Bilangan remaja mengandung tanpa nikah yang direkodkan di Malaysia mencecah lebih 500,000 orang. Dianggarkan secara purata, 4,000 remaja perempuan hamil bawah 18 tahun dilaporkan setiap tahun berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia.
Memetik statistik berkenaan, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata dari tahun 2012 hingga 2016, sebanyak 79,302 kes remaja perempuan hamil bawah 18 tahun telah dilaporkan.
Ternyata hanyut dengan cinta antara punca budaya membimbangkan ini begitu berleluasa.
Hal yang sama, dikongsikan oleh Mak Liza yang juga pengasas rumah Baitus Solehah yang dari dahulu banyak menyelamatkan gadis-gadis muda yang hamil tanpa nikah. Baru ini beliau berkongsi kisah graduan universiti yang tidak mengetahui dirinya hamil sebaliknya menyangka ada kanser dalam perut seperti dikongsi dalam fbnya, Baitus Solehah.
Ada sesetengah remaja tidak mengetahui mereka mengandung dan sesetengahnya pula takut untuk berkongsi hal memalukan ini. Gambar hiasan
Umur 23 tahun, baru menghadiri majlis konvokesyen bersama emak dan ayah. Kegembiraan emak ayah selepas anak diijazahkan telah bertukar kepada duka dan kecewa apabila mendapati anak telah disahkan mengandung tanpa suami.
Mulanya anak menyangka perutnya ada ketumbuhan, mungkin kanser yang ganas kerana bergerak gerak. Temu janji dengan doktor untuk pemeriksaan tyroid telah membawa kepada pengesanan ada janin dalam rahim. Yang mengejutkan janin ini telah pun berusia 34 minggu!
Ads
Dia tidak menyangka telah mengandung kerana tidak mengalami sebarang alahan. Sepanjang semester akhir dapat belajar dan membuat penulisan tanpa gangguan kesihatan.
Imbas semula apa yang berlaku 8 bulan yang lalu, dia telah menjalani latihan industri di sebuah resort. Latihan industri yang berkaitan dengan kursus yang dipelajari semasa di universiti. Pujuk rayu teman lelaki telah memakan diri walaupun awalnya tidak rela.
Ads
Tambahan peluang sentiasa terbuka apabila sama berada di tempat yang sama berminggu minggu, jauh dari emak ayah, jauh dari teman teman sekolej yang boleh menegur dan mengingatkan sekiranya berlaku perlanggaran syariat. Dan peluang yang sentiasa terbuka menjebak diri. Keterlanjuran telah membuat harapan emak ayah musnah dan kecewa.
Dianggarkan lebih 18 ribu remaja bawah umur mengandung setiap tahun. Statistik ini dikeluarkan oleh KKM. Gambar hiasan.
Anak sulung di dalam keluarga sederhana, ayah cuma seorang pemandu lori dan emak bekerja sebagai kerani. Mereka mendambakan anak yang membahagiakan, menaikan taraf kehidupan keluarga, tapi lain jadinya. Mereka membina kekuatan untuk menghantar anak ke Baitus Solehah walaupun sudah memiliki segulung ijazah.
Pesanan kepada anak anak, usahlah mudah terpedaya dengan pujukan lelaki. Lelaki memang siftanya memujuk kerana mahu benda free. Bersabarlah. Suruhlah mereka bayar mahar dulu sebelum menerima ajakan bersetubuh. Nanti membuat emak ayah kecewa.
Ads
Kecewa mereka tak nampak di mata. Hati mereka bagai dirobek sembilu. Ditikam berkali kali. Sebagai emak ayah , walau apa jadi pada anak, mereka tetap tabah, positif dan terima . Tidak sekali kali mereka membuang anak mereka.
Dalam luka berdarah pun, mereka tetap bangkit dan menghantar anak mereka agar aib terpelihara. Harapan mereka anak bertaubat nasuha, membina jati diri lebih kuat agar dapat meneruskan kehidupan di jalan yang Allah redha.
Opah Cucu Seribu,
Mak Liza
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memasuki 10 malam terakhir Ramadan ini umat Islam diseru meningkatkan amal ibadah untuk mengejar pahala Lailatul Qadar. Di mana malam ini adalah lebih baik daripada 1,000 bulan.
Tambahan lagi di hari Jumaat terakhir di bulan Ramadan yang pada hari Jumaat terdapat satu masa yang dimustajabkan doa bagi sesiapa yang berdoa kepada Allah SWT.
Betapa istimewanya hari Jumaat sehingga ia digelar penghulu segala hari. Jumaat adalah hari yang Allah hadiahkan kepada umat Islam. Hari Jumaat merupakan hari yang mulia dan juga hari raya buat umat Islam.
Ini kerana pada hari Jumaat diwajibkan kepada umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat di masjid secara berjemaah yang mana tidak terdapat pada hari yang lain.
Melalui hadis Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari yang paling agung di sisi Allah, ia lebih besar di sisi Allah dari hari raya Aidiladha dan Aidilfitri. Padanya ada lima perkara, iaitu hari Allah menjadikan Adam, hari Allah menurunkan Adam ke bumi, padanya Allah mematikan Adam dan padanya juga ada satu saat apabila seseorang itu tidak memohon sesuatu melainkan Allah memberikannya selagi dia tidak memohon sesuatu yang haram dan padanya (hari Jumaat) berlakulah hari kiamat.” (Riwayat Ibnu Majah).
Hari Jumaat adalah sebaik-baik hari sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya:
“Sebaik-baik hari apabila terbitnya matahari adalah hari Jumaat, padanya diciptakan Adam AS. Pada hari itu juga dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itu jugalah dikeluarkan daripadanya (Syurga) dan tidak akan berlaku Kiamat melainkan pada hari Jumaat”. [Riwayat Muslim, no. Hadits 1411]
Selain itu juga, hari Jumaat mempunyai satu masa yang istimewa di mana pada waktu tersebut Allah SWT akan memakbul dan memustajabkan doa hambanya yang berdoa kepada-Nya. Ini disebut di dalam hadis yang sahih.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika baginda SAW menceritakan akan hari Jumaat:
Maksudnya:
“Pada hari Jumaat itu ada satu masa (waktu), tidaklah seorang hamba yang muslim itu menunaikan solat lalu dia berdoa memohon sesuatu kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan memberinya apa yang dimohonkan itu”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadis 883]
Berdasarkan sebahagian hadis yang dinyatakan, jelas menunjukkan bahawa hari Jumaat mempunyai kelebihannya yang tersendiri jika dibandingkan dengan hari-hari yang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sehari dua ini baik di fb mahu pun pun twitter dipenuhi dengan “perasaan marah” orang ramai terhadap orang politik. Ditambah bilangan kes positif mencanak naik kepada 260 kes menjadikan kes kedua tertinggi dalam sejarah PKP.
Apa yang membuatkan orang semakin marah dan mendakwa kegelojohan orang berpolitik menjadikan rakyat bawahan sebagai mangsa kerana mereka tidak perlu menjalani kuarantin 14 hari sebelum peraturan itu diperketatkan tiga hari lepas.
Tidak hairanlah ramai suarakan isi hati mereka kerana yang menanggung bebanan adalah rakyat bawahan jika Perintah Kawalan Pergerakan dimulakan kembali.
Di saat rasa kesal itu tidak lagi habis, tular pula wajah anak-anak kecil yang seolah ketakutan selain kesakitan di wajah mereka ketika menjalani ujian SWAB di Sekolah Kebangsaan Permatang Janggus, Seberang Prai Utara semalam.
Bukan saja di SK Permatang Janggus, masa yang sama tular juga gambar anak-anak kecil dari SK Silabukan di Dewan SK Silabukan yang turut perlu melakukan ujian pengambilan sampel dan saringan kesihatan. Apa yang dapat lihat kebanyakan pelajar ini menangis ketika menjalani ujian ini.
Bagi Sk Permatang Janggus kesemua pelajar dan pihak pentadbir sekolah seramai 600 orang perlu menjalani ujian SWAB selepas seorang guru di sekolah berkenaan positif COVID-19 berikutan suaminya yang juga orang politik di Kedah baru balik berkempen di Sabah. Malah sekolah juga ditutup selama lapan hari atas arahan Jabatan Pendidikan Negeri berikutan kes berkenaan.
Apa pun mari kita doakan agar COVID-19 ini tak merebak kepada murid- murid, guru lain serta semua kakitangan sekolah terbabit. Kasihan melihat murid ramai yang menangis semasa ujian swab dilakukan. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Gambar : Kredit Dzul Atfi/ Hafiz Zulkifli / Mohd Hafizie Zainuddin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini dua kanak-kanak meninggal dunia akibat termakan keropok beracun.
Terkini seorang remaja berusia 13 tahun berdepan detik cemas selepas nyaris maut dipercayai termakan biskut bercampur dengan racun di Kampung Dadong, Kemaman, Jumaat lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan, beliau mengesahkan kejadian tersebut apabila pihaknya menerima laporan pada jam 4 petang tadi.
Difahamkan, remaja tersebut telah dikejarkan ke sebuah klinik kesihatan sebelum dirujuk ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman (HK) selepas pengsan dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 petang.
Sebelum kejadian, mangsa Mohd Daynail Haikal Alias bersama-sama seorang rakannya dikatakan ke sebuah kebun pisang dan kelapa untuk memancing kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.
Mangsa dikatakan telah menemui dan memakan sekeping biskut yang telah dicampur racun oleh pemilik kebun bagi tujuan membunuh kera yang diikat pada sebatang kayu di kebun itu.
Sementara itu, bapa mangsa, Alias Saras berkata kejadian tersebut diketahui olehnya selepas isterinya, Roslina Ahmad memaklumkannya. Alias, 57 tahun berkata anaknya secara tiba-tiba pengsan dan mulutnya berbuih selepas memakan biskut yang diambil dari kebun berkenaan.
Melihat kejadian itu, bapa kepada rakan anaknya bertindak membawa Mohd Daynail ke sebuah klinik kesihatan berdekatan untuk menerima rawatan. Bagaimanapun Alias bersyukur kerana anaknya kini sudah mulai pulih selepas menerima rawatan di hospital. Kes akan disiasat di bawah seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Hati-hati guys, jangan makan makanan atau minuman yang dibiarkan di tempat terbuka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!