Sejak kali pertama ditemui di Wuhan, China pada Disember 2019, hingga ke hari ini sudah lebih 5 juta penduduk dunia dijangkiti virus corona. Bilangan kematian juga sudah lebih 354,000 orang meninggal akibat wabak yang diisytiharkan sebagai pandemic ini.

Namun di sebalik 187 buah negara yang dijangkiti ada lagi 12 buah negara yang bebas dari wabak yang belum ada penawarnya ini lagi hingga ke saat ini.

IKLAN
IKLAN
IKLAN

Tentu kita ingin tahu apakah 12 negara tersebut. Jangan pulak korang kata tak pernah dengar nama negara ini ya.

12 Negara Di Dunia Ini Bebas Dari Corona Virus
  1. Kiribati – Kiribati adalah sebuah negara kepulauan kecil yang terletak di Lautan Pacifik. Daratannya hanya beberapa meter dari permukaan air laut. Akibat perubahan iklim, permukaan air laut meningkat dan membahayakan kehidupan di pulau-pulau kecil seperti Kiribati. Kedudukannnya seperti terumbu karang melingkar. Salah satu yang paling terkenal di Kirimati ialah Pulau Nanaba. Pulau ini turut unik kerana menjadi tempat pertama di bumi yang menerima sinar matahari. Malah di kepulauan ini juga turut diadakan Festival Hari Yap (Yap Day Festival) yang begitu dikenali dunia yang diadakan setiap Mac. Ia seperti festival tarian kerana masyarakatnya akan menari sambil memakai baju tradisional mereka.

    12 Negara Di Dunia Ini Bebas Dari Corona Virus

  2. Kepulauan Marshall – Selain Kiribati, Kepulauan Marshall juga antara negara yang dilaporkan tiada kes corona virus. Ia terletak di Kepulauan Pacific di bahagian Barat bersempadan dengan Nauru dan Kiribati di sebelah Selatan.


    12 Negara Di Dunia Ini Bebas Dari Corona Virus

  3. Micronesia – Negara ini juga belum ada catatan kes COVID-19. Micronesia terletak berdekatan dengan Nauru, Kiribati dan Kepulauan Marshall di Lautan Pacific.

    12 Negara Di Dunia Ini Bebas Dari Corona Virus

  4. Nauru – Sebuah negeri kecil yang terletak di Kepulauan Pacific. Negara ini hanya memiliki keluasan 21 kilometer persegi dengan penduduknya seramai 10,000 orang. Hingga kini tiada kes COVID-19 dicatatkan di negara kecil ini.

    12 Negara Di Dunia Ini Bebas Dari Corona Virus

  5. Korea Utara – Satu-satunya negara di Asia yang belum ada kes COVID-19 adalah Korea Utara. Namun ada isu mengenai hal ini di mana seorang Profesor dari Johns Hopkins University di Amerika Syarikat iaitu Prof W Courtland Robinson mengakui ia agak curiga dengan tiada kes dilaporkan. Ini kerana negara ini terletak berdekatan dengan China, jadi adalah agak musykil tiada kes dilaporkan langsung.


    12 Negara Di Dunia Ini Bebas Dari Corona Virus

  6. Pulau Palau – Negara ini terletak di Lautan Pacific. Letaknya tiada jauh dari Papua Barat dan Maluku Utara serta Filipina. Sangat terkenal sebagai destinasi pelancongan iaitu Danau Ubur-Ubur, belum ada kes dilaporkan di negara ini lagi.

    12 Negara Di Dunia Ini Bebas Dari Corona Virus

  7. Samoa – Negara ini terletak di Lautan Pacific yang terdiri dari dua pulau utama dan tujuh pulau kecil. Dua pulau utama adalah Sava’I dan Upolu dan ibu kotanya adalah Apia. Samoa termasuk dalam negara yang mempunyai wilayah terkecil di dunia, agak dekat dengan Hawaii.

    12 Negara Di Dunia Ini Bebas Dari Corona Virus

  8. Kepulauan Solomon – Juga terletak di Lautan Pacific di bahagian Timur bersebelahan dengan Papau New Guinea.

    12 Negara Di Dunia Ini Bebas Dari Corona Virus

  9. Tonga – Tonga merupakan negara yang tidak berdaulat Polinesia yang berbentuk negara kepulauan yang terdiri dari 177 pulau yang luasnya hanya 750 kilometer persegi. Pulau ini terletak di Lautan Pacific selatan.

    12 Negara Di Dunia Ini Bebas Dari Corona Virus

  10. Turmenistan – Antara negara yang tiada kes COVID-19 dicatatkan. Langkah pencegahan awal dilakukan termasuk larangan perjalanan, membasmi kuman dan penyebaran bahaya virus ini kepada masyarakatnya dengan pantas membuatkan antara yang masih selamat.

    12 Negara Di Dunia Ini Bebas Dari Corona Virus

  11. Tuvalu – Negara kecil ini terletak di Lautan Pacific. Sama berjiran dengan negara di atas seperti Naulu, Kiribati dan lain lagi.

    12 Negara Di Dunia Ini Bebas Dari Corona Virus

  12. Vanuatu – Ini juga negara yang selamat dari COVID-19. Mereka mengamalkan penguncian dari awal wabak ini dikesan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI