Tanpa sedar, Skuter elektrik kian popular digunakan di Malaysia sebagai pengangkutan jarak pendek yang mesra alam.
Bukan itu sahaja, ramai yang mengunakan Personal Electric Vehicle (PEV) ini sebagai kenderaan untuk ke kampus mahupun ke tempat kerja bagi mengelakkan kesesakkan jalan raya.
Namun kalau korang yang ada kenderaan mikromobiliti tak kira la e-bike, escooter, euc mahupun e-skate ia ditakrifkan sebagai kenderaan yang dikuasakan elektrik, dan mampu mencapai kelajuan maksimum 50km/j. Korang kena ambil tahu hal ini.
Takut nanti kena saman pula!
Ads
Mungkin disebabkan sikap segelintir pengguna PEV yang tidak bertanggungjawab dan mengambil kira isu keselamatan orang ramai, terutamanya pengguna jalan raya, perkara berkaitan kenderaan mikromobiliti telah termaktub dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020. Ia telah diluluskan di Dewan Rakyat, dan akan dibentangkan di Dewan Negara.
Ads
Melalui perkongsian Menteri Pengangkutan Malaysia, beliau menyentuh tiga perkara yang perlu dipandang serius, iaitu:
1) Isu keselamatan orang ramai terutamanya pengguna jalan raya lain, kerana tiadanya perlindungan insurans. Jika berlaku kemalangan, individu yang berkenaan akan menghadapi masalah kewangan. Bagi pengguna lain, mereka pula yang terpaksa keluarkan duit sendiri atau membuat tuntutan insurans sendiri bagi tujuan membaiki kenderaan atau untuk perlindungan kesihatan mereka.
2) Setelah RUU Pengangkutan Jalan (pindaan) 2020 diluluskan dan menjadi undang-undang kelak, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) akan mengawal selia jenis-jenis penggunaan kenderaan ini seperti mewajibkan pendaftaran dan mempunyai lesen memandu termasuk jika bersesuaian, melarang penggunaan jenis-jenis kenderaan sebegini daripada digunakan di atas jalan raya.
Ads
3) Kelak, setelah diwartakan dan menjadi undang-undang, MOT akan mengelaskan jenis-jenis kenderaan di bawah kategori mikromobiliti ini. Mana yang wajar dilesen dan didaftarkan, akan diwajibkan berbuat demikian. Mana-mana jenis yang dari segi keselamatan tidak sesuai digunakan secara bercampuran di atas jalan raya, akan dihalang daripada digunakan atas dasar keselamatan dan kepentingan pengguna jalan raya yang lain.
Dengan perkembangan baru ini, kita akan mendengar lanjut mengenai pindaan undang-undang dan kenderaan yang tertakluk dibawahnya dalam masa terdekat ini.
So apa pandangan korang tentang perkara ini, perlu ke kita nak ambil lesen E-scooter ni?
Genap tujuh hari kelahiran cahaya mata kedua, pelakon jelita, Farah Nabilah tampil berkongsi nama bayi comelnya itu yang selamat dilahirkan, pada tanggal 26 Julai lalu.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon naskhah popular Titian Cinta itu menerusi sebuah hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya sebentar tadi.
Menerusi kapsyen tersebut, Farah Nabilah dan suami tercintanya Mohammed Amirul Yunus, memilih nama Yusuf Gibran buat bayi keduanya yang baru dilahirkan itu.
“Assalamualaikum. Today is his 7th day. Yusuf Gibran bin Mohamed Amirul, 26 July 2023,” coretnya ringkas.
Pada masa sama, dia sempat menitipkan doa agar Yusuf Gibran bakal menjadi seorang anak yang soleh dan mempunyai adab dan akhlak seperti Nabi Muhammad SAW.
“Terima kasih atas doa semua, semoga Yusuf Gibran menjadi anak yang soleh, anak yang mempunyai adab & akhlak seperti Rasullullah SAW & dilindungi dari segala kejahatan. Amin YRA,” katanya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis menumpang gembira selain menitipkan doa yang baik-baik buat bayi mereka tersebut.
Sekadar informasi, Farah Nabilah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya yang juga seorang juruterbang, Mohammed Amirul Yunus, pada 20 Disember 2019.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Meskipun 2 hari telah berlalu sejak insiden anak kapal Dayang Topaz meninggal dunia, rata-rata netizen Malaysia masih berduka dengan berita tersebut.
Dalam insiden di Kuala Baram, Miri Sarawak itu, dua orang kru warganegara Malaysia disahkan telah meninggal dunia setelah kapal penyelenggara, Dayang Topaz karam akibat cuaca buruk di sana.
Salah satu sauhnya terputus sehingga menyebabkan ia hilang kawalan dan melangar sebuah pelantar minyak yang berada berhampiran.
Dalam pada itu, 173 orang daripada 185 kru kapal Dayang Topaz telah selamat dibawa ke jeti Pelabuhan Miri.
Kerjaya sebagai seorang anak kapal dalam industri minyak & gas – atau dalam bahasa glamornya, petugas offshore – sememangnya mempunyai risiko yang tinggi.
Walaupun kerjaya ini menawarkan gaji lumayan sehingga boleh mencecah RM7,000 ke atas, kesusahan dan cabaran yang perlu mereka hadapi pada setiap hari tidak selalu diketahui oleh orang awam. Itu belum lagi kepayahan perlu berjauhan dengan ahli keluarga dan orang tersayang.
Susulan insiden Dayang Topaz, seorang pemilik akaun Twitter @faizalsani12 telah berkongsi contoh situasi berisiko yang perlu dihadapi petugas offshore. Setinggi gaji mereka, kadangkala tinggi lagi ombak di lautan.
Memang padan lah diorang ni dibayar gaji tinggi kalau macam ni risiko kerja yang diorang kena hadap pic.twitter.com/CRinc6TsQF
Rata-rata netizen berkongsi pendapat mereka mengenai pekerjaan ini.
Teringin sangat nak ‘naik offshore’
Kejadian ombak besar satu perkara normal
Petugas selalu akan hargai kehidupan
Kalau bad weather memang semua cuak sebab ombak boleh buat platform 8 kaki bergoyang angin pn boleh buat orang terbang,tapi kalau weather cantik kau nampak laa cantik nya ciptaan Allah ✨ pic.twitter.com/FyT8g8Jozs
Pelakon lelaki berlesung pipit, Kim Seon Ho nampaknya semakin berjaya mencuri perhatian peminat dengan drama bersiri Hometown Cha Cha Cha.
Terbaharu, syarikat pengurusan pelakon ini telah pun mengesahkan bahawa Kim Seon Ho bakal bergandingan dengan YoonA dalam sebuah filem yang berjudul 2 O’clock Date.
Filem romantik ini khabarnya mengisahkan tentang seorang wanita yang menyimpan sebuah rahsia besar dan lelaki yang tinggal di tingkat atas rumahya, secara kebetulan asyik terserempak satu sama lain setiap hari.
Bakal diarahkan oleh pengarah filem ‘Exit’, Lee Sang Geun, 2 O’clock Date dijadualkan bakal memulakan penggambaran pada bulan Mac tahun hadapan.