Ramai yang mungkin terkeliru apa SOP yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan bermula pada 12. 01 tengah malam ini melibatkan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Dalam satu kenyataan rasmi dari Majlis Keselamatan Negara, ini adalah SOP yang perlu dipatuhi oleh orang ramai bermula esok sehingga 27 Oktober ini.
Antara SOP yang telah dipersetujui adalah seperti berikut:
Kawalan Pergerakan PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempat jangkitan dengan bantuan ATM, APMM, APM & RELA.
Hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan serta keperluan-keperluan yang lain. Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.
Pergerakan keluar masuk merentas daerah dan negeri yang melibatkan kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan kecuali bagi;
• Bagi kes kecemasan seperti sakit dan pengurusan jenazah di luar daerah adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak PDRM. • Pekerja-pekerja dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan. Bagi pekerja dari dalam daerah yang sama, mereka tidak perlu mengemukakan surat majikan atau pas pekerja. Pihak kerajaan menggalakkan majikan membenarkan pekerja-pekerja mereka untuk bekerja dari rumah (work from home). • Bagi mereka yang perlu melalui negeri Selangor dan Kuala Lumpur ke negeri-negeri lain, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran sebelum membuat perjalanan. • Individu yang menggunakan pergerakan udara melalui KLIA, KLIA2 dan Subang, mereka juga perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak PDRM.
Aktiviti Ekonomi dalam kawasan PKPB
• Semua aktiviti perniagaan, ekonomi dan industri boleh beroperasi. • Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera / pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam. • Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu, penghantaran (delivery) atau take-away sahaja. Walaubagaimanapun makan di premis makanan (dine in) adalah dibenarkan namun ianya terhad kepada 2 orang 1 meja dengan pematuhan SOP Sektor Makanan. • Operasi pasar harian adalah antara 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja. • Operasi pasar borong adalah antara 4.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja. • Operasi pasar tani adalah antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari • Operasi pasar malam adalah antara 4.00 petang hingga 10.00 malam. • Walaubagaimanapun operasi pasar tani dan pasar malam perlu mematuhi SOP ketat yang telah pun ditetapkan dan perlu dengan pengawasan anggota RELA. • Waktu operasi Stesen Minyak adalah antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam (kecuali pengoperasian Stesen Minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam) • Perkhidmatan pengangkutan awam seperi bas henti-henti, bas Ekspres, LRT, teksi/ e-hailing dibenarkan beroperasi. • Perkhidmatan teksi/ e-hailing, (maksimum hanya 2 orang penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam. • Bagi kenderaan yang membawa pekerja, mereka boleh membawa penumpang seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.
Perubatan dan Kesihatan
Ads
• Waktu operasi klinik dan hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam. • Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8.00 pagi hingga 11.00 malam. Sektor Ekonomi Dan Industri • Aktiviti sektor ekonomi dan industri di kawasan PKPB berjalan seperti yang ditetapkan dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan • Semua kenderaan berkaitan industri, perniagaan, perkilangan yang dibenarkan boleh beroperasi seperti biasa termasuk merentas daerah dan negeri.
Perikanan, Perladangan dan Pertanian
• Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan dibenarkan beroperasi.
Pelabuhan dan Lapangan Terbang
• Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi.
Aktiviti Keagamaan
Ads
• Mesyuarat bersetuju mencadangkan bagi mengimarahkan masjid untuk membenarkan azan dan mendirikan solat lima waktu dengan kehadiran 6 orang Jemaah yang ditentukan oleh jawatankuasa masjid termasuk Imam. • Manakala pengurusan dan petugas di semua rumah ibadat bukan Islam dibenarkan seramai 6 orang sahaja. • Walaubagaimanapun cadangan ini akan dibawa kepada JAKIM dan Pihak Berkuasa Agama Negeri Selangor untuk dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk diperkenankan. •Keputusan lanjut akan diumumkan oleh JAKIM dan Pihak Berkuasa Agama Negeri Selangor dalam masa terdekat.
Aktiviti Riadah, Rekreasi dan Budaya
• Semua aktiviti riadah, rekreasi dan budaya adalah tidak dibenarkan. Aktiviti hiburan termasuk kelab malam atau pub, pusat rekreasi, taman tema, indoor playground dan panggung wayang adalah tidak dibenarkan.
Aktiviti Sukan
• Aktiviti sukan secara individu, e-sports, sukan yang tidak bersentuhan dan sukan outdoor yang tidak melebihi 10 orang adalah DIBENARKAN. • Aktiviti kolam renang, bersentuhan fizikal, sukan bertempur dan penganjuran sukan/kejohanan TIDAK DIBENARKAN. • Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton, dan acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar negeri TIDAK DIBENARKAN. • Bagi proram latihan berpusat yang sedang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri-negeri boleh diteruskan secara Quarantine Based Approach seperti yang dilaksanakan di Kompleks Majlis Sukan Negara Bukit Jalil dan Keramat, Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara dan Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg Pandan. Pendidikan • Institut Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan kanak – kanak ditutup dalam tempoh ini. • Walaubagaimanapun bagi pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil peperiksaan dengan institusi pengajian luar negara, mereka dibenarkan untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran.
• Seminar/Bengkel/Kursus/Latihan/Persidangan/Ceramah dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) tidak dibenarkan. Latihan dalam perkhidmatan yang sedang berjalan boleh dilaksanakan hanya dalam kawasan latihan sahaja.
Mesyuarat
• Mesyuarat perlu diadakan secara sidang video manakala mesyuarat secara bersemuka adalah tidak digalakkan.
Penganjuran Majlis Keramaian
• Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta, Majlis Sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion dan lain-lain majlis sosial adalah tidak dibenarkan.
Pelancongan
• Semua aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan ke dalam kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan.
Skim penipuan wang atau money scam ternyata tidak mengenal mangsa.
Jaguh pecut dunia, Usain Bolt dilaporkan menjadi mangsa terbaru dan terperangkap dalam skim penipuan firma pelaburan swasta di negara kelahirannya, Jamaica.
Mengikut laporan Bloomberg, peguam Linton P. Gordon yang mewakilinya berkata akaun simpanan Bolt yang sebelum ini menyimpan jumlah keseluruhan US$12.8 juta (sekitar RM54.5 juta) kini hanya berbaki US$12,000 (kira-kira RM51,546) sahaja! Dalam erti kata lain, Bolt dilaporkan kehilangan lebih daripada US$12.7 juta daripada simpanannya!
Sumber Gambar: Eurosport
Tambah malang lagi, akaun tersebut difahamkan merupakan sebahagian daripada simpanan wang persaraan hidup Bolt setelah dia memutuskan untuk tidak lagi bertanding sebagai pelari pecut profesional sejak tahun 2017.
“Sekiranya ini betul, maka ia adalah satu penipuan serius yang telah dilakukan terhadap anak guam kami,” kata peguam Bolt dalam surat yang dihantar kepada firma pelaburan yang berpangkalan di Kingston, Jamaica itu.
Di laman sesawang syarikat guaman itu, mereka turut meminta pelanggan melakukan pertanyaan segera kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Jamaica yang sedang menyiasat firma pelaburan berkenaan.
Sekiranya wang tersebut tidak dikembalikan dalam tempoh 10 hari, firma pelaburan itu bakal berdepan dengan dakwaan jenayah dan sivil.
Peguam Bolt telah menghantar surat berkenaan Isnin lalu iaitu pada hari sama Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Jamaica mengumumkan pelantikan juruaudit khas untuk meneliti dakwaan penipuan.
Buat masa ini, wakil dari firma belum memberi apa-apa maklum balas.
Pada hari Selasa pula, pihak berkuasa kewangan Jamaica memaklumkan ia telahpun mengambil alih pengurusan syarikat pelaburan swasta itu sementara siasatan dijalankan. Firma pelaburan itu masih boleh meneruskan beroperasi namun memerlukan kelulusan kerajaan untuk melakukan sebarang transaksi.
Foto Via Indiatimes
Kes penipuan melibatan akaun Usain Bolt ini telahpun tular di seluruh Jamaica sehinggakan Menteri Kewangan negara itu, Nigel Clarke menyifatkan kes ini sebagai sesuatu yang amat membimbangkan.
Maklumlah, Bolt merupakan figura popular yang telah membanggakan Jamaica di kejohanan antarabangsa sepanjang beliau masih aktif sebagai atlet kebangsaan.
Kita yang berada di Malaysia juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam urusan jual beli agar tidak diperdaya dengan tipu muslihat penjenayah.
Sama-sama kita saling mengingati agar melindungi diri daripada apa-apa aktiviti mencurigakan yang melibatan transaksi kewangan terutamanya dalam talian.\
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang berusia 20 tahun, Masya Masyitah telah pun mengharumkan nama neara apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan mencungkil bakat peringkat antarabangsa, Yippi Star Quest 2020 malam tadi.
Masya berjaya menundukkan pesaingnya, penyanyi dari Filipina yang dikenali sebagai Phem, sekali gus melayakkan diri memenangi hadiah wang lumayan kira-kira AS$40,000 (RM160,000) termasuk wang tunai AS$25,000 (RM104,000).
Pertandingan mencungkil bakat ini sebenarnya telah berlanjutan selama empat bulan dan Masya sendiri tidak menyangka bahawa dia mampu menewaskan lebih daripada 3,000 peserta yang bertanding.
Kefasihan anak muda itu berbahasa Mandarin dengan sebutan yang jelas berjaya meraih perhatian dan menjadi pilihan utama dalam platform media sosial Yippi.
Menurut laporan Kosmo, Masya menyanyikan 16 buah lagu termasuk lagu nyanyian asal Bon Jovi, Living On A Prayer dan beberapa lagu lain berbahasa Mandarin dan Tagalog di peringkat akhir.
Tahniah Remaja ucapkan kepada Masya Masyitah atas kejayaan yang diraih semalam. Semoga kerjaya Masya dalam bidang nyanyian terus sukses dan mendapat tempat di hati peminat.
Dunia hari ini sering diperlihatkan dengan tanda-tanda akhir zaman. Sudah ada banyak tanda-tanda termasuk binaan bangunan tinggi di kota Makkah (Menara jam yang dibanggakan), keringnya sungai Tigris dan Sungai Eufrat.
NASA memaklumkan bahawa sejak tahun 2003 hingga 2010, kandungan air sepanjang sungai Tigris dan Eufrat mulai Turki, Syiria, Iraq hingga Iran telah kehilangan sekitar 144 juta kilometer kubik. Kandungan air itu terus berkurang dalam jumlah yang sangat besar pada tahun 2010 hingga 2015.
Sungai Tigris yang mulai mengering dan memperlihatkan tanda-tanda besar ketibaan hari kiamat sudah mulai banyak diperlihatkan
Selain itu tanda-tanda akhir zaman dan petanda kiamat semakin dekat adalah dengan kehadiran Dajjal.
Ketika kehadiran Dajjal, (digambarkan sebagai seorang pemuda yang rambutnya kerinting dengan matanya menyembul keluar), fitnah akan berleluasa dan menjadi perkara paling menggerikan di muka bumi ini. Bagi mereka yang tidak teguh imannya akan dengan mudah menjadi pengikut dajjal dan ketika itu mereka akan kesesatan hingga ke hari kiamat.
Dajjal digambarkan sebagai pemuda bermata satu, langsung tak hensem pun tapi pengikutnya ramai terutama kaum wanita di akhir zaman kelak. Gambar hiasan
Dalam satu hadis Rasulullah SAW, ada disebut kaum wanita merupakan pengikut dajjal paling besar.
“Kebanyakan pengikut Dajjal, adalah orang Yahudi dan kaum wanita” (HR. Ahmad).
Selain golongan wanita, pengikut dajjal terdiri dari kaum Yahudi, bangsa Turki, bukan bangsa Arab dan ramai lagi.
Dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda,
“Yang mengikuti Dajjal adalah orang Yahudi dari Ashbahan (Iran) dan jumlahnya ada 70.000 orang dan mereka memakai thilsan (yang menutup pundak dan badan)” (HR. Muslim no. 2944).
Kenapa kaum wanita menjadi pengikut terbesar dajjal? Adakah dajjal memiliki sesuatu yang menjadi daya penarik bagi kaum wanita mempercayainya? Adakah kerana kehensemannya?
Hari ini, kita sering melihat wanita mudah tergoda dengan ketampanan lelaki. Ditambah lelaki itu hadir dengan pakej badan yang sado. Bukan itu saja, lelaki yang memiliki kewangan teguh adalah ciri-ciri kesukaan wanita ketika ini. Tetapi apa yang pasti, wanita mudah tertarik dengan lelaki kacak dan tampan!
Kenapa dajjal diikuti wanita sedangkan dia bukan kacak pun!
Satu tulisan di fb Yusof Ismail, dia menyenaraikan ciri-ciri yang ada pada Dajjal. Berikut perkongsiannya.
Ada orang kata Dajjal ni handsome, ini saya ringkaskan 7 sifat fizikal Dajjal berdasarkan riwayat hadis. Kalau handsome lagi, saya tak tahulah:
1.Usianya: Seorang pemuda atau belia (Riwayat Muslim)
2- Rambutnya sangat kerinting (Riwayat Muslim)
3- Mata kananya buta dan tersembol keluar seperti kurma kering (Riwayat al-Bukhari)
4- Badannya gempal (Riwayat al-Bukhari) dan pendek (Riwayat Abu Daud), dan besar (Riwayat Muslim)
5- Kulitnya berwarna merah (Riwayat al-Bukhari)
6- Dahinya lebar (Riwayat Ahmad), tertulis ك ف ر (Riwayat Muslim)
7- Kakinya pendek dan pengkar (Riwayat Abu Daud)
Mendengar ciri-ciri fizikal dajjal pun kita tahu dia bukan hensemkan tapi kenapa begitu ramai kaum wanita terpedaya?
Di saat dunia hari ini sudah memperlihatkan begitu banyak tanda-tanda akhir zaman, adalah lebih baik kita sedar dan bersedia agar tidak terpedaya dengan dajjal.
Ingatan untuk kita semua, salah satu cara untuk mengelak menjadi pengikut dajjal adalah dengan membaca 10 ayat surah Al-Khafi sebagai pelindung.
Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan para pengikutnya untuk membaca sepuluh ayat dari Surah Al-Kahfi sebagai perlindungan dari Dajal. Baginda juga mengingatkan para pengikutnya untuk berdoa, “Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu dari musibah Dajal.” Baginda juga menyatakan terdapat tiada musibah yang lebih hebat daripada Dajal sejak penciptaan Nabi Adam a.s. hingga Hari Kebangkitan.
Marilah kita sama-sama berdoa agar kita dan seluruh ahli keluarga kita bukan tergolong menjadi pengikut Dajjal apabila tiba masa dia keluar kelak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!