Baru-baru ini, Universiti Malaya (UM) melonjakkan kedudukannya ke tangga 60 kelompok 100 universiti terbaik dunia yang disenarai oleh Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2025.
Tahun lalu, UM menduduki tangga ke-65 dan peningkatan itu disebabkan oleh penunjuk Hasil Pekerjaan dan peningkatan dalam nisbah fakulti serta pelajar antarabangsa.
Menurut laporan, Malaysia mempunyai 28 institusi pengajian tinggi yang berada dalam kedudukan berperingkat, dengan 14 daripadanya sedang berusaha meningkatkan kedudukannya, lapan kekal stabil dan enam lagi berada pada kedudukan yang jatuh.
Naib Presiden Kanan QS, Ben Sowter, dalam kenyataan berkata, perjalanan Malaysia ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi bergantung kepada kualiti sistem pendidikannya.

Katanya, jika tumpuan kepada membangunkan asas pendidikan yang kukuh di peringkat rendah dan menengah, Malaysia berupaya memupuk generasi pelajar universiti akan datang.
“Pengalaman pembelajaran mereka perlu disertakan sekali dengan kemahiran dan kecekapan, memupuk kemahiran teknikal dan manusia yang diperlukan untuk berkembang maju dalam ekonomi global yang semakin berteraskan kecerdasan buatan (AI)”
“Pendekatan ini adalah kritikal bukan saja untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi tetapi juga untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi tenaga kerja mahir ketika negara bersaing dengan rakan serantau seperti Singapura, Korea dan Vietnam”
Menurutnya lagi, senarai kedudukan itu menekankan kepentingan kebolehpasaran dan kemapanan, kawasan di mana Malaysia mempunyai ruang untuk pertumbuhan di samping penyelidikan kehebatan yang menjadi pemacu utama bagi daya tahan dan kemakmuran ekonomi masa depan Malaysia.
Beliau berkata, Malaysia mempunyai hab pendidikan yang semakin berkembang, bersaing secara aktif untuk mendapatkan sebahagian besar pelajar antarabangsa.
“Dengan lima universiti disenaraikan antara 100 terbaik dunia untuk penunjuk Nisbah Pelajar Antarabangsa dan empat universiti antara 200 terbaik untuk Nisbah Fakulti Antarabangsa, Malaysia sedang mengorak langkah besar ke arah matlamat untuk menarik 250,000 pelajar antarabangsa menjelang 2025”
Anda mungkin berminat dengan
Sementara itu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berada pada kedudukan 138 meningkat 21 anak tangga, diikuti Universiti Sains Malaysia (USM) berada pada kedudukan 146, Universiti Putra Malaysia (148), Universiti Teknologi Malaysia (181).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Pengguna bahasa Melayu sering keliru sama ada ejaan yang betul ialah “muhibah” atau “muhibbah”. Hal ini berkemungkinan pengaruh penggunaan ejaan lama sebelum ini kerana kata “muhibah” merupakan kata pinjaman daripada bahasa Arab.
Walau bagaimanapun, Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia (SERBBM) yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972 tidak menyediakan aturan bagi membolehkan penggunaan huruf konsonan ganda seperti “bb”, “nn”, “ll” dan “ww” yang biasanya wujud dalam ejaan kata pinjaman daripada bahasa Arab.
Oleh itu, kata pinjaman bahasa Arab yang mengandungi huruf konsonan ganda dieja semula dengan huruf konsonan tunggal.
Sehubungan dengan itu, kata seperti “muhibbah”, “muballigh”, “sunnah” dan “tasawwuf” dalam ejaan lama telah dieja semula sebagai “muhibah”, “mubaligh”, “sunah” dan “tasawuf”. Oleh itu, ejaan yang betul ialah “muhibah” dan bukannya “muhibbah”.
Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa Dan Pustaka. Artikel ini ditulis oleh Dr. Rabahyah binti Tahir.
∞
Inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir terus membuka episod baharu apabila saksi kelapan, Azhari Abd Sagap mendedahkan detik akhir sebelum remaja itu ditemui tidak sedarkan diri di kawasan asrama.
Menurut Azhari yang juga ketua warden, Zara dilaporkan menangis teresak-esak sambil menafikan tuduhan mencuri yang dilemparkan oleh beberapa pelajar lain.

“Beberapa pelajar dari dorm bersebelahan mendakwa barangan mereka hilang sebelum melakukan siasatan sendiri. Mereka kemudian menggeledah lokar dan beg Zara Qairina dan menemukan pin Jalur Gemilang milik ketua asrama.
“Mereka berdepan dengan Zara dan memintanya bersumpah bahawa dia tidak mencuri.
“Zara bersumpah, namun ketua dorm ada mengeluarkan kata-kata kasar,” jelas Azhari di Mahkamah Koroner.

Tambahnya lagi, Zara menafikan tuduhan tersebut sambil menangis dan menjerit: “Aku tak mencuri!”sebelum beredar dari bilik berkenaan. Itulah kali terakhir mangsa dilihat oleh rakan-rakannya sebelum insiden tragis itu berlaku.
Azhari yang turut mengajar subjek Bahasa Arab berkata, beliau sempat mengumpulkan kenyataan bertulis daripada lima pelajar terbabit sebelum menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: The Star
∞
Siapa sangka, pada usia 73 tahun, seorang pesara akhirnya berjaya menamatkan pengajian dan menggenggam Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Islam daripada Open University Malaysia (OUM).
Lebih mengagumkan, beliau merupakan bapa kepada sembilan anak dan datuk kepada 25 cucu!
Yusof Haron, figura inspirasi dari Manjung, Perak membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk terus belajar. Menurutnya, semangat untuk menyambung pelajaran tidak pernah pudar walaupun tidak berpeluang melanjutkan pengajian semasa usia muda.

“Sebenarnya, semasa muda saya tidak mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran kerana kekangan kewangan yang dihadapi keluarga ketika itu.
“Namun, Alhamdulillah saya berjaya menghantar semua anak saya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Selepas mereka berjaya, saya pula bersara dan mula menyambung pelajaran sejak tahun 2010,” jelasnya.
Berkongsi cabaran sepanjang perjalanan akademik, Yusof mengakui tidak mudah untuk bergelar pelajar pada usia emas. Tapi semuanya diharungi dengan tekad yang luar biasa.
“Saya tidak nafikan banyak cabaran yang terpaksa dilalui pada usia ini, seperti masalah penglihatan, namun saya tidak menganggapnya sebagai halangan untuk meneruskan pengajian,” katanya kepada pemberita.

Yusof ditemui ketika menghadiri Majlis Konvokesyen ke-29 OUM yang berlangsung di WTCKL baru-baru ini, di mana beliau turut menerima Anugerah Pembelajaran Sepanjang Hayat sebagai pengiktirafan atas semangat dan dedikasi luar biasanya.
Apa yang lebih menyentuh hati, seluruh keluarga memberikan sokongan penuh sejak dari awal.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Sinar Harian
∞