect 10 yang merangkumkan cara pengiklanan secara kreatif dan subtle dalam kandungan yang memberi impak kepada penonton.
Misi Astro untuk memberikan inspirasi kepada lebih ramai remaja yang meminati dunia kreatif dan videografi dalam bentuk pengiklanan jelas dapat dilihat pada segmen ini. Astro membuktikan iklan tidak harus bersifat lesu dan bermain dengan elemen yang sama berulang kali.
Sebaliknya, iklan yang berkesan mempunyai cara penceritaan yang bersifat relatable dalam kalangan komuniti lokal kita.
Hadir Dengan Perspektif Baharu & Relevansi Budaya
Kancil Festival kali ini terasa lain macam. Dengan segmen hiburan terkurasi, persembahan yang memukau, dan panel diskusi yang penuh insight, Astro berjaya menyuntik nafas segar yang buat ramai pemain industri buka mata.
Mereka membuktikan bahawa kreativiti bukan sekadar visual cantik atau idea luar kotak, ia tentang memahami budaya, menggali cerita rakyat Malaysia, dan menyampaikannya dengan cara yang dekat di hati penonton.
Panel yang menampilkan Raja Jastina Raja Arshad (VP & Head of Astro Shaw) serta Alex Goh (Head of Commercial Content Strategy) menjadi antara highlight festival membawa perspektif mendalam tentang masa depan kandungan premium.
Karya Terbitan Astro Diiktiraf
Dalam pada itu, Astro mencipta sejarah apabila mendominasi Kancil Awards & Creative Festival 2025 apala meraih beberapa kejayaan dalam kategori berbeza.
Kekuatan narattif penceritaan yang ditampilkan oleh Astro membolehkan kejayaan-kejayaan ini berpihak kepadanya dalam edisi kali ini
Bukan itu sahaja, kerjasama strategik yang dimeterai oleh Astro bersama jenama-jenama ikonik seperti Wonda Coffee yang terlibat dalam misi pengiklanan filem seperti Keluang Man yang diterbitkan oleh Astro menunjukkan gabungan budaya dan impak perniagaan boleh dihasilkan dengan berjayanya.
Selain Wonda Coffee, Astro juga telah menghasilkan filem berjenama untuk jenama-jenama lain seperti Mirinda dan 7 Up pada tahun ini.
So, what is next for Astro?
Tentunya, masa depan kandungan dalam ekosistem pengiklanan di bawa Astro akan bertambah matang dan seiring dengan tren penceritaan global. Apabila budaya dapat dihubungkan dengan jenama, bukan hanya imej jenama akan menjadi lebih dekat dengan pengguna.
Bahkan, imej industri pengiklanan negara juga akan bertambah inklusif dan bersedia untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Umum mengetahui vaksin COVID-19 bakal tiba di Malaysia buat masa terdekat ini, hal ini merupakan satu rahmat dan satu cara kita melawan pandemik maut ini. Jika sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencari sukarelawan bagi membolehkan ujian klinikal mengenai keberkesanan dan keselamatan vaksin COVID-19.
Terbaru, menerusi akaun Twitter KKM ada berkongsikan tentang kaedah untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19 ini.
1. Aplikasi MySejahtera – akan dilancarkan butang khas untuk pendaftaran temujanji.
Ads
2. Lama sesawang khas yang akan dilancarkan YAB PM minggu depan.
3. Talian hotline yang akan diumumkan.
4. Secara manual di klinik kesihatan, hospital dan klinik swasta.
5. Rumah ke rumah di kawasan pendalaman yang dikenal pasti dengan mensasarkan warga emas.
Ads
Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin yang juga merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pendaftaran vaksin COVID-19 ini dijangka dapat dibuka kepada orang ramai bermula Mac depan.
Menurut Khairy, individu yang telah mendaftar akan diberikan maklumat lanjut untuk proses vaksinasi.
Ads
When you come for your first dose, you will be given an appointment card. It will also be recorded in your MySejahtera. The date for your second dose will be noted down. For Pfizer it will be 21 days after. Other vaccines may be different. You will also get a reminder. https://t.co/FbGSji1juc
“Mereka (individu yang mendaftar), kemudiannya akan diberikan tarikh, waktu dan tempat berdasarkan maklumat yang diberikan. Tempat tinggal mereka misalnya, mungkin tidak sama seperti di dalam alamat IC (kad pengenalan) mereka,”
Semoga ujian ini berjaya dan rakyat Malaysia boleh mendapatkan vaksin bagi mengurangkan penularan wabak pandemik ini.
Jenama minuman pilihan ramai, Zus Coffee tampil permohonan maaf secara terbuka selepas menerima kritikan daripada pengguna media sosial berhubung berkolaborasi dengan jenama Adidas.
Zus Coffee memberitahu, penyertaannya pada acara itu dan pemberian kasut Adidas yang diiklankan di akaun Instagramnya adalah aktiviti yang dilakukan hanya sekali sahaja dan tidak akan berlaku lagi.
“Kami tidak akan mengaitkan diri kami dengan peperangan dan mengutuk secara tegas sebarang tindakan keganasan. Kami akan lebih berhati-hatidalam aktiviti yang kami lakukan, dan jenama yang kami bakal bekerjasama.
“Untuk mengelakkan kejadian ini berulang, kami mengambil setiap tindakan yang perlu untuk mengukuhkan dasar dan prosedur kami untuk memastikan amalan yang terbaik. Kami memohon maaf dan dengan rendah hati memohon maaf atas kesilapan itu,” katanya.
Terkini, jenama tersebut telah meraih perhatian warganet apabila dilihat berkerjasama dalam melakukan aktiviti giveaway bersama Adidas. Tangkapan layar di Instagram oleh rangkaian kopi tersebut dilihat sedang mengumumkan pemberian kasut Adidas kepada mereka yang bertuah.
Pemerhatian Remaja mendapati, Zus Coffee telah memadam perkongsian berkenaan sementelah mendapat kecaman hebat warganet.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kasih seorang ayah sememangnya tiada batas. Begitu juga bagi usahawan dan figura media terkenal, Engku Emran Engku Zainal Abidin, yang meluahkan rasa bangganya melihat anak tunggalnya, Engku Aleesya, kini melangkah ke fasa remaja dengan penuh cemerlang dan berjiwa besar.
Engku Aleesya, Remaja Cemerlang dan Rendah Diri
Anak kepada Engku Emran dan pelakon terkenal Erra Fazira ini kini memulakan kehidupan baharu sebagai pelajar kolej. Walaupun perkahwinan mereka berakhir pada tahun 2014, kasih sayang serta komitmen terhadap anak kesayangan ini tidak pernah pudar.
Sejak kecil lagi, Engku Emran sentiasa berada di sisi Aleesya — menyokong, membimbing dan meraikan setiap kejayaan akademik mahupun peribadi anak gadisnya itu. Dalam perkongsian terbaru di Instagram, beliau meluahkan rasa syukur melihat Aleesya membesar menjadi seorang remaja yang bukan sahaja bijak dan berdisiplin, tetapi juga mempunyai nilai murni yang tinggi.
“As a single parent I worry for her a lot. But Alhamdulillah, I’m learning to let go of some of them slowly,” tulisnya dalam satu hantaran di media sosial. “Always ingat pesan ayah, stay humble, stay grounded.”
Pelajar Kolej dan Penulis Muda Berjiwa Besar
Menariknya, Engku Aleesya bukan sekadar menjejak kaki ke alam kolej, malah aktif sebagai penulis muda dan pernah menyertai sukan triathlon seawal usia 16 tahun. Lebih mengagumkan, Aleesya bercita-cita menjadi pakar kriminologi serta berhasrat untuk terus menulis buku kanak-kanak bagi memberi inspirasi kepada generasi muda.
Dalam bidang akademik, Aleesya turut mencatat keputusan membanggakan apabila meraih A+ dalam subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Fizik, serta A dalam Biologi, Sosiologi, Bahasa Malaysia dan Psikologi bagi peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).
Perkongsian Engku Emran mengenai pencapaian Aleesya menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet. Ramai yang tersentuh melihat keakraban hubungan ayah dan anak ini, malah memuji cara Engku Emran membesarkan anak perempuannya dengan penuh kasih dan disiplin.
Sifat rendah diri, sopan santun dan kematangan Aleesya menjadi bukti bahawa didikan berteraskan kasih sayang serta nilai moral mampu membentuk peribadi unggul — walaupun dalam situasi keluarga yang berbeza.
Inspirasi Buat Remaja Masa Kini
Kisah Engku Emran dan Engku Aleesya ini membuktikan bahawa kasih sayang seorang ayah tidak pernah bertepi. Ia menjadi inspirasi buat ramai remaja bahawa kejayaan bukan sahaja diukur melalui keputusan akademik, tetapi juga melalui nilai rendah diri, keperibadian mulia dan semangat untuk terus berusaha.
💖 Majalah Remaja mendoakan semoga Engku Aleesya terus berjaya dalam pelajaran serta kekal menjadi inspirasi buat generasi muda untuk mengejar impian dengan hati yang ikhlas dan semangat yang besar.