Selepas kenaikan harga roti Gardenia akhir tahun lalu, The Italian Baker Sdn Bhd, pengeluar roti jenama Massimo juga telah menyemak semula harga kebanyakan produknya berikutan kenaikan kos bahan mentah.
Menerusi notis yang dikeluarkan kepada peruncit, pihak Massimo menjelaskan bahawa pihak mereka akan sentiasa memastikan produknya kekal konsisten dan tidak berkompromo terhadap kualiti serta keselamatan.
Ads
Mengikut notis itu, harga baharu bagi pengguna adalah RM2.80 bagi roti putih sandwich 400gram, berbanding harga runcit sebelum RM2.38, manakala versi 600g dinaikkan daripada RM3.35 kepada RM4.00.
Walau bagaimanapun, kerajaan bercadang untuk memanggil pengeluar roti Massimo untuk menjelaskan alasa menaikkan harga produk mereka. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Rosol Wahid berkata dia mahu penjelasan daripada pembuat roti itu dan alternatif yang boleh ditawarkannya.
Ads
Tidak dinafikan kenaikan harga barang di pasaran sedikit sebanyak memberi beban kepada para pengguna, khususnya bagi mereka yang berpendapatan kecil. Diharap agar pihak berwajib dapat memandang perkara ini dengan serius dan mencari solusi membantu meringankan beban rakyat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Seorang pemandu Grab, Aiman Nosri ditemui mati dipercayai akibat dibunuh dengan kesan jerutan pada leher dalam kereta jenis Perodua Myvi miliknya di parkir Taman Selayang Makmur, malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Tey Kong Seng berkata mangsa yang berusia 27 tahun itu ditemui dalam keadaan tertungkup di tempat duduk belakang kereta kira-kira 8.20 malam.
“Mangsa ditemui tertungkup di mana kepalanya di bawah mengenai lantai kereta dan kaki ke atas.
“Pemeriksaan polis turut mendapati terdapat kesan melecet pada leher mangsa namun tiada sebarang senjata dijumpai di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata siasatan dijalankan Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen Selangor menemukan 2 telefon bimbit, sepasang kasut berserta stokin, sepasang selipar dan sehelai baju di dalam kereta berkenaan.
Tey berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Berdasarkan rekod, mangsa dikatakan kali terakhir membawa penumpang dari Jalan Tun Tan Cheng Lock menuju ke Selayang Baru pada pukul 9.34 malam Khamis lepas.
Sebelum itu kehilangannya sudah dihebohkan di kalangan komuniti pemandu Grab yang turut sama diminta membantu mencarinya. Namun mereka semua kemudiannya dikejutkan dengan berita kematiannya yang menyayat hati itu dipercayai dijerut.
Dalam pada itu susulan kematian Aiman Nosri, Warga JBGC Community telah menulis secara terbuka di fb GrabCar JB Registration dan menuntut syarikat GRAB mengetatkan syarat permohonan apps RIDER selain membuat lima tuntutan lain ekoran kematian Aiman Nosri.
SALAM TAKZIAH dari seluruh warga JBGC Community…
buat keluarga Allahyarham Aiman Nosri , pemandu Grab di Klang Valley atas pemergian beliau dalam satu tragedi menyayat hati dan mengejutkan kita semua pemandu2 Grab seluruh Malaysia dan Singapore.
Semoga roh arwah dicucuri Rahmat dan dilimpahi kasih sayang ALLAH dan ditempatkan di syurga di kalangan orang-orang yang beriman…
Sesungguhnya, kami pemandu-pemandu Grab seluruh Malaysia amatlah berdukacita diatas berita ini dan mengharapkan pihak berkuasa dapat menyelesaikan kes ini dengan cepat dan dapat menangkap penjenayah terlibat.
Untuk makluman sahabat pemandu Grab semua, Allahyarham ditemui telah meninggal dunia akibat dijerut di leher di dalam kereta beliau di kawasan flat di Selayang. Dan di syaki penjenayah adalah warga ASING.
Dengan ini, kami pemandu-pemandu GRAB seluruh MALAYSIA amatlah menggesa pihak Grab Malaysia memperketatkan lagi pendaftaran pengguna-pengguna Grab yang menggunakan apps “Rider” dengan memperketatkan syarat seperti perlu mengemukakan data peribadi mereka sepertimana pemandu-pemandu semasa memohon menjadi Pemandu Grab yang sah.
Keselamatan pemandu amatlah di utamakan. Kami mencari rezeki dengan ‘menyewa’ aplikasi atas talian E-Hailing dari syarikat GRAB dan syarikat perlulah memastikan penyewa-penyewa aplikasi yang membayar sejumlah 20 atau 25 peratus dari pendapatan itu mendapat perlindungan sewajarnya dari penyedia aplikasi.
Sekurangnya, pengguna perlu mendaftar dengan menghantar maklumat asas seperti salinan Kad Pengenalan / Passport dan satu gambar profil bagi memudahkan pihak berkuasa atau juga membantu pemandu mengecam pelanggan bila sampai di ‘pickup point’.
Kami amat menggesa pihak GRAB MALAYSIA memandang serius perihal ini bagi memastikan kedua2 pihak samada pelanggan dan juga pemandu sentiasa dalam keadaan selamat dan nasib mereka terbela.
Permintaan lain pemandu yang mengharapkan perhatian pihak Grab Malaysia :
caj pembatalan pada pelanggan yang membatalkan tempahan melebihi dari 5 minit.
bayaran tambahan bagi tempahan yang melebihi pickup melebihi dari 5km ke atas. e.g : RM1 per/km selepas 5km pertama jarak pickup.
suspend / banned akaun pelanggan yang didapati melakukan kesalahan seperti tidak membayar tambang, berkelakuan kurang elok pada pemandu yang mana pemandu mempunyai hak untuk membuat laporan.
pemandu diberikan pilihan untuk memberi rating STAR kepada pelanggan.
kadar tol di masukkan secara automatik ke dalam harga tambang setelah pemandu memilih route yang mempunyai tol.
* Please do something for our Grab community feel safe to drive and works *
Sudahkah korang mendaftar untuk permohonan mendapatkan suntikan vaksin? Nah, bagi golongan belia dan dewasa sudah tentu ia tidak mendatangkan kesukaran kerana korang hanya perlu mendaftar dengan mudah melalui aplikasi MySejahtera.
Namun begitu, sekiranya korang mempunyai tanggungan seperti ibu bapa yang sudah berumur, jika mereka tidak mempunyai aplikasi tersebut, mereka boleh didaftarkan melalui laman web khas di www.vaksincovid.gov.my
PM Malaysia terima suntikan vaksin (Foto: Sinar Harian)
Maklum sahaja bila sudah berumur, bukan semuanya peka dan tahu menggunakan gajet, jadi tidak hairanlah sekiranya ada dikalangan ibu ayah atau datuk dan nenek yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera.
Selain itu, ada tiga kaedah manual lagi yang boleh digunakan untuk mendaftar permohonan vaksin, iaitu dengan menghubungi talian hotline (dimaklumkan kelak), hadir ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta atau menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman (Sinar Harian).
Tapi, kali ini kami nak tunjukkan kepada korang tutorial untuk mendaftar melalui laman web khas itu. Senang sahaja.
Masuk ke laman web www.vaksincovid.gov.my, kemudian isikan maklumat peribadi seperti berikut.
Selepas itu, klik hantar.
Mudah sahaja kan?
Jika masih ada ibu ayah atau datuk dan nenek yang belum mendaftar, daftarkan segera kerana fasa kedua program vaksinasi COVID-19 akan mensasarkan warga emas berusia 65 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi seperti obesiti, diabetes dan pesakit darah tinggi.
Daftarkan ibu bapa korang segera supaya mereka mendapat keutamaan untuk mendapat perlindungan daripada jangkitan.
Dah viral di media sosial tentang #InMyFeelingsChallenge atau #KekeChallenge yang mana korang kena menari di luar kereta yang sedang bergerak.
Challenge ini turut mendapat perhatian daripada selebriti Malaysia, antaranya adalah Janna Nick, Hafidz Roshdi, Didi Astillah dan ramai lagi.
Memang nampak macam style tetapi perbuatan ini boleh mendatangkan mudarat jika korang tersilap langkah.
Bukan saja di Malaysia, #KekeChallenge ini juga dah viral satu dunia lebih kurang dua minggu yang lepas, terutamanya di kalangan remaja.
Ada diantara mereka yang sanggup mencederakan diri semata-mata ingin melakukan cabaran viral ni. Haishh..
Walaupun kereta dipandu dengan perlahan, namun ia tetap tidak menjamin keselamatan korang. Kalau bukan korang, mungkin ia mengganggu pengguna jalan raya yang lain pula. So, sebelum buat tu harapnya korang fikir dulu la eh? Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa terharu selepas menyedari tunangnya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sentiasa memakai tali leher yang...