Penyanyi dan pelakon terkenal, Minho daripada kumpulan SHINee sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila menyertai pertandingan kecergasan HYROX di Singapura buat kali ketiga pada tahun ini, membuktikan komitmennya terhadap gaya hidup aktif dan disiplin tinggi dalam dunia kecergasan.

Menerusi beberapa perkongsian di Instagram miliknya, Minho atau nama sebenarnya Choi Minho (35) dan pasangannya Beomseok berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 56 minit 21 saat, sekaligus menduduki tempat pertama dalam kategori Doubles Lelaki 35–39.

Lebih membanggakan, gandingan mantap ini bukan sahaja mengungguli kategori mereka, malah turut berada di kedudukan keempat keseluruhan daripada 1,144 peserta, meletakkan mereka dalam kelompok atlet berprestasi tinggi di peringkat antarabangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Aura Atlet Semakin Menyerlah! Minho SHINee Rangkul Tempat Pertama Hyrox Taiwan Bersama Hong Beomseok

Momentum Juara Berterusan! Minho SHINee Sekali Lagi Ungguli Hyrox Singapura Bersama Hong Beomseok Momentum Juara Berterusan! Minho SHINee Sekali Lagi Ungguli Hyrox Singapura Bersama Hong Beomseok Momentum Juara Berterusan! Minho SHINee Sekali Lagi Ungguli Hyrox Singapura Bersama Hong Beomseok

Ads

Pertandingan HYROX yang berlangsung dari 3 hingga 5 April itu menampilkan format perlumbaan unik yang menggabungkan larian sejauh lapan kilometer bersama lapan stesen senaman berintensiti tinggi, menjadikannya antara acara kecergasan paling mencabar dan kompetitif di dunia.

Selain beraksi dalam kategori beregu, Minho turut mencabar dirinya secara individu dalam kategori Lelaki 30–34 tahun dan berjaya menamatkan perlumbaan dengan masa 1 jam 13 minit 9 saat, sekali gus berada dalam kelompok 50 terbaik daripada lebih 1,500 peserta.

Dalam pada itu, Beomseok turut meneruskan prestasi cemerlangnya apabila bergandingan bersama atlet elit Amerika, Gabe Heck dalam kategori Pro Doubles Lelaki 35–39 dan sekali lagi meraih tempat pertama keseluruhan.

Ads

ARTIKEL BERKAITAN: “Unlimited Energy!” Minho SHINee Sempat Sertai Hyrox Osaka Sebelum Tampil Di Pentas SMTOWN Di Fukuoka

Momentum Juara Berterusan! Minho SHINee Sekali Lagi Ungguli Hyrox Singapura Bersama Hong Beomseok

Momentum Juara Berterusan! Minho SHINee Sekali Lagi Ungguli Hyrox Singapura Bersama Hong Beomseok
Jay Park antara selebriti yang turut mencuri perhatian di Hyrox Singapore

Fenomena HYROX kini dilihat semakin mendapat tempat dalam kalangan selebriti antarabangsa, apabila ramai figura terkenal mula menyahut cabaran ini sebagai simbol gaya hidup sihat dan aktif, sekaligus menggabungkan elemen kecergasan dan pengaruh populariti.

Ads

ARTIKEL BERKAITAN: Minho SHINee Jadi Pelari ‘Kalcer’ Di Bawah Panas Terik Jakarta, Stamina Luar Biasa Buatkan Peminat Kagum

Sebelum ini, Minho turut pernah mencuri tumpuan apabila menyertai HYROX di Taiwan dan Osaka serta berkongsi rutin kecergasan beliau ketika berada di Jakarta, menjadikan beliau antara selebriti Korea yang konsisten mempromosikan gaya hidup sihat di pentas global.

Sumber artikel & foto: Instagram Choi Minho

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads