Sebut saja Hari Kemerdekaan Malaysia, pasti lagu 31 Ogos akan terngiang-ngiang di telinga kita. Tak boleh dinafikan, runut ini ialah soundtrack legend hari Merdeka walaupun terdapat banyak lagu patriotik lain yang dipromosi setiap tahun. Apabila ditanya suara siapakah yang mendendangkan lagu keramat ini, pastinya ramai akan menyebut Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad. Vokal yang cukup dinamik digandingkan bersama ritma yang cukup bertenaga, lagu patriotik ini menjadi simbol yang sungguh ikonik.
Maka, tidak hairanlah jika hanya segelintir yang tahu bahawa Sudirman bukanlah penyanyi asal lagu 31 Ogos ini.
Ya, lagu ini sebenarnya merupakan sebuah remake.
Ads
Lagu 31 Ogos pertama kali dirakam pada tahun 1957 khas untuk kemerdekaan negara dan dicipta oleh Ahmad CB (Ahmad Chass Barra)
Ads
Ahmad Chass Barra atau lebih dikenali sebagai Ahmad C.B. merupakan seorang penyanyi Melayu era 60-an dan 70-an. Penyanyi ini berasal dari Indonesia, tetapi telah menjadi pemastautin tetap negara ini semenjak 1979. Lagu asal Tanggal 31 berentak lebih perlahan, namun tetap tidak kurang bersemangat, sesuai dengan perkembangan muzik pada era tersebut.
Ads
Lagu 31 Ogos ini menjadi popular setelah dirakamkan semula oleh Sudirman untuk album patriotik beliau yang berjudul Abadi. Atas permintaan Sudirman, komposer S. Atan telah menggubah kembali lagu Tanggal 31 kepada rentak pop yang lebih pantas. Sudirman telah mendendangkan lagu tersebut dengan memakai baju bendera Malaysia pada penutup sukan SEA 1989.
https://youtu.be/8Tv3mKTJnU8
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pusat pelancongan terkenal Indonesia, Bali khabarnya akan dibuka semula untuk pelancong antarabangsa dari China, Jepun dan Korea Selatan pada pertengahan bulan ini susulan jumlah kes positif COVID-19 yang semakin menurun di negara republik itu.
Menteri Kanan, Luhut Panjaitan memaklumkan pelancong pelancong dari New Zealand, Qatar dan UAE juga dibenarkan untuk mengunjungi Indonesia melalui penerbangan antarabangsa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di pulau pelancongan itu mulai 14 Oktober depan.
Pelancong perlu memenuhi kriteria dan syarat mengenai kuarantin, ujian COVID-19 dan semua pelancong antarabangsa perlu menunjukkan bukti hotel yang ditempah untuk kuarantin sekurang-kurangnya lapan hari dengan perbelanjaan sendiri.
Sebelum ini, pembukaan semula Bali ditunda beberapa kali apabila republik itu seang berjuang melawan penularan COVID-19, terutama varian Delta yang mudah merebak.
Indonesia juga menetapkan peraturan kemasukan pelancong antarabangsa dengan meminta bukti sijil lengkap vaksinasi sebelum membenarkan kemasukan visa luar dan pelancong dari seluruh dunia.
Nampak beberapa negara jiran kita sudah mula membuka sempadan negara mereka untuk pelancong luar negara. Semoga semuanya baik-baik sahaja dan tiada kes penularan wabak COVID-19 yang berlaku nanti.
Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin sebelum ini menjelaskan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat pengambilan khas guru secara ‘one-off’ bagi mengisi kekosongan guru yang dihadapi di seluruh negara terutama di Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor.
Ia akan membabitkan pengambilan sejumlah 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 dan iklan pengambilan itu akan disiarkan pada 7 Julai nanti, manakala penempatan secara berperingkat-peringkat bermula pada Oktober nanti.
Sehubungan dengan itu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mencadangkan agar KPM memberi keutamaan kepada graduan pendidikan bagi mengisi kekosongan jawatan guru di sekolah-sekolah di seluruh negara.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) merupakan calon pendidik terlatih dan telah mengikuti pelbagai latihan profesionalisme guru.
Menurutnya lagi, selain kemahiran mendidik, graduan ISMP juga dilengkapi pelbagai kemahiran profesionalisme keguruan, komunikasi, penyelesaian masalah, teknologi IR 4.0 dan pengurusan hubungan antarabangsa.
Gambar hiasan
UPSI akan segera menghantar senarai nama graduan pendidikan dalam bidang yang disebutkan KPM selain meminta semua graduan ISMP agar segera mendaftarkan diri untuk mengisi kekosongan penempatan itu.
Ha, bagi graduan yang berkelayakan, korang boleh bersedia untuk memohon pada 7 Julai nanti. Ini merupakan peluang untuk individu yang layak mendapatkan pekerjaan dan menimba pengalaman dalam bidang perguruan.
Sejak awal pagi tadi, situasi jerebu melampau di seluruh negara jelas dapat disaksikan (dan dihidu) oleh rakyat Malaysia.
Selang sehari, keadaannya telah bertambah teruk terutamanya di bahagian barat negeri Sarawak dan barat Semenanjung. Malah hingga kini, bacaan Indeks Pencemaran Udara (API) telah mengenal pasti lebih 15 kawasan tidak sihat di seluruh negara.
Ia termasuklah Putrajaya, Kuala Lumpur, Shah Alam, Klang, beberapa bahagian di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Sarawak. Pergh, macam nak dekat satu Malaysia yang jadi mangsa.
Di Sarawak saja, penduduk di Sri Aman, Samarahan, Kuching, Sarikei, Sibu dan Miri sudah merasai kepayahan jarak pandang jauh.
Diharap jerebu ini dapat beransur pergi sepantas mungkin. Namun apa yang menjadi persoalan adalah dari mana punca jerebut tersebut?
Dakwaan popular di media sosial adalah ia berpunca daripada krisis hutan terbuka yang sedang berlaku di negeri Indonesia. Ini bukanlah kali pertama Malaysia terjebak dengan isu jerebu disebabkan kes hutan Indonesia terbakar.
*
Menariknya, Jabatan Metereologi, Kajian Iklim dan Geofizik Indonesia (BMKG) telah MENOLAK segala pendakwaan yang mengaitkan isu jerebu di Malaysia dan Singapura.
Dalam satu kenyataan daripada portal akhbar Tempo, Naib Ketua Jabatan iaitu Mulyono R Prabowo mendakwa,
“Tiada lintas batas jerebu seperti yang didakwa oleh media antarabangsa. Malah, bacaan BMKG mendapati 2,510 hot spot berada di rantau Asia Tenggara seperti di Papua New Guinea, Timor Leste, Thailand, Malaysia dan Vietnam dari 4 September hingga 8 September 2019.”
Eh nak tunding jari pula..
Menteri Alam Sekitar & Perhutanan Indonesia, Siti Nurbaya Bakar turut sama menidakkan. “Hot spot pada hari ini adalah 1 per 3 daripada jumlah hot spot pada 4 dan 5 September. Tiada isu lintas bantas jerebu dari Indonesia ke negeri jiran,” catat beliau di akaun Facebook kelmarin.
Sumber: Facebook
Hhm, interesting.
Dakwaan Indonesia itu bagaimanapun disangkal Pusat Metereologi ASEAN di Singapura yang mendapati jerebu telah berubah kawasan DARI Sumatra ke Semenanjung Malaysia, Singapura dan Sarawak.
Malah, Menteri Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia, Yeo Bee Yin juga menyokong dengan berkata punca jerebu ini bermula dari Indonesia. Pihak beliau juga telah menyatakan hasrat membantu Indonesia untuk menyelesaikan isu hutan terbakar ini secepat mungkin.
*
Indonesia terutamanya di Sumatra dan Kalimantan telah lama menyumbang kepada isu jerebu seperti yang dilaporkan media pada setiap tahun. Petani di sana menggunakan teknik slash-and-burn untuk membersihkan kawasan hutan bagi penanaman kelapa sawit dan pulpa.
Namun, disebabkan keadaan cuaca kering sekarang, api lebih mudah marak ke kawasan yang tidak sepatutnya dan sukar untuknya dipadamkan.
Apapun, REMAJA harapkan agar isu jerebu ini dapat diselesaikan secepat mungkin.
Kucing pun boleh naik sakit tau!
Bukan saja ia menyekat aktiviti luar bangunan, malah kesian pula kami lihat adik-adik yang sedang menduduki peperiksaan UPSR di Sarawak. Terpaksa mereka gigihkan diri juga untuk menjawab soalan walaupun keadaan cuaca di sana amat teruk.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang masih ingat lagi kisah tular seorang nenek membaca surah Yasin dan berzikir sambil menunggu cucunya yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...