Jika sebelum ini Indonesia mendakwa negara mereka tidak mempunyai sebarang rekod kes virus Corona, hari ini berita ini telah disahkan sendiri oleh portal kompas.com
bahawa dua rakyatnya dilaporkan positif COVID-19.
Menurut laporan media, dua kes terbabit merupakan seorang wanita berumur 64 tahun dan anak perempuannya, 31 tahun yang dikenal pasti mempunyai kontak dengan warganegara Jepun yang datang ke Indonesia.
Ads
Namun begitu, Presiden Jokowi tidak mengeluarkan kenyataan mangsa dua beranak itu berada di daerah mana. Beliau hanya mengatakan mereka berdua ada di Indonesia dan sedang di rawat di hospital.
Ads
Dengan pengumuman ini, maka ia adalah kes pertama direkodkan penemuan mangsa yang dijangkiti virus Corona di Indonesia.
Semoga keadaan mereka di sana baik-baik sahaja dan jika ada rakyat di Malaysia yang ingin melancong ke Indonesia, pastikan korang ambil langkah berjaga-jaga.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila syarikat penerbangan AirAsia buat promosi, maka ramailah diantara kita yang sanggup berjaga malam gara-gara ingin mendapatkan tiket murah. Mana tidaknya, harga yang ditawarkan pada waktu promosi ni boleh dikatakan ‘gila’ jugalah.
Baru-baru ini AirAsia buat kejutan kepada rakyat Malaysia apabila menawarkan harga tidak masuk akal, bermula 29 Februari lalu sehingga 7 Mac 2020 nanti, AirAsia menawarkan pas penerbangan tanpa had selama setahun berharga RM499 untuk semua ahli BIG AirAsia di seluruh negara.
Syarikat penerbangan tambang murah itu menawarkan pas penerbangan tersebut untuk ke negara seperti Australia, Jepun, Korea, China dan India.
Dengan pas berkenaan, korang boleh melakukan penerbangan bermula hari ini (2 Mac 2020) hingga 2 Mac 2021 kelak.
Tetapi perlu diingatkan bahawa penerbangan perlu ditempah sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh pelepasan.
Memandangkan tempoh perjalanan bagi pemegang pas tanpa had itu meliputi tempoh setahun, anda mempunyai pilihan untuk membuat tempahan pada bila-bila masa sahaja dan boleh memilih untuk menerokai destinasi sedia ada atau kembali ke destinasi kegemaran berulang kali pada musim yang berbeza.
Bagi membeli pas penerbangan tanpa had itu, korang boleh dapatkannya di laman airasia.com/deals ataupun dalam aplikasi mudah alih AirAsia.
Amacam guys? Berani ke nak travel time-time macam ni? Apa pun, tepuk dada tanya selera. Tidak kiralah korang berada di mana sahaja, semoga kita semua dilindungi daripada segala penyakit yang memudaratkan.
Semua pilihan di tangan korang!
Sumber: Newsroom AirAsia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Secara rasminya pada 6 Januari 2019, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.
Berita mengejutkan itu telah disampaikan sekitar jam 7 malam tadi setelah perkara ini dimaklumkan secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raya-raja.
Kenyataan media daripada Istana Negara.
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja iaitu Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, “Baginda Tuanku meletak jawatan berkuatkuasa 6 Januari 2019 (Ahad) bersamaan 29 Rabiulakhir 1440H selaras dengan perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Hhm, apa sebenarnya intipati perlembagaan tu? Jom tengok 6 trivia berkaitan dengan berita ini.
01
Perkara 32 (2) di dalam bab Ketua Utama Negara menyebut, Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja bagi tempoh lima tahun, tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Majlis Raja-Raja.
Ini adalah kebebasan yang ada pada Baginda.
02
Sultan Muhammad V menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia pertama meletakkan jawatan dalam sejarah 15 orang Ketua Umum Negara.
03
Bagaimanapun, Baginda bukanlah Sultan Kelantan pertama yang pernah dilantik selaku Yang di-Pertuan Agong.
Sebelum ini pada 19 Jun 1975, Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim telah dipilih oleh Majlis Raja-raja sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
Namun, Baginda mangkat akibat serangan jantung pada 29 Mac 1979 di Istana Negara Kuala Lumpur selepas santapan tengahri dan ketika sedang berehat bersama keluarga.
Ini bermakna, kedua-dua tokoh legasi diraja Kelantan yang pernah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong tidak sempat untuk menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Ketua Umum Negara.
04
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Aishah Binti Abdul Rahman.
Beberapa Yang di-Pertuan Agong juga pernah berdepan dengan situasi tidak menamatkan tempoh pemerintahan namun kesemuanya kerana kemangkatan.
Selain Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim dari Kelantan, senarai tersebut termasuklah Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor, pada 1 September 1960) dan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah (Sultan Selangor, pada 21 November 2001)
05
Berbalik kepada Sultan Muhammad V, Baginda juga mencipta sejarah pada tahun 2018 apabila menjadi Yang di-Pertuan Agong pertama yang memerintah di bawah 2 pucuk kepimpinan kerajaan berbeza. Ini kerana selepas tempoh 60 tahun, kerajaan Barisan Nasional telah digantikan dengan kerajaan Pakatan Harapan di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohammad.
06
Menurut laporan Sinar Harian, pengantin perempuan di dalam foto ini ialah bekas ratu cantik Moscow yang dikenali sebagai Oksana Voevodina.
Baginda juga akan diingati sebagai satu-satunya Yang di-Pertuan Agong yang memerintah tanpa kehadiran Raja Permaisuri Agong di sisi. Walaupun pada akhir November lalu, kecoh seketika apabila foto perkahwinan Baginda dengan wanita Rusia, Oksana Voevodina muncul, namun tiada kenyataan rasmi daripada pihak Istana Negara mahupun acara pertabalan rasmi dilakukan.
***
Apapun, kami di REMAJA ingin mengucapkan terima kasih kepada Baginda atas jasa dalam mengekalkan perpaduan dan kesejahteraan rakat Malaysia agar terus berada dalam keadaan aman dan harmoni.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Negara kita masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga ekoran hujan lebat dan beberapa tempat masih lagi dilanda banjir. Bencana tanah runtuh juga agak merisaukan kerana terdapat tempat yang turut berlaku situasi buruk ini.
Terbaharu, seramai 128 penuntut lelaki di kolej kediaman Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Jalan Gombak dipindahkan susulan tanah runtuh berhampiran bangunan berkenaan malam tadi.
Menurut keterangan penuntut, kejadian tanah runtuh itu berlaku pada pukul 6.45 petang ketika hujan lebat. UIA dengan segera mengarahkan semua penghuni membabitkan 128 penuntut lelaki mengosongkan bangunan berkenaan.
Selepas pemantauan dibuat oleh pihak bomba, tiada kesan rekahan dikesan pada dinding atau lantai bangunan berkenaan. Namun, ada juga berlaku mendapan pada sebuah jalan di universiti itu dengan anggaran keluasan lima meter persegi dengan kedalaman kira-kira tiga meter.
Pihak pengurusan UIA turut bertindak menutup kawasan terbabit dengan meletakkan kon dan sawar-sawar. Malah, pihak terbabit turut menghubungi konsultan Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung kejadian itu untuk tindakan lanjut.
Semoga pelajar-pelajar di kolej kediaman itu dilindungi dan diharap tidak ada sebarang perkara buruk yang berlaku.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.