Jika wujud gelaran ratu cantik paling tidak mudah berputus asa, selayaknya ia diserahkan kepada jelitawan Thailand bernama First Wang Patraporn ini.
Lebih mesra dengan panggilan ‘First’, beliau bukanlah wajah baharu dalam dunia pertandingan ratu cantik.
Sejak 2014 lagi, First sudahpun mewakili Thailand di peringkat Miss International dan kemenangan berpihak kepadanya. Bagaimanapun, ia berlaku pada zaman di mana kuasa dunia digital tidaklah menyeluruh dengan kewujudan pelbagai platform media sosial seperti sekarang.
Lalu, kemenangan First pada waktu itu tidak begitu disedari orang ramai apatah pula kerana pertandingan Miss International belum lagi berada pada aras populariti setaraf pertandingan Miss Universe atau Miss World biarpun ia berada pada prestij tersendiri.
First kemudiannya mengambil langkah menyertai pertandingan Miss Universe Thailand pula demi memperkukuhkan kedudukannya dalam dunia ratu cantik. Namun, nasib tidak menyebelahinya apabila sekadar berada pada kedudukan keempat pada tahun 2019 (dimenangi oleh Fahsai Paweensuda) dan kedudukan Top 10 pada tahun 2022 (dimenangi oleh Anna Suengam-iam).
Penyertaannya pada tahun 2022 itu juga tidak begitu disenangi oleh segelintir peminat ratu cantik setelah namanya pada peringkat awal tidak tersenarai dalam kedudukan Top 30.
Di Miss Universe Thailand 2019.Di Miss Universe Thailand 2022.
Dua kali gagal menempah kejayaan di pertandingan Miss Universe Thailand, itu tidak sesekali meragut semangat First untuk terus mencari peluang keduanya bagi mewakili Thailand di peringkat antarabangsa.
Kini, model berusia 28 tahun ini boleh berbangga apabila usaha kerasnya selama ini membuahkan hasil jua.
First semalam telahpun mengenepikan 14 peserta lain bagi memenangi pertandingan Miss Supranational Thailand di Bangkok.
Ads
Tambah manis lagi apabila beliau dimahkotakan oleh rakan finalisnya sendiri sewaktu Miss Universe Thailand 2019, Prawwwanicg Ruangthong yang merupakan juara tahun lalu dan pemegang tempat kedua Miss Supranational 2022.
Jelas, impian pasti akan menjadi realiti sekiranya seseorang itu meletakkan fokus dan usaha bagi mencapainya. Tidak kisahlah jika korang digelar ‘ratu veteran’ atau senior, all credits are due when you deserve them. Tahniah First!
Kini, First dan juara bagi Miss Supranational Thailand 2023, Topz akan bersiap sedia untuk mewakili negara mereka di Miss & Mister Supranational yang dijadualkan berlangsung di Poland pada bulan Julai ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah dua tahun ditangguhkan, pertandingan Miss International 2022 akhirnya telah melabuhkan tirai. Wakil Jerman, Jasmin Selberg berjaya merebut takhta dan mengalahkan 65 peserta lain untuk bergelar juara baharu Miss International.
Seiring dengan kemenangannya, Jasmin menjadi juara pertama yang dimahkotakan dengan mahkota baharu Miss International yang direka berinpirasikan bunga Sakura. Dia telah dimahkotakan oleh Miss International 2019, Sireethorn Leearamwat yang memegang kemenangan selama tiga tahun.
Ketika bergelar Miss International Germanry 2022.
Kemenangan gadis berusia 22 tahun memberi sedikit kejutan kerana dia bukanlah peserta yang menjadi pilihan ramai, namun tidak dapat disangkal kecantikannya dan juga kepetahannya dalam berbicara cukup memukau.
Dua peserta kegemaran ramai, Stephanie Amado dari Cabo Verde dan Tatiana Calmell dari Peru terpaksa berpuas hati berada di kedudukan naib juara dan tempat ketiga. Melengkapkan senarai top 5 adalah wakil dari Colombia, Natalia Lopez dan Dominican Republic, Celinee Santos, masing-masing di kedudukan keempat dan kelima.
Tahun ini menyaksikan kejutan apabila hanya satu sahaja wakil dari benua Asia berjaya melangkah ke peringkat top 15 menerusi perwakilan Hannah Arnold dari Filipina. Wakil dari negara-negara powerhouse dalam dunia ratu cantik seperti Vietnam, India dan Filipina tidak berjaya meraih sebarang tempat.
Sedikit latar mengenai Miss International yang baharu ini, dia merupakan seorang pelajar dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sejarah & Filosofi di Ruhr University Bochum. Selain itu dia pernah bekerja sebagai seorang penterjemah Bahasa Jerman ke Bahasa Inggeris.
Menarik tentang dirinya, Jasmin mengasaskan organisasi Queens Raising Awarenes yang merupakan komuniti antarabangsa yang didorong oleh misi, visi dan nilai yang percaya kepada “perubahan kecil memberi impak yang besar”. Ia merupakan kerjasama dengan komuniti ratu cantik untuk meningkatkan kesedaran mengenai topik alam sekitar dan sosial.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa tidak kenal Pakar Perbidanan, Dato’ Dr Hamid Arshad. Sebagai pakar perbidanan dan sakit puan yang telah banyak membantu kaum wanita, sudah pasti kepakarannya amat dihargai.
Hari ini, beliau telah berkongsi pengalaman di fbnya mengeluarkan hampir 100 ketulan fibroid pada seorang wanita berusia 37 tahun.
Mungkin telah lama berkarier dalam kerjaya namun jarang melihat situasi ini, beliau berkongsi untuk para pembaca dan mengharapkan doa buat pesakit ini mendapat cahayamata.
Dato Dr Hamid Arshad, seorang pakar perbidanan dan sakit puan yang amat disegani dan telah membantu ramai wanita
Baca perkongsiannya!
Subhanallah. Saya terkejut bila saya bedah pesakit ini yang berumur 37 tahun, mengidap tumbuhan FIBROIDS yang amat banyak, tidak terkira banyaknya, mungkin hampir 100 ketul.
Mulanya saya sangka hanya beberapa ketul tumbuhan sahaja.
Inilah ketulan fibroid yang berjaya dikeluarkan ketika pembedahan
Kes saperti ini sepatutnya perlu bedah buang rahim , tapi bila saya fikirkan beliau masih belum punyai anak, saya hanya buang tumbuhan2 sahaja dan kekalkan rahim. Memang sukar prosedur pembedahan tersebut dan banyak perdarahan berlaku.
Sebelum bedah tahap darah pun sangat rendah, hemoglobin hanya 5 gm%. Beliau diberi transfusi darah sebelum, ketika dan juga lepas pembedahan.
Dengan izin Allah SWT, mungkin pesakit ini boleh hamil.
Jika ini berlaku saya anggap satu miracle, Allah Maha Berkuasa Maha Pengasih dan Penyayang.
Mari kita doakan agar pesakit ini cepat sembuh. Aamin.
Sumber : Fb Dr Hamid Arshad
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Che Puan Syamim Farid merupakan nama yang tidak asing bagi kami di REMAJA. Wanita anggun ini merupakan salah seorang daripada keluarga besar Dewi Remaja yang mana dia merupakan naib juara Dewi Remaja 2014/15.
Selepas itu, kerjayanya berkembang sebagai seorang pelakon dan pengacara yang sentiasa dilihat menghiasi kaca televisyen di Malaysia. Kini masih lagi aktif dalam dunia seni, beliau merupakan isteri kepada Yang Mulia Bentara Raja Tengku Ezrique Ezzudean bin Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj yang dikahwininya pada tahun 2016.
Terbaharu, Che Puan Syamim Farid telah diangkat sebagai wajah wakilan kepada jenama tempatan terkenal, Samm Republic untuk koleksi lebaran jenama tersebut. Diberi nama Gelombang Raya, koleksi lebaran itu menampilkan rekaan busana tradisi yang diberi sentuhan serba moden dan segar.
Dalam satu hantaran di Instagramnya, Che Puan Syamim berkongsi, “Ianya merupakan satu penghargaan untuk menjadi muse kepada koleksi Sam Republic RTW Gelombang raya 2023. Big love untuk semua pihak yang terlibat dengan kempen ini. Thank you so much for having me.”
Menampilkan pilihan yang menawan, Che Puan Syamim kelihatan begitu anggun menggayakan rekaan yang serba mewah itu. Biarpun merupakan koleksi ready-to-wear namun setiap satu rekan memiliki sentuhan yang cukup eksklusif.
DISIPLIN UNTUK CANTIK
Berusia 32 tahun, Che Puan Syamim masih lagi cantik seperti 10 tahun lalu. Dia mengekalkan figura tubuhnya yang langsing sekaligus memastikan kesihatan pada tahap maksima.
Sebelum ini sekitar tahun 2020, beliau pernah berkongsi kepada umum mengenai rejim pemakanan yang diamalkannya untuk tampil langsung dan sihat. Khabarnya, ketika itu dia sudah sembilan tahun tidak menjamah nasi. Beliau juga tidak makan makanan seperti ayam, daging, minyak dan gula.
“Bila saya dah memulakan sesuatu, saya akan buat betul-betul Self-dicipline. No cheat day,” kongsinya mengenai diet ketat yang diamalkan. Selain itu di juga menambah yang jika mahu makan makanan yang berat dia memilih untuk menikmati hidangan pasta seperti spageti Aglio Olio yang dimasak menggunakan minyak zaitun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.