Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo terus mencipta sejarah apabila muncul sebagai pemain bola sepak pertama di dunia bergelar bilionair, lapor portal berita VnExpress semalam.
Menurut kemas kini Bloomberg Billionaires Index, nilai kekayaan bersih legenda berusia 40 tahun itu kini mencecah AS$1.4 bilion (RM5.9 bilion), sekali gus mengiktirafnya secara rasmi dalam senarai individu terkaya dunia.
Ads
Sepanjang lebih dua dekad menguasai padang bersama kelab-kelab gergasi Eropah seperti Manchester United, Real Madrid dan Juventus, Ronaldo bukan sahaja mencipta rekod luar biasa dalam sukan, malah turut bijak membina empayar kewangan.
Selain pendapatannya sebagai pemain, Ronaldo turut menikmati perjanjian penajaan lumayan bersama jenama ternama seperti Armani dan Nike menjadikannya antara figura sukan paling berpengaruh di dunia.
Ads
Pada Jun lalu, beliau menandatangani lanjutan kontrak besar bersama kelab Arab Saudi, Al-Nassrbernilai lebih AS$400 juta (RM1.7 bilion) serta memiliki 15 peratus pegangan saham dalam kelab tersebut.
Ads
Dengan pencapaian ini, Ronaldo kini berada sebaris dengan atlet legenda lain seperti Michael Jordan, Tiger Woods dan Roger Federer yang pernah mencapai status bilionair.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sini penggemar donut Krispy Kreme? Sejak bermulanya PKP, servis pandu-lalu telah meningkat kerana mungkin ada ramai diantara kita yang tidak mahu keluar dari kereta untuk membeli makanan, dan pada yang sama kita juga ingin mengurangkan interaksi sesama manusia.
Menurut pengumuman yang dibuat oleh Krispy Kreme Malaysia, cawangan pandu lalu ini bakal dibuka di Rimbayu, bermula 15 Jun ini..
Sumber: Facebook Krispy Kreme Malaysia
Jadi, mulai hari ini, korang boleh dapatkan donut dan air kegemaran korang daripada Krispy Kreme. Sekarang lebih mudah dengan pandu-lalu, kalau korang craving donut, boleh pandu lalu je! Tak payah dah nak kena turun kereta dan beratur untuk membeli Krispy Kreme..
Sepanjang musim PKP 3.0 ini, cawangan ini akan dibuka bermula jam 8 pagi hingga 8 malam.
Sekadar info tambahan, jika ada diantara korang yang dah divaksinasi, korang layak untuk tebus satu Original Glazed Donuts secara percuma, dengan mana-mana pembelian donut Krispy Kreme. Walaubagaimanapun, tawaran ini hanya boleh digunapakai dalam tempoh 14 hari daripada waktu korang divaksinasi tau!
Jadi, penduduk Selangor cepat-cepatlah pergi dapatkan donut korang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi penduduk di 6 buah negeri yang disenaraikan sebagai kawasan di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Rabu ini, ada sesuatu yang perlu korang patuhi.
Ia berkenaan perjalanan dalam negeri itu sendiri yang kini telah disekat pada jarak tertentu.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin lewat petang tadi, perjalanan merentas negeri di dalam negera kini disekat sama sekali, seperti satu ketika dahulu.
Manakala dalam kawasan negeri di bawah arahan PKP seperti Selangor, Pulau pinang, Melaka, Johor, Sabah dan ketiga-tiga buah Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), penduduk tidak dibenarkan untuk merentas daerah.
Kongsi beliau, sekatan jalan raya akan mula dilakukan bermula tengah malam pada 13 Januari (Rabu) ini demi memastikan rakyat (kembali) mematuhi arahan yang lebih ketat. Ini demi mengekang kenaikan kes positif COVID-19 baharu selepas ia mencecah angka 3,000 baru-baru ini.
“Bagi negeri di bawah PKP, pergerakan anda telah dihadkan dalam lingkungan 10 kilometer radius. Untuk tujuan pembelian barangan keperluan dari pasaraya atau kedai serbaguna yang terdekat, hanya dua orang ahli keluarga saja yang dibenarkan keluar dan berada dalam kenderaan pada satu-satu masa.
“Sesiapa yang didapati melanggar sekatan ini boleh didenda sehinggan RM1000 maksimum,” jelas beliau.
Di sebalik kejayaan 11,713 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 memperolehi keputusan semua A bagi subjek-subjek yang diambil, jumlah calon yang gagal dalam beberapa subjek teras seperti Bahasa Melayu dan Sejarah juga cukup mengejutkan.
Daripada 383,685 jumlah calon SPM 2023, sebanyak 9,306 calon dilaporkan gagal subjek Bahasa Melayu manakala 20,868 calon pula gagal subjek Sejarah.
Lebih mengejutkan apabila 33,915 calon dilaporkan tidak memperolehi sijil SPM kerana tidak hadir bagi menduduki mana-mana kertas peperiksaan atau gagal bagi subjek Bahasa Melayu atau Sejarah.
Situasi tersebut nyata membimbangkan; tambahan pula apabila peperiksaan utama seperti SPM kini dijadikan penanda aras kepada prestasi remaja masa kini yang ‘terlepas’ daripada perlu menduduki beberapa peperiksaan utama di alam persekolahan seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Tidak cukup sekadar statistik itu, orang ramai terus risau dengan sikap segelintir remaja yang dikatakan berbangga dengan kegagalan mereka memperolehi keputusan cemerlang bagi SPM 2023. Malah sebilangan juga beranggapan kegagalan itu bukanlah satu titik tercorot dalam kehidupan mereka.
Menerusi hantaran di Instagram, pempengaruh dan doktor pakar sakit puan bertauliah, Dr. Muhammad Shazril atau lebih mesra dengan panggilan Dr. Say meluahkan kesedihannya dengan trend calon SPM menormalisasikan kegagalan mereka bagi mana-mana subjek yang diduduki.
Dalam hal ini, Dr. Say mengambil contoh seorang calon bernama Muhammad Faiq Muqri yang secara terang-terangan tidak terganggu dengan keputusannya baru-baru ini. Malah calon tersebut turut memuat semula status berbunyi, “Orang yang pintar belum tentu sukses tapi orang yang berusaha pasti mampu menggapai kejayaan”.
“Kegagalan bukan sesuatu yang patut dibanggakan apatah lagi tidak hadir. ‘G’ itu ibarat adik datang dewan peperiksaan & adik tidur terus-menerus/ sengaja tidak jawab soalan-soalan pada kertas peperiksaan itu sebab adik nak set satu trend yang, ‘Aku nak buktikan yang walaupun aku gagal hari ini, masa depan nanti aku akan berjaya’.
“Itu bodoh sombong namanya dik. Walaupun SPM bukan penentu kejayaan masa hadapan tapi SPM inilah tiket untuk ke pengajian tinggi.
“Jika adik sudah berusaha sebaik mungkin, hadir ke setiap kelas, tumpukan perhatian apabila cikgu mengajar tapi masih gagal tidak mengapalah.
Tapi kalau adik sendiri tidak curahkan usaha yg berpatutan, lepas tu adik acah-acah tersakiti dan acah-acah terpaling berusaha, simpanlah keputusan tu kepada diri sendiri,” catat Dr. Say.
Dr. Say Shazril, pempengaruh dan doktor pakar sakit puan bertauliah.
Tinjauan REMAJA terhadap muat naik asal calon SPM berkenaan juga mendapati sebilangan besar pengikutnya menyokong petikan ayat ‘tersakiti’ tersebut dan situasi ini mampu mempengaruhi remaja yang lebih muda daripadanya untuk merasakan kegagalan dalam peperiksaan SPM tidak mendatangkan masalah.
“Bila adik post sebegini lepas itu dekat ruangan komen ramai yg bersetuju dengan kesakitan adik, ini amat-amatlah salah. Adik nak jadi influencer boleh, tapi influence-lah ke arah yg betul,” simpul Dr. Say.
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan kenyataan pengacara, Uyaina Arshad pada tahun lalu yang kecewa dengan tindakan individu yang mempengaruhi calon lepasan SPM 2022 untuk tindak menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jaden Smith dan Jackie Chan kembali bertemu dalam momen penuh emosi yang mengimbau kenangan The Karate Kid serta hubungan mentor yang kekal hingga hari ini.