Meskipun penganjuran konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur pada Rabu, 22 November 2023 diulit sedikit kontroversi apabila timbul desakan agar ia dibatalkan kerana dianggap sebagai sebuah program melalaikan; rapper tempatan Bunga tidak menjadikan isu itu sebagai satu penghalang untuknya meneruskan latihan bersungguh-sungguh.
Rapper, Bunga.
Bunga atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini dijadualkan membuat persembahan pembukaan pada konsert tersebut dan tentunya, peluang yang hadir sekali seumur hidup itu tidak akan dilepaskan olehnya.
Ketika ditemui REMAJA di acara sambutan ulangtahun keempat jenama Wonderlab di Kuala Lumpur, baru-baru ini, Bunga menyifatkan dirinya sudah sepenuhnya bersedia.
“Nervous itu mesti kena ada. Cuma, saya lebih merasa teruja.
“Kita sudah melakukan persiapan mantap. Kita sudah jamming, lakukan rehearsal malah saya juga berguru dengan pelatih vokal. Dengan band juga sudah berlatih bersama. I cannot say I am 100 percent well prepared, yet but I am ready!” katanya.
Difahamkan, seramai 85,000 penonton dijangka akan memenuhi stadium bagi menyaksikan persembahan band yang berasal dari United Kingdom itu, esok. Sebagai penyanyi yang dipilih untuk melakukan persembahan pembukaan, Bunga menjanjikan sesuatu yang lebih segar dan berbeza berbanding persembahannya sebelum ini.
“Ini bakal menjadi persembahan pertama saya dengan gubahan baharu untuk lagu-lagu saya yang sedia ada. Kemungkinan juga, saya akan persembahkan sebuah lagu baharu yang belum diluncurkan lagi! Lagu tersebut hanya akan diluncurkan pada tahun hadapan tetapi saya akan berikan previu awal di konsert Coldplay.”
“Kepada mereka yang bakal hadir di konsert Coldplay nanti, kita jumpa di sana. Jangan lupa sokong Bunga dan saya harap kita dapat berhibur bersama-sama..”
– BUNGA –
Bunga semasa meraikan ulangtahun keempat jenama Wonderlab di Malaysia.
Bunga Is On Another Level
Tanpa disangka, Bunga perlahan-lahan meletakkan dirinya di aras yang lebih tinggi. Hanya pada usia 23 tahun, Bunga sudahpun terpilih untuk berkongsi pentas dengan beberapa penyanyi antarabangsa seperti Pink Sweat$ di acara Good Vibes Festival 2022 dan kali ini di konsert Coldplay.
Malah jika korang imbas kembali, Bunga juga telah menghiasi papan iklan digital gergasi New York Times Square pada Januari 2023 sempena kempen Equal oleh Spotify.
Lantas, tidak keterlaluan sekiranya ada yang beranggapan Bunga kini is on another level!
“Alhamdulillah, saya tidak pernah menyangka pun karier saya akan berada di tahap ini, secepat ini. Apabila orang menganggap saya berada di satu aras yang lain sekarang, terima kasih saya ucapkan.
“Tapi bagi saya, saya sangat baharu dalam industri ini dan ada banyak lagi perkara yang saya perlu belajar dan banyak lagi yang perlu saya perbaiki dengan cara berguru,” ujarnya.
Sebagai info, Bunga mula mencipta nama menerusi persembahannya di pentas ’16 BARIS’. Dijulang sebagai gadis rapper baharu yang akan menggegarkan industri hip hop tempatan, Bunga mencuri tumpuan bukan saja kerana skil penyampaian lagu bergenre rap dan suaranya yang unik, tetapi juga kerana stailnya yang gemar berbaju kurung sambil berkasut sneakers.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Malaysia sekali lagi bergema di pentas antarabangsa apabila seniwati tersohor dunia, Michelle Yeoh, terus dihamparkan karpet merah oleh industri perfileman Hollywood apabila namanya kini diabadikan di Hollywood Walk of Fame pada Rabu.
Anak jati Ipoh, Perak itu diraikan dalam satu majlis gemilang yang turut dihadiri barisan selebriti terkemuka yang pernah bekerjasama dengannya sepanjang karier gemilangnya.
Pada usia 63 tahun, Michelle tampil memukau dalam gaun sutera kuning, diserikan dengan perhiasan barangan kemas perak serta kasut perak bermotif flora. Rambut panjangnya pula dibiarkan lurus mengurai di bahu tampak elegan dan penuh kelas, persis perjalanan seninya yang tidak pernah pudar.
Penerbit Walk of Fame, Ana Martinez, memuji perjalanan seni Michelle dan menyifatkan bintang itu sebagai penghormatan kepada seorang perintis industri.
“Bakat luar biasa, keanggunan dan kerjaya Michelle yang memecah batas telah meninggalkan kesan mendalam dalam industri hiburan.
“Bintangnya mengiktiraf seorang perintis yang terus memberi inspirasi kepada penonton di seluruh dunia,” katanya.
Walaupun suaminya, Jean Todt, tidak dapat hadir kerana berada di India atas urusan kerja, detik istimewa itu tetap dirasai penuh bermakna. Michelle dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada kedua ibu bapanya atas sokongan sepanjang hidup, selain berterima kasih kepada abang dan kakak iparnya yang sanggup terbang dari Malaysia bagi memberi kejutan di majlis tersebut.
Lebih menyentuh hati, beliau turut mengenang perjalanan panjangnya dari Malaysia ke pentas Hollywood, iaitu satu laluan yang tidak pernah mudah.
“Laluan dari Malaysia ke sini bukanlah satu garis lurus. Ada masanya saya tertanya-tanya sama ada saya benar-benar layak berada di sini.
“Tetapi saya bertuah kerana menjadi sebahagian daripada kisah-kisah yang melintasi sempadan dan bahasa,” ujarnya.
Dalam masa sama, Michelle merakamkan penghargaan kepada keluarga pilihan serta rakan-rakan industri yang hadir meraikan detik bersejarah itu.
“Kepada anda semua di sini hari ini, keluarga pilihan saya, terima kasih kerana hadir, berdiri bersama saya dan menjadi sebahagian daripada hidup saya bukan hanya pada saat-saat gemilang tetapi juga ketika sunyi. Kehadiran anda amat bermakna,” kata Michelle lagi.
Untuk rekod, Hollywood Walk of Fame ialah laluan penghormatan yang terletak di Hollywood Boulevard dan Vine Street, Los Angeles dengan menampilkan lebih daripada 2,000 bintang yang diberikan kepada individu atau kumpulan yang memberikan sumbangan besar dalam industri hiburan seperti filem, muzik, televisyen, radio dan teater langsung.
Ia diuruskan oleh Hollywood Chamber of Commerce dan setiap bintang mewakili pengiktirafan rasmi terhadap pencapaian serta legasi seseorang artis dalam dunia hiburan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penulis pasti ramai yang sedang berdebar menantikan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 di antara Malaysia dan Thailand yang kini bersiaran langsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Malam ini adalah malam yang penting untuk dimenangi oleh Malaysia bagi melayakkan diri sekurang-kurangnya ke Sukan Asia.
Latihan rasmi pasukan Malaysia dan Thailand sebelum aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.#Malaysia#Thailandpic.twitter.com/FUEudhBPBK
Setiap kali terbang pulang daripada percutian, muatan kabin di dalam pesawat penerbangan tambang murah umpama menjadi mimpi ngeri kepada kita.
Semasa perjalanan pergi, memanglah segalanya ringan. Tetapi sewaktu pulang segalanya ingin diangkut balik sehinggakan muatan kabin terlebih.
Sebenarnya, itu bukanlah masalah yang tak boleh diselesaikan.
Terdapat banyak saja syarikat penerbangan tambang murah yang menawarkan muatan kabin melebihi jumlah 7 kilogram seperti kebiasaan.
Di rantau Asia Tenggara, hanya satu sahaja syarikat penerbangan yang menawarkan bebanan sehingga 10 kilogram iaitu Scoot.
Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Singapura itu pernah tercalon dalam senarai 10 penerbangan tambang murah dunia oleh Skytrax pada tahun 2015 dan 2018, mungkin disebabkan oleh kemudahan kabin ini.
Pada tahun lalu juga, Scoot telah memenangi kategori ‘Penerbangan Tambang Murah Terbaik’ di anugerah TTG Asia ke-30.
*
Bagi korang yang tidak berapa familiar dengan Scoot, mereka menawarkan penerbangan dari Singapura ke lebih 60 destinasi di 17 buah negara dan kebanyakan daripada destinasi tersebut jarang ditawarkan oleh syarikat penerbangan tambang murah lain.
Antaranya termasuklah Athens, Berlin, Gold Coast, Jeddah dan Sydney. Terbaru, mereka telah membuka lalu baharu ke Trivandrum, Wuhan dan Kunming.
Korang juga boleh mengambil Scoot untuk ke destinasi di dalam Malaysia seperti Kota Bharu, Ipoh, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
Jadi ingat, korang ada banyak pilihan lain sebenarnya apabila memilih syarikat penerbangan. Semuanya bergantung kepada bajet dan keinginan masing-masing.
*
Anyway, korang sebenarnya berpeluang untuk memenangi sepasang tiket penerbangan daripada Scoot dengan kolaborasi mereka bersama Dewi Remaja 2019.
Tunggu sehinggap bermulanya episod pertama Dewi Remaja 2019 dan kumpulkan soalan pada setiap minggu di www.remaja.my/dewi.
All the best!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...