Konsert Gegar Vaganza (GV11) minggu kelapan baru-baru ini penuh kejutan apabila menyaksikan kumpulan The Lima mula menunjukkan taring dengan meraih markah tertinggi buat pertama kali pada malam Ahad, semalam.
Menerusi tema Kengkawan, The Lima (74.40%) membawakan lagu Aku Bukan Untukmu nyanyian Datuk Sri Rossa sementara Liza Aziz meraih kedudukan kedua dengan markah sebanyak 74.00 peratus dengan lagu berjudul Masing-Masing nyanyian asal Ernie Zakri dan Ade Govinda.
The Lima yang mencipta kejutan dengan meraih tempat pertama pada minggu ke-8Arrora Salwa tersingkir pada minggu ke-8
Dalam pada itu, pentas GV11 turut menyaksikan penyingkiran Arrora Salwa yang mempersembahkan lagu nyanyian Siti Nordiana iaitu ‘Cinta Hanya Sandaran’ gagal menambat hati juri dan berada di kedudukan markah tercorot.
“Alhamdulilah, akhirnya sampai juga saya di minggu yang kelapan dan saya lega sebenarnya chapter saya dalam Gegar Vaganza sudah habis”
Ads
“Saya nak ucap terima kasih banyak-banyak dan kepada para peminat saya, para juri, pihak Astro dan juga Gegar Vaganza sebab sudah beri peluang ini,” ucap Arrora sebelum meninggalkan pentas sejurus beliau diumumkan tersingkir.
Liza Aziz di tempat ke-2, manakala Ning Baizura di tempat ke-3
Sementara itu, Ning Baizura (73.60%) menerusi lagu Keabadian Cinta nyanyian Anuar Zain berada di tempat ketiga dan Sheila Abdull (68.70%) di tempat keempat selepas menyampaikan dua buah lagu Misha Omar iaitu Dedebu Cinta dan Bunga-Bunga Cinta.
Gegar Vaganza 11 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu, setiap Ahad, 9 malam.
Ads
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selalu je kita dengar member-member kita terlepas flight kan? Relaks. Tarik nafas dalam-dalam. Dah tenang? Ok…
Ini merupakan inisiatif yang patut diberi pujian kepada pihak lapangan terbang Changi,Singapura.
Tidak banyak lapangan terbang di seluruh dunia yang benar-benar menawarkan suatu pengalaman menyeronokkan kepada penumpangnya — tetapi perkara itu berbeza di Lapangan Terbang Changi di Singapura.
Sering kali dipanggil salah satu lapangan terbang terbaik di dunia, Changi yang terkenal dengan tarikan air terjun tertingginya iaitu “Jewel Rain Vortex”, sebenarnya turut mempunyai satu lagi kemudahan unik yang dapat membawa anda ke pintu pelepasan dengan sangat cepat dan menyeronokkan.
Kemudahan yang dimaksudkan adalah permainan gelongsor berwarna merah yang boleh anda gunakan selepas mengimbas pas berlepas untuk terus ke pintu pelepasan di Terminal 4.
Menurut Daily Mail, seorang penumpang bernama Yusuf El Askary telah mencuba sendiri pengalaman menggunakan gelongsor berkenaan dan beliau memuat naik video tersebut di Youtube.
Selain gelongsor merah di Terminal 4 itu, Lapangan Terbang Changi juga sebenarnya mempunyai sebuah lagi gelongsor yang lebih panjang iaitu di Terminal 3, yang sering dipanggil “gelongsor paling tinggi di dunia dalam lapangan terbang”!
Gelongsor itu berketinggian 12 meter dan boleh membawa individu yang menaikinya dari Tingkat 1 hingga Basement 3.
Bagaimanapun, gelongsor yang di Terminal 4 tidak dapat dipastikan berapa ketinggiannya.
Macam best je kan video orang tu guna gelongsor merah ni?
Lagi-lagi bila kita tergesa-gesa dah lambat nak ke pintu pelepasan, tinggal meluncur je guna gelongsor tu tak payah susah-susah nak guna eskalator ataupun tangga.
Sumber : Youtube
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama aktres berkaliber, Puteri Balqis kembali menjadi perhatian ramai apabila dia tampil meluahkan rasa kecewa berhubung dakwaan dirinya menjadi mangsa buli oleh segelintir pihak.
Perkongsian tersebut sekali gus mengundang pelbagai reaksi serta sokongan daripada peminat dan rakan selebriti di media sosial.
Menerusi satu hantaran di Instagram, pelakon berusia 19 tahun itu menegaskan bahawa setiap individu tidak seharusnya berdiam diri sekiranya menjadi mangsa buli, sebaliknya perlu berani mempertahankan diri dan kebenaran.
“Untuk semua penyokong dan sahabat, jika hidup kalian ada persamaan dengan kami, terus melangkah. Jika kalian dibuli seperti saya dan ibu, lawan serta jangan mudah dijadikan kambing hitam.
“Untuk sahabat-sahabat baik, pilih sahabat walau tak ramai. Tidak ramai bukan bererti kita suka bermusuh,” katanya.
Dalam hantaran sama, Puteri Balqis turut meluahkan pandangannya bahawa golongan yang dibuli selalunya terus merana, manakala pembuli pula bebas bersuka ria tanpa rasa bersalah.
“Terima kasih untuk semua sokongan hebat yang kalian berikan kepada saya.
“Yang dibuli kekal menderita, si pembuli riang ketawa,” coretnya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Puteri Balqis dilihat telah memadam beberapa hantaran Instagram yang berkaitan dakwaan terhadap pelakon Mia Sara. Tindakan tersebut menerima pujian ramai yang beranggapan aktres itu bertindak matang dan tidak melakukan sesuatu yang boleh memberi impak negatif terhadap dirinya pada masa akan datang.
Terdahulu, sejak Sabtu lalu, nama Puteri Balqis menjadi bualan hangat di media sosial selepas membuat pendedahan dengan mendakwa Mia Sara terlibat dalam aktiviti tidak bermoral seperti berparti di kelab malam, minum alkohol dan mengambil bahan terlarang.
Dia turut menyeru agar Mia Sara tampil bagi menyelesaikan kemelut antara mereka selepas pelakon wanita berusia 20 tahun itu didakwa pernah memalukan ibunya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang mesti ada pengalaman ‘gurauan kasar’ di sekolah bersama rakan-rakan.
Dalam banyak-banyak gurau di zaman sekolah, yang paling popular sekali sudah tentulah gurauan menarik kerusi ketika rakan mahu duduk.
Apabila melihatkan rakan jatuh terjelepuk, maka itulah saat yang paling menggelikan hati untuk semua orang.
Tapi korang sedar tak gurauan ini sebenarnya berbahaya?
Malang tidak berbau, hanya niat untuk bergurau seorang pelajar perempuan, Sinta Auliya menerusi ciapan di laman Twitternya memberitahu guarauan ‘tarik kerusi’ rakannya telah menyebabkan beliau mengalami keretakan pada tulang ekor, patah pada tulang belakang yang akhirnya membawa kepada lumpuh.
Dalam perkongsian pada 11 Disember lalu, Sinta memberitahu beliau hampir putus asa kerana tidak boleh berjalan malah berdiri disebabkan gurauan itu dan terpaksa mengengsot sekiranya mahu ke tandas.
Pada awalnya beliau tidak menyangka sakitnya akan menjadi seteruk itu dan hanya mendapatkan urutan tradisional namun ianya menjadi lebih buruk dan akhirnya memaksa beliau ke hospital.
Pada awalnya, beliau takut untuk menjalani pembedahan dan mengikuti sesi rawatan fisioterapi, namun disebabkan tiada perubahan beliau terpaksa memberanikan diri menghadapinya bagi merawat tulang belakangnya.
Walaupun sudah tiga tahun berlaku (2016) dan tulang belakangnya tidak boleh pulih 100%, Sinta bersyukur beliau dapat kembali berjalan dan baik sehingga kini.
Terpaksa melupakan impian untuk mendaki gunung kerana keadaannya yang tidak mengizinkan, Sinta akui kadangkala beliau merasa dendam kepada rakannya kerana mengakibatnya jadi sebegitu.
Jadi elakkan gurauan kasar seperti tarik kerusi sebegini. Jangan sebab keseronokan sementara, kita hilang nikmat kesihatan.
Sumber: @jelegbt
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.