Kelazatan buah kurma yang tiada bandingannya. Bila tiba bulan Ramadan mesti kita akan menyediakan buah kurma atau tamar yang merupakan sunnah nabi kita.

ARTIKEL BERKAITAN : Mula Berniaga Usia Remaja, Ini Kisah Di Sebalik Kejayaan ‘Raja Kurma’ Yusuf Taiyoob

Malah, baru-baru ini tular di media sosial mengenai kurma yang dimakan bersama mentega. Ada yang menyukai malah ramai juga netizen mula tertanya-tanya adakah hidangan sebegitu baik untuk kesihatan.

Paling penting, cara penyediaannya cukup mudah. Korang hanya perlu mengambil buah kurma lalu dibuang bijinya, kemudian letakkan mentega di tengah buah kurma yang sudah dibelah itu.

KURMA ‘Butter’ Satu Sunah Nabi SAW, Dr Zulkifli Saran Ambil Berbuka Puasa

Tamar (kurma kering) dan mentega memang kegemaran Rasulullah SAW

Terpanggil menjelaskan perkara ini, mantan menteri agama, Datuk Dr. Zulkifli telah  berkongsi menerusi hantaran di media sosial, satu sunah Nabi SAW yang mana Baginda suka makan kurma bersama mentega. Beliau juga menyarankan hidangan itu dimakan ketika berbuka puasa.

 

IKLAN

Dalam hantaran yang sama, Dr. Zulkifli juga mengingatkan orang ramai untuk memilih mentega dan bukan marjerin.

PERBEZAAN MENTEGA DAN MARJERIN

 

MENTEGA

IKLAN
  • Diperbuat daripada lemak haiwan iaitu lemak susu.
  • Berwarna lebih pucat berbanding marjerin.
  • Dari segi tekstur, mentega lebih mudah lembut dan cair pada suhu bilik.
  • Mempunyai kandungan vitamin yang lebih tinggi seperti Vitamin A, E, K yang tidak larut dalam air.
  • Cara penyimpanannya adalah perlu disimpan di dalam peti sejuk.
  • Sesuai digunakan untuk memasak makanan barat, menumis sup pekat, membuat kek, pastri dan sebagainya.

 

MARJERIN

  • Diperbuat daripada kombinasi lemak haiwan dan lemak sayuran.
  • Marjerin mempunyai warna yang lebih kuning berbanding mentega.
  • Boleh dibiarkan agak lama pada suhu bilik tanpa merubah teksturnya.
  • Mengandungi kurang vitamin berbanding mentega.
  • Marjerin boleh disimpan diluar tanpa perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  • Sesuai digabungkan bersama mentega untuk menghasilkan nasi tumis yang enak, membuat biskut, kek-kek tradisional, kuih muih dan lain-lain.

 

IKLAN
@dr1share Apa mentega kurma? Makin mengarut la rakyat Malaysia ni… Xbahaya ka kurma disapukan mentega? #shouldbeme #dr1share #learnontiktok #tiktokguru_malaysia ♬ original sound – DR1 SHARE

Malah, orang ramai disarankan menggunakan mentega asli dan tiada garam jika mahu makan kurma bersama mentega. Selain daripada kebaikan kurma yang sudah ada sumber serat dan gula, sumber lemak yang ada dalam mentega juga dapat mengurangkan rasa lapar ketika berpuasa.

Selamat berpuasa!

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: TikTokX


Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI