Penyanyi dan pelakon kacak terkenal, Cha Eun Woo duta serantai Skechers kini sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil sebagai wajah utama kempen bagi koleksi Skechers Foamies bersempena musim panas ini.

Apa yang lebih menarik, rekaan kasut Skechers Foamies yang diperbuat daripada material EVA ringan yang mesra air, bukan sekadar comel digayakan tetapi ia juga praktikal buat anda penggemar fesyen yang cintakan gaya hidup aktif dan kasual. 

Selain itu, melalui teknologi Max Cushioning dan ULTRA GO, kasut ini sesuai dipakai sepanjang hari tidak kira ketika anda bercuti ataupun sambil meluangkan masa bersama rakan-rakan. Ia juga mudah dibersihkan, cukup selesa serta memang menjadi pilihan bijak bagi yang suka tampil dengan gaya ‘on-the-go’!

Gaya Selesa Ala Cha Eun Woo! Skechers Foamies Kini Jadi Pilihan Musim Panas Gaya Selesa Ala Cha Eun Woo! Skechers Foamies Kini Jadi Pilihan Musim Panas

Antara ciri menarik Skechers Foamies termasuk tali belakang boleh laras, lubang udara yang breathable dan tapak luar bertraksi fleksibel, menjadikan kasut ini sesuai dipakai sama ada dalam keadaan basah atau kering.

Ads

Pada masa yang sama, Skechers Foamies yang menjadi pilihan Cha Eun Woo ini turut menyuntik elemen warna-warni yang menyeronokkan dan kali ini ia didatangi dalam sembilan rona baharu dalam rangkaian Foamies, khusus untuk lelaki dan wanita.

Buat anda yang gemarkan gaya lebih santai dan selesa, Foamies Max Cushioning didatangi dalam dua bentuk iaitu Inner Strength istimewa buat lelaki yang menjanjikan gaya maskulin yang ringkas tapi impactful dan Dream hadir dengan gabungan warna lembut dan berani sesuai buat wanita. Sememangnya OOTD approved!

Ads

Gaya Selesa Ala Cha Eun Woo! Skechers Foamies Kini Jadi Pilihan Musim Panas Gaya Selesa Ala Cha Eun Woo! Skechers Foamies Kini Jadi Pilihan Musim Panas Gaya Selesa Ala Cha Eun Woo! Skechers Foamies Kini Jadi Pilihan Musim Panas

 

Ads

 

Sementara itu, Skechers Foamies juga mempunyai koleksi pastel comel iaitu Foamies Tai Collection yang menyerlahkan lagi gaya si fashionista wanita yang aktif, ceria dan penuh personaliti! Tapak kasut koleksi ini juga ergonomik serta lengkap dengan teknologi anti-bau agar kaki kekal segar sepanjang hari.

Nah! Kalau korang sedang mencari kasut dengan yang selesa, bergaya, fleksibel serta comel dengan sentuhan gaya tropika, Skechers Foamies adalah jawapan yang paling pantas. Just slip on, chill, repeat!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI