Aktres popular, Fasha Sandha sama sekali enggan mengambil pusing seandainya adegan panas yang dilakonkan menerusi naskhah terbaharu bersiri Rampas Cintaku 2 tular dan dikritik warganet.
Berkata kepada Remaja, pelakon berusia 40 tahun itu hanya menganggap tindakan warganet menularkan babak tersebut sebahagian daripada pemasaran percuma buat drama sensasi berkenaan.
“Sekiranya ada netizen yang menularkan babak tersebut, itu akan menjadi sebahagian daripada free marketing untuk drama ini.
“Di zaman sekarang wujud kuasa tular, saya hanya menjalankan tugas saya sebagai pelakon dan menjayakan watak sahaja.
Ads
“Tetapi kalau babak itu menjadi kegemaran penonton, saya tidak boleh nak halang. Mungkin mereka lebih tertarik dengan babak itu sedangkan ada babak lain,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Dalam pada itu, Fasha turut memaklumkan dia menyerahkan kepada penonton untuk menilai babak tersebut kerana percaya ada nilai dan pengajaran yang ingin disampaikan.
Ads
“Setiap naskhah pastinya ada mesej yang ingin disampaikan dan sudah pasti saya ingin menyampaikan mesej itu melalui lakonan dan skrip yang dilontarkan.
“Tetapi saya percaya akan ada penonton yang akan menerima secara positif dan negatif. Terpulang kepada hak mereka untuk menilai. Drama ini banyak pengajaran dan nilai murni yang ditonjolkan,” ujarnya lagi.
Ads
Selain Fasha, drama terbitan MIG Production yang sudah disiarkan di platform penstriman Over The Top (OTT) iQIYI Malaysia itu turut dibarisi Erra Fazira, Zamarul Hisham, Keith Foo, Afieq Shazwan, Puteri Balqis dan ramai lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Industri seni hiburan tanah air hari ini berduka setelah mendapat tahu pemergiaan pelantun lagu Terlalu Istimewa, Adibah Noor binti Mohamed Omar pada jam 7.45 petang tadi.
Berita tersebut disampaikan rakan seperjuangan, Datin Emylia Rosnaida yang juga merupakan isteri kepada Datuk AC Mizal menerusi satu hantaran di Facebook.
“Allahuakbar, terkejut dapat berita ni ..sahabat kita yang versatile Adibah Noor baru sahaja meninggal dunia. Salam Takziah dari kami sekeluarga.
“Ya, betul arwah baru sahaja meninggal dunia di hospital sebentar tadi,” ujarnya.
Adibah, 52 mengembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles. Menurut sumber, arwah telah lama menghidap kanser ovari dan ia telah mencapai tahap empat. Namun, beliau memilih untuk merahsiakannya daripada pengetahuan umum.
Adibah sememangnya dikenali ramai sebagai seorang selebriti tempatan yang, bak kata Datin Emylia, cukup versatil. Hampir kesemua bidang seni pernah diterokainya; dari dunia lakonan, nyanyian, pengacaraan, di konti radio dan sebagainya.
Di antara filem-filem lakonannya yang berbekas di hati termasuklah Sepet, Gubra, Mukhsin, Talentime, Magika, Hoore! Hoore!, Fundamentally Happy dan banyak lagi.
Kemampuan serta bakat beliau memang tidak boleh dipertikaikan. Sehingga ke akhir hayat, Adibah tetap aktif bergerak dalam industri dek minat mendalam; seperti menerusi penyertaannya dalam program Gegar Vaganza 2021.
Adibah juga pernah bergelar seorang guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah di Petaling Jaya sebelum ‘terjun’ ke industri hiburan sebagai seorang anak seni sejati.
Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Adibah Noor dan doakan agar rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang yang beriman.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hujung minggu lalu, aktres K-pop dan ahli variety show popular berbahasa Korea ‘Running Man’ iaitu Song Ji Hyo telah memuat naik foto terbarunya yang menampilkan potongran rambut berlainan.
Song Jihyo. FOTO Via Korea Celeb
Menerusi foto yang menampakkan Ji Hyo seakan baru saja selesai memotong rambutnya yang kelihatan masih basah (atau dia sedang mengenakan produk rambut), aktres berusia 40 tahun itu menulis kapsyen berbunyi, “Ini adalah rambut yang dipotong pendek”.
Menerusi satu lagi muat naik, dia memberikan komen, “Ini adalah… hehehehehe, sangat kacak hehehehehe.” Tidak lama selepas itu, ahli Running Man dan rakan baiknya, Haha memberikan reaksi terkejut dan spontan dengan berkata, “Apakah ini??!!!”
Selama ini, Ji Hyo selesa dengan pelbagai stail rambut yang lebih panjang sedikit daripada paras bahu atau dikenali sebagai ‘lob’ (long bob). Dengan potongan terbaru ini, tidak mustahil dia mampu mempengaruhi ramai wanita dan remaja perempuan di luar sana untuk turut sama menggayakan rambut sependek ini lantas menjadi trend rambut 2022.
Buat masa ini, peminat Ji Hyo masih belum boleh mengesahkan sama ada potongan rambut baharu ini adalah demi karakter terbaru yang akan dilakonkan oleh Ji Hyo ataupun dia sememangnya ingin menukar angin dengan stail berlainan.
Untuk pengetahuan, terkini Ji Hyo sedang muncul dengan drama berjudul The Witch’s Diner di samping Nam Ji Hyun dan Chae Jong Hyeop .
Ramai pelajar universiti sedia maklum, untuk mendapat pointer 4.0 dalam ujian semester khususnya dalam kos kejuruteraan bukan mudah dicapai. Bukan saja bidang kejuruteraan, tetapi kos lain seperti Sains, Ekonomi dan kos-kos sukar lain adalah cabaran yang harus dihadapi oleh pelajar.
Jika setengahnya berasa sukar tetapi sebenarnya dengan teknik belajar yang betul, seorang pelajar boleh boleh mendapat anugerah dekan bagi setiap ujian semester.
Remaja berkongsi kisah Amir Firdaus bin Eddy Rosyadie, 21 tahun yang kini sedang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Malaya.
Berada di tahun 2 semester 4, Amir sudah dua kali menerima anugerah dekan. Pada ujian semester 1, dia mendapat pointer yang sangat cemerlang iaitu 4.0. Begitu juga semasa ujian semester 2, pointernya 3.86. Dan dia masih kekal mendapat dua kali anugerah dekan.
Wow, bukan mudahlahkan nak mendapat anugerah dekan tetapi Amir membuktikan, biar dia dalam kursus agak susah, Mechanical Engineering tetapi dia berjaya membuktikan dirinya boleh berjaya.
Sebenarnya ada banyak rahsia tentang diri Amir dan dia sudi berkongsi tekniknya belajar. Semoga apa yang Amir kongsikan ini boleh berguna kepada pelajar universiti yang lain.
Semasa Sukan Mahasiswa Universiti Malaya (SUKMUM)
Mengajar pelajar sekolah menengah dan memberikan motivasi kepada mereka adalah salah satu kerja sukarelawan dilakukannya.
Bukan saja bijak dalam pelajaran tetapi Amir juga aktif dalam kerja-kerja kesukarelawan dan dia kini memegang jawatan sebagai Ketua Klauster Pendidikan & Motivasi Sekretariat Sukarelawan (SEKRUM), Universiti Malaya.
Jom baca apa tekniknya belajar.
APLIKASI PENDIDIKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN : Semua pelajar faham, kos engineering memang susah. Kena mahir dalam Matematik dan Fizik tetapi kata Amir itu semua hanya teori. Sebaliknya kos ini akan jadi lebih mudah kalau di aplikasikan dalam kehidupan. Maksudnya di sini, sebarang perkaitan pelajaran, dikaitkan dengan kehidupan kita sendiri. Dalam erti kata mudah, sebagai contoh bila nak membina bangunan, selain tahu kena reka bentuknya, penggunaan bahan-bahannya, pengalaman orang yang membinanya akan membezakan dirinya dengan individu yang
STUDY BY WEEK : Amir tak pernah mengira hari sebaliknya suka mengira minggu. Sebagai contoh, kalau ada exam minggu ke 7, dia sudah memastikan dia sudah memahami semua topik pada minggu ke 6.
JANGAN PANDANG RENDAH PADA UJIAN DIBERIKAN OLEH PENSYARAH : Ramai pelajar seperti tak kisah dengan ujian-ujian diberikan oleh pensyarah kerana beranggap ianya bukan final exam. Kita kena anggap semua ujian adalah seperti final exam dan ketika itu kita akan buat bersungguh-sungguh.
Amir akui dia sering beri tumpuan penuh ketika belajar dan sebelah malam dia aktif dalam kerja sukarelawannya
BERI TUMPUAN PENUH PADA KELAS 8 PAGI – 5 PETANG : Kata Amir, dia selalu memanfaatkan setiap masanya ketika “break time class”. Dia akan siapkan tugasan diberi pensyarah dalam masa tersebut. Baginya, cukuplah beri tumpuan khusus ketika dalam kelas, pagi hingga petang. Malamnya dia lakukan aktiviti lebih bermanfaat seperti kerja kesukarelawan dan sebagainya. Sesetengah pelajar lebih suka menangguh assignment dan lakukan pada sebelah malam tetapi biasanya waktu malam tubuh sudah penat dan badan mahu berehat. Jadi banyak assignment akan tertangguh dan pelajar terpaksa berjaga. Esoknya kita tak akan dapat rehat yang cukup.
PRACTICE MAKE PERFECT : Kata Amir orang selalu salin nota. Ianya memang bagus untuk exam tetapi dia mengamalkan ‘tiada soalan tidak terjawap’ kerana teknik ini adalah satu latihan terbaik untuk faham semua tajuk. Jangan sesekali tinggalkan soalan yang tak faham kerana dari situ, kita tak akan dapat menjawap semuanya.
BERI KEUTAMAAN, LIST TO DO : Dalam hidup, kita kena senaraikan apa perkara penting dan harus diberi keutamaan. Saya bahagikan kepada 2 iaitu Akademik & Kerja Sukarelawan. Biasanya saya akan senaraikan perkara penting yang harus saya lakukan. Dan biasanya saya akan tick selepas selesai lakukannya. Kalau rajin tulislah atas kertas, atas white board tetapi saya letak dalam telefon bimbit sahaja.
SELF HELP : Tak kisahlah bagaimana nak berjaya tetapi kita kena tolong diri sendiri. Maksud self help ini ialah kita mesti kasihan kepada diri sendiri, tahu apa keupayaan diri kita dan kalau jatuh, bangun cepat-cepat. Saya selalu menjadikan kejayaan orang lain sebagai pemangkin semangat saya. Saya biasanya akan berbual dengan mereka yang berjaya dan itulah motivasi untuk diri sendiri.
Kalau nak tahu, Amir ini bukan saja berjaya merupakan satu-satunya calon yang mendapat 10 A+ semasa SPM di sekolahnya di SMK Meru, Klang. Sehingga kini rekod itu belum dipecahkan lagi. Tapi selepas dia berjaya, Amir selalu dipanggil memberi ceramah dan motivasi untuk pelajar sekolah. Alhamdulillah, sudah ada pelajar yang dapat 8 A+ selepas dia mengajar teknik belajar yang betul.
Masa yang sama, Amir juga pernah mewakili Malaysia dalam Internasional Chemistry Olympiad 2016 di Georgia. Dia satu-satunya wakil pelajar Melayu dan merupakan pelajar paling cemerlang dalam subjek Kimia semasa belajar di Pusat Asasi UM dan pernah dinobatkan sebagai pelajar terbaik akademi Pusat Asasi UM.
Tidak hanya ke Georgia tetapi Amir pernah mewakili negara ke Asian Science Camp, India pada 2016 yang mana kesemua penerima anugerah Nobel membentangkan kajian mereka tentang Sains.
Dalam pada itu, Amir juga merupakan Pengarah The Engineering Festival 2017 selain menjadi Presiden IEEE UM, Bendahari Sahabat YADIM, Pengarah Hai Ya Alal Falah (mari menuju kejayaan) yang mana mereka pergi ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia untuk memberikan motivasi dan bersama-sama menuju kejayaan.
Bagi yang nak bertukar-tukar mengenai pelajaran dan belajar tekniknya belajar, bolehlah follow, Instagram:@amirrosyadie
Facebook: Amir Rosyadie
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sambal Nyet Bilis Khairul Aming tampil dengan rasa baharu menggunakan bahan tempatan berkualiti, ikan bilis segar dan formulasi khas yang menarik perhatian peminat.