Ramai di kalangan kita pencinta kucing yang juga haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW. Sikap manja si bulus, wajah yang comel membuatkan mereka yang membela binatang ini tidak pernah berkira kos dikeluarkan membeli makanan. Bukan itu saja, kebersihan kucing juga menjadi keutamaan kita.
Kadang-kadang pelik juga bila tengok dagu kucing akan menjadi hitam setelah makan atau minum?
Kotoran atau bintik hitam bawah dagu kucing berkemungkinan daripada masalah kesihatan iaitu disebabkan kecederaan, kemunculan parasit atau gangguan sistem tubuh.
Ini dia rahsia yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook Tony Kit melalui page Kucing Sepahkan Apa Hari Ini?, tentang info bintik-bintik hitam di dagu kucing ini.
Menurutnya, bintik-bintik hitam ini disebabkan lemak kibble yang tertinggal di bekas makanan mereka dan akan melekat pada dagu serta-merta. Paling penting tak susah pun nak hilangkan kekotoran ini hanya guna tiga bahan yang sangat mudah.
Baru-baru ini, pasukan Selangor FC melakar kejutan apabila berjaya menumbangkan kelab dari Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors FC 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Rabu, semalam.
Pada separuh masa pertama menyaksikan skuad Gergasi Merah lebih agresif mengasak kubu Jeonbuk dan berjaya membuka tirai jaringan menerusi kapten, Harith Haiqal Adam Afkar pada minit 30.
Gol tersebut diraih berpunca daripada sepakan percuma Yohandry Orozco yang menemui Umarbek Eshmurodov sebelum dia menghantar kepada Harith untuk disudahkan dengan baik oleh pemain berusia 22 tahun itu.
Selangor terus gigih apabila menambah gol dua minit berselang kali ini menerusi Ali Olwan yang cemerlang menyudahkan hantaran Noaa Laine.
Walau bagaimanapun, Jeonbuk berjaya merapatkan kedudukan pada minit 40 menerusi tandukan Kwon Chang-hoon untuk menewaskan Muhammad Azim Al Amin di gawang gol Selangor.
Bersambung pada separuh masa kedua, Selangor hampir mendapat gol ketiga namun percubaan Nikola Jambor hanya menggegar palang gol Jeonbuk pada minit 49.
Kedudukan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan menyaksikan skuad kendalian Nidzam Jamil itu meraih tiga mata berharga berdepan pasukan terkuat dalam saingan Kumpulan H.
Kemenangan itu meletakkan Selangor di kedudukan teratas kumpulan dengan tujuh mata dibezakan satu mata dengan Jeonbuk di kedudukan kedua.
Sekadar info, Selangor FC sekali lagi akan berdepan Jeonbuk kali ini bermain di laman lawan pada 7 November akan datang.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selaku rakyat Malaysia, seharusnya kita memupuk semagat toleransi yang tinggi dan menghapuskan sifat rasis di antara kaum. Selain, itu kita boleh mengambil atau berkongsi sesuatu yang baik bersama.
Foto Via Utusan
Dan dalam artikel kali ini, kita akan berkongsi apakah sebenarnya kelebihan yang mereka miliki serta rahsia di sebalik faktor kejayaan dan kekayaan bangsa Cina ini.
Bagi menjawab persoalan tersebut, Adam Kelvin telah membuat satu perkongsian di Facebooknya berikut bagi membongkar misteri dan mendedahkan rahsia kekayaan masyarakat Cina di Malaysia kepada pengetahuan umum.
Rahsia orang Cina bina kekayaan
Bantu Adik-Beradik
Dalam sesebuah keluarga Cina, jikalau anak sulung bergelar jutawan pastinya dia tidak lokek untuk berkongsi rahsia perniagaan lantas membangunkan perniagaan bersama-sama adik-beradiknya.
“Contoh paling dekat sepupu saya. Dia anak sulung dan berjaya buka kedai jual kereta mewah import. Kemudian, dia ajar adik-adiknya lagi 3 orang di bawah buat bisnes berkaitan kereta. Adik kedua buka kedai repair kereta, adik ketiga buka kedai servis aircond kereta dan yang bongsu buka kedai aksesori atau make up kereta.
“Dan hasilnya mereka semua kaya dan jutawan underground,” kata Adam.
Masyarakat Cina kongsinya selalu tidak sampai hati melihat adik-beradik sendiri susah kehidupannya sedangkan ada yang senang di antara mereka. Jadi, mereka akan bersama-sama belajar membina kekayaan.
“Senang adik-beradik, senang hati kami. Kami pegang prinsip; if you want go fast, go alone. If you want go far, go together.”
Harta Yang Ada Dikembangkan
Jikalau memiliki banyak harta atau mendapat durian runtuh, jarang sekali masyarakat Cina merancang untuk ‘mengikat wanita di sekeliling pinggang’ atau senang cerita, kahwin ramai. Seloroh Adam, ia hanya akan menambah beban apabila harta dibahagikan.
Apa yang mereka akan lakukan adalah membeli kediaman atau hartanah yang tidaklah bernilai terlalu mahal sebanya dua ke tiga buah sebagai satu bentuk pelaburan jangka masa panjang.
“Bina portfolio hartanah. Hartanah tu akan double up dua kali ganda dalam 10 tahun. Sebab tu jangan pelik ada family Cina walaupun sudah dewasa masih tinggal bersama parents. Duit lebihan tu mereka beli rumah dan bagi orang sewa. Atau lebih hebat lagi, tetiba dah ada sebuah pasar raya hasil pakat kumpul sesama keluarga.
“Kami jaranglah berebut harta. Selalunya kami berpakat untuk kembangkan harta yang ditinggalkan tu. Sama ada jual kemudian flip beli bangunan atau kedai untuk disewakan. Duit tu dibahagi sama rata,” katanya.
Gembiralah Di Atas Kejayaan Orang Lain
Seperkara yang selalu kita sedari sewaktu sesebuah perniagaan masyarakat Cina dibuka, tentu kedai atau premis tersebut penuh dengan jambangan bunga yang merakamkan ucapan selamat maju jaya terhadap pemilik perniagaan.
Kata Adam, masyarakat Cina majoritinya gembira jika ada ahli keluarga atau rakan-rakan mereka yang berjaya dalam perniagaan.
Kejayaan itu bagi mereka menandakan ibu bapa pemilik tidak akan hidup susah. Si anak aka pemilik tadi boleh menolong adik-beradik lain dalam soal tanggungan terhadap ibu bapa mereka.
Kata Adam, “Lagi senang untuk berpakat bantu keluarga dengan hasil yang dituai. Tak perlu nak dengki ke apa sebab kita sendiri menyaksikan betapa susahnya mereka nak bina sesebuah perniagaan.
“Memang ada je yang dengki. Tipulah kalau kata tak ada langsung kan. Tapi circle saya mostly tak ada nak dengki. Mereka even support beli produk atau guna servis kita. Trust tu dah ada dan lagi mereka sebarkan kepada kenalan yang ada,” tambahnya.
Simpan Dahulu Baru Belanja
“Duit yang dapat kami akan simpan dalam unit trust, FD atau simpan je la dalam bank.
“Kalau nak beli apa-apa, kami akan tangguhkan keinginan tu sampai hujung bulan, bila ada lebihan, baru spend. Spend benda yang perlu dan benda kehendak tu sekali-sekala.
“Untung tau orang Melayu boleh simpan dalam ASB. Saya tengok ASB simpanan antara yang menguntungkan berbanding unit trust atau FD. So jangan lepaskan peluang untuk save dalam ASB,” nasihat Adam.
Tidak Suka Berhutang
Akhir sekali, ‘rahsia’ yang dikongsikan oleh Adam adalah untuk tidak sesekali suka berhutang untuk membeli barangan berskala kecil seperti telefon pintar, peti ais, perabot dan sewaktu dengannya.
Masyarakat Cina katanya lebih gemar mengumpul duit dan menahan nafsu supaya dapat membeli sesuatu menggunakan wang tunai dengan mengelak cas bunga.
“Selalunya kami hutang pun benda besar seperti rumah dan kereta. Kereta pun selalunya kami cuba settle cepat-cepat supaya cash flow tak rabak for long term. Kan kalau buat full settlement akan dapat rebate.
“Lagi pula kereta susut nilai sangat cepat. Jadi tak berbaloi beli kereta mahal-mahal tapi tak cuba settle hutang secepat mungkin,” katanya. Itu juga adalah sebab utama mengapa kebanyakan masyarakat Cina menggemari jenama kenderaan Honda dan Toyata kerana nilainya yang mampu dimiliki tanpa memerlukan kos ‘maintenance’ yang terlalu tinggi.
“Ada je orang Cina beli kereta mewah. Tapi ada trick la untuk kurangkan incometax dan selalunya mereka cepat-cepat settle kan hutang kereta tu,” simpulnya.
**
Mungkin tip-tip ini boleh dipraktikkan oleh semua bangsa di Malaysia terutamanya korang yang terlibat dengan bidang perniagaan. Semoga bermanfaat kepada semua
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Situasi kes Covid-19 di Malaysia yang sudah melebihi 4,446 kes baharu setakat semalam pasti membimbangkan banyak pihak.
Susulan daripada peningkatan kes positif di Selangor kian meningkat dan tiada tanda untuk susut, KKM mengesyorkan kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di Selangor dengan SOP yang lebih ketat sekiranya penularan di negeri itu gagal dikawal.
Terbaru, menurut Selangor Kini, kerajaan Selangor menawarkan pembelian vaksin kepada majikan untuk diberi kepada kakitangan.
Dengan itu, syarikat yang berminat boleh mendaftar menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) memandangkan perintah bekerja dari rumah tidak lagi diwajibkan.
Kebimbangan ini memuncak berikutan kehadiran varian baharu COVID-19 yang ganas dan agresif seperti varian dari India dan Afrika Selatan.
Malahan, kes sporadik meningkat berbanding kes kluster dengan 89 peratus kes COVID-19 yang dilaporkan dari 9 April hingga 8 Mei lalu.
“Untuk makluman, SELangkah membuka pendaftaran kepada syarikat yang berminat untuk mendapatkan vaksin untuk pekerja mereka,” kata Exco Kesihatan Awam, Dr Siti Mariah Mahmud.
Syarikat yang berminat atau sebaiknya disarankan melakukan pendaftaran menerusi laman SELangkah Vax yang sudah dibuka sejak 17 Mei 2021. Walau bagaimanapun, tarikh bermulanya program vaksinasi kerajaan Selangor masih belum diketahui.
Menerusi laman itu, Selangor juga akan membuka pendaftaran untuk ahli keluarga dan pusat kesihatan.
Untungnya pekerja yang dapat majikan yang prihatin membeli vaksin ini.