Siapa je yang tak inginkan rupa paras yang cantik dipandang?

 

Namun di sebalik luaran yang flawless itu, hakikatnya keutamaan sebenar terletak pada kepintaran dan adab seseorang. Betul tak?

REMAJA tertarik dengan kemasukan intake terbaru di Universiti Malaya (UM) pada 1 September lalu. Daripada sejumlah 4,200 orang pelajar baru yang mendaftar masuk ke kampus UM bagi kemasukan sesi 2019/2020, salah seorang daripadanya pernah bergelar Miss World Malaysia 2018.

Ratu Cantik Pilih Jurusan Undang-Undang UM, Ingin Bukti Rupa Bukan Segalanya
Instagram

Larissa Ping Liew merupakan anak kelahiran Kuching Sarawak dan sebelum ini pernah diberikan mandat untuk mewakili negara ke pertandingan akhir Miss World 2018 di China, pada tahun lalu.

Kini pada usia 20 tahun, Larissa sudah bersedia untuk bergelar pelajar pula di kampus.

Katanya kepada rakan media di NST, “Saya sudah bersedia untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai pelajar universiti. Di luar kampus, mungkin ada yang mengenali saya sebagai Miss World Malaysia. Tetapi di sini saya hanyalah pelajar biasa and I intend to keep myself low profile.”

Ratu Cantik Pilih Jurusan Undang-Undang UM, Ingin Bukti Rupa Bukan Segalanya
Larissa ketika berada di Sanya, China tahun lalu untuk mewakili Malaysia.
Ratu Cantik Pilih Jurusan Undang-Undang UM, Ingin Bukti Rupa Bukan Segalanya
Larissa dalam persalinan kostum nasional masyarakat Sarawak.

Larissa sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan memilih untuk menetap di kolej kediaman saja.

“Kalau boleh, saya tidak mahu dikenali sebagai ratu cantik di sini kerana pelajaran menjadi keutamaan. Gelaran tersebut mungkin hanyalah sementara tetapi pendidikan adalah bekalan terbaik untuk masa depan,” katanya yang bercita-cita untuk menjadi peguam kelak.

Bagaimana pula dengan bakat dan peluang Larissa sekarang dalam bidang peragaan? Tak kan nak tinggalkan begitu saja?

“Jika ada waktu terluang, okay je. Lagipun saya boleh dapatkan pendapatan sampingan sebagai model memandangkan saya membiayai sendiri pengajian ini.”

All the best kepada Larissa dan pelajar baru yang lain! Buktikan bahawa rupa paras bukanlah segalanya.

Sumber: NST

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI