Seorang ibu berkongsi kisah mencuit hati apabila anak lelakinya meminta beberapa bahan sebelum dia pulang dari tempat kerja. Permintaan tersebut rupa-rupanya berpunca daripada inspirasi yang datang daripada komik Lawak Kampus yang sering dibaca oleh kanak-kanak itu di rumah.
Menerusi satu perkongsian di Thread oleh pengguna Syira Shukri, kanak-kanak tersebut meminta ibunya membeli tembikai, oren dan air soda kerana mahu membuat minuman sendiri untuk berbuka puasa.
Pada mulanya, ibunya menyangka anaknya mahu mencuba resipi daripada pempengaruh masakan terkenal, Khairul Aming. Ini kerana kebanyakan kanak-kanak hari ini sering melihat resipi menarik di media sosial.
Namun sangkaan itu meleset sama sekali.
Rupa-rupanya kanak-kanak berkenaan mahu mencuba minuman yang dilihatnya dalam komik kegemarannya, Lawak Kampus.
Komik tersebut bukan sahaja menghiburkan, malah kadangkala memaparkan situasi harian yang membuatkan pembacanya rasa ingin mencuba sendiri perkara yang dilihat.
Minuman Inspirasi Komik Lawak Kampus
Menurut perkongsian tersebut, anaknya terliur melihat minuman yang digambarkan dalam komik itu lalu berazam untuk mencubanya sendiri di rumah. Walaupun ia sekadar ilustrasi dalam komik, imaginasi kanak-kanak membuatkan minuman itu kelihatan sangat menarik.
Lebih mencuit hati, ‘resipi’ minuman tersebut sebenarnya dirujuk daripada Lawak Kampus Jilid 42, halaman 101. Dalam babak tersebut digambarkan gabungan tembikai, oren dan air soda sebagai minuman yang kelihatan menyegarkan.
Ads
Situasi itu membuatkan si ibu terhibur kerana tidak menyangka komik yang sering dibaca anaknya mampu memberi inspirasi sehingga ke dapur.
Bagi seorang kanak-kanak, apa yang dilihat dalam bahan bacaan kegemaran boleh mencetuskan rasa ingin mencuba sesuatu yang baharu.
Bagi ibu bapa pula, momen seperti ini kadangkala menjadi pengalaman yang menghiburkan kerana mereka dapat melihat bagaimana imaginasi anak berkembang melalui bahan bacaan yang diminati.
Bukan Sekadar Komik Lawak
Dalam perkongsian sama, ibu tersebut turut menyedari satu lagi sisi positif daripada komik Lawak Kampus. Walaupun ia terkenal sebagai komik jenaka, kandungannya kadangkala menyelitkan unsur pembelajaran secara tidak langsung.
Ketika membaca komik berkenaan, anaknya ternampak satu babak lawak yang melibatkan soalan matematik berkaitan Algebra. Babak tersebut mungkin sekadar gurauan dalam cerita, namun ia berjaya menarik perhatian kanak-kanak tersebut.
Ads
Rasa ingin tahu membuatkan kanak-kanak itu terus meminta ibunya mengajarkan konsep tersebut. Dia mahu memahami bagaimana soalan matematik itu sebenarnya diselesaikan.
Selepas diterangkan secara ringkas, dia bukan sahaja mula memahami asasnya, malah meminta ibunya menyediakan beberapa soalan mudah untuk dicuba sendiri.
Keinginan untuk mencuba itu menunjukkan bagaimana minat belajar boleh muncul daripada perkara yang tidak disangka-sangka.
Komik Lawak Kampus Cetus Rasa Ingin Tahu
Apa yang lebih membanggakan, kanak-kanak itu baru berada di Tahun Dua namun sudah mula memahami sedikit demi sedikit konsep algebra. Walaupun masih di peringkat asas, ia tetap menjadi sesuatu yang menggembirakan bagi ibu bapanya.
Ads
Perkongsian ini sekali gus menunjukkan bahan bacaan santai seperti Lawak Kampus juga boleh memberi impak positif kepada perkembangan kanak-kanak. Selain menghiburkan, komik juga boleh merangsang imaginasi dan rasa ingin tahu.
Komik Lawak Kampus karya Keith Kam sememangnya terkenal dengan jenaka kehidupan pelajar. Ceritanya sering memaparkan situasi di sekolah yang dekat dengan dunia pelajar seperti kelas, peperiksaan, guru dan persahabatan.
Pada masa sama, komik ini kadangkala menyelitkan elemen pembelajaran dalam bentuk yang ringan dan mudah difahami. Perkara inilah yang membuatkan ramai pembaca muda tertarik untuk terus membaca.
Kadangkala, daripada satu babak lawak yang ringkas, ia mampu mencetuskan rasa ingin tahu dan membuka ruang kepada pembelajaran sebenar. Inilah antara keunikan yang membuatkan komik seperti ini terus diminati oleh generasi pelajar hingga hari ini.
Sumber : Thread syirashukri
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekiranya korang menonton perlawanan di antara Jepun dan Senegal semalam, pastinya kamu akan tertarik dengan satu perkara ini.
Bukan, kami tak bercakap tentang prestasi pemain pasukan Jepun atau Senegal. Tetapi tentang rekaan stadiumnya yang – hhm – unik.
Bertempat di Yekaterinburg Arena di Rusia, stadium ini terpaksa melalui proses pengubah suaian yang drastik bagi menampung piawaian penganjur Piala Dunia kerana saiz asalnya terlalu kecil manakala kapasiti penontonnya tidak mencukupi.
Disebabkan ubah suai tersebutlah, kini Yekaterinburg Arena dinamakan sebagai stadium paling berbahaya di Rusia, mungkin juga di dunia! Jom tengok apa sebab utamanya.
01
Stadium ini asalnya dibina pada tahun 1957. Ia hanya boleh menampung 35,000 orang penonton, 8,000 lebih kurang daripada jumlah yang dikehendaki.
Untuk menyelesaikan masalah ini, Ekaterinburg Arena ‘ditebuk’ pada dua bahagian stadium itu untuk menempatkan tempat duduk baru di atas palang scaffolding – sama seperti palang construction site!
02
Ruang tempat duduk sementara ini siap dibina pada Disember 2017 dan sejak itu, ia telah diuji oleh netizen di Rusia. Nampaknya mereka masih boleh menonton, cuma jantung pastinya berdebar.
03
Tinggi sangat sehingga stadium menyediakan televisyen besar untuk penonton.
Pada ketinggian 45 meter (148 kaki), ia adalah antara tempat duduk penonton paling tinggi pernah wujud dalam sesebuah stadium. Kalau korang alami rasa gayat, lebih baik beli tiket yang mahal sedikit di tempat duduk di bawah.
04
Penonton perlu memanjat 300 anak tangga untuk sampai ke barisan tempat duduk tertinggi.
05
Bukan saja penonton di tempat duduk sementara ini boleh menonton perlawanan di atas padang dengan jelas, mereka juga boleh menikmati pemandangan bandar Yekaterinburg
Hhm, kalau hujan atau cuaca terlampau terik, penonton juga perlulah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.
Macam mana, berani tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap individu lahir dengan bakat tersendiri yang mengalir dalam darah masing-masing.
Setengah daripada kita mudah untuk mengetahui kelebihan diri, kekuatan dan keunikan sendiri. Ada pula yang perlu mengambil bertahun-tahun lamanya untuk mengasah bakatnya. Kata orang, bakat terpendam boleh dilihat melalui zodiak kelahiran. Terpulang kepada seseorang indivitu untuk mempercayainya atau menafikannya.
Baru-baru ini, penyanyi wanita paling banyak menerima trofi Anugerah Grammy, Beyoncé meraikan dirinya yang berzodiak Virgo.
Sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-39 pada 4 September kelak, Beyoncé mengambil peluang untuk mencipta sebuah ‘yearbook’ yang terdiri daripada foto para selebriti lain yang berzodiak Virgo beserta ucapan selamat hari lahir.
Jungkook BTS Turut Tersenarai
Menariknya, salah seorang selebriti paling popular dalam yearbook tersebut ialah ahli BTS, Jungkook. Fotonya tertera besama-sama selebriti lain seperti Blake Lively, Nick Jonas, Pink, Zendaya dan Cameron Diaz. Kelihatannya seperti Jungkook menjadi satu-satunya penyanyi dari Asia yang tersenarai.
Menerusi yearbook ini, Beyoncé menggambarkan individu berzodiak Virgo sebagai seorang yang kreatif, bekerja keras, dipercayai, sabar dan baik hati.
“Selamat hari jadi kepada semua Virgo’s,” ucap Beyoncé.
Untuk pengetahuan, berikut merupakan bakat terpendam Virgo seperti yang dipetik dari laman web Boldsky.
Virgo – Fleksibel (22 Ogos – 22 September)
Virgo biasanya dianugerahkan kemampuan untuk bersikap fleksibel dalam apa-apa situasi. Akhirnya anda mampu menemukan kebahagiaan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan usahawan terkenal, Nora Danish, sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas berkongsi sebuah luahan penuh keinsafan di Threads.
Perkongsian ringkas itu mengundang rasa sebak ramai apabila Nora secara jujur mengakui dirinya hanyalah seorang pendosa yang setiap hari berusaha untuk memperbaiki diri.
Luahan Sarat Keinsafan
Dalam hantaran tersebut, Nora menulis:
“Saya pendosa yang berusaha setiap hari untuk jadi lebih baik. Masing-masing ada struggle masing-masing. Moga air mata kita ini hanya mengalir kerana Allah.”
Ungkapan pendek itu nyata meninggalkan kesan mendalam dalam hati pengikutnya. Ruangan komen segera dibanjiri doa serta kata-kata semangat agar Nora terus diberikan kekuatan untuk istiqamah di jalan kebaikan.
Kredit: Instagram Nora Danish
Sokongan Dan Doa Warganet
Rata-rata netizen menyifatkan keterbukaan Nora sebagai sesuatu yang menyentuh jiwa. Ada yang berkongsi pengalaman perubahan diri mereka sendiri, manakala ada juga yang menitipkan kata-kata motivasi bahawa setiap insan berhak diberi peluang kedua untuk kembali kepada Allah.
Populariti Nora tidak menghalangnya untuk tampil jujur tentang kelemahan diri. Malah, sikap rendah hatinya itu dianggap inspirasi buat orang ramai, khususnya remaja, bahawa tiada siapa pun sempurna di dunia ini.
Kredit foto: Instagram Nora Danish
Inspirasi Untuk Remaja
Perkongsian Nora membawa mesej jelas bahawa menjadi insan lebih baik adalah sebuah perjalanan, bukan destinasi. Kesilapan silam tidak seharusnya menjadi penghalang, sebaliknya menjadi pengajaran untuk melangkah dengan lebih yakin ke hadapan.
Buat anak muda, inilah contoh nyata bahawa perubahan tidak pernah terlambat. Apa yang penting ialah kesedaran, usaha berterusan dan keberanian untuk mengakui kelemahan diri. Seperti yang Nora tekankan, biarlah air mata yang mengalir itu kerana Allah – tanda penyesalan dan keikhlasan hati untuk berubah.
Luahan Nora Danish mungkin ringkas, namun mesejnya cukup besar: kita semua manusia biasa yang tidak lari daripada dosa, tetapi keberanian untuk memperbaiki diri adalah langkah paling penting.
Semoga perkongsian ini terus menjadi inspirasi buat remaja untuk tidak berputus asa dalam perjalanan mencari kebaikan.
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...