Penyanyi dan pelakon terkenal, Minho daripada kumpulan SHINee sekali lagi mencuri perhatian peminat baru-baru ini apabila menyertai pertandingan kecergasan Hyrox di Taiwan. Kehadiran beliau dalam acara sukan berprestij bertaraf global itu sekaligus membuktikan komitmennya terhadap gaya hidup aktif dan disiplin latihan yang konsisten.
Menerusi beberapa perkongsian di Instagram miliknya, Minho atau nama sebenarnya Choi Minho dan pasangannya Beomseok berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 54 minit 42 saat dalam kategori ‘HYROX Doubles’ pada 1 Mac lalu. Keputusan tersebut melayakkan mereka menduduki tempat pertama selepas mengatasi peserta lain dalam saingan yang cukup sengit.
Dalam pada itu, Minho juga dilihat tidak dapat menyembunyikan rasa puas dan gembira selepas berjaya menamatkan cabaran berintensiti tinggi itu. Riak wajahnya jelas memancarkan kepuasan terhadap usaha keras yang telah dicurahkan sepanjang tempoh persediaan.
ARTIKEL BERKAITAN: “Unlimited Energy!” Minho SHINee Sempat Sertai Hyrox Osaka Sebelum Tampil Di Pentas SMTOWN Di Fukuoka

Untuk rekod, Minho bergandingan bersama Hong Beomseok yang sebelum ini dikenali sebagai personaliti sukan di media sosial juga merupakan naib juara program realiti kecergasan popular Netflix ‘Physical: 100’ Musim 2. Gabungan stamina, kekuatan fizikal dan strategi mereka nyata membuahkan hasil apabila keduanya tampil sebagai juara dalam kategori berpasukan tersebut.
HYROX merupakan pertandingan kecergasan global yang menggabungkan larian jarak tertentu bersama beberapa stesen latihan berintensiti tinggi seperti sled push, rowing dan burpee broad jump. Format pertandingan yang mencabar ini menuntut ketahanan mental serta fizikal yang optimum daripada setiap peserta.
ARTIKEL BERKAITAN: Minho SHINee Jadi Pelari ‘Kalcer’ Di Bawah Panas Terik Jakarta, Stamina Luar Biasa Buatkan Peminat Kagum
Kejayaan di Taiwan bukanlah penyertaan pertamanya dalam pertandingan berkenaan. Sebelum ini, Minho turut menyertai HYROX di Osaka dan Yokohama, Jepun selain Singapura, menunjukkan minatnya yang mendalam terhadap arena kecergasan kompetitif.

Sebagai selebriti yang dikenali dengan disiplin dan semangat daya saing tinggi, Minho sering berkongsi rutin senaman serta perkembangan latihannya kepada peminat. Malah, penglibatannya dalam acara seperti ini turut menjadi inspirasi kepada peminat untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
Anda mungkin berminat dengan
Terdahulu, Minho turut pernah mencuri tumpuan apabila menyertai HYROX di Osaka dan berkongsi rutin kecergasan beliau ketika berada di Jakarta, sekaligus membuktikan bahawa minatnya terhadap dunia fitness bukan sekadar tren sementara, sebaliknya satu komitmen jangka panjang yang serius.
Sumber artikel & foto: Instagram Choi Minho
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Taman tema air antara yang menjadi tempat favorite pengunjung tatkala tiba waktu liburan. Waktu inilah digunakan sebaik mungkin untuk enjoy dan ‘recharge’ kembali energi yang telah digunakan setelah penat belajar, mahu pun bekerja.

Tak perlu pergi sampai ke luar negara untuk mendapat kepuasan bercuti, negara kita sendiri sebenarnya mempunyai banyak taman tema menarik untuk korang kunjungi.

Berita baik untuk orang yang tinggal berdekatan dengan Dengkil, menjelang bulan Disember 2021, Selangor bakal memiliki sebuah lagi taman tema air yang terletak di Gamuda Cove, Dengkil.
Bertemakan hutan hujan, 70 peratus daripada kawasan taman tema berkenaan dilitupi pelbagai tanaman tropika.
18 Permainan Termasuk Gelongsor
Taman tema air itu akan menawarkan 18 permainan termasuk gelongsor dilengkapi kamera realiti maya (VR) bagi memberi impak lebih menarik kepada pengunjung, selain turut diselitkan ciri-ciri permainan bagi menambahkan rasa keseronokan yang maksimum. Wah, bestnya!

Bukan itu je, taman tema berkenaan bakal dilengkapi sungai sepanjang 300 meter sesuai untuk kanak-kanak, pantai buatan dengan dilengkapi kabana dan permainan air interaktif.
Sebahagian besar tarikan di taman tema tersebut juga adalah yang pertama di dunia, Asia atau Malaysia dan ianya memenuhi standard keselamatan yang ditetapkan The Global Association for the Attractions (IAAPA).

Kos pembinaan taman tema air itu dilaporkan mencecah RM350 juta dengan peruntukan bagi gelongsor dan permainan saja mencecah RM90 juta.
Harga Tiket Lebih Murah
Paling menarik, bagi tidak mahu terlalu membebankan pihak ibu bapa yang ingin membawa anak-anak beriadah di taman tema air itu, pihak pengurusan Gamuda menjangkakan tiket kemasukan adalah lebih rendah berbanding taman tema sedia ada di pasaran ketika ini.

Malah, pihaknya yakin dapat menawarkan harga tiket masuk yang kompetitif memandangkan kos pengurusan taman tema itu akan dilaksanakan dengan cara tersendiri seperti menggunakan kakitangan yang berkemahiran serta persekitaran yang tidak memerlukan penggunaan penyaman udara kerana dikelilingi tanaman hijau.
Fuh!! Tak sabar rasanya admin nak tunggu Taman Tema Air Gamuda Cove ni buka secara rasmi, kan?
Sumber: Harian Metro
∞
Aktor popular, Kamal Adli menzahirkan rasa bangga buat isteri tercinta yang juga aktres jelita, Uqasha Senrose yang tidak pernah mengeluh menjaga puteri sulung mereka, Hawra Uqaira.
“Uqasha Alhamdulillah okey baru lepas habis pantang. Saya bangga dengan Uqasha sebenarnya sebab cara dia jaga baby itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli Bimbang Penyerang Hanya Dipenjarakan 2 Tahun, Akan Bahayakan Nyawa Orang Lain Pula

“Macam saya sendiri tak selarat itu maknanya walaupun tiga empat pagi dia boleh bangun dodoikan. Saya tengok dia lama-lama memang dia seorang ibu yang sebenar sebab sebelum ada baby dia sejenis penat untuk bangun.
“Saya gembira tengok perubahan Uqasha sebagai seorang ibu dia memang betul-betul boleh bangun, menyusu dan tak merengek langsung,” kayanya kepada Remaja ketika ditemui di tayangan perdana dan sidang media drama terbaharu Viu, Nafsu.
Selain itu, Kamal turut berkongsi perkembangan Uqaira dan cabarannya sebagai seorang bapa.
ARTIKEL BERKAITAN: Hawra Uqaira Pilihan Nama Buat Puteri Sulung Uqasha, Kamal Adli

“Hawra Uqaira dah masuk dua bulan. Alhamdulillah baby sihat, kami terkejut sekejap dah membesar. Banyak rupa saya sebab ikut mata saya.
“Awal-awal sukar sikit saya kena tukar shift dengan Uqasha. Uqasha ambil siang, saya malam tapi malam pun Uqasha ada bangun juga.
“Susah rupanya berjaga malam ni sebab dia macam nak tidur tak nak tidur. Selain cabaran kena berjaga malam, nak mencari susu formula yang sesuai dengan baby pun sukar,” tuturnya lagi.
Untuk rekod, pasangan kesukaan ramai itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 7 Disember 2021 dan selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira pada 27 April lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Uqasha Senrose
∞
Aktor popular, Kamal Adli tampil bersuara mempertahankan maruah keluarganya selepas tular dakwaan tidak berasas yang mempersoalkan status anak perempuannya, Hawra Uqaira, yang kini berusia setahun.
Menegaskan bahawa Hawra merupakan anak kandungnya yang sah hasil perkahwinan bersama isteri, Uqasha Senrose, Kamal menyifatkan tuduhan tersebut sebagai sesuatu yang keterlaluan dan tidak wajar sama sekali.
“Ini sangat melampau. Terlalu melampau untuk manusia normal dan sebagai orang Muslim.

“Dia (Hawra) anak kandung saya,” katanya menerusi platform Threads.
Selain itu, pelakon drama Bahagia Yang Tertangguh itu turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhemah ketika meninggalkan komen, khususnya di media sosial.
“Tolong manusia, kalau tiada apa yang baik untuk ditulis. Jangan sampai ke tahap ini,” katanya lagi.
Kenyataan tersebut dibuat sebagai respon terhadap komen seorang individu yang mendakwa Uqasha melahirkan anak yang bukan darah daging Kamal.

“Entah-entah anak orang lain yang dikandung tetapi Kamal menutup maruahnya dengan tak memberi kenyataan apa-apa pun,” dakwa individu tersebut.
Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Janda Baik, Pahang, sebelum dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Namun begitu, pada 1 Oktober lalu, Uqasha dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur atas alasan tiada persefahaman serta masalah rumah tangga yang dikatakan berlaku sejak April 2025.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞