Siapa pula remaja yang jadi jutawan di usia muda ini?
Mungkin korang yang seusia remaja ini sedang sibuk mencari kerja. Yelah, selalunya diusia 19 tahun, rata-rata remaja tengah mencari arah untuk melanjutkan pelajaran. Namun, tidak bagi CEO OpenAI yang mengasaskan ChatGPT.
Kisah pemuda bernama Sam Altman atau nama sebenarnya Samuel Harris Altman ini sangat memberi inspirasi. Untuk info, beliau adalah pengasas ChatGPT dan GPT-4 adalah dua produk OpenAI yang tengah hangat dalam gelombang besar dunia teknologi kini. Malah, boleh dikatakan jejak ‘DNA’-nya ada di kebanyakan syarikat pemula (start-up) terkemuka dunia.
Antara syarikat portfolionya termasuk Airbnb, Stripe, Reddit, Asana, Pinterest, Teespring, Shoptiques, Instacart, Optimizely, Verbling, Soylent dan Retro Biosciences.
Latar Belakang Sam Altman
Sam bersekolah di Sekolah John Burroughs, St. Louis. Kemudian menyambung pengajian dalam jurusan sains komputer di Universiti Stanford. Bagaimanapun, dia tidak menamatkan pengajian dan berhenti pada tahun 2005. Kemudiannya dia mula membina perniagaan sendiri dengan menubuhkan beberapa syarikat teknologi.
Perjalanan karier Sam Altman
Sam Altman
Memulakan Loopt
Ads
Pada tahun 2005, Sam Altman mengasaskan Loopt. Di umur 19 tahun lagi dia dah jadi jutawan di mana “Loopt” – satu aplikasi mobile jaringan sosial media yang dia asaskan diambil alih dengan harga RM199.7 juta (US$43.4 juta)
Mendirikan Hydrazine Capital
Pada 2012, Sam Altman mencuba nasib dengan Hydrazine Capital, firma modal teroka yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat. Firma itu melabur dalam sains, pasaran, data besar, rangkaian pengguna, perisian dan perkakasan.
Presiden Y Combinator (YC)
Sam Altman teruskan kerjayanya pada tahun 2014 sebagai presiden syarikat inkubator untuk banyak start up di dunia. Beliau juga menggantikan pengasas bersama YC Paul Graham . Pada 2016, Sam mengembangkan unit perniagaan YC dengan menubuhkan YC Continuity dan YC Research. Kemudian pada 2019, Sam memilih untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden YC Group.
Mengasaskan OpenAI
Pada tahun 2015 atau semasa masih Presiden Kumpulan YC, Sam Altman terlibat dalam penubuhan OpenAI, sebuah syarikat penyelidikan dan kecerdasan buatan dalam misi membangunkan kecerdasan buatan yang boleh melakukan tugasan sebaik manusia.
Ads
Sam Altman akhirnya dipilih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI. Bersama beliau ialah beberapa pegawai tinggi lain, seperti Greg Brockman (CTO), Ilya Sutskever (Pengarah Penyelidikan), Trevor Blackwell, John Schulman, Vicki Cheung, Wojciech Zaremba, Andrej Karpathy, Pamela Vagata, Druk Kingma, dan Elon Musk yang memegang jawatan pada 2018. sebagai Pengerusi Bersama dengan Sam.
Derma gabungan untuk OpenAI
Sam Altman dan beberapa yang lain membuat derma gabungan $1 bilion untuk membiayai OpenAI. Pihak ini termasuk Elon Musk, Greg Brockman, Reid Hoffman, Jessica Livingston, Peter Thiel, Perkhidmatan Web Amazon (AWS), Infosys, Microsoft dan YC Research.
3. Anugerah yang diraih
Sepanjang kerjayanya, Sam Altman telah menerima beberapa anugerah sebagai usahawan, usahawan dan pelabur terbaik di dunia.
Pada tahun 2008, Sam Altman telah dinamakan sebagai salah seorang usahawan muda terbaik dalam teknologi oleh BusinessWeek. Kemudian pada 2015, beliau turut dianugerahkan sebagai pelabur terbaik bawah 30 tahun oleh Forbes. Pada 2017, beliau turut dianugerahkan ijazah kehormat oleh Universiti Waterloo.
Itulah profil dan perjalanan kerjaya Sam Altman, Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI. Beliau juga merupakan pengerusi lembaga untuk Helion dan Oklo, dua syarikat tenaga nuklear.
Lebih menarik, dia juga seperti Bill Gates, Steve Jobs dan Mark Zuckerberg, pelajar universiti dropped out tak habiskan pelajaran di Universiti Stanford. Tanpa degree dan hanya sempat habiskan setahun belajar sahaja!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun pernah satu ketika dahulu disanjung oleh peminat dunia hiburan K-pop, bekas ahli kumpulan FT Island tetap berdepan dengan hukuman penjara setelah disabitkan kesalahan.
Kes jenayah yang melibatkan Choi Jong-Hoon ini amatlah rumit kerana ia melibatkan beberapa lagi artis K-pop popular, sekitar tahun 2016.
Ia melibatkan tuduhan Jong-Hoon yang merakamkan aktiviti rogol Bersama seorang mangsanya dan kemudian berkongsi klip rakaman tersebut dengan rakan yang lain termasuklah golongan artis menerusi aplikasi ruangan chat.
Ia didakwa berlaku setelah wanita tersebut dipercayai mabuk dan tidak mampu melawan kehendak Jong-Hoon di 2 buah parti berbeza. Ahli muzik itu bukan saja merakam malah mengambil foto mangsanya. OMG!
Menurut keputusan mahkamah Seoul Central District pada lewat Jumaat lalu, dia dituduh merakam video bogel seorang wanita, menawarkannya kepada orang lain dan menyebarkan bahan pornografi .
Akibatnya, Joog-Hoon dihukum penjara selama setahun, dikenakan tempoh kawalan (probation) selama 2 tahun dan perlu mengikuti program rehabilitasi berkenaan keganasan seksual selama 80 jam.
Selain itu, dia turut dilarang daripada bekerja di fasiliti kanak-kanak dan beliau untuk 5 tahun.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu lelaki jadian menghabiskan juta ringgit untuk dilihat cantik menjadi viral baru ini. Bukan sedikit komen didapati, terlalu ramai yang melontarkan “peluru penabur” membasuh dan menyuruh kembali ke jalan Allah.
Bila menyebut ayat cantik, ramai melihat rupa paras jelita adalah ukuran bahawa polan binti si polan cantik. Ditambah solekan tebal, ramai yang kemudian memuji-muji mereka kelihatan cantik hingga timbul di dalam hati “ya, aku memang cantik”.
Pensyarah kanan USIM, Dr Ahmad Sanusi Azmi yang juga penulis buku memaklumkan apa cantik yang sebenarnya wanita kena tahu. Ia bukan terletak pada paras rupa tapi cantik yang sebenar adalah terletak pada ketaatan.
Baca perkongsian di fbnya.
1. Manusia tidak seharusnya mengikat nilai kecantikan hanya pada fizikal semata. Kecantikan fizikal akan pudar, kendur dan kedut. Ia akan berlalu pergi. Bahkan ia bersifat subjektif yang dipandang dengan nilai yang berbeza oleh setiap orang.
2. Rasulullah menyifatkan nilai kecantikan seorang wanita adalah pada ketaatannya. Seorang lelaki yang memiliki isteri solehah seumpama lelaki yang mempunyai kekayaan yang tidak ternilai. Sabda Rasulullah:
ألا أخبرك بخير ما يكنز المرء؟ المرأة الصالحة: إذا نظر إليها سرته، وإذا أمرها أطاعته وإذا غاب عنها حفظته
“Mahukah kamu aku beritahu nilai yang terbaik yang perlu dijaga (dipelihara) oleh seorang lelaki? Ianya adalah isteri yang solehah. Isteri solehah itu adalah seorang yang tenang bila kamu melihatnya, apabila disuruh, dia mentaati suaminya dan apabila suami tiada dia menjaga hak-hak suaminya.”
3. Perhatikan bagaimana Rasulullah mengangkat nilai keindahan (kecantikan) seorang wanita. Ia bukanlah penilaian fizikal tetapi ketinggian nilainya dilihat dari aspek ketaatan kepada Allah dan kepatuhan dalam menjaga hak-hak suaminya.
4. Begitu juga bagi seorang lelaki, nilai kecantikannya terletak pada ketaatannya kepada Allah, serta budi pekertinya yang mulia.
5. Lelaki yang menghabiskan simpanan wang jutaan ringgit hanya untuk memenuhi kehendak nafsunya yang bercanggah dengan perintah Allah tidak memiliki keindahan seperti yang digariskan oleh Rasulullah.
Siapa sangka, Malaysia disebut-sebut dalam rancangan temubual lewat malam popular The Late Show with Stephen Colbert pada minggu ini.
Ia berikutan hantaran di media sosial yang tular pada hari Ahad lalu melibatkan sekumpulan penunggang kuda yang membuat pesanan di kawasan pandu lalu McDonald’s cawangan Cyberjaya.
Walaupun tujuan foto-foto ini dimuat naik ke Facebook 3S Equestrian Cyberjaya adalah sekadar jenaka, namun niat tersebut telah memakan diri kumpulan tersebut apabila ramai menuduh mereka sebagai penagih publisiti daripada masyarakat di Malaysia.
Mereka turut dikritik sebagai golongan yang tidak cakna dengan kebersihan jalan raya dek najis kuda yang bertaburan di sekitar kawasan awam itu.
Jelas kumpulan yang dikenali sebagai 3S Equestrian Cyberjaya itu kepada portal Juice, ahli-ahli pasukan itu bersedia untuk membersihkan najis kuda di sana dan tidak menyusahkan pekerja McDonald’s tersebut. Mereka berkata ada staf yang sedang mengekori dari belakang untuk menyelesaikan isu najis bertaburan setelah mereka beredar dari kawasan pandu lalu.
Isunya tidak terhenti setakat situ saja apabila mereka turut sama dikritik kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) asas dengan tidak memakai pelitup muka di khalayak ramai. Sebagai respon balas, kumpulan penunggang itu berkata mereka tidak diwajibkan untuk memakai pelitup muka sewaktu menunggang memandangkan sukan berkuda adalah sukan memenatkan dan pemakaian pelitup muka boleh mengganggu pernafasan. Mereka juga mendakwa kesemuanya tetap menjaga jarak 1 meter dengan gadis di kaunter pandu lalu.
Selain itu, banyak lagi komen-komen lain di media sosial yang menambah arang kepada bara seperti ketidaksesuaian jalan tar untuk kaki kuda dan soal keselamatan haiwan itu sendiri apabila berada di jalan raya terutamanya bila berdepan dengan lampu kenderaan mahupun bunyi hon secara tiba-tiba. Bukan itu saja (fuh banyak betul complain mereka).. warganet juga mempertikaikan jarak dekat antara haiwan dan restoran dari sudut kebersihan. Tidak hygienic katanya..
*
Berbalik kepada intipati program The Late Show with Stephen Colbert yang bersiaran pada hari Ahad lalu, beliau menyentuh mengenai ‘stun’ tersebut dalam segmen ‘berita terbaru’-nya.
Sekumpulan manusia menunggang kuda di lorong pandu lalu McDonald’s. Oh yeah, saya akan mengambil hidangan nombor empat dengan air Coca Cola bersaiz kecil dan.. 15,000 kepingan epal. Mereka menunggang di Cyberjaya, sebuah bandar di Malaysia Barat yang dikenali sebagai ‘Lembah Silikon’ versi Malaysia.
Hmm.. apa pendapat korang?
Adakah aksi kumpulan berkuda ini lucu dan menarik untuk ditonton. Atau mereka kelihatan seperti satu lagi ‘kumpulan kayangan’ yang tidak akan dikenakan tindakan biarpun melanggar beberapa etika penting semasa berada di luar bersama kuda masing-masing.
Terpulang kepada interpretasi masing-masing. Lagipun pihak McDonald’s pun tidak mengambil serius isu tersebut dan telah memuat naik ciapan semula di akaun mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!