
Bintang k-pop sensasi berusia 33 tahun, HyunA tular setelah dirinya rebah sewaktu mempersembahkan lagu hitnya, ‘Bubble Pop!’ di pentas festival muzik Waterbomb di Macau.
Menerusi video-video di media sosial yang dikongsikan oleh pengunjung konsert dan peminat HyunA, penyanyi itu dibantu oleh dua orang penari latarnya setelah rebah sebelum seorang staf sekuriti mengangkatnya turun dari pentas untuk mendapatkan bantuan perubatan.
Bagi meredakan spekulasi di media sosial, HyunA menerusi satu hantaran di Instagram menjelaskan dirinya okay dan berharap peminat tidak merisaukan keadaan kesihatannya. Namun bekas ahli kumpulan 4Minute itu tidak pula mendedahkan punca kejadian.

View this post on Instagram
“Saya benar-benar minta maaf. Saya ingin memberikan anda persembahan menakjubkan tetapi saya merasakan seperti tidak profesional (kerana rebah).
“Saya akan menguatkan semula stamina dan terus bekerja keras pada masa hadapan. Ia akan menjadi satu pengalaman hebat sekiranya segala-galanya berjalan lancar seperti yang saya inginkan,” katanya sambil berterima kasih di atas doa dan harapan peminatnya.
“Saya benar-benar okay! Jangan risaukan saya!” tambah isteri kepada Yong Jun-hyung ini.
Dalam ruangan komen, peminat menyuarakan keraguan mereka terhadap kesihatan HyunA. Ini memandangkan pendedahan penyanyi itu dalam laporan media baru-baru ini kononnya dirinya berjaya mengurangkan berat badan sehingga 10 kilogram dalam masa sebulan.

Diet yang terlalu ekstrem itu besar kemungkinan menganggu stamina yang dimiliki oleh HyunA memandangkan selama ini, dia tidak pernah berdepan isu seperti ini di atas pentas nyanyian.
Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi mengenai cara bintang dari Korea Selatan menurunkan berat badan dan mengekalkan bentuk badan mereka walaupun terpaksa bergelut dengan diet yang ketat.
BACA: 10 Idol KPop Ini Pemilik Pinggang ‘Kerengga’, BLACKPINK Mendominasi
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!



















