Pelakon, penerbit dan pengarah terkenal tanah air, Datuk Hans Isaac mencuri perhatian ramai apabila mengumumkan berita gembira bahawa dirinya kini sudah mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hati, Francisca Luhong James.

Lebih menarik, wanita yang berjaya menambat hati aktor berusia 55 tahun itu bukanlah calang-calang individu, sebaliknya merupakan bekas ratu cantik yang pernah dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2020.

Berita manis tersebut dikongsikan sendiri oleh Hans menerusi satu hantaran di Instagram pada Isnin, sekali gus memperlihatkan beberapa foto romantis pasangan berkenaan berlatarbelakangkan Menara Eiffel di Paris, Perancis.

“She said yes! Forever with my favourite person.

“To forever with you, my Kayan/Iban soon to be wife. Best decision I’ve made and she said yes,” tulisnya penuh bahagia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hans Isaac (@hansisaac)

Tidak ketinggalan, Hans turut menyelitkan sedikit gurauan mengenai status baharunya selepas sekian lama sering diajukan persoalan tentang perkahwinan.

“She’s stuck with me now. No more… Hans bila nak kahwiinnnn?” selorohnya.

Perkongsian tersebut nyata mengundang keterujaan dalam kalangan peminat yang selama ini menantikan khabar gembira daripada aktor berkenaan.

Pengumuman tersebut sekali gus membuka lembaran baharu dalam kehidupan peribadi Hans yang selama ini sering menjadi perhatian peminat, khususnya apabila menyentuh soal jodoh dan perkahwinan.

Ads

Siapa Francisca Luhong James, Wanita Yang Berjaya Menambat Hati Hans Isaac?

Bagi yang belum mengenali Francisca Luhong James, wanita jelita berusia 31 tahun ini merupakan anak kelahiran Kuching, Sarawak yang mempunyai darah keturunan Kayan, Kenyah dan Iban.

Namanya mula mendapat perhatian dalam dunia ratu cantik selepas menyertai beberapa pertandingan berprestij, termasuk Miss World Malaysia pada tahun 2016 dan 2018, yang menyaksikan dirinya berjaya menempatkan diri dalam kelompok lima peserta terbaik.

“She Said Yes!” Datuk Hans Isaac Kini Bergelar Tunangan Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong James

Bagaimanapun, pencapaian paling membanggakan Francisca hadir pada tahun 2020 apabila beliau dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia, sekali gus mencipta sejarah sebagai wanita pertama daripada komuniti Dayak yang memenangi gelaran tersebut.

Kemenangan itu turut membuka peluang buat Francisca untuk menggalas tanggungjawab sebagai wakil Malaysia ke pentas Miss Universe 2020 yang berlangsung di Florida, Amerika Syarikat pada Mei 2021.

Bukan sekadar memiliki rupa paras menawan, Francisca juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dalam bidang Perhubungan Awam dengan Kepujian Kelas Pertama.

Ads

Beliau turut dikenali sebagai individu yang memperjuangkan agenda pemerkasaan wanita atau women empowerment, khususnya dalam memberikan inspirasi kepada golongan wanita muda untuk membina keyakinan diri serta mencapai potensi masing-masing.

Menariknya, Hans sendiri pernah menjadi salah seorang juri pada pertandingan Miss Universe Malaysia 2020, iaitu tahun Francisca dinobatkan sebagai juara!

Francisca Luhong James Cipta Sejarah Dalam Dunia Ratu Cantik

“She Said Yes!” Datuk Hans Isaac Kini Bergelar Tunangan Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong James

Selain kisah percintaannya dengan Hans, latar belakang Francisca sebagai bekas ratu cantik turut menjadikan berita pertunangan ini semakin menarik perhatian.

Kejayaannya meraih gelaran Miss Universe Malaysia 2020 bukan sahaja menjadi pencapaian peribadi yang membanggakan, malah turut membawa makna besar kepada komuniti Dayak di Malaysia.

Dengan pengalaman dalam pertandingan ratu cantik serta latar belakang pendidikan yang dimilikinya, Francisca membuktikan bahawa kecantikan dan kebijaksanaan mampu bergerak seiring.

Ads

Rakan Selebriti Tumpang Gembira, Banjiri Ruangan Komen

Dalam pada itu, pengumuman pertunangan pasangan berkenaan turut mendapat perhatian rakan-rakan selebriti tempatan yang tidak melepaskan peluang untuk menitipkan ucapan tahniah.

Rata-rata peminat juga mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan sehingga ke jenjang pelamin.

Untuk rekod, Hans yang kini turut menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sememangnya antara figura popular industri hiburan tempatan.

Biarpun pasangan ini mempunyai perbezaan usia 24 tahun, berita pertunangan mereka tetap disambut dengan penuh kegembiraan oleh para peminat.

Setakat ini, Hans dan Francisca masih belum berkongsi sebarang maklumat lanjut mengenai tarikh atau perancangan majlis perkahwinan mereka.

Apa-apapun, tahniah diucapkan kepada Datuk Hans Isaac dan Francisca Luhong James atas pertunangan ini. Semoga segala perancangan menuju hari bahagia berjalan lancar!

Sumber : Instagram hansisaac

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads