Dak-dak graphic design, pereka grafik atau sesiapa saja yang mempunyai kreativiti dalam diri mereka…
Ingat lagi dengan logo Visit Malaysia 2020 yang – OMG – mengejutkan semua orang pada Januari 2018? Logo yang dikecam sebagai amateurish, tidak menunjukkan Wawasan 2020 yang digendong oleh rakyat Malaysia selama ini dan kebudak-budakkan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan pada waktu itu tampil mempertahankan keputusan mereka menggunakan logo tersebut.
Logo asal.
Logo lama menampilkan menara berkembar petronas, orang utan, monyet, penyu dan pokok pinang. Kesemua diletakkan dalam latar belakang sekeping setem. What?!
Ramai yang meluahkan rasa kecewa, terkejut dan sedih rekaan tersebut yang terpilih. Bukan saja ia tidak menunjukkan tema fast forward menuju ke tahun 2020, malah ia tidak kelihatan seperti logo yang direka oleh pereka grafik profesional.
Kini, melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, sebuah pertandingan mencipta logo untuk kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 telah dibuka kepada rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.
Ads
Dibuka untuk tempoh 14 hari saja bermula 11 Mac sehingga 24 Mac, korang boleh menunjukkan kreativiti masing-masing melalui SATU penyertaan setiap seorang.
Antara syarat-syarat yang ditetapkan adalah ia harus mempunyai reka bentuk dan relevan dengan kepelbagaian produk eko-pelancongan yang menarik di Malaysia. Selain itu, korang perlu menggunakan perkataan berbahasa Inggeris kerana ia disasarkan untuk pasaran antarabangsa.
Ads
Kemukakan sinopsis ringkas mengenai rasionalnya logo tersebut dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Senangkan?
Pemenang bakal diumumkan pada 12 April 2019 dan dia akan dianugerahkan dengan sijil dan hadiah wang tunai dari RM3000 hingga RM1000 untuk tiga penyertaan terbaik.
Lima lagi pemenang sagu hati akan mendapat habuan RM250 setiap seorang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ini perasaan mampu kami di majalah Remaja ucapkan selepas Muhammad Adli Asyraf, selamat menjalani pembedahan baru-baru ini. Sebahagian darah beku yang berada di salur otaknya sudah dibuang dan remaja berusia 22 tahun ini dalam proses pemulihan sejak awal bulan lalu.
Tatkala ditemubual, Muhammad Adli Asyaraf yang mesra disapa Acap mengakui dia semakin sihat.Malah kerusi rodanya juga sudah diletak di tepi dan dia hanya menggunakan tongkat sahaja. Ditanya apa dia mahu lakukan selepas sihat, adalah kembali ke padang bola bermain bola sepak bersama rakan-rakannya.
Acap sudah semakin pulih dan tidak sabar untuk sihat seperti sebelum dia rebah sehingga perlukan dua kali pembedahan buang darah beku di kepala.
Powerkan semangatnya! Jom doakan dirinya agar cepat sembuh.
Masa yang sama tempurung kepalanya yang suatu ketika dahulu agak lekuk sudah dibetulkan dengan pemasangan implant. Kata Acap, dia sendiri sudah mula belajar perlahan-lahan dan jika cepat sembuh dia mahu kembali seperti kehidupan lalunya, bekerja dan mencari rezeki sendiri.
Kepalanya juga sudah tidak berlekuk kerana implant sudah dipasang di kepalanyaBeginilah keadaan kepalanya pada pembedahan kali pertama pada November tahun lalu. Dia juga perlu duduk di kerusi roda kerana tubuhnya tidak stabil
Pembedahan kedua dijalaninya di Hospital Pakar KPJ penghujung Januari lalu ternyata telah menyelamatkan nyawa remaja aktif bersukan ini dari alami kelumpuhan dan terbaring dalam usia yang cukup muda. Salute pada kepakaran doktor yang berjaya membuang sebahagian darah beku di salur otaknya.
Jika lambat melakukan pembedahan kedua ini, risiko kehilangan nyawanya sangat besar atau dia boleh lumpuh selama-lamanya jika salur darahnya pecah!
Kisah remaja aktif bersukan ini boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Ini kerana dia seorang remaja yang aktif bersukan. Tidak disahkan mempunyai penyakit kronik. Mengamalkan gaya hidup sihat namun sebagai remaja dia akui merokok namun tidak kerap. Setiap hari balik dari kerja, dia akan pergi ke padang bola sama ada bermain futsal mahupun bola sepak dengan rakan-rakan di perumahan didudukinya.
Namun hujung tahun lalu pada 12 November, dia yang ketika itu duduk berehat di tempat kerja terasa mukanya tiba-tiba kebas. Sejurus rasa kebas itu datang dia terus rebah dan tidak sedarkan diri. Rakan sekerja yang panik terus menelefon ambulan dan ketika dibawa ke hospital, remaja berusia 22 hari ini koma empat hari.
Hasil pemeriksaan rapi, pakar yang merawatnya terus membuat keputusan darah beku yang ada di salur kepala sebelah kirinya perlu dibuang segera demi menyelamatkan nyawanya. Ibu bapanya yang kecemasan saat dimaklumkan hal itu perlu menandatangani satu dokumen bagi menyelamatkan nyawanya. Ketika itu doktor mengesyaki dia mempunyai darah tinggi tetapi ternyata tidak kerana dia seorang remaja yang aktif bersukan. Tidak punya sebarang penyakit kronik pun.
Dalam temubual kali pertama semasa Remaja menyiarkan kisahnya, bapanya Jasni Abdullah, 56 tahun berkata, kos pembedahan pertama adalah sebanyak RM83,000 di Hospital Pakar KPJ.
Insuran syarikat tempat anaknya bekerja hanyalah RM50,000 dan selebihnya ditanggung oleh ahli keluarga. Dan kebetulan duit KWSP bapanya yang baru berhenti kerja kerana mencapai tahap usia 55 tahun digunakan untuk membiayai kos selebihnya.
Jasni mengucapkan ribuan terima kasih di atas bantuan orang ramai sebanyak RM14,000 yang diterimanya selepas kisah anaknya disiarkan di Remaja dan akhbar tempatan lain
Masa yang sama, kata Jasni, selaku bapa dia masih bimbang lagi kerana hasil pemeriksaan rapi doktor, ada lagi salur darah hampir membeku di otak anaknya namun tidak dapat dibuang kerana merisikokan nyawanya jika dibuat sekaligus.
Kos pembedahan segera kali kedua mencecah hampir RM60 ribu termasuk memasang implant bagi tempurung kepalanya sebanyak RM20,000 lagi di mana menjadikan semuanya RM80,000. Keluarga ini perlu melakukannya penghujung Januari.
Remaja menyiarkan kisah remaja ini di mana hasil keprihatinan masyarakat bagi membantu dana pembedahan keduanya, keluarga ini mendapat RM11,000 lebih termasuk RM3000 lebih diberi orang ramai kepada keluarganya sendiri. Ada dalam RM14,000 lebih dan kerana itulah bapanya ingin mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada yang sudi menderma bagi pembedahan kedua anak.
Keluarga ini begitu bersyukur yang Acap semakin pulih, Jelas bapanya biar kos pembedahan agak tinggi namun apa lebih penting adalah nyawa anaknya
“Tiada jasa dapat saya balas dan semoga Allah memberikan ganjaran buat insan-insan yang membantu,” katanya yang berkali-kali mengucapkan rasa syukur di atas sebahagian bantuan diterimanya.
Kata Jasni lagi, dari pemeriksaan rapi doktor, salur urat di kepala anaknya menipis dan ia adalah kes yang sangat jarang terjadi.
“Ia antara sebab utama kenapa hal ini terjadi kepadanya,” katanya ketika Remaja menemuinya di kediaman di PPR Kerinchi, Pantai Dalam baru-baru ini.
Tq semua pada yang membantu memberikan sedekah buat remaja dan keluarganya ini demi menyelamatkan nyawanya.
Thanks you all, salute kerana prihatin pada nasib orang lain di dalam kesusahan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Luahan hati cef selebriti, Datuk Redzuawan bin Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Chef Wan di media sosial pada 5 Januari 2022 telahpun meraih empati daripada orang ramai.
Ia susulan keadaan ibunya Noraini Abdullah atau Cik Ani yang kini sedang sakit tenat di sebuah hospital. Chef Wan, 64 memberitahu menerusi mesej peribadi kepada rakan akrab bahawa dia kini berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana enggan melepaskan momen terakhir bersama ibu tercinta.
Chef Wan.
“Tiga malam tak tidur, ia membuatkan saya mulai pening. Nak cuba tidur sekejap sementara tidur knock off by the pain killer. Tiga malam saya takut nak tutup mata (memikirkan sekiranya) ibu saya akan meninggal dunia sewaktu saya sedang tidur,” katanya.
Tambah Chef Wan lagi, Cik Ani merupakan seorang insan yang berjiwa kental biarpun keadaan tubuh badannya tidak mengizinkan pada usia tua.
“Amat sukar terutamanya untuk melihat orang yang nak mati dan nazak ini, lebih lagi ibu tersayang.
“Anda tidak mahu melepaskan si dia tetapi anda tahu anda perlu membiarkannya pergi dalam keadaan yang tenang.
“Saya bisikkan, ‘It is okay to go,’ kepada cuping telinganya banyak kali. ‘You have been the best mother that anyone can wished for.’
“Kerana emaklah, Wan wujud dan berada di sini hari ini untuk melihat pemergian emak. Berjurai air mata saya keluar (bila sedang) mencuba untuk berdepan kesedihan mendalam ini.
“Tapi saya sedar, Allah akan mengambilnya semula setelah sekian lama meminjamkan emak dan saya amat bersyukur dapat bersamanya selama ini,” catatnya lagi.
Chef Wan turut menitipkan bahawa dia kini dalam keadaan yang lebih tenang dan redha menerima dugaan yang paling berat dalam kehidupannnya ini.
Untuk pengetahuan, Cik Ani berada dalam keadaan uzur kerana menghidapi beberapa simptom kesihatan termasuklah dementia, Alzheimer dan kanser.
Setelah mendapat tahu mengenai keadaan terkini Cik Ani, rakan-rakan selebriti seperti Fazura, Vivy Yusof, koresponden TV3 Haliza Hashim Doyle, Farah Fauzana, Ziela Jalil dan Sazzy Falak telah menzahirkan perasaan sedih mereka dan berharap agar cef selebriti itu tabah menghadapi waktu-waktu ini menerusi ruangan komen Instagram Chef Wan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehidupan wanita Korea, You Narae mungkin telah berubah selepas berkahwin dengan jejaka Malaysia dari Kelantan Ryzal Ibrahim yang merupakan seorang pempengaruh media sosial. Selepas memeluk Islam, isteri kepada pempengaruh itu menukar nama Islamnya iaitu Maryam.
Ramai yang sudah sedia maklum, masyarakat Malaysia memang meminati industri hiburan Korea, maka dengan itu mungkin tuah juga menyebelahi Maryam kerana rakyat kita begitu selesa menerima kehadirannya.
Apa sahaja yang dilakukan oleh Maryam pasti mendapat perhatian ramai, tambahan pula wanita itu seorang yang lucu, lebih-lebih lagi apabila dia cuba untuk mempelajari bahasa Melayu.
Terbaharu, Maryam ada memuat naik video melakukan cabaran ‘Seberapa Korea Kamu’ di laman TikTok, di mana beberapa ayat dalam bahasa Indonesia perlu di teka dengan penggunaan bahasa Korea yang betul.
Pasti ramai yang menganggap Maryam dapat menjawab kesemuanya dengan betul, namun dia gagal menterjemah satu perkataan iaitu ‘Kangen’ dalam bahasa Korea. Sesuai dengan kapsyen yang dibuat olehnya, ‘Mana senang’.
Rata-rata warganet terhibur dengan video yang telah dimuat naik itu dan memberi komen ia terlalu mudah untuk Maryam.
Malah, ramai yang memberikan komen ‘sarkastik’ bergurau dengan kemampuan Maryam berbahasa Korea dengan baik.
Suaminya turut membuat cabaran itu dan berjaya menjawab kesemuanya dengan betul.
Tidak hairanlah sekiranya pasangan suami isteri ini dapat menjawab cabaran ‘Seberapa Korea Kamu’ dengan baik kan? Ramai juga peminat k-drama mampu memberikan jawapan yang betul dalam menjawab soalan-soalan yang diberikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!