Zaman ketika remaja dan kanak-kanak merupakan tempoh membsar yang pasti tidak dapat dilupakan oleh sesiapa sahaja. Pelbagai perkara pahit dan manis berlaku sepanjang proses untuk mengenal dunia.
Seperti kamu, selebriti terkenal tanah air juga pernah lalui zaman kanak-kanak atau remaja yang pastinya memberikan seribu satu kenangan dalam hidup mereka. Dan hari ini Remaja ingin kongsikan koleksi-koleksi foto throwback 10 selebriti terkenal ketika mereka kanak-kanak atau remaja.
Cuba tengok Fazura dan Neelofa, semasa kecil lagi sudah nampak sangat comel bukan?
Bintang terkenal Josh Duhamel baru sahaja mengumumkan yang dia sudah bertunang dengan kekasih hati, Audra Mari dalam satu hantaran di laman Instagram. Dia sebelum ini merupakan suami kepada Fergie sebelum mereka berpisah pada 2017 dan rasmi bercerai pada 2019. Hasil perkahwinan tersebut mereka memiliki seorang anak lelaki yang kini sudah berusia 8 tahun.
Mula mengenali Audra pada tahun 2019, percintaan mereka bukanlah rahsia kepada umum. Namun begitu ramai yang tidak tahu siapakah sebenarnya sosok yang berjaya mencuri hati bintang Transformers itu.
Jarak usia sebanyak 22 tahun bukanlah satu isu besar bagi pasangan bahagia ini. Josh berusia 50 tahun manakala Audra pula baru berusia 28 tahun. Namun begitu mereka tampil sepadan bagai pinang dibelah dua. Josh yang terkenal dengan ketampanannya nampak sajak di samping Audra yang merupakan veteran dalam arena ratu cantik.
Sebagai peserta Miss World dari benua Amerika yang berada dalam kedudukan kedua selepas Miss Puerto Rico yang menyandang gelaran juara. Audra dinobatkan sebagai Miss World Americas dan turut serta dalam aktiviti anjuran organisasi tersebut usai pertandingan bagi edisi 2016.
Sebelum bergelar Miss World USA, Audra merupakan peserta pertandingan Miss Teen USA dan juga Miss USA pada tahun 2011 dan 2014. Dalam kedua-dua pertandingan tersebut dia berada di kedudukan naib juara.
Walaupun bergelar ratu cantik, dia juga memiliki masalahnya tersendiri. Dia merupakan mangsa buli dan sangat lantang memperjuangkan isu ini agar tidak berlaku kepada individu lain. Berkongsi tentang pengalaman dibuli di sekolah menengah, dia percaya jika semua pihak berganding bahu, budaya buli boleh dihapuskan.
Audra merupakan pelajar dalam bidang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perniagaan di North Dakota State University
Mula bernaung di bawah agensi peragaan sejak berusia 14 tahun. Kini, dia merupakan seorang hos dan juga peragawati sepenuh masa.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Drama Korea The King: Eternal Monarch gandingan pelakon kacak Lee Min Ho dan Kim Go Eun nampaknya kurang mendapat sambutan daripada penonton.
Walaupun sebelum ini ramai yang tertunggu-tunggu kemunculan drama ini, namun selepas beberapa episod ditayangkan, sambutannya bukan seperti yang diharapkan.
Menurut Nielson Korea, episod terbaru drama tersebut yang disiarkan pada 8 Mei lalu merekodkan rating terendah diseluruh negara dengan purata sebanyak 7.0 peratus. Ini merupakan drama dengan rating yang terendah setakat ini.
Sebelum ini juga, ramai yang memberi kritikan terhadap drama ini kerana terlalu banyak product placement yang dipaparkan, selain sarat dengan senario klise.
Hm, kami pun belum berkesempatan untuk menonton drama ini. Bagi yang mengikuti drama The King: Eternal Monarch, apa pula pendapat korang?
Indiana Jones And The Dial Of Destiny menjadi sebuah filem akhir Harrison Ford dalam memainkan watak sebagai legenda ahli arkeologi dan juga pengembara.
Filem kelima ini mengisarkan perjalanan terakhir Indiana Jones yang ditemani oleh anak perempuan sahabat baiknya, iaitu Helena Shaw yang dilakonkan oleh Phoebe Waller-Bridge.
Pertengahan Perang Dunia II pada tahun 1944, Indiana Jones dan sahabat baiknya, Basil Shaw (Toby Jones) berada di Eropah. Kedua-duanya cuba menawan semula artifak yang dicuri oleh Nazi.
Bagaimanapun, yang ditemui oleh Indiana Jones yang dikenali sebagai Indy adalah artifak itu ternyata palsu. Namun begitu, terdapat satu artifak yang tulen iaitu Plat Archimedes.
Indy cuba menuntut artifak itu supaya ia tidak jatuh ke tangan penyelidik Nazi iaitu Jorgen Voller (Mads Mikkelsen).
Dua puluh lima tahun kemudian, Indiana Jones masih menjalani hidupnya sebagai tenaga pengajar di sebuah kolej dan Indy suatu hari bersara daripada jawatan mengajarnya. Pada hari persaraannya, Indy bertemu dengan Helena Shaw. Helena cuba merampas Plat daripada Archimedes Indy untuk dijual di pasaran gelap.
Bukan sahaja Helena, Voller turut masih mengejar artifak berkenaan demi cita-cita peribadinya. Voller mahu menggunakan plat untuk memperbaiki masa lalu untuk masa depan yang lebih baik.
Indiana Jones terpaksa kembali ke pengembaraan untuk menghentikan Helena dan Voller supaya tidak menyalahgunakan Plat Archimedes itu.
Menerusi karya hebat yang diarahkan dan ditulis oleh James Mangold itu, bukan sahaja pengembaran dan aksi ditampilkan, bahkan terdapat juga pelbagai unsur seperti plot yang padat dan nilai kasih sayang.
Plot padat, penuh aksi
Semestinya jalan yang cerita yang ditampilkan tidak membosankan. Malah, setiap babak dalam semua plot yang dipenuhi aksi membuatkan penonton tidak senang duduk sepanjang hampir 2 jam karya hebat ini berjalan.
Watak ‘hero veteran’ yang memukau
Siapa tidak kenal dengan si pemain karakter popular Indiana Jones ini, walau sudah berusia 80 tahun, namun lagak aksi yang ditonjolkan dalam filem ini amat membuatkan figura itu tampak segar dan sememangnya boleh digelar sebagai seorang ‘hero veteran’.
Nilai kasih sayang
Perjalanan cerita ini bukan sahaja mementingkan aksi dan pengembaraan yang menakjubkan, malahan juga dapat dilihat nilai kasih sayang yang ditonjolkan antaraIndy dan anak perempuan rakan baiknya itu iaitu Helena Shaw.
Selain itu, di penghujung jalan cerita, cintanya mula berputik kembali selepas bekas isterinya kembali kepangkuannya, selepas lebih sedekad berpisah.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!