Dalam gambar tersebut, Fasha kelihatan anggun mengenakan tudung berwarna biru dan putih, sambil menikmati makan malam bersama anak-anak, suami, serta keluarga adiknya yang juga pelakon, Elisya Sandha.
Ads
“Selamat Tahun Baharu 2025, terima kasih Uzair dan Elisya untuk makan malam,” coret Fasha ringkas di ruangan kapsyen.
Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai di ruangan komen, dengan netizen memuji penampilan Fasha yang lebih sopan dan kelihatan lebih cantik dengan hijab.
Ramai juga yang mendoakan agar isteri kepada aktor Aidil Aziz ini diberikan hidayah untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik pada masa depan.
Ads
“Tak pernah komen mana-mana Instagram artis. Tapi kali ini nak komen sebab terpesona dengan kecantikan Fasha bertudung, cantik sangat,” komen seorang pengguna.
“Semoga kak Fasha Istiqamah,” komen peminat yang lain.
Untuk makluman, pelakon filem Anak Mami Kembali itu mempunyai dua anak hasil perkahwinan pertama iaitu Putra Rayfal dan Putri Rasyha Jemyma. Manakala, daripada perkahwinannya dengan Aidil, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Aisha Amaira.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Fasha Sandha
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, anggota kumpulan K-Pop rookie AllDay Project, Annie atau nama sebenarnya Moon Seo-yoon (24) meraih perhatian para peminat apabila disahkan bakal kembali menyambung pengajian di Universiti Columbia, New York, tanpa menjejaskan kerjayanya dalam industri hiburan.
Menurut agensi pengurusan beliau, The Black Label dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Annie akan kembali ke universiti tersebut bulan ini bagi mengikuti semester musim bunga dan tempoh rehat kumpulan yang sedang berlangsung akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Annie untuk memberi tumpuan kepada pengajian sehingga Mei ini.
Pada masa yang sama, agensi itu menegaskan bahawa Annie masih akan terlibat dalam beberapa aktiviti luar negara terpilih, termasuk acara sesi ‘fan sign’ bersama peminat, selagi ia tidak mengganggu komitmen akademiknya.
Menerusi kenyataan sama, kepulangan Annie ke Universiti Columbia tidak bermaksud aktiviti AllDay Project secara berkumpulan akan dihentikan. Anggota kumpulan lain seperti Tarzzan, Bailey, Woochan, dan Youngseo akan menjalankan aktiviti individu masing-masing bagi memastikan kelangsungan kehadiran mereka dalam industri K-Pop.
Terdahulu, Annie telah mencuri perhatian peminat sejak tempoh sebelum debutnya lagi, bukan sahaja sebagai idola K-Pop baru, tetapi juga disebabkan latar belakang keluarganya yang berprofil tinggi (chaebol) dalam dunia korporat Korea Selatan.
Beliau merupakan cucu kepada Lee Myung-hee, pengerusi Shinsegae Group iaitu sebuah syarikat gergasi peruncitan, serta anak sulung kepada Chung Yoo-kyung, presiden syarikat tersebut. Statusnya sebagai pewaris chaebol juga adalah sesuatu yang jarang berlaku dan mendapat perhatian meluas selepas Annie mula mencipta nama sebagai anak seni dalam industri K-Pop.
Annie bersama anggota AllDay Project
Memetik laporan The Korea Times, Annie mengambil jurusan sejarah seni dan seni visual di Universiti Columbia, satu bidang yang mengukuhkan lagi imejnya sebagai artis kreatif berpendidikan tinggi di peringkat antarabangsa.
Sementara itu, dengan gabungan latar belakang keluarga, pendidikan ‘Ivy League’ dan kerjaya sebagai idola K-Pop juga menjadikan Annie antara figura yang menjadi tumpuan dalam kalangan generasi milenial dan Gen Z, sekaligus meletakkannya sebagai simbol generasi baru sebagai seorang bintang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekiranya korang tidak pernah mendengar muzik ciptaan dan nyanyian Conan Gray, WHERE HAVE YOU BEEN?
Conan, 22 ialah penyanyi dan pencipta lagu yang kini popular dengan lagu seperti Maniac dan Heather.
Sebagai seorang yang berdarah Ireland dan Jepun, Conan merupakan bakat baru yang sememangnya dekat di hati pendengar berdiversiti. Tak kiralah di Amerika Syarikat ataupun di Asia, muzik ciptaannya, stail pakaiannya dan cara dia membawa diri di hadapan kamera menjadi ikutan remaja.
*
Sekitar Februari lalu, Conan pernah dikejutkan dengan pengakuan salah seorang anggota kumpulan BTS iaitu V yang mendakwa, dia amat meminati muzik Conan. And of course, Conan (as we all would) freaked out!
Dalam temuramah eksklusif Conan Gray dan Universal Music Malaysia bersama REMAJA, penulis bertanyakan kepadanya jika Conan ingin berkolaborasi bersama mana-mana artis Korea.
“Saya sukakan kesemua ahli kumpulan BTS, mereka semua berbakat.
“Saya amat terharu apabila V telah menyatakan yang dia menggemari karya seni yang saya lancarkan. V dikenali sebagai seorang yang ‘appreciate’ muzik dan komennya itu memberi makna yang mendalam kepada saya. Tentunya saya ingin menulis lagu untuknya dan ahli BTS lain.
“Apabila bercakap mengenai bintang K-pop selain BTS, saya obses dengan kumpulan Blackpink. Saya telah menonton banyak video kompilasi mereka, video tarian Lisa (Manoban), persembahan mereka di atas pentas.
“Saya suka Blackpink, mereka bagi saya adalah kombinasi yang sempurna. Tentunya saya ingin berkolaborasi bersama mereka satu hari nanti,” jelasnya menerusi temuramah eksklusif tersebut.
OMG, cuba bayangkan single Blackpink x Conan Gray!
Sekiranya ia menjadi kenyataan, tentunya ia akan meletup di seluruh dunia seperti single mereka yang lain sebelum ini. We are not ready for that but we sure are excited.
Penyanyi Berdarah Asia Di US
Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan pergerakan Black Lives Matter yang tercetus di Amerika Syarikat.
Sebagai seorang yang berdarah Asia, tentunya Conan memahami sentimen yang dirasai oleh kelompok minoriti sepertinya di sana.
Meskipun naskah Asia telah diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti yang diterima oleh filem Korea Selatan, Parasite yang dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Anugerah Akademi awal tahun ini, namun dalam industri muzik di Amerika, penyanyi berdarah Asia boleh dibilang dengan jari.
Terlalu sedikit representasi penyanyi berdarah Asia yang diberikan peluang keemasan untuk menonjolkan diri di slot program televisyen, sebagai contoh.
“Terlalu sedikit wakil Asia dalam industri muzik Amerika Syarikat, hampir tiada.
“Saya sendiri tiada mana-mana personaliti berdarah kacukan Asia yang saya boleh jadikan sebagai idola dalam industri muzik di sini sebagai kanak-kanak.
“Saya dilahirkan di Texas yang didominasi oleh masyarakat berkulit putih, saya bergelut dengan identiti saya pada waktu itu. Saya keliru sama ada saya ini berdarah Jepun atau berdarah Barat. Kanak-kanak di sekeliling juga keliru dengan identiti saya dan mereka tidak tahu bagaimana untuk melabel saya – white or Japanese.
“Impak daripada itu, saya menjadi seorang outsider yang pemalu. Saya lebih kerap memerhatikan orang, I was an observant dan mungkin di situlah saya mula menggiatkan diri sebagai seorang penulis lirik. Muzik telah membantu saya untuk menceritakan isi hati saya, pengalaman saya berdepan dengan diskriminasi terutama semasa zaman sekolah.
“Saya berharap menerusi lagu-lagu yang saya lancarkan boleh membuka pintu kepada lebih ramai artis berdarah Asia dalam industri muzik Amerika.”
Nominasi Di VMAs 2020 Semalam
Berdepan dengan saingan yang sengit dalam kategori Push Best New Artist di acara Video Musix Awards semalam, Conan menyifatkan dia tidak terlalu berharap untuk menang. Sebaliknya, dia terharu dapat dicalonkan dengan ramai artis baru yang berbakat.
“Mereka adalah artis yang saya kagumi dan mereka juga adalah rakan-rakan saya. Istimewanya tentang industri muzik sekarang adalah bakat-bakat baru yang unik.
“Bila melihat lebih ramai yang melancarkan muzik yang berdiversiti dan kesemuanya berjaya, ia membuatkan saya gembira. Music is for everyone eventhough often, it gets a little competetive amongst the fandoms.
“But we are just here making music. Pencalonan ini sudah cukup untuk saya,” kata Conan. Kategori Push Best New Artist semalam telah dimenangi oleh Doja Cat. Selain Conan dan Doja, antara penyanyi baru lain yang tercalon ialah Lewis Capaldi, AJ Mitchell dan Finneas.
Mengenai sama ada Conan teringin untuk menjadi Kuala Lumpur sebagai destinasi konsertnya sekiranya situasi wabak pandemik lebih stabil di seluruh dunia, Conan menjawab tentunya dia tidak sabar untuk berjumpa dengan peminat yang telah menyokong dan mendengar muziknya di seluruh dunia.
Bagaimanapun buat masa ini, dia akur dengan situasi semasa dan menghabiskan masa sepenuhnya di rumah, doing what he does best – menulis lagu baru!
*
P.S: Terima kasih kepada Universal Music Malaysia & moderator, Keanu Azman kerana menjemput REMAJA bagi sesi temuramah virtual ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa cakap nak gambar canti kena pergi Korea, Jepun sana?
Musim macam-macam virus menyerang ni baik korang duduk je Malaysia diam-diam sambil jalan-jalan dalam negara. Korang tak payah pergi jauh-jauh untuk bergambar cantik, cukup hanya pusing keliling Kuala Lumpur je!
Nah, penulis kongsikan 6 lokasi ‘Photo-Worthy’ yang akan buat kawan korang cemburu tengok Instagram korang lebih cun-melecun hasil perkongsian oleh @MyMOTAC sendiri.
1) Muzium & Galeri Seni Bank Negara Malaysia @ Kuala Lumpur
Hipster betul kalau bergambar di sini! Dengan rekaan yang futuristic ini memang confirm akan buatkan Instagram feed anda lain daripada yang lain.
Alamat : Sasana Kijang, 2 Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
2) Lake Gardens @ Taman Tasik Perdana
Lake Gardens ini merupakan kawasan rekreasi yang menarik pengunjung tempatan dan antarabangsa. Anda boleh datang ke sini untuk terokai tempat-tempat yang tidak ramai tahu.
Ramai juga pelancong asing akan datang berkunjung ke sini untuk mendapatkan gambar yang lebih menarik dan disimpan untuk dijadikan kenangan di Malaysia.