Penyanyi muda asal Indonesia, Feby Putri, mendapat perhatian peminat dengan konsert pertamanya di Malaysia pada Mac tahun lalu dan pada ketika itu ia merupakan pengalaman pertamanya keluar dari Indonesia.

Feby yang merantau ke Jakarta demi mengejar kerjaya seni sejak usia 18 tahun, sangat terharu dengan sambutan hangat dari penggemar di Malaysia. Kali ini, dia kembali dengan konsert kedua, ‘Feby Putri Vol 2 Detik Minit Jam’ pada 27 Julai ini di Zepp Kuala Lumpur.

“Saya terharu dengan sambutan yang diberikan pada konsert terdahulu. Oleh itu, saya berharap peminat yang hadir dahulu dan juga pengikut Feby Putri yang baru dapat berkumpul di Zepp Kuala Lumpur pada Julai depan”

Pelantun lagu Runtuh itu juga pernah bercerita bahawa awalnya dia dihalang oleh orang tuanya untuk mengejar impian dalam kerjaya seni. Tetapi dengan tekad dan kerja keras, Feby mampu membuktikan kemampuannya.

Feby Putri Tidak Sabar Berjumpa Peminat Malaysia Buat Kali Kedua Julai Ini!

IKLAN

Melalui media sosial seperti Instagram dan YouTube, penyanyi itu berhasil meraih kesuksesan, bahkan bisa membeli rumah sendiri pada usia muda.

“Saya ke Jakarta bersama abang. Kami memang meminati bidang seni, namun ibu bapa mulanya tidak mengizinkan kerana risau. Namun, saya berkeras dan berazam membuktikan usaha saya berhasil.”

“Ketika itu, saya cuma manfaatkan jumlah pengikut lebih 100,000 di Instagram serta hasil saduran dalam YouTube bagi menjana pendapatan. Akhirnya, saya beroleh rezeki untuk membeli rumah sendiri pada 2021,” katanya mengenai perjalanan awal karier muzik dalam kehidupannya”, katanya.

Feby Putri Tidak Sabar Berjumpa Peminat Malaysia Buat Kali Kedua Julai Ini!

IKLAN

Sejak melancarkan single pertamanya, Halu telah meraih lebih dari 42 juta tontonan di YouTube dan sejak itu popularitinya terus meningkat. Feby berharap dapat bertemu dengan lebih banyak penggemarnya di Malaysia melalui konsert keduanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Miebird Projects, Azmi Zainal Abidin berkata, mereka percaya bahawa konsert kali ini akan mengubati kerinduan para penggemar setelah konsert pertama Feby tahun lalu.

IKLAN

Selain itu, mereka juga berharap dengan kehadiran kembali Feby di Kuala Lumpur akan membawa kebahagiaan bagi para penggemarnya.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI