Baru-baru ini, filem The Fox King (Semusim Lara) dipilih sebagai penyertaan rasmi Malaysia untuk dipertimbangkan dalam kategori Filem Cereka Antarabangsa pada Anugerah Akademi ke-99 (OSCARS) yang dijadualkan berlangsung di Dolby Theatre, Hollywood, Amerika Syarikat pada 14 Mac tahun hadapan.
Menurut Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dalam satu kenyataan di media sosial, pemilihan filem arahan dan tulisan Woo Ming Jin itu dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Filem Finas berdasarkan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Academy of Motion Picture Arts and Sciences (AMPAS).
Filem berkenaan mengetengahkan kisah dua beradik kembar, Ali dan Amir yang membesar tanpa ibu sebelum kehadiran Lara, seorang guru Bahasa Inggeris baharu, membawa perubahan dalam kehidupan serta hubungan antara mereka.
“The Fox King mengisahkan dua beradik kembar, Ali dan Amir yang membesar tanpa ibu mereka. Kehadiran Lara, seorang guru Bahasa Inggeris baharu, membawa perubahan kepada kehidupan dan hubungan kedua-duanya,” menurut Finas.
Ads
Dari segi barisan pelakon, The Fox King menampilkan Idan Aedan, Hadi Putra dan pelakon terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo sebagai peneraju utama. Filem tersebut merupakan hasil kerjasama penerbitan antara syarikat dari Malaysia dan Indonesia, selain menerima sokongan Dana Kandungan Kreatif (DKK) di bawah Kementerian Komunikasi melalui Finas.
Menariknya, filem tersebut terlebih dahulu membuat tayangan perdana dunia menerusi program Centrepiece di Toronto International Film Festival (TIFF) pada 9 September 2025. Kehadiran di festival berkenaan menjadi antara pentas awal yang memperkenalkan karya Woo Ming Jin kepada penonton antarabangsa.
Ads
Kemudian, The Fox King meneruskan perjalanan ke beberapa festival filem antarabangsa sehingga 1 Mei 2026, termasuk Busan International Film Festival, Jakarta Film Week, Taipei Golden Horse Film Festival dan Singapore International Film Festival.
Ads
Selain itu, filem berkenaan turut menyertai Beijing International Film Festival, Far East Film Festival di Udine serta San Francisco International Film Festival sebelum akhirnya menemui penonton tempatan menerusi tayangan di pawagam Malaysia pada 17 September 2026.
Pemilihan tersebut turut menerima ucapan tahniah daripada Kementerian Komunikasi dan Finas kepada Woo Ming Jin bersama seluruh barisan pelakon serta tenaga produksi yang terlibat dalam pembikinan filem berkenaan. Kini, menerusi filem The Fox King akan membawa nama Malaysia ke peringkat pencalonan Anugerah Akademi, sekaligus membuka peluang untuk karya tempatan mendapat perhatian lebih luas di pentas antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pakaian adalah satu bentuk ‘identification’ atau pengenalan sekelompok masyarakat terhadap warisan dan kebudayaan yang diserlahkan kepada penduduk dunia.
Disebabkan globalisasi yang berlaku pada zaman ini, malangnya masyarakat semakin melupakan jati diri pakaian tradisi masing-masing; mungkin disebabkan rasa malu yang mereka rasakan ataupun kerana mereka berpendapat ia hanya sekadar persalinan yang dipakai semasa menghadiri majlis-majlis formal sahaja.
Pendapat itu sama-sekali tidak dipersetujui oleh aktres popular Indonesia, Dian Sastrowardoyo. Dian yang popular menerusi naskah Ada Apa Dengan Cinta dan Kartini ini sememangnya merupakan seorang figura awam Indonesia yang kerap mengenakan kebaya.
Baginya, persalinan kebaya yang selalu dipadankannya dengan selendang dan tas tangan seharusnya menjadi satu kebanggaan bagi rakyat negaranya dan ingin sekali melihat kebaya diiktiraf sebagai aset budaya dunia yang diperakui badan UNESCO.
“Pakaian wajib untuk mulakan mesyuarat 2022. Masi kita kaitkan kebaya dengan segala sesuatu yang berbaur profesionalisma dan integriti. Bukan hanya (sebagai) pakaian seragam jemputan (majlis). Bukan hanya sesuatu yang bersifat hiasan atau paparan semata.
“(Pakaian tradisi seperti kebaya) ini (adalah) diri kita. Sekarang. Bukan hanya masa lalu,” ujarnya menerusi satu hantaran Instagram.
Tambah Dian lagi secara berseloroh, sekiranya ada yang bertanyakan ke mana destinasi yang ingin ditujunya dalam persalinan kebaya ini, dia tidak sesekali akan teragak-agak mengenakannya bagi menghadiri minggu fesyen.
Jawapan Dian ini berkait rapat dengan pertunjukan fesyen Citaya yang kini sedang tular di negara seberang itu.
Selain gemar berkebaya, Dian juga terkenal dengan kreativitinya untuk menata gaya pakaian harian dengan kain sarung batik. Ia telah mencetuskan idea dalam kalangan wanita di Indonesia untuk mencuba gaya tersebut sebagai pakaian harian mereka.
Tidak mustahil rasanya untuk Indonesia mengiktiraf Kebaya sebagaimana Malaysia sebelum ini telah berjaya menyakinkan UNESCO untuk mengiktiraf fabrik songket negara sebagai ‘Warisan Budaya Tidak Ketara’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Personaliti popular dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed baru-baru ini mencuri perhatian warga internet apabila menyuarakan hasrat untuk berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Kenyataan tersebut diluahkan secara spontan ketika beliau sedang bersiaran langsung, sekaligus mengundang pelbagai reaksi daripada jutaan pengikutnya di seluruh dunia.
Menerusi sebuah video siaran langsung, IShowSpeed atau nama sebenar Darren Jason Watkins Jr. (21) dilihat berbual santai bersama adiknya sebelum secara terbuka menyatakan niatnya untuk menunaikan ibadah puasa. Momen berkenaan secara pantas tular di media sosial, terutamanya dalam kalangan peminat beragama Islam yang rata-ratanya teruja dengan keterbukaan figura internet itu.
“Ramadan akan datang, bro. Aku nak mula berpuasa,” katanya bersungguh-sungguh.
“Macam mana Mohamed Salah boleh bermain bola sepak ketika Ramadan? Dia kena ajar aku kemahiran itu,” tanya beliau dalam nada ingin tahu.
Tidak hanya itu, Speed juga mengajak adiknya untuk turut serta dan bertanyakan sama ada dia bersedia untuk berpuasa. Beliau kemudian menjelaskan bahawa sepanjang tempoh tersebut, mereka tidak boleh makan dan minum sehingga waktu matahari terbenam.
Pada masa yang sama, ajakan itu disambut positif oleh adik beliau yang bersetuju untuk menyahut cabaran tersebut. Speed kemudian menerangkan bahawa ibadah puasa dijalankan selama sebulan penuh dan mendedahkan bahawa beliau pernah mencuba untuk berpuasa sepenuhnya pada tahun 2023. Pengakuan tersebut sekaligus menunjukkan bahawa minatnya terhadap Ramadan bukanlah sesuatu yang baharu.
Dalam siaran sama, Speed dilihat benar-benar ingin memahami aspek fizikal dan mental ketika berpuasa, terutamanya bagaimana pemain bola sepak Liverpool dan juga atlet Muslim ternama seperti Mohamed Salah mampu mengekalkan prestasi tinggi di atas padang walaupun menahan lapar dan dahaga. Sikap ingin belajar itu dipuji ramai yang melihatnya sebagai satu bentuk penghormatan terhadap amalan agama lain.
Sementara itu, melihat reaksi pengikutnya, khususnya yang beragama Islam, kebanyakannya positif dan menyokong. Ruangan komen dibanjiri dengan kata-kata galakan, tip berpuasa serta penjelasan mengenai kepentingan Ramadan dari sudut spiritual.
Selain itu, ada juga yang berkongsi pengalaman peribadi serta mendoakan agar Speed dipermudahkan sekiranya benar-benar menunaikan niat tersebut.
Tidak kurang juga yang menyifatkan tindakan Speed sebagai satu langkah kecil tetapi bermakna dalam memupuk kefahaman rentas budaya dan agama. Sebagai figura dengan pengaruh besar dalam kalangan generasi muda, setiap tindakannya sering menjadi perhatian dan berpotensi memberi impak kepada jutaan penonton.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah mengumumkan penutupan kesemua sekolah bermula Isnin hadapan disebabkan penularan virus COVID-19.
Penutupan tersebut yang memberi kesan kepada kira-kira 13 juta orang pelajar di Jeoun dijangka akan berlanjutan hingga akhir bulan Mac, malah ada yang berkata hingga ke awal April.
Menurut Abe, penutupan bermula Mac ini adalah tempoh yang kritikal untuk mengelak penularan virus menjadi lebih teruk.
Kerajaan Jepun memandang serius aspek kesihatan pelajar di sana memandangkan Jepun dan Korea kini menjadi negara kedua serta ketiga yang mencatatkan kes tertinggi.
Keputusan penutupan ini juga selari dengan China serta Hong Kong yang menutup semua sekolah hingga cuti musim bunga . Bagaimanapun mereka perlu mengikuti kelas secara online di rumah.
Sehingga sekarang lebih 200 orang telah disahkan positif COVID-19 di Jepun
Dan untuk hari kedua berturut-turut, lebih banyak kes yang telah dilaporkan di negara selain China.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!