Coklat mempunyai kuasa luar biasa yang boleh mengubah ‘mood’ seseorang itu menjadi lebih baik. terdapat lebih daripada 300 bahan kimia semula jadi yang terdapat di dalam coklat dan sebahagian daripadanya mampu memberikan kesan kepada otak manusia melalu pelepasan neurotransmitter tertentu.
Ferrero Rocher antara coklat kegemaran ramai dan boleh dikatakan, ia merupakan coklat ‘mewah’ kerana harganya yang agak mahal. Siapa sahaja yang akan menolak jika diberikan Ferrero Rocher kan? Hiks!
Kebanyakan daripada coklat jenama terkenal telah diinovasi menjadi aiskrim seperti KitKat, Snickers, Mars dan banyak lagi. Kini, Ferrero Rocher juga telah pun melancarkan produk terbaru aiskrim daripada jenama terkenal itu.
Melalui sebuah hantaran di laman Instagram @candyhunteraustria, coklat hazelnut dari Itali itu menghasilkan tiga perisa iaitu Original, Dark Chocolate dan White Chocolate.
Namun, khabarnya buat sementara ini aiskrim ‘mewah’ itu hanya terdapat di pasaran Jerman, Perancis, Itali, Sepanyol dan Austria. Manakala, di United Kingdom akan dilancarkan pada musim panas nanti.
Ads
Amacam, terliur tak?
Ads
Kita tunggu sahajalah sama ada aiskrim Ferrero Rocher ini masuk ke pasaran Malaysia atau tidak ya. Tungguuu..
Kalau dah nama orang bujang, telur mata kerbau tu antara lauk wajib yang senang untuk disediakan. Bukan saja yang single, mak-mak pun kalau nak bagi anak bertambah selera, telur goreng wajib masuk dalam menu.
Dapat pula telur mata yang kuningnya masih cair, perghh sedapnya. Tapi, setiap kali kita goreng telur susah betul nak dapat telur kuning cair macam dekat kedai tu.
Nah, rupanya ada cara macam mana nak goreng telur mata. Jom ikut tip menggoreng daripada Wan Luqman yang dikongsi kepada page MAHN.
1. Pertama, kena guna kuali kecil dan kedalam sikit lekuknya sebab telur putih akan membaluti telur kuning tu sikit, jadi telur tu tak merebak ikut saiz kuali.
2. Minyak kena lebih supaya telur akan tenggelam biar rata. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil terlebih dahulu, jangan pecahkan direct terus ke kuali.
3. Jangan risau, toskan dulu telur goreng tadi atas sudip bagi untuk tapis sedikit minyak yang ada. Jangan angkat terus ke pinggan. Bila keliling putih tu dah start garing sikit, bolehlah angkat.
Sebaiknya guna telur yang bersaiz D atau E, barulah telur goreng tu nampak molek je. Hiks!
Kalau nak lebih sedap, korang potongkan cili dan letak kicap. Perghh, confirm bertambah-tambah korang makan.
Kadang-kadang tak perlu pun lauk-pauk yang mewah. Dapat makan telur goreng mata kerbau macam ni pun dah cukup nikmat. Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Makan ini bukan sahaja mudah dibuat, tetapi juga sangat sesuai untuk dinikmati dalam apa jua suasana – menonton TV, berkumpul dengan keluarga, atau sebagai makanan ringan parti.
Apa kata anda cuba buat sendiri dengan menggunakan resipi yang dikongsikan oleh TikToker makanan popular yang juga pemilik restoran, Hisham Raus.
Nancos
Bahan-bahan:
Kerepek Nachos
Bahan untuk inti:
– Dua bungkus daging lembu atau ayam kisar
– Tiga ulas bawang putih
– Sesudu besar serbuk lada hitam
– Garam
– Gula
Cara-cara membuat inti:
– Panaskan minyak masak dalam kuali
– Masukkan bawang putih yang dihiris halus, serbuk lada hitam, garam dan gula.
– Goreng sehingga masak
Bahan-bahan hiasan:
– Bawang besar dipotong dadu
– Lada benggala hijau, merah dan kuning dipotong dadu (optional)
– Tomato dipotong dadu
Bahan-bahan untuk sos putih:
Sos Nancos
– Satu sudu besar yogurt
– Satu sudu besar cream cheese
– Setengah cawan mayonis
– Tiga ulas bawang putih
– Satu sudu besar serbuk lada hitam halus
– Daun parsley
– Garam, gula dan sedikit air
* Campur dan kisarkan semua bahan
Bahan-bahan untuk sos hijau:
– Setengah cawan mayonis
– Empat tangkai cili hijau
– Air perahan setengah biji lemon
– Daun ketumbar
– Sedikit air
* Campur dan kisarkan semua bahan
Masukkan daging, bahan hiasan dan sos ke dalam bungkusan kerepek Nachos. Mudah bukan? Selamat mencuba!
The Beast, kenderaan rasmi Presiden Amerika Syarikat yang digelar ‘kereta paling selamat di dunia’, mencuri perhatian rakyat Malaysia apabila ia dilihat mengisi minyak di stesen minyak Petronas baru-baru ini.
Kenderaan yang membawa Donald Trump sempena lawatan rasminya ke Malaysia bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 ini menjadi tumpuan ramai apabila orang awam berpeluang menyaksikan sendiri kehebatan jentera yang digunakan oleh pemimpin negara kuasa besar itu.
Fakta Menarik Tentang The Beast – Kereta Paling Selamat Di Dunia
Dibina berasaskan trak Chevrolet Kodiak (GMT560), The Beast bukan sekadar simbol kekuasaan Amerika Syarikat tetapi juga hasil kejuruteraan luar biasa yang dicipta khas untuk White House dan United States Secret Service (USSS).
Sejak diperkenalkan pada tahun 2009 sewaktu era Presiden Barack Obama, ia kekal menjadi kenderaan rasmi Presiden Amerika Syarikat sehingga kini.
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak pernah menaiki kenderaan The Beast sewaktu kunjungan bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia pada tahun 2014.
Tidak hairanlah apabila The Beast muncul di jalan raya Kuala Lumpur, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk merakam dan menyaksikannya secara dekat. Namun yang lebih menarik, kenderaan rasmi Presiden AS itu turut dilihat mengisi minyak di stesen Petronas!
The Beast & Petronas – Simbol Kepercayaan Dan Kebanggaan Malaysia
Foto The Beast di stesen Petronas dikongsikan oleh pengguna Threads, @hazrilhafiz dan ia telah menerima pelbagai reaksi warganet. Rata-rata menganggap ia sebagai sesuatu yang membanggakan apabila jenama minyak kebangsaan Malaysia mendapat kepercayaan negara berkuasa besar seperti Amerika Syarikat.
Perkara ini secara tidak langsung mencerminkan reputasi Petronas sebagai penyedia bahan api bertaraf dunia yang diiktiraf antarabangsa. Ada juga yang berseloroh, kononnya pasukan Donald Trump ingin menggunakan kuota subsidi rakyat Malaysia dengan meminjam MyKad Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hehe!
Spesifikasi Hebat The Beast
Untuk makluman, berat keseluruhan ‘kereta paling selamat di dunia’ ini dianggarkan sekitar 8 tan – hampir menyamai berat sebuah bas mini. Struktur badannya dibina menggunakan campuran keluli, aluminium, titanium, dan seramik yang mampu menahan letupan bom serta tembakan senjata berat.
Pintu kenderaan ini dikatakan seberat pintu pesawat Boeing 757 dengan ketebalan 8 inci. Cermin tingkapnya pula setebal 5 inci dan mampu menahan peluru sniper. Sementara itu, tayar The Beast diperbuat daripada bahan Kevlar, menjadikannya tahan peluru dan masih boleh dipandu walaupun pecah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berpeluang menaiki The Beast di samping Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Sistem Komunikasi & Kos Pembuatan
The Beast turut dilengkapi sistem khas yang membolehkan Presiden berhubung terus dengan Pentagon dan White House dari mana-mana lokasi. Setiap versi baharu direka secara rahsia dengan spesifikasi keselamatan yang tidak pernah didedahkan sepenuhnya kepada umum.
Difahamkan, kos pembuatan sebuah unit The Beast dianggarkan antara AS$1.5 juta hingga AS$1.8 juta, bersamaan kira-kira RM7 juta hingga RM8 juta seunit. Tidak hairanlah ia dikenali sebagai ‘kereta paling selamat di dunia’ yang benar-benar layak membawa pemimpin paling berkuasa di planet ini.
Kemunculan The Beast di stesen Petronas bukan sekadar momen unik, tetapi simbol pertemuan dua jenama besar – kuasa dunia dan kebanggaan Malaysia!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!