Hasrat seorang wanita untuk kelihatan cantik bertukar tragedi apabila kehilangan separuh buah pinggangnya selepas melakukan sesi urutan untuk menurutkan berat badan.
Wanita dari negara China berusia 41 tahun itu dikenali sebagai Cik Miao (nama samaran) difahamkan ingin menurukan berat badan dengan menggunakan perkhidmatan urut.
Dia mengambil keputusan untuk mengunjungi sebuah salon di Hangzhou, wilayah Zhenjiang dan semasa diurut, perutnya muka sakit dan tukang urut tersebut memberitahu ia berpunca daripada lemak yang keluar daripada badan.
Wanita itu dikejarkan ke hospital selepas beberapa jam kerana mengalami muntah dan cirit-birit. Miao berada dalam keadaan separuh koma dibawa ke hospital oleh keluarganya.
Ads
Pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor mendapati angiomiolipoma di buah pinggang kiri wanita itu pecah. Angiomiolipoma buah pinggang adalah tumor jinak yang berada dalam buah pinggang.
Pemeriksaan lanjut mendapati tumor itu tidak akan mengganggu Miao namun, ia telah pecah akibat urutan menurunkan berat badan tersebut.
Ads
Doktor terpaksa menjalankan pembedahan membuang tumor berdarah itu dan separuh daripada buah pinggang kiri wanita itu menyebabkan ia tidak mampu berfungsi secara normal. Maio masih dalam pemerhatian di unit rawatan rapi di sebuah hospital di Hangzhou.
Jadi, korang jangan pandai-pandai ye berurut untuk hilangkan berat badan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alicia Amin bukanlah nama asing dalam industri fesyen negara. Sejak penglibatan dalam program realiti peragaan, Asia’s Next Top Model (AsNTM) musim kelima, Alicia semakin melebarkan sayapnya sebagai di antara model pilihan pereka fesyen serta jenama fesyen besar di Malaysia.
Sempena acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2022 yang kini sedang berlangsung selama lima hari, tentunya Alicia dijangka bakal membuat kemunculan di pentas peragaan mega di Pavilion Kuala Lumpur.
Well, she did show up. Begitupun, kemunculan Alicia di sana pada hari kedua, Khamis lalu telah menaikkan ‘suhu’ di lokasi rasmi itu dek protes yang dilakukannya di hadapan pintu utama Pavilion.
Protes yang dilakukan oleh Alicia ini bertitik-tolak daripada luahan para model pada minggu lalu berkenaan isu kelewatan bayaran model di KLFW selama sembilan tahun ia dilangsungkan.
Lalu, pemilik nama penuh Raja Alicia Raja Amin ini mengambil keputusan berani dengan membawa placard bagi memastikan isu kelewatan bayaran ini tidak lagi berulang pada edisi ulang tahun kesepuluh KLFW kali ini.
Placard tersebut berbunyi, “Semua model pada tahun ini harus dibayar pada hari acara.
“Kepada mereka yang masih menunggu bayaran daripada pihak Andrew untuk tahun-tahun sebelum ini, jumpa dan bercakap dengan saya.”
Kemunculan Alicia dengan placard itu juga sempat dirakam dan dimuat naik oleh pengguna @yelamango di platform TikTok.
Pengasas KLFW, Andrew Tan perlu turun padang untuk menemui Alicia Amin.
Khabarnya, ramai model-model tempatan yang pernah terlibat untuk KLFW berdepan isu kelewatan mendapatkan bayaran masing-masing. Ada juga mendakwa mereka pernah terlibat untuk KLFW sejak tahun pertama ia dilangsungkan. Maknanya, ada yang terpaksa redha bekerja ‘secara percuma’ sajalah sebelum ini?
Difahamkan juga, majoriti model masih tidak dapat bayaran daripada acara-acara yang dikendalikan oleh KLFW serta masih menunggu bayaran yang tertangguh sejak beberapa tahun yang lepas.
Dihalang & Dihalau
Dek kerana tindakan Alicia ini, model dan pelakon berusia 27 tahun itu dihentikan dan dia sendiri dihalau oleh pihak pengawal daripada terus melakukan protes.
Perkara itu dikongsikan oleh Alicia menerusi hantaran di Instagram Story yang menunjukkan dirinya didatangi pengawal serta polis bantuan.
“Sudah pasti kena halau, tapi kita lakukan apa yang termampu.
“Model-model KLFW pada tahun ini, beritahu saya jika bayaran tidak dimasukkan ke bank akaun anda dalam masa 24 jam selepas pertunjukkan fesyen,” katanya.
Tambah Alicia lagi, protes ini bukannya saja-saja dilakukan olehnya tetapi ia demi menegakkan hak seorang model. Dia sendiri akuinya sudah penat perlu melalui perkara sebegini sepanjang bergelar seoran model selama 12 tahun.
Ini Bukan Protes Kali Pertama
Terdahulu, Alicia menerusi satu temubual bersama Sinar Daily pernah membangkitkan isu pembayaran KLFW di mana dia mendedahkan masih ramai model tempatan yang belum mendapat bayaran mereka.
Alicia juga berkongsi pernah bertindak mengugut untuk menyaman pihak penganjur pada tahun 2013 selepas dia tidak menerima bayarannya selama lebih setahun. Akibatnya, mereka tidak mahu bekerjasama dengan Alicia lagi sehinggalah dia semakin dikenali pada tahun 2019.
Acara KLFW 2022 sedang berlangsung bermula dari 17 Ogos hingga 21 Ogos di Pavilion Kuala Lumpur. Bukan sahaja orang ramai tertarik untuk melihat setiap busana yang diperagakan, malah ramai juga tertarik dengan stail hadirin yang dijemput sebagai penonton di sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon terkenal, Nadhir Nasar baru-baru ini meluahkan rasa kesal terhadap dakwaan isu buli yang berlaku antara pelakon senior dan junior di set penggambaran.
Menurut pemilik nama penuh Ahmad Nadhir Ahmad Nasar (28) disebabkan kenyataan itu, ada segelintir pelakon senior mempunyai pandangan stereotaip terhadap pelakon baharu.
“Sebab kau, pelakon senior ada stereotaip terhadap pelakon baru. Hebat”
“Senang cerita, kalau kau tak ada masalah, tak ada orang nak buat masalah dekat kau. Tidak perlu semua benda perlu cerita. Lihat diri semula,” kongsinya menerusi platform X.
Bercakap mengenai perkembangan Nadhir Nasar, beliau kini merupakan teraju utama drama adaptasi ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiiragi’ arahan Michael Ang. Ia mempunyai 20 episod yang ditayangkan bermula 25 September sehingga 28 November ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Demi durian, apa saja boleh termasuklah menaiki helikopter untuk memuaskan nafsu makan raja buah itu!
Itulah yang dilakukan oleh seorang ahli perniagaan yang dilaporkan bergelar Datuk apabila beliau sanggup menempah perjalanan menaiki sebuah helikopter dari ibu negara Kuala Lumpur untuk ke Segamat, Johor demi ‘melayan’ rasa durian di sebuah ladang durian bersama rakan-rakannya.
Menurut satu laporan media, Datuk tersebut telah menempah sesi bufet durian untuk empat orang di ladang durian Kampung Bangas, Segamat yang dimiliki oleh individu yang dikenali sebagai Lokman Hakim Johar.
Katanya, beliau enggan pilihan durian yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia seperti Musang King atau D24. Sebaliknya, beliau inginkan durian tempatan dari Segamat kerana keistimewaannya yang tidak diketahui ramai.
Kongsi pemilik ladang, ahli perniagaan dan rakan-rakannya itu menempah lima biji durian untuk dimakan di sana dan membawa pulang 20 lagi biji durian untuk dikongsi bersama rakan dan keluarga di Kuala Lumpur.
Khabarnya, setiap seorang hanya perlu mengeluarkan RM88 sahaja untuk bufet durian tesebut dan RM25 setiap seorang untuk hidangan Ikan Baung yang dijamu kepada mereka di sana.
Haa, sejauh mana korang sanggup ‘travel’ untuk menikmati durian?
Sumber Foto : Facebook Lokman Hakim Johar
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!