Penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, salah salah seorang figura seni yang memiliki bakat nyanyian yang cukup sempurna yang dikurniakan Ilahi.
Bukan sekadar cemerlang dalam arena hiburan tanah air dan antarabangsa, malah pelantun lagu Jerat Percintaan ini juga tampil berjaya sebagai seorang usahawan.
Ya, semestinya sebagai seorang wanita yang bekerjaya, jadual hariannya tentu padat bagi menguruskan kerjaya hakiki dan keluarga tercinta. Namun, pada masa sama harus juga menitik beratkan penjagaan kesihatan dan wajah agar kekal sihat dan sejahtera.
Sempat Remaja menemu bual penyanyi kelahiran negeri Pahang ini mengenai antara ‘rahsia’ rutin penjagaan wajah dan tubuh badan. Maklumlah, figura ini sentiasa kelihatan awet muda persis anak dara.
Kongsi Siti Nurhaliza yang lebih disapa Tokti, dia memaklumkan dirinya tidaklah terlalu obses dalam penjagaan, namun sudah tentunya dia akan menggunakan set produk keluarannya agar kekal sihat luaran dan dalaman.
Selain daripada produknya, penyanyi lagu hit Wajah Kekasih itu juga tidak terlepas peluang untuk melakuan aktiviti senaman di kediamannya sahaja seperti Muay Thai dan gimnasium.
“Saya tidaklah terlalu obses dalam penjagaan tetapi sebagai pengasas produk, saya berusaha menghasilkan produk terbaik dan akan menggunakannya.
“Set penjagaan kulit muka dan juga kosmetik tentunya dari SimplySiti dan untuk minuman kesihatan luaran dalaman dari BeauSiti. Saya juga melakukan senaman, Muay Thai atau di gimnasium di rumah juga,” tuturnya kepada Remaja.
Bagi aktiviti outdoor pula, selain berbasikal, legenda negara ini turut akan ke sauna dan melakukan urut badan jika mempunyai kelapangan waktu.
“Selain berbasikal, saya juga akan masuk ke sauna jika ada waktu dan melakukan urutan badan juga,” kongsinya lagi.
Bagi yang mengikuti ibu kepada dua cahaya mata itu di media sosial, pasti gemar dan tidak akan terlepas melihat celoteh Tokti jika selebriti kesayangannya itu melakukan sesi siaran langsung.
Ada kalanya penyanyi berusia 44 tahun itu melakukan sesi siaran langsung memasak, bersolek di dalam kereta dan sebagainya. Sempat juga Remaja bertanya mengenai perkara tersebut.
“Saya jarang ada waktu terluang dan saya gunakan waktu di dalam kereta untuk siaran langsung (live). Memasak juga saya buat live sekali sekala.
“Ini adalah realiti kehidupan, saya mahu memberitahu peminat bahawa saya juga seperti mereka menjalani kehidupan seperti orang lain,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Cuaca panas sekarang sangat menguji kita. Lebih-lebih lagi bila perlu berada di luar seharian. Rasa angin bahang membuatkan tekak sering haus dan kalau boleh memang kita tercari-cari air yang boleh melegakan tekak kering.
Untuk memuaskan hati korang, kami ingin berkongsi satu resipi mudah yang confirm dapat menyegarkan badan selepas seharian berpanas di luar.
Resipi air honey lemon asam boi ini dikongsi oleh @khairulaming dan cara penyediaannya juga sangat murah dan tidak memerlukan kos yang tinggi.
Korang boleh buat sendiri dirumah sebab jauh lebih jimat kalau nak dibandingkan dengan harga yang dijual di luar.
So guys, bolehlah ambil resipi ini dan cuba sendiri di rumah. Good luck!
Bahan-bahan:
– 1.5 sudu madu
– 1 biji lemon
– Daun pudina
– Ais
– Air mineral
– Asam boi
Cara membuat:
1. Masukkan satu setengah sudu madu
2. Kemudian, perahkan satu biji lemon
3. Selepas itu, masukkan daun pudina dan hancurkan sedikit daun tersebut dengan menggunakan sudu
4. Masukkan ais
5. Seterusnya, tuangkan air mineral
6. Akhir sekali, masukkan lemon dan asam boi, kemudian kacau sehingga larut
Mudah je kan? Rasanya tak sampai 10 minit pun dah siap. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seseorang pengacara memainkan peranan penting dalam sesebuah rancangan televisyen. Lebih-lebih lagi rancangan berkala besar seperti konsert. Jihan Muse merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi sebagai seorang pengacara.
Mengacarakan rancangan Gegar Vaganza sejak dari musim pertama, menyaksikan perubahan gaya fesyennya yang semakin matang dan anggun seiring perubahan penampilan yang sudah berhijab.
Sudah lapan minggu Gegar Vaganza berlangsung dan busana yang disarungkan Jihan cukup menarik. Lapan minggu yang penuh warna dengan balutan busana rekaan pereka tempatan yang kreatif dan juga penata gaya fesyennya yang tidak putus berkarya bagi memastikan penampilan Jihan on point saban minggu.
Jom kita imbas kembali gaya fesyen Jihan.
Menggayakan busana rekaan Zaimi Zulkafli. Gaun sarat fabrik tulle ini menyerlahkan gaya moden yang lari dari kebiasaan.
Gaya blazer dan skirt kembang dihiasi riben besar dileher. Paduan warna hiitam top-to-toe menyerlah penampilan. Hasil rekaan Wanpa.
Gaun labuh rona merah terang memnyerlahkan gaya glamor dan berani. Busana ini hasil rekaan pereka muda, Syamil Fazwan.
Gaun rekaan Khairi Sufi ini cukup bereksperimen dengan skirt pleats ditambah pula riben besar menutupi dada.
Gaun rona hijau polos ini cukup ringkas namun diserikan dengan perincian juraian yang menambah nilai agar tidak bosan. Busana rekaan Seth & Luna.
Busana berpeplum rekaan Teh Firdaus ini nampak mewah dengan perincian bulu pelepah menghiasi bahagian sebelah lengan baju.
Gaya ala trench dihiasi dengan serlahan skirt tulle bergradien warna ombre memberikan kelainan. Hasil rekaan Wan and Mary.
Jihan nampak regal dalam persalinan rekaan Wanpa ini. Paduan corak ala houndstooth rona merah hitam ini menjadikan tampilan keseluruhan mewah
.
Mungkin gaya fesyen yang ditampilkan Jihan ini boleh menjadi inspirasi kepada anda yang mahukan rujukan gaya glamor. Interesting and appropriate for hijabi.
Jadi apakah yang bakal beliau sarungkan untuk konsert separuh akhir dan akhir nanti? Sama-sama kita nantikan.
Penyanyi dan komposer terkenal, Noh Salleh baru-baru ini berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Fatin Athira Mustapa selamat melahirkan anak sulung mereka pada 21 November lalu.
Menerusi sebuah perkongsian gambar di Instagram, Noh atau pemilik nama sebenar Mohammad Noh Bin Salleh (40), memuat naik momen istimewa tersebut dan meluahkan rasa syukur selepas melalui perjalanan panjang untuk menimang cahaya mata pertama.
“Ia memerlukan kami mengharungi pelbagai ujian yang dasyat untuk menyedari bahwa hanya ALLAH Yang Maha Esa yang menentukan masa yang sempurna untuk sesuatu dituliskan menjadi milik kita. Tidak lambat, tidak terlalu cepat, sempurna,” tulisnya.
“MasyaAllah, Alhamdulillah. Pada tanggal 21 November, isteri saya telah melahirkan anak kami yang pertama. Seorang anak perempuan yang sihat dan sangat cantik,” ujarnya.
Pada masa yang sama, Noh turut meluahkan rasa terima kasih kepada orang tua, keluarga, sahabat dan para peminat yang sentiasa mendoakan dirinya dan isteri. Selain itu, memaklumkan bahawa dengan berkat doa mereka proses kelahiran berjalan sangat lancar dan meriah kerana ditemani pelukan ciuman dan sorakan.
“Sebuah fasa baru untuk kami dan mohon kalian doakan perjalanan sebagai ibu bapa ini sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Doakan Aku , Athira dan Tara Svara,” ucapnya lagi.
Sementara itu, di ruangan komen, perkhabaran manis itu juga menerima banyak ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis dan para peminat yang tumpang gembira atas kelahiran puteri sulung mereka.
Semoga dengan kelahiran Tara Svara bukan sahaja menambah seri rumah tangga pasangan ini, malah mengukuhkan lagi ikatan cinta mereka yang kini memasuki fasa baharu penuh makna. Tahniah kami ucapkan!
Sumber: Instagram Noh Salleh
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sambal Nyet Bilis bakal dilancarkan Khairul Aming menerusi live stream terbesar dari Puncak Merdeka 118, sekali gus mencipta sejarah baharu buat jenama tempatan.