Musim raya ni macam-macam penyakit yang datang. Kalau korang pergi klinik, memang confirm full house la. Jadi, untuk mengelakkan daripada membanjiri jabatan kecemasan raya nanti, Dr Ahmad Zakimi telah pun berkongsi 8 perkara yang korang boleh elakkan semasa hari raya.
1. Sambung ubat
Untuk pesakit kronik seperti diabetis, darah tinggi, sakit jantung dan lain-lain, pastikan korang bawa semua ubat jika nak pulang ke kampung. Sekiranya kehabisan stok ubat, sila sambung terus ubatan di klinik dan pastikan Ia cukup sebelum balik kampung.
2. Kemalangan jalan raya
Berhati-hatilah ketika memandu. Musim perayaan ni memang terlalu banyak kenderaan di jalan raya, jadi utamakan keselamatan di jalan raya. Pastikan kenderaan diselenggara dengan baik terlebih dahulu.
Kalau korang memasak di dapur, periksa dan pastikan tiada kebocoran gas yang boleh mengundang letupan serta kebakaran.
4. Mercun
Elakkan kanak-kanak daripada bermain mercun yang merbahaya. Kawal mereka supaya tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Namun begitu, kemalangan mercun ini bukan hanya berlaku pada kanak-kanak, orang dewasa juga perlu berwaspada.
Ads
5. Darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal
Paling penting, jangan tertinggal ubat-ubatan semasa beraya. Jaga pemakanan. Untuk pesakit kencing manis, elakkan dari makan makanan manis. Korang kena ingat, kuih raya tu gulanya berkilo-kilo. Jadi jangan sedap sangat nak makan satu balang. Hiks!
6. Keracunan makanan dan jangkitan usus (acute gastroenteritis)
Kalau dah tiba hari raya, macam-macam makanan yang terhidang depan mata. Pastikan makan makanan yang bersih dan elok. Penyediaan makanan juga perlu bersih dan cermat.
Ads
7. Minta MC
MC hanya diberikan kepada individu yang betul-betul sakit dan perlukan rehat. Kalau korang setakat nak jadi ‘mc seekers’, doktor ni minta maaflah sebab katanya doktor yang berpengalaman dah tahu mana kaca atau permata. Cewah! Memang tak layan la okay.
8. Penyakit berjangkit
Berhati-hati dengan penyakit berjangkit seperti jangkitan respiratori (acute pharyngitis, acute tonsilitis, pneumonia), diphtheria, measles (campak), chicken pox, HFM disease (penyakit kaki, tangan & mulut) yang boleh merebak di musim raya. Kalau boleh, elakkan daripada berjumpa dengan orang supaya yang lain tidak terkena jangkitan.
Ads
Jadi, apa yang korang buat adalah dengan menjaga kebersihan diri seperti membasuh tangan menggunakan sabun atau guna hand sanitizer serta mandi kalau perlu. Jangan ambil mudah tentang perkara-perkara ini ya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peningkatan kes positif COVID-19 yang semakin mendadak mencetuskan kebimbangan dikalangan masyarakat. Maka, ramailah berkongsi tip untuk menghindari dan dilindungi daripada wabak ini.
Antara yang hangat diperkatakan adalah berkumur dengan ubat kumur boleh membunuh COVID-19. Namun begitu, adakah kenyataan ini benar atau tidak?
Foto: skymarksmilecentre.ca
Seorang doktor gigi yang dikenali sebagai Dr. Iqbal Rosali telah pun membuat satu kenyataan yang dikongsi oleh laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merungkai persoalan ini.
Beliau menjelaskan daripada sudut pergigian dan menerangkan bahawa di klinik gigi, penggunaan ubat kumur ini dipraktikkan se membuat rawatan yang menghasilkan aerosol (tampalan gigi). Pesakit diminta untuk berkumur dengan ubat kumur.
Perkara ini ada dalam garis panduan yang dikeluarkan bahagian pergigian KKM sebagai langkah untuk mencegah penyebaran virus COVID-19 apabila melakukan rawatan yang menghasilkan aerosol.
Diingatkan semula, perkara ini adalah sebagai langkah pencegahan dan bukannya rawatan untuk COVID-19. Sama seperti korang guna hand sanitizer dan basuh tangan dengan sabun.
Gambar hiasan
Ubat kumur mengandungi povidine iodine dan chlorohexidine, manakala hand sanitizer mempunyai alkohol. Bahan-bahan ini sememangnya digunakan untuk membunuh virus dan bakteria di permukaan.
Jadi, jika mengikut logik, virus COVID-19 ada dalam tubuh badan individu yang dijangkiti. Bagaimana pula dengan berkumur sahaja boleh menghapuskan virus ini?
Memang terdapat kajian berkaitan penggunaan bahan ini dan kaitannya dengan virus COVID-19, tetapi sehingga hari ini masih belum ada apa-apa bukti penggunaan ubat kumur merawat sepenuhnya virus ini.
Foto: which.co.uk
Namun begitu, kalau korang nak berkumur dengan ubat kumur ini adalah dibolehakan kerana daripada sudut pergigian, ia memang sangat digalakkan. Tapi, jangan pula ada yang menganggap ia sebagai langkah untuk merawat COVID-19.
Dengan penjelasan yang diberikan ini, rasanya korang pun dah faham apakah kaitan ubat kumur yang sering diperkatakan dengan penyakit COVID-19. Ia hanya sebagai langkah pencegahan dan bukannya untuk merawat pesakit.
Memiliki paha yang besar bagaikan mimpi ngeri buat wanita. Bukan hanya yang memiliki bentuk badan berisi saja mempunyai masalah ‘besar’ di bahagian paha, tapi ada yang bertubuh kurus juga tak lepas daripada masalah ini.
Jadi, ramai yang tanya macam mana nak kecilkan paha mereka. Lagi membara bila layan video K-pop, memang makan hati tengok peha dorang yang runcing dan kecil itu. Dah jangan nak makan-makan hati, ini Remaja kongsikan 4 step workout untuk mendapatkan peha langsing langsung tak bergesel, mengikut rutin k-pop idol.
Bend Press + Split
Foto – Tiktok @michelleschoi
Lateral Leg Raise
Foto – Tiktok @michelleschoi
Clams
Foto – Tiktok @michelleschoi
Inner Thigh Lift
Nak hasil mujarab, lakukan rutin ini setiap hari mengikut kesesuaian masa sama ada pagi atau petang. Inshaallah kamu dapatkan peha langsing idaman, asalkan berdisiplin dan tidak putus asa.
Stesen Televisyen Satelit Bangladesh, Boishakhi TV telah mengejutkan ramai pihak apabila melantik ramai seorang transgender sebagai pembaca berita di stesen berkenaan. Tashnuva Anan Shishir, 29, tampil anggun membuat kemunculan dalam persalinan sari yang merupakan pakaian kebangsaan wanita di negara itu.
Permulaan kisah Tashnuva bermula sejak dia berada di alam remaja lagi. Ketika itu dia mula hidup sebagai seorang wanita, lantaran itu dia mula diganggu dan dibuli oleh ahli keluarga dan jiran-jiran sehinggakan dia pernah dieksploitasi secara seksual.
Dek perkara itu, tekanan perasaan yang dihadapi membuatkan dia mahu membunuh diri, kerana baginya mustahil untuk terus hidup dalam situasi yang dilalui. Paling teruk apabila ayahnya sendiri tidak lagi mahu bercakap dengannya kerana kononya dia menjatuhkan air muka keluarga.
Sejak dari itu Tashnuva berpindah dari rumah keluarganya dan tinggal sendirian di bandar yang mana dia mula berkerja dengan badan kebajikan dan berlakon dalam kumpulan teater tempatan. Dalam masa yang sama dia mula mendapatkan terapi hormone bagi melengkapi transisi perubahan dirinya. Bermula Januari tahun ini, dia merupakan seorang pelajar di Universiti Dhaka dalam bidang Kesihatan Awam di samping membaca berita sebagai kerjaya.
Persiapan sebelum muncul di kaca televisyen. Sumber gambar: Taiwan News
Dalam video yang dirakamkan dia menangis sejurus selesai membaca berita dan ditenangkan oleh rakan sekerja nyang meraikan kemunculan pertamanya di kaca televisyen. Dia berkata dalam satu temubual, “Saya berasa sangat gemuruh dan beremosi. Namun saya telah tanamkan di dalam minda yang saya harus melepasi halangan ini.”
Dalam satu kenyataan oleh Boishakhi TV, mereka mahu menjadi sebahagian dari perubahan dan mereksut seorang lagi transgender di bahagian drama syarikat tersebut. Menurut Tipu Alam Milon yang merupakan Naib Pengarah Pengurusan syarikat itu, “Perdana Menteri kami telah melakukan pelbagai langkah positif untuk golongan Transgender. Kami mahu sikap masyarakat berubah menerusi pelantikan individu-individu trangender di dalam syarikat ini.”
Menangis selepas membuat kemunculan pertama membaca berita. Sumber gambar: bbc.com
TRANSGENDER DI BANGLADESH
Bangladesh merupakan sebuah negara yang mesra transgender apabila pada tahun 2013, apabila kerajaan Bangladesh di bawah pimpinan Perdana Menteri, Sheiikh Hasina membenarkan trangender mengkategorikan diri mereka sebagai jantina yang berbeza. Kemudian pada tahun 2018 golongan trangender dibenarkan mengundi.
Walaupun begitu golongan ini tidak lari dari masalah diskriminasi seperti isolasi sosial, penderaan seksual dan pelbagai lagi masalah diskriminasi lain. Mencari pekerjaan merupakan perkara yang sukar sehingga memaksa mereka menjadi pekerja seks. Disebabkan perkara itulah perubahan demi perubahan dilakukan oleh kerajaan Bangladesh dalam menjaga kebajikan golongan ini.
Pada November tahun lalu, sebuah persatuan amal telah membuka Sekolah Islamik khusus untuk komuniti transgender di negara tersebut. Untuk pengetahuan para pembaca, Bangladesh merupakan sebuah negara yang mana 90 peratus rakyatnya beragama Islam.