Kamu baru tamat sahaja habis belajar dan sebagai graduan pastinya ingin mencari secepat mungkin. Namun dugaan mencari kerja itu berbeza-beza untuk setiap orang.

Bak kata orang rezeki itu tiada siapa yang tahu. Tapi itu tidak bermakna kita tak perlu berusaja dan mencari jalan untuk mendapatkan pekerjaan. Jika sukar mendapat pekerjaan usah jadikan hal itu sebagai pematah semangat kamu. Percayalah di luar sana masih ramai yang berdepan dengan masalah yang sama.

Namun dalam tempoh sebelum dapat kerja kamu sebenarnya berpeluang menggunakan masa yang ada untuk melakukan beberapa jenis perkara.

Tambah skil

Masih Tak Dapat Kerja? Usah Risau Ini 5 Perkara Yang Boleh Kamu Lakukan

Dengan masa yang terluang inilah masanya untuk kamu menambah skil yang lain atau berbeza daripada jurusan lulusan kamu. Kamu boleh sertai pelbagai kursus kemahiran dan skil yang ditawarkan oleh pelbagai organisasi. Sebagai contoh jika kamu merupakan seorang lulusan komunikasi media, kamu boleh berjinak-jinak dengan kursus singkat tentang bagaimana untuk melakukan suntingan video terutamanya yang menggunakan telefon pintar. Ia merupakan skil tambahan yang boleh membantu kamu nanti.

IKLAN

BACA: Syed Saddiq Kongsi Bagaimana Debat Boleh Kurangkan Pengangguran Pelajar

Luaskan jaringan kenalan

Masih Tak Dapat Kerja? Usah Risau Ini 5 Perkara Yang Boleh Kamu Lakukan

Dalam dunia digital sekarang antara perkara paling penting ialah networking. Jika seseorang itu mempunyai networking yang luas maka peratusan untuk dia berjaya dalam sesuatu perkara dilakukannya sangat tinggi. Keluar dari zon selesa dan bergaulah dengan orang-orang baru. Jangan hanya berkurung seorang diri di dalam bilik sahaja. Dengan jaringan kenalan yang luas, peluang dalam pelbagai bentuk juga boleh muncul.

IKLAN

Cuba berniaga

Masih Tak Dapat Kerja? Usah Risau Ini 5 Perkara Yang Boleh Kamu Lakukan

Spektrum perniagaan pada masa kini sebenarnya memberikan peluang yang cukup besar terutamanya buat peniaga-peniaga muda dan baru. Dengan hanya menggunakan laman media sosial kamu boleh belajar bagaimana untuk berniaga. Usah terlebih dulu memasang angan-angan untuk meraih keuntungan besar dalam sekelip mata sebaliknya belajarlah bagaimana untuk mendisiplinkan diri dan mengawal kewangan dengan baik. Ramai peniaga yang berjaya sekarang bermula dari bawah dengan hanya modal sedikit. Tapi dengan menggunakan platform yang baik kejayaan itu pasti akan datang.

IKLAN

Part time & freelancer

Masih Tak Dapat Kerja? Usah Risau Ini 5 Perkara Yang Boleh Kamu Lakukan

Tidak dapat dinafikan budaya kerja sebagai freelancer di Malaysia tidaklah terlalu meluas dan kadangkala tidak mampu menjamin pendapatan yang stabil. Namun sebelum mendapat kerja tetap mungkin kamu boleh mula sebagai freelancer. Daripada kamu menghabiskan masa menganngguar dengan tidak berbuat apa-apa yang medatangkan pendapatan apa salahnya jika mencuba menjadi seorang freelancer. Malah di kesempatan ini juga kamu boleh belajar selok-belok dunia yang ingin kamu ceburi.

Serius dengan hobi

Masih Tak Dapat Kerja? Usah Risau Ini 5 Perkara Yang Boleh Kamu Lakukan

Pernah dengar tak usahawan yang berjaya dalam perniagaannya merupakan graduan berkelulusan yang jauh berbeza. Malah ramai antara mereka memulakan perniagaan tanpa sengaja hanya disebabkan oleh hobi sendiri. Dengan masa terluang mungkin inilah juga masanya untuk kamu serius dengan hobi. Sebagai contoh, jika kamu mempunyai minat dalam bidang penulisan, apa kata berusaha untuk siapkan sebuah novel. Dengan lambakan pengeluar buku sekarang kamu boleh mencuba nasib sebagai penulis indie.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI