Seorang gadis remaja berusia 14 tahun, Anika Chebrolu berjaya mencipta kejayaan apabila meraih penghargaan utama dalam pertandingan 3M Young Scientist Challenge 2020.
Dalam ciptaannya, gadis kacukan India-Amerika ini telah menemui ubat yang dapat memberikan rawatan bagi coronavirus.
Menggunakan metodologi in-silico, menurut Penemuan dan Penilaian Ubat: Pemeriksaan Keselamatan dan Farmakokinetik – Chebrolu dapat menemukan molekul yang dapat "secara selektif mengikat protein Spike SARS-CoV -2 virus, "kata 3M.
Dengan penemuannya, Chebrolu tidak hanya menemukan penawar yang berpotensi untuk COVID-19 tetapi juga memenangi hadiah wang sebanyak USD 25,000.
Dalam satu temubual, Anika yang bercita-cita menjadi penyelidik perubatan dan professor pada masa hadapan berkata, dirinya melihat banyak media menceritakan mengenai projek dijalankannya ia kerana ia melibatkan virus SARS-CoV-2. Ia juga mencerminkan harapan kolektif kita untuk mengakhiri wabak ini kerana saya, seperti orang lain, berharap agar kita kembali ke kehidupan normal kita tidak lama lagi, "kata Chebrolu kepada CNN.
Tambah pelajar ini lagi, pada awalnya dia memasuki pertandingan dengan sebuah projek yang difokuskan untuk mencari penawar untuk virus influenza dengan menggunakan metode in-silico yang sama.
Minatnya untuk mencari penyembuhan virus berkembang setelah dia dijangkiti selesema pada tahun 2019, kata 3M.
"Saya selalu kagum dengan eksperimen sains sejak kecil dan saya tertarik untuk mencari penawar yang berkesan untuk penyakit Influenza setelah mengalami serangan yang teruk tahun lalu," jelas Chebrolu dalam profil laman webnya.
Selain pengalaman peribadi dengan penyakit ini, remaja itu mengatakan kepada CNN bahawa dia tertarik dengan topik ini setelah meneliti pandemi selesema 1918 dan tahu masih ramai yang mati akibat selesema setiap tahun, walaupun terdapat vaksin dan ubat rawatan.
Justeru itu, dia bersama mentornya, Dr. Mahfuza Ali, memutuskan untuk mengubah sesuatu.
"Setelah menghabiskan begitu banyak masa untuk meneliti pandemik, virus dan penemuan ubat-ubatan, adalah gila untuk berfikir bahawa saya benar-benar menjalani sesuatu seperti ini," Chebrolu teringat kepada CNN.
"Pademik COVID-19 yang sangat besar, teruk dan memberi kesan drastik kepada dunia dalam waktu yang singkat. Dengan itu saya dengan bantuan mentor, mengubah arah untuk mencari penawar bagi virus SARS-CoV-2," katanya lagi.
Inovasi dan tekadnya membuatkan diri Anita Chebrolu begitu menonjol di hadapan hakim 3M, termasuk Dr. Cindy Moss.
Anda mungkin berminat dengan
"Anika memiliki pemikiran ingin tahu dan menggunakan rasa ingin tahu untuk mengajukan pertanyaan mengenai vaksin untuk COVID-19," jelas Moss kepada CNN. "Karyanya komprehensif dan dirinya melakukan banyak kajian data."
"Dia juga mengembangkan pemahaman tentang proses inovasi dan memiliki kemahiran komuniksi yang baik. Kesediaannya untuk menggunakan masa dan bakatnya untuk membantu menjadikan dunia menjadi tempat yang lebih baik memberi kita semua harapan,” kata Hakim Moss.
Selepas memenangi cabaran Saintis Muda ini, Anika Chebrolu akan bekerja sama dengan para saintis dan penyelidik untuk menentukan penawar yang sebenarnya dan "mengawal morbiditi dan kematian" wabak koronavirus, CNN melaporkan.
∞
Mungkin sudah ketandusan idea hingga membawa kepada gurauan melampau. Atau mahu mengejar populariti sampai tak sedar memerangkap diri sendiri.
Inilah nasib dialami oleh seorang YouTuber Edo Putra berasal dari Palembang, Indonesia apabila ditangkap polis daerah tersebut. Ini selepas videonya atas nama Edo Putra Official yang cuba “memperdaya” orang kampung konon untuk memberikan daging korban tapi sebenarnya bungkusan itu adalah sampah
.
Menurut pihak polis, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan esok mengenai prank yang dilihat kurang sesuai.
Edo Putra sebelum ini memuat naik satu video di channel you tubenya berjudul “PRANK BAGI DAGING KE EMAK-EMAK ISI SAMPAH”
Dalam video berdurasi 11 minit 56 saat itu kelihatan Edo sedang membahagikan bekas plastik yang disebut sebagai daging kepada golongan ibu-ibu sempena hari raya aidiladha.
Tampak wajah keduanya menerima rezeki itu dengan hati sangat gembira dan berterima kasih di atas bungkusan dihulurkannya.
“Moga murah rezekinya,” kata seorang ibu yang telah dipermainkan oleh YouTuber tersebut. Malah Edo turut meminta agar bungkusan itu dibuka selepas dirinya.
Selepas beberapa saat Edo meninggalkan wanita-wanita ini, mangsa membuka bungkusan dipercayai daging korban ini dan terkejut kerana isinya bukan daging sebaliknya sampah semata-mata.
YouTuber itu kemudian datang semula sambil ketawa gembira kepada mangsanya sambil meminta maaf.
“Maaf yang bu, cuma prank. Ini wang Rp500,000 (lebih kurang RM150) untuk membeli daging ya bu,” kata YouTuber tersebut dalam videonya.
Malah video prank itu sudah ditonton lebih 610,000, tanda suka 3700 dan dislike 128,000. Malah ramai yang mengecam tindakan YouTuber itu bersama rakannya yang terlibat. Sumber : Kompas.com
∞
Jika angka 432 satu jumlah menakutkan, ternyata angka 691 ibarat bom bagi seluruh rakyat Malaysia.
Jika dibanding semalam, terdapat peningkatan sebanyak 259 kes baru dari semalam sekaligus membimbangkan orang ramai. Dalam sidang media sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato Seri Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 691 kes baru dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 13,504 kes bagi 6 Oktober 2020.
Tapi ada sesuatu yang lebih menarik sebelum sidang media itu berlangsung, seramai 212 ribu sudah menanti di hadapan telefon masing-masing untuk mengikuti sidang media khas ini di page Kementerian Kesihatan Malaysia sekaligus membuktikan ramai yang cakna dan prihatin dengan kesihatan diri masing-masing.

Jika di Facebook KKM saja sudah diikuti lebih 200,000 itu belum termasuk page-page lain sekaligus membuktikan rakyat sememangnya ternanti-nantikan pengumuman penting ini.
Dalam pada itu, di sidang media berkenaan, Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan, daripada 691 kes baru, 661 kes adalah penularan tempatan bagi warganegara, 27 kes bagi bukan warganegara manakala 3 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Sebanyak 87 kes telah pulih menjadikan 10,427 pesakit telah pulih dan discaj.
Dukacita dimaklumkan terdapat 4 kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 141 kes.
∞
Bukan mudah untuk mendapatkan berat badan ideal, ada banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.
Antaranya adalah diet, bersenam, dan banyak lagi. Ramai yang dah cuba perkara ini dan ramai juga yang tewas. Namun, bila dah berjaya dapatkan berat badan yang ideal, perasaan dia memang fuh, puas sangat!
Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Hanis berkongsi di laman Twitternya bagaimana dia berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 15KG dalam masa tiga bulan 13 hari.

Tidak lokek berkongsi ilmu, Hanis juga turut berkongsi cara dan tip yang digunakannya itu untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal.

Oh wow! bak kata pepatah, nak seribu daya tak hendak seribu dalih. Semoga perkongsian Hanis ini akan memberi inspirasi kepada mereka di luar sana.
Apa-apapun, goodluck ya’ll!
∞