Dahulu, tak semua pelajar yang berkeyakinan untuk berdiri di hadapan orang ramai dan berdebat.
Sebelum ini, penulis akui – hanya sekolah elit yang berstatuskan MRSM, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Agama (SBPA) saja yang mengungguli dunia berdebat ini di peringkat sekolah. Di universiti pula, beberapa nama besar seperti Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaya (UM) umpamanya yang menjadi ‘kuasa’ di kalangan universiti lain.
Namun, budaya berdebat dilihat semakin disukai dan diterima ramai. Bukan sebab nak bergaduh cakap tau! Tetapi untuk melontarkan usul, pendapat dan pada masa yang sama, mencabar ketangkasan diri kita berfikir.
Nampaknya, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga merasakan sebegitu.
Ads
Foto: Nana@Azman
Ketika berada di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) baru-baru ini, beliau berkongsi pengalaman lalunya yang juga lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Hanya di penghujung Tingkatan 4, beliau mula mempelajari kemahiran berdebat.
Ads
“Setiap hari, saya akan berlatih dan ‘budaya’kan debat dengan kawan lain. Dan hasilnya, boleh juga cakap di depan crowd.
“Debat bagi saya adalah kemahiran yang sangat peting untuk kita mengelak isu anak muda menganggur yang berlaku sekarang. Bukan sebab mereka tidak bagus, tapi kebanyakannya tidak yakin bercakap di dalam Bahasa Inggeris. Malah, bercakap di dalam Bahasa Malaysia secara teratur juga sukar,” katanya.
Saddiq ingin melihat sesi debat diadakan setiap bulan, bermula dengan siri pertama di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) pada 18 September ini.
“Kita mula dengan siri bulanan, kemudian kita cuba setiap minggu pula. Topik semasa selalu bertukar, jadi tidak ada masalah untuk mencari topik. Daripada budaya ‘berdebat’ di media sosial dan parlimen, sekarang kita budayakan debat di peringkat ilmiah pula.”
Korang rasa dengan berdebat, majikan akan lebih yakin dengan pelajar dari institusi di Malaysia?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika korang masih ingat kemunculan filem pertama dalam trilogi siri To All The Boys I’ve Loved Before pada tahun 2018, babak pertama filem tersebut menampakkan seorang gadis Korea-Amerika bernama Lara Jean (Lana Conrad) yang menjalani kehidupan yang ringkas dan menyimpan perasaan mendalam terhadap lelaki dari sekolah menengahnya.
Namun, memasuki fasa terakhir siri ini, filem terbaru To All The Boys: Always And Forever yang bakal menemui penonton Netflix pada bulan Februari ini jelas menunjukkan betapa pantas masa telah berlalu dan bagaimana ia telah mempengaruhi diri Lara Jean dan teman lelakinya, Peter Kavinsky (Noah Centineo) untuk bersiap sedia berdepan dunia ‘orang dewasa’ selepas ini.
Menariknya, walaupun 3 tahun telah berlalu, mereka berdua masih tidak bosan untuk berada di samping sesama sendiri dan beranggapan hubungan kawan yang terhasil di antara Lana dan Neoh adalah sesuatu yang cukup istimewa.
Kata Noah, dia menyifatkan mereka berdua ibarat pasangan yang telah berkahwin. “Kami amat familiar sesama sendiri dan selesa untuk berada bersama. Saya sudah mudah menangkap hint dan mengetahui apa yang ingin diperkatakan oleh Lana tanpanya perlu berkata apa-apa.
“Saya merasa bertuah dapat mengenali dia dan untuk kami saling mempercayai sepanjang kami berkenalan.”
“Memandangkan ini adalah filem terakhir dalam trilogi ini, saya merasakan ia adalah pengalaman yang bittersweet.
“Namun, saya gembira apabila kami dapat menamatkan siri ini dengan skrip dan jalan cerita sebaik ini. No regrets. Saya juga berharap peminat siri ini akan menikmatinya kerana kami gembira menjayakannya untuk mereka,” katanya yang bakal terbabit dalam sebuah projek bersama Dwayne Johnson tak lama lagi.
Lana turut berkongsi perasaan yang sama dan berpendapat mereka bertuah dapat digandingkan.
“Kami selalu bercakap tentang bagaimana kami masih berkawan baik walaupun setelah bertahun-tahun bersama di set. Cuba bayangkan jika kami tidak sukakan diri masing-masing! (ketawa)
“Saya rasakan kami sudah sebati dengan diri masing-masing. We speak the same language, we feel the same way. Saya selesa untuk berada di sampingnya dan itu adalah ‘ultimate goal’ apabila kita cuba mencari keserasian. Semuanya bertambah natural buat kami.” Jelas, Lana akan merindui produksi To All The Boys.
Filem ketiga ini juga cukup istimewa (atau mencabar, bergantung kepada cara korang melihat situasi ini) apabila ia dilangsungkan semasa musim pandemik COVID-19.
Noah sendiri tidak begitu pasti jika mereka boleh meneruskan penggambaran.
“Kami berjaya juga menyiapkan filem ini, malah terlibat pula dengan photoshoot pada musim panas lepas. Pendemik membuatkan pengalaman ‘shooting’ di seluruh dunia berbeza, but we did it.”
Malah, produksi To All The Boys: Always And Forever juga ‘berani’ untuk memilih terbang ke Seoul, Korea Selatan bagi menjalani penggambaran di kampung halaman Lara Jean dalam filem tersebut.
Ia adalah keputusan yang amat penting bagi mereka demi menunjukkan sisi Lara Jean yang kian matang dan menghargai salasilah keluarganya.
“Saya rasakan bahawa Lara Jean dalam filem pertama dulu akan berbangga dengan Lara Jean yang kita tonton dalam filem ketiga ini.
“Lara Jean akhirnya melangkah ke dunia sebenar dan membuat keputusan penting bagi dirinya. Dia dahulunya tidak tahu pun cara untuk berkawan, dia hanya menghabiskan masa bersama bukunya. Lara Jean yang lebih matang ini lebih bersedia untuk menerima cabaran.
“Babak kami di Korea misalnya menunjukkan salasilah ibunya yang pernah menjadi seorang remaja perempuan seusianya dengannya and that is so beautiful. Ia mirip kisah hidup saya sendiri apabila saya sekeluarga pernah ke Vietnam untuk kali pertama bagi mendapat tahu lebih mengenai ibu bapa kandung saya,” kongsinya.
Untuk pengetahuan korang, Lana Condor merupakan anak angkat yang dipelihara oleh pasangan dari Amerika Syarikat sejak usia setahun namun asalnya dilahirkan di Vietnam pada tahun 1997.
*
*
To All the Boys Ubah Hidup Mereka
Satu poin penting yang ingin penulis fokuskan setelah tamat menonton ketiga-tiga filem tersebut (yes I went on a marathon) adalah bagaimana Noah dan Lana sendiri perlahan-lahan mulai menguasai bakat seni lakonan mereka.
Noah sendiri masih belum pernah membaca mana-mana novel karya Jenny Han itu! Namun dia semakin mahir untuk membawakan sesuatu karakter seperti Peter hanya bersandarkan kepada skrip yang diberikan.
“Saya, pengarah dan Lana sama-sama membentuk karakter Peter. Contohnya dalam babak di kedai bakeri, Peter yang pada mulanya riang semasa trip kelas di New York bertukar muram apabila mendapat tahu Lara Jean tidak diterima masuk ke Universiti Stanford. Itu adalah impian mereka berdua. Saya cuba memahami emosinya bila babak seperti ini muncul. Dari situ, saya bina karakternya.”
Lana Condor bersama penulis novel, Jenny Han.
Bagi Lara pula, dia percayai siri To All The Boys telah mengubah hidupnya, for the better.
“Saya merupakan peminat tegar ketiga-tiga filem ini dan saya peminat karakter Lara Jean. Saya percayakan ceritanya.
“Pengalaman terlibat dalam trilogi ini telah mengubah hidup saya. Apa yang belajar daripada Lara Jean adalah untuk menikmati hidup kita dan jangan cuba untuk membesar lebih pantas daripada masanya.
“Saya nampak bagaimana remaja sekarang cuba untuk ‘berlari’ ke arah alam dewasa. Mungkin disebabkan pengaruh media sosial, remaja kini terbawa-bawa dengan pendekatan orang dewasa. Dan Lara Jean bukannya seperti itu, dia gemar to take things slowly and go day by day. And that is what I like about her.”
To All The Boys: Always And Forever akan menemui korang di platform Netflix pada 12 Februari ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Teh hijau atau matcha mempunyai peminatnya tersendiri seperti juga kopi yang mempunyai peminum tegar. Bukan hanya minuman, malah perasa ini juga banyak dijadikan sebagai pemanis mulut seperti kek dan sebagainya.
Namun begitu, korang tahu tak sebenarnya teh hijau dan matcha ini mempunyai perbezaan daripada beberapa aspek?
Berikut kami senaraikan antara perbezaan-perbezaannya:
1. Tekstur
Matcha mempunyai tekstur seperti serbuk dan rasa lembut apabila disentuh, manakala teh hijau mempunyai tekstur kasar seperti daun yang dikisar
2. Warna
Matcha mempunyai warna hijau yang terang berbanding the hijau kelihatan keperangan dan kusam. Warna yang terang itu hadir daripada kandungan klorofil dan polyphenol yang tinggi
3. Rasa
Kedua-duanya boleh dikatakan mempunyai rasa yang sedikit pahit tetapi rasa matcha adalah lebih kuat. Ia selalu dibancuh bersama susu atau susu manis untuk dijadikan matcha latte, seperti yang dijual di kafe-kafe.
Manakala, teh hijau mempunyai rasa yang lebih segar dan ringan. Ada teh hijau yang dicampur dengan ramuan semasa ia diproses bagi menambahkan rasa bebunga atau buah pada teh hijau seperti madu, jasmine, peach, sitrus dan halia
4. Proses
Bagi menghasilkan serbuk matcha yang berkualiti, hanya teh hijau yang berkualiti sahaja dipilih dan dituai dengan tangan. Rumput teh dilindung daripada cahaya matahari selama 20 hingga 30 hari sebelum dituai.
Lindungan daripada matahari ini akan meningkatkan kandungan klorofil dan menjadikan warnanya hijay itu lebih gelap serta meningkatkan penghasilan asid amino. Batang dan urat daun dikeluarkan dan kemudian digiling menggunakan batu hingga menjadi serbuk matcha.
Bagi teh hijau pula, daunnya seperti dikisar dan dibancuh dengan air panas sehingga kembang
5. Kandungan nutrisi
Matcha mempunyai lebih tinggi zat berbanding teh hijau seperti antioksidan dan kafein. Satu cawan (237 ml) bersamaan dengan 4 sudu kecil serbuk matcha mempunyai 280mg kafein. Kandungannya lebih tinggi berbanding satu cawan (237ml) teh hijay, dimana ia mempunyai hanya 35mg kafein.
Namun, biasanya kita tidak akan minum satu cawan sekali gus kerana kandungan kafeinnya yang tinggi. Kebiasaannya diambil 60-120ml sahaja.
Walau bagaimanapun, disebabkan kedua-duanya berasal daripada pokok yang sama, teh hijau dan matcha mempunyai beberapa khasiat, cuma yang membezakannya jumlah kandungannya sahaja kerana matcha mempunyai nilai yang tinggi berbanding teh hijau.
Berikut adalah kebaikan teh hijau dan matcha:
• Diperkaya dengan antioksidan
• Membantu menurunkan berat badan
• Membuat individu rasa lebih tenang dan terjaga
Hm, selama ini ingatkan teh hijau ni sama saja macam matcha. Hiks!
Penampilan terbaharu aktres jelita, Zahirah MacWilson ketika bercuti bersama keluarga kecilnya mencuri perhatian warganet.
Menerusi satu perkongsian di Instagram (IG), pelakon berusia 31 tahun itu memuat naik beberapa keping foto sepanjang percutian bersama suami, Aiman Hakim Ridza dan keluarga.
Tampil Dengan Imej Berbeza
Namun, apa yang lebih menjadi perhatian ialah penampilan Zahirah yang dilihat mengenakan tudung dalam beberapa foto yang dikongsikan.
Imej baharu tersebut pantas mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji penampilan aktres berkenaan, selain menitipkan doa agar pelakon siri popular Good Boys Go To Heaven itu terus istiqamah dengan perubahan tersebut.
Antara komen yang ditinggalkan warganet termasuklah.
“The better version of Zahirah sisterr,” komen seorang pengguna.
“Slowly but surely throughout the transitions…semoga istiqamah dan dalam naungan rahmat Allah,” tulis pengguna lain.
“Masya’Allah Zahirahhh…seronoknya nmpk awak makin cantik bila berhijab,” komen seorang lagi.
Belum Beri Sebarang Kenyataan
Bagaimanapun, menerusi tinjauan Remaja, Zahirah setakat ini dilihat belum memberikan sebarang kenyataan atau penjelasan berhubung penampilan terbaharunya itu.
Dalam masa sama, isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza itu dilihat memberi tanda suka pada kebanyakan komen positif yang ditinggalkan oleh warganet di ruangan komen.
Perkongsian tersebut sekali gus mengundang pelbagai reaksi positif daripada pengikut yang menyambut baik penampilan baharu Zahirah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!