Konsert Gegar Vaganza (GV11) minggu keenam baru-baru ini penuh kejutan apabila menyaksikan penyingkiran dua (2) orang peserta sekaligus iaitu Reshmonu dan Illa Sabry pada malam Ahad, semalam.
Menerusi tema Horror-Horror: Pentas Seram Penuh Misteri, Reshmonu (57.30%) membawakan lagu Getaran Jiwa sementara Illa (55.70%) dengan lagu berjudul Bunga nyanyian asal Ara Johari gagal menambat hati juri dan berada di kedudukan markah tercorot.
Dalam pada itu, Reshmonu dan Illa sempat berterima kasih kepada juri dan peminat sebelum meninggalkan pentas sejurus selepas kedua penyanyi itu diumumkan tersingkir.
“Saya sangat berterima kasih kepada juri dan semua peminat atas peluang ini. Saya gembira dan akan terus berkarya,” kata Reshmonu.
“Terima kasih kepada semua juri, penyokong dan Gegar Vaganza kerana bagi saya peluang ini,” tambah Illa.
Sementara itu, Liza Aziz dinobatkan sebagai juara bagi minggu keenam dengan markah 76.50% membawakan lagu Jauh Di Sudut Hati penyanyi asal Datuk Sudirman.
Manakala, Dyrga Dadali (71.50%) menerusi lagu Alasanmu nyanyian Exists berada di tempat kedua dan Sheila Abdull (69.50%) di tempat ketiga selepas menyampaikan lagu Fauziah Latiff iaitu Setia Ku Korbankan.
Selain itu, Fairuz Selamat pula diumumkan sebagai pemenang Ikon Super Lit CelcomDigi manakala Dadali Dyrga dipilih menjadi Bintang Cuckoo Paling Gempak mengikut undian peminat.
Gegar Vaganza 11 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu, setiap Ahad, 9 malam.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Belum pun lagi ditayangkan A Quiet Place 2 di pawagam akibat ditunda kerana wabak pandemik COVID-19, dengar pula ura-ura bahawa pengarah dan penulis Jeff Nichols telah pun dipilih untuk mengarahkan filem ketiga siri A Quiet Place ini.
Berdasarkan idea asal pengarah terdahulu John Kranskinski, filem A Quiet Place 3 ini bakal ditayangkan pada 2022 kerana ingin memberi laluan kepada A Quiet Place Part II yang ditunda tayangannya pada tahun hadapan.
Sebelum ini, Kranskinski mencadangkan bahawa A Quiet Place Part II memberi fokus kepada mangsa lain tetapi nampaknya ia tidak menjadi kenyataan apabila Emily Blunt masih memegang wataknya sebagai Evelyn Abbott dan filem ketiga siri ini akan menjadi seperti spin-off dan mungkin akan menampilkan kumpulan watak yang berbeza.
Apa-apa pun kami masih menantikan tayangan A Quiet Place Part II yang dijadualkan akan ditayangkan pada 23 April tahun hadapan. Sudah tentu penonton ingin menyaksikan kesinambungan dimana ahli keluarga Abbott yang terselamat berjuang untuk terus hidup selepas situasi ngeri yang berlaku di rumah mereka. Dalam sekuel itu juga dikhabarkan mereka akan meneruskan hidup dengan menggembara ke dunia luar.
Namun, kejutan untuk filem ketiga ini pastinya menguatkan lagi perasaan tidak sabar penonton untuk menantikan tayangannya filem A Quiet Place Part II.
Penyanyi berbakat besar, Aisha Retno diserang ‘anxiety’ sebelum sesi sidang media bersama barisan pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38, di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, malam tadi.
Menurut pelantun lagu popular Sutera itu, dia tidak dapat menjelaskan insiden itu dengan terperinci kerana di luar kawalannya.
“Apa yang saya boleh katakan, kita tidak tahu apa yang boleh berlaku kepada tubuh kita. Mungkin kepenatan, tetapi, saya tidak fikir keletihan sebagai alasan untuk kita sebagai artis.
“Apabila Allah kata hendak jadi, maka jadilah perkara itu,” katanya kepada Remaja.
Pada masa yang sama, Naib juara AJL38 itu sempat berkongsi rasa bangga kerana dapat berada sebaris dengan dua idolanya iaitu Amir Jahari dan Aina Abdul.
“Amir dan Aina adalah idola saya. Saya bangga dapat berada bersama mereka. Ini kali pertama saya berada di AJL dan akhirnya menyandang gelaran naib juara.
“Kalau ada rezeki lagi selepas ini, saya nak sertai AJL lagi di edisi seterusnya,” tuturnya lagi.
Untuk info, Lagu Sutera ciptaan Aisha dan MFMF menduduki tepat kedua AJL38 membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi.
Untuk kategori persembahan terbaik, Aisha meraih wang tunai RM12,000 dan trofi. Aisha menewaskan pesaing terdekatnya, Shiha Zikir yang mempertaruhkan lagu Kalam pada AJL 38.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat genre aksi, kami ingin mencadangkan sebuah lagi filem yang berbaloi untuk ditonton di pawagam, bakal ditayangkan pada hari pertama Aidilfitri nanti.
Dibintangi oleh Bob Odenkirk, Connie Nielsen, Christopher Lloyd, RZA, Aleksey Serebryakov, filem arahan Ilya Naishuller, Nobody mengisahkan tentang seorang lelaki, Hutch Mansell yang sering dipandang rendah oleh orang disekelilingnya. Kehidupan hariannya berlalu seperti biasa, bangun pagi, pergi kerja, memasak, tidur dan kemudian keesokkan harinya tetap melakukan perkara yang sama.
Semuanya berubah apabila berlaku insiden kediaman keluarga Hutch dipecah masuk oleh perompak. Dia sebolehnya tidak mahu melawan kerana tidak ingin perkara buruk berlaku terhadap keluarganya. Namun, selepas kejadian pecah masuk rumah, Hutch sekali lagi diuji apabila dia menjadi saksi kepada perbuatan gangster yang dilakukan di dalam bas awam.
Demi menyelamatkan seorang gadis, Hutch ‘mengeluarkan’ emosinya dengan memukul sekumpulan gangster tersebut sehingga mereka dimasukkan ke hospital. Malangnya, salah seorang mangsa adalah adik kepada penjahat yang bernama Yulian.
Yulian ingin membalas dendam kepada Hutch dan sejak itulah kehidupannya berubah. Nah, tak bolehlah nak cerita panjang dekat sini kan. Korang kena tonton sendiri di pawagam baru puas hati.
Bermula dengan perlahan, tapi korang jangan give up dulu kerana selepas daripada perkembangan watak Hutch itu, penonton pasti tidak senang duduk melihat aksi yang dipaparkan dalam filem ini. Boleh dikatakan sudah agak lama kami tidak menonton filem aksi terbaik dan rasanya tidak keterlaluan sekiranya kami mengatakan Nobody adalah antara filem aksi terbaik bagi tahun ini.
Lakonan Bob Odenkirk memang tidak dapat disangkal lagi. Bermula dengan watak tenang seorang ayah yang penyanyang, Hutch akhirnya menjadi dirinya kembali apabila perlu berhadapan dengan musuh demi menyelamatkan keluarganya.
Menerima komen positif daripada penonton, rata-rata daripadanya juga meminta agar filem mempunyai sekuel.
Penuh dengan aksi tembak-menembak, sudah tentu filem ini hanya untuk tontonan 18 tahun ke atas. So guys, jangan lupa saksikan Nobody di pawagam bermula 13 Mei nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Program MamaKerja Selangor menerima tambahan peruntukan RM5 juta menjadikan jumlah keseluruhan RM10 juta bagi membantu 10,000 ibu bekerja menampung kos penjagaan anak.